Tuesday, January 29, 2008

Nangis dan Ketawa

Lokasi : HKL
Time : 6pm


Aku sangat stress.
Tak rehat sejak 5.30am..
Lunch pun tak sempat...
Tak selera...
Sedih...
Marah....

Katil tak cukup! Wad klas 1 dan 2 penuh! Bantal takda! Aduhaiii!!!!!

Dan kebetulan kawan aku telefon, bertanya khabar. Secara automatik air mata aku mengalir dan terus menangis. Lama. Seingat aku, kali terakhir aku menangis di telefon, masa Aidiladha dua tahun yang lalu. Aku dapat rasa kawan aku tu terkejut. Kesian dia.

Tapi diakhir perbualan kami ketawa. Lawak sungguh. Kisah lawaknya mengatasi Senario, Raja Lawak dan Mr. Bean! At least, dapat melegakan hati aku untuk beberapa minit.

Malam, berbual dengan kawan di YM. Aku nangis lagi. Aduhai.. stressnya..

Terima kasih kawan-kawan. Aku bersyukur ada kawan-kawan di sisi diwaktu stress. Terima kasih kerana menjadi pendengar yang memahami.

Monday, January 28, 2008

Jatuh Cinta Kali Ke-2

Yeap! Jatuh cinta lagi! Jatuh cinta dengan lagu Ceritera Cinta. Kali pertama mendengar nyanyian Jaclyn Victor & Rio Febrian aku dah jatuh cinta dengar lagu ini. Dan, malam tadi.. aku jatuh cinta kali kedua dengan lagu ini. Tahniah untuk Jac & Lah kerana mendapat anugerah Vokal Terbaik untuk AJL 22.


CERITERA CINTA

Bertanya sang bayu padaku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu?
Oh..

Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu
Oh..

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Bukalah sedikit hatimu
Kenali siapa daku
Perit ku pendam rasa hati
Malu mengakui

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanyalah mimpi (hanya mimpi) yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Tanpa mahu mengakui kau pun dihati
Diluar sedar kau ku rindui
Penantianmu/ku hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cintaku

Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku dihatimu yang tersayang

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi (hanya mimpi)…yeah…yeah…
Akhirnya nanti kecewa


Senilagu : Ross Ariffin
Senikata : Habsah Hassan



SS: Bukankah orang September mudah jatuh cinta..? :-)


Friday, January 25, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah,my dad dah discharge dari IJN with tons of ubat untuk dimakan. Isnin ni perlu ke Jabatan Neurologi untuk periksa buah pinggang.


Semalam sempat ke Kinokuniya, KLCC. Beli buku cerita. Salah satu daripada my stress therapy. Nak pergi travel, keadaan tak mengizinkan. So, I grab Marshmallows for Breakfast by Dorothy Koomson.





I've read the first chapter.. and I found it intersting.

Thursday, January 24, 2008

Bravo Bravo Bravo

We had our 10th HPC Anniversary Dinner at Crown Princess Hotel last Friday with all the departments have to perform that nite. With only 3days practise (1 hour per session) in a very sempit place in our office, we managed to 'go all out' that nite.


Thanks to Bang Khair(Aci) & Nadarajan(Nana) & KakLin, Mastura, KakEza, Wati, Lorna (hantu2) and Yuslina (berdiri kat blakang tabir, pegang jam, burung hantu & penyapu). Everyone expected us to get the 1st place.. but we only got 2nd! Alhamdulillah.. Well, at least our CEO himself told me personally on stage "I actually like your performance" Well... what can i say.. ;-)


Klik here for more photos

Enjoy the show everyone! I'll try to get the full video, insyaAllah.







and this is the winner of the nite:









Enjoy!

Tuesday, January 22, 2008

From IJN

I'm updating my blog from IJN on IJN_hotspot with 54MBps speed.

My dad is here since last Sunday. Aku tak tau sangat medical terms ni. My dad sesak nafas pagi tu, so my bro rushed him to IJN. Doctor kata terlalu banyak air dalam badan my dad, and with his kidney problem, too much water dalam badan dia yang buatkan dia semput. And rupa2nya ubat hypertension dia pun dah habis since Friday.

He did his first dialysis at the CCU yesterday. Hope he will recover soon, insyaAllah.


Ad told me on YM that Bubur Nasi + Habatus Sauda is good for kidney. Thank you for the info Ad.


Till then, take care everyone!

Friday, January 18, 2008

Tentang Rin

Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang Rin. Rin adalah antara kawan baik aku. Dah 10 tahun Rin jadi kawan aku. Aku tengah risaukan Rin, dia nampak murung sekarang.. Kesian bila aku kenangkan tentang Rin.

Rin pernah ada kisah gelapnya. Dia dipaksa ‘melakukannya’, on her date. Mungkin ada yang berkata dalam hati.. Hmmm.. bodoh! Korbankan diri on her date! Aku terdiam bila dia buat pengakuan beberapa hari selepas kejadian tu. Tapi aku dapat lihat wajah Rin ‘lega’ setelah dia bercerita tentang peristiwa hitam itu. Apa yang aku patut buat? Marah? Buang dia dari senarai nama kawan-kawan aku? Biarkan dia? Mungkin tidak! Aku tak patut buat macam tu. Orang macam Rin, perlu seseorang untuk berkongsi cerita. Untuk menghela nafas puas dan lega dari dibungkam rasa bersalah.


Rin selalu menyalahkan diri dia sendiri, menangis bila dia kenangkan saat hitam itu. “Aku takkan maafkan dia! Biar anak-anak perempuan dia rasa apa yang aku rasa ni!”katanya. Sejak dari itu dia hilang punca. Hilang arah. Seperti tidak peduli tentang diri sendiri. Ahli keluarga langsung tak tahu menahu tentang perkara ini. Akulah yang menjadi tempat dia meluahkan perasaan.


Sejak dari hari itu, Rin mula berubah. “Kau ni tukar boyfriend macam orang tukar baju!” kata aku, sinis. Aku hairan kenapa orang macam Rin boleh jadi begitu. Dia hilang pertimbangan. Hilang rasa kasihan pada diri sendiri. Aku selalu rasa sedih dan kecewa bila dapat sms dari dia “Aku berdosa lagi…” Rin seperti menghukum dirinya sendiri tanpa pengetahuan orang lain. Kenapa Rin?


“Kau tak takut dosa ke Rin? Kau tak takut penyakit?” aku tanya dia berkali-kali.

“Kau fikir aku tak menyesal? Kau fikir aku tak malu untuk menghadap Tuhan setiap hari?” jawab Rin. Mata hitam Rin merenung tepat ke dalam mata aku. Aku tau dia serius.

“Dah berapa orang yang kau layan, Rin?” Berani kan aku, tanya soalan cepumas ini?

“Lima! Kau percaya tak? One of the guys, isterinya classmate abang aku masa dia di UM dulu!” jawab Rin, selamba.


Muka Rin selamba. Keras hati. Degil. Tapi airmatanya bergenang. Mukanya merah padam menahan marah. Menahan dendam. Sebagai seorang kawan, aku tahu dia sedang menghukum dirinya sendiri. Rin seorang yang unpredictable. Rin selalu serang aku dengan SMS yang buatkan aku panik. Gelabah. Risau.


- “Aku rasa nak bunuh diri!”
- “Weh, kalau orang ajak aku *toot* berapa aku nak mintak diorang bayar ya? Aku tengah pokai nih”
- “Weh, ko rasa aku solat ni Allah terima tak?”
- “Kau rasa ada tak lelaki yang nak amik aku jadi binik dia weh?”


Aku jarang dapat berjumpa dengan Rin. Masing-masing sibuk dengan kerja. Semalam, aku jumpa dia. Aku tanya dia, dalam nada bergurau.


“Beb, when was your last date? You know what I mean..haha”.


“Weh.. gila kau! Kan aku dah berhenti.. since August 2005! Harap-harap Allah terima taubat aku” jawab dia.


“InsyaAllah… apa yang buat kau berhenti terus ni ya?” aku tanya lagi.


Kata Rin, dia dah banyak dosa, sebab tu dia berhenti. Takut solat dan puasa sia-sia, katanya. Alhamdulillah… Kata Rin lagi, dia nak siapkan diri untuk berumahtangga. “I wanna do it with my husband, not other woman’s husband la weh..” katanya lagi dalam nada bergurau.

“Abih tu kau tak dating ke?” aku tanya dia.

“Ada gak aku dating. Kau ingat tak abang pilot tu? Aku dah jadi bisu dah. Ada ke dia ajak aku ‘lepak-lepak’ kat hotel. Terus aku tak angkat call dia, tak reply sms, email dia pun aku delete je, malas la nak baca” Rin ketawa lagi. Aku pun ketawa jugak.. lawak sungguh mamat tu. Aku terbayang muka abang pilot tu.. nampak innocent je..


Aku teringat Rin pernah cerita tentang Andi, dari Penang. Rasanya dah 3 tahun Rin kenal Andi. Semalam, aku tanya Rin tentang Andi.


“Andi? he’s not the same anymore. Ala beb, aku ni kan his Kekasih Gelap, Kekasih Separuh Masa” jawab Rin selamba.


“Huh? Ye ke? You two were very close before kan?” aku tanya dia.


“Ye la… masa tu dia he was away from his family, sekarang tak lagi. He’s bz now. Tadi aku tanya dia, dia sayang aku lagi ke tidak?. Dia jawab yang dia dah tak boleh treat aku macam dulu-dulu sebab he has many responsibilities now. Kerja, isteri, anak-anak. But he still care for me katanya..”. Riak muka Rin berubah. Sedih. Termenung.


Rin sambung lagi.. “Dulu aku temankan dia tiap hari. Dia pun sama, temankan aku tiap hari. Sekarang ni aku kena terima perubahan, terima keadaan. Kata Andi, dia pun susah nak terima perubahan ni. Tapi terpaksa. Beb.. aku rasa kosong!” Kali ini air mata Rin mengalir.


“Andi banyak ubah hidup aku. Andi banyak bantu aku. Aku rasa kuat bila dia ada. Kalau kau nak tau, aku stopped, since August 2005, because of him. Dialah semangat aku untuk hidup semula. Sekarang ni aku tak ada sesiapa lagi, beb. I’m all alone” kata Rin. Aku simpati.


Rin, I know you read my blog. Aku sebenarnya tak tahu nak kata macamana, Rin. You have to draw a line, Rin. Kau tak boleh melebihi garisan tu, Rin. Kau kena ingat, sayang macamana pun kau kat dia, ada batasnya. Kau kena kuat Rin! Life must go on, dear. Jangan berhenti berdoa. Kita sama-sama berdoa agar semuanya akan lebih baik. Cheer up, dear. Aku nak tengok kau senyum balik. Kau jangan cuba buat benda-benda mengarut okay! Jangan fikir pun nak buat benda-benda mengarut. Kau masih muda, Rin. Perjalanan hidup kau masih jauh lagi. Be strong! Aku, kawan-kawan kau, family kau masih sayangkan kau. Kau kena bangkit! Ini semua dugaan Allah. Bersabarlah Rin. Take care, dear.



p/s : CikTipah, aku kesian tengok Rin!

Wednesday, January 16, 2008

The Bestman

Ryzal, also known as Salman in Jelatang, a drama series on TV3 or Yusoff in Dunia Baru series on TV3, was the bestman. This guy look more handsome in real you know.. kan cikTipah kan...!

Teringat kisah trip ke Langkawi, hairstyle Ryzal ala-ala Nicholas Saputra yang masa tu tengah meletup dengan filem Ada Apa Dengan Cinta. Masa tu tengah jalan-jalan di satu shopping complex, bila dia keluar dari toilet.. kitorang jerit "Rangga!!!". Ramai awek2 menoleh.. pandang lamaaaaaaa kat Ryzal. Agaknya depa pun duk pikir.. ye ke tidak nih... Ada ala-ala sikit...




















CikTipah, bercahaya sungguh gambar diambil mu ini...






My Best Friend's Wedding II

Tak sempat nak tunggu sessi memotong kek perkahwinan sebab nak 'kejar' bas ke KL pukul 3 petang. Jumpa pengantin dalam bilik persalinan...



The gorgeous bride and the handsome groom



Bunga pahar








one of the lovely decorations



wedding cake



wedding cake lagi



dan lagi...







Quoting Mr Deejay "Para tetamu yang dihormati sekelian, selain dari bergambar dengan pengantin.. tetamu juga boleh bergambar dengan pengapit pengantin ya.. " ... who's the bestman...? jeng..jeng..jeng..






My Best Friend's Wedding I

I was in JB last weekend attending my best friend's wedding. Akad nikah was on Sunday, at 8am. I told him "Awalnya...! takpa lah.. carry on.. kitorang datang kenduri je lah.. " Hehe. Kenduri was at Dewan Jubli Intan, JB. He look matured with his spectacles on. Congratulations...! Semoga kekal dan bahagia hingga hujung nyawa.








The deejay


Anything.. for the best shot!



Tetamu-tetamu yang hadir




Pusing Pusing

Had dinner at one of the seafood restaurants in Kg Senibong, Permas Jaya. Thank you, CikTipah for the lovely dinner.







Then, singgah kat Danga Bay, layan dikna pusing-pusing.













Sunday, January 13, 2008

Kali Pertama

Kali pertama dia naik bas ekspress. On our way to JB.













Macam-macam soalan dia tanya..

Friday, January 11, 2008

Speechless

Lokasi : Tempat letak kereta
Time : Pagi yang cerah


Masa parking kereta, aku perati ada lelaki dalam kereta macam tengah tunggu seseorang. Nampak resah. Bosan menunggu agaknya. Tak lama lepas tu aku nampak seorang perempuan, dengan pakaian seperti lepas pantang (berstokin, berkain batik, berbaju sejuk) jalan perlahan sambil mendukung bayi, aku rasa baru seminggu umurnya.

Tak lama lepas tu, lelaki tu keluar dari kereta dan tolong bukakan sedikit (merenggangkan) pintu kereta untuk isterinya. Dan, dia terus pergi ke arah tempat duduk pemandu dan terus duduk dalam kereta. Isterinya pun perlahan2 duduk dalam kereta, dan mencuba sedaya upaya untuk menutup pintu kereta. Kesian aku tengok dia. Bayangkan, dia dalam pantang, sedang mendukung baby yang sedang nyenyak tidur. She definitely cannot reach the door, unless she step one foot outside the car which I think can't be done by a lady in her confinement. So, I helped.


Aku terfikir... how could the hubby did that to her? Can't he just help her? Masa bercinta dulu macamana agaknya? Bayangkan.. tolong pegangkan beg, tolong pasangkan helmet, tolong itu, tolong ini... kan? Can't he be as romantic/helpful as when they're still dating?


Hmmm... I'm speechless!

Thursday, January 10, 2008

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah 1429...
Untuk semua muslimin & muslimat. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yg lalu dah dirahmati Allah selalu.. Amin..

Wednesday, January 9, 2008

Dealova

"...seperti udara yang ku hela, kau selalu ada.."


Dia memang seperti udara yang aku hela setiap hari.. sentiasa ada.. tetapi tidak dapat dilihat, seperti halimunan.. tanpa suara, tanpa kata-kata. Semuanya virtual. Hanya bual di alam cyber. Dan pesanan ringkas di telefon saban hari seawal 4.30 pagi hingga lewat malam.


".. Bcoz u r among the jigsaw pieces who fills the empty spaces.." katanya..


Indahnya dunia... fantasi.


Tapi kini, semuanya sudah tiada. Hilang...! Aku 'hilang' udara yang aku hela setiap hari. Bayangkan sakitnya bila hidup tanpa udara. Lemas? Resah? Gelisah? Sesak nafas? Mungkin salah aku, tersilap kata, memberi "cadangan bodoh" untuk dia pertimbangkan dalam mencari penyelesaian masalah aku. Dari situ datanglah rasa marah, benci, sakit hati. Benda-benda bodoh tu tak berlaku.. percayalah!.


Kasih.. semoga kehidupan lebih baik, dan dirahmati Allah selalu.. Happy Birthday!



p/s : this is my 80th entry.. the year you were born..kan?

Tuesday, January 8, 2008

Terima Kasih Daun Keladi


New masthead from MonchehMan.
Terima kasih daun keladi.
Love it!!



And it reminds me of my Pulau Perhentian Getaway back in 2005. The best trip ever! Hmm.. nak kena pergi lagi nih.. Jom CikTipah! :-)

Thursday, January 3, 2008

Now and Forever


Aku ‘tertonton’ filem ini di Astro Kirana baru-baru ini. Walaupun hanya menonton di ‘separuh masa kedua’, filem ini berjaya menyentuh hati. Lakonan Jo Han-seon dan Choi Ji-woo (heroin Winter Sonata) tentang pengorbanan cinta. Sepasang kekasih yang berhabisan cuba membahagiakan orang yang disayangi disaat masing-masing bertarung nyawa menahan kesakitan dan menunggu ajal.

Bila ada kesempatan nanti nak pergi cari DVD, untuk separuh masa pertama.. dan mungkin akan ditonton berulang-ulang.


Enjoy the trailer!

Tuesday, January 1, 2008

1st January

I don't really celebrate New Year.. err.. since 1998. Adding new number in my age is one of the reasons why.. ghee heee.. ye lah tu..

My late mum was born on 1st of January. That is why, I feel sad on New Year. I do still miss her.. eventho she passed away 11 years back. She turned 63 this year if she's still around.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Amin.. Alfatihah.