Tuesday, September 30, 2008
Monday, September 29, 2008
Kosong
Tadi Boss pesan, esok kena masuk awal setengah jam dari biasa. Bermakna, aku akan bersahur di office esok. Sahur terakhir untuk Ramadhan kali ini.
Salam kasih.
Sunday, September 28, 2008
Cahaya di Aidilfitri
Aku: Selamat menyambut aidilfitri, maaf zahir batin
Dia78: Salam aidilfitri to you too.
Dia78: Be strong... i know its going to be a sad raya for you and your sisters...
Satu hari masa driving, kat radio ada lagu Cahaya di Aidilfitri nyanyian Black Dog Bone. Aku sebak bila dengar lagu tu. Sambil driving, sambil kesat airmata. Aku teringin nak letak lagu tu kat blog, tapi.. aku tak mampu.. Kalau korang terdengar lagu tu di radio etc., korang dengar lah liriknya.. Ataupun, macamni lah.. biar aku sertakan liriknya dalam entry ni.. okay?
Black Dog Bone - Cahaya Aidil Fitri
Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup
Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir
( korus )
Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain
Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hati berilah pedoman
Cahaya Di Aidil Fitri
Salam kasih.
Kerja Tangan Aku
Yes..you are viewing the rite blog. This is SeptemberSebelas. Cemana boleh bertukar gambar? Sebab tangan aku yang menggatal. Kengkonon nak letak gambar lain kat header.. bertukar wajah. Sekali tu tekan sini tekan sana.. terus ilang header aku. Padan muka aku! Hahahaha.
Aku pun godek sana godek sini. Thumb drive tak da lak kat umah. Adoii!! Godek punya godek aku jumpa la gambar jambatan ni (bukan jambatan ParitSulong yang dah glamer ittew). Kalo rajin main jigsaw puzzle, buleh sambung gambar jambatan tu dengan gambar kat raya aku tu. Sebab dua2nya dari lokasi yang sama.
Aku sebenarnya nak letak gambar oren yang ada dalam entry ni. Tu lah tangan ni gatal duk godek sana sini.. terus jadi lain. Sebagai pengganti, aku letak dulu sementara gambar jambatan ini ye..
Saturday, September 27, 2008
Tudung & Tumpang
Rambang mata bila nak memilih tudung kat Jalan TAR ni.. Macam2 jenis, macam2 nama, macam2 warna. Tudung musim nak raya ni mahal2 sket kan.. Penat nak cari yang berbaloi. Pusing sana sini duk pilih tudung. Akhirnya kami sampai ke satu kedai ni.
Mulalah kami menggunakan skill bahasa Minang dengan kakak tu. Keluarlah ayat2 seperti "Iko bara ko kak?" (Yang ni berapa ni kak?)... "Ko rancak ko.." (Yang ni cantik). "Ba'a kok mahal bana kak.. awak juo awak nyo.. murah la sikik kak" (Kenapa mahal sangat kak.. kita sama kita nye... murah la sikit kak). Bahasa minang pelat hehe. Tergeliat lidah aku.. tapi ku tetap usahakan juga jebat!! Demi mendapat discount. Hahaha. Mula lah keluar soalan2 kampung kat mana, pernah balik tak, generasi keberapa kat sini.. Hehe.. hasilnya.. dapat harga murah uols...! Dapat discount lebih sikit.. hiks! Alhamdulillah.

Salam kasih.
Friday, September 26, 2008
Iftar & Cerita Disebaliknya..
Jemputan iftar dari kawan mysis di Prince Hotel, KL. Huh.. jalan jam sungguh bila nak ke sana. Alhamdulillah, sempat sampai sebelum waktu berbuka. Sebelum berbuka, tetamu dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional. Dan, gong dipalu tanda masuk waktu berbuka.
Benda lain dia takmo makan. Duk makan choc. dipped strawberry & marshmallow. 2-3 kali dia duk ngadap chocolate fountain. Ish ish ish.. Nak ikut Datuk Siti ye, dik? ;-)
Orang lain semua ala2 posing berdiri je bila amik gambar kat sini.. Aku & Dikna dengan selambanya duduk kat 'stage'. Cuba tengok abang musician tu.. pandang ala2 pelik je.. Mesti dia kata "Apehal laa dua beranak nih.." Hehe. ;-)

Lepas berbuka & makan lite2, aku pun pergilah surau sensorang untuk solat Maghrib. (Eh.. cemana aku boleh pegi sensorang tak ajak yang lain, ye...?) Keluar dari lift tingkat 5 tu, sepanjang jalan nak ke surau, aku bau kemenyan uols...! Sangat pelik okay.. Semakin hampir kat surau tu, semakin kuat baunya. Aiyoo... Aku tak berani nak pandang belakang, kiri atau kanan. Jalan straight je.. Saspen jugak.. tapi buat2 berani je. Dah lepas solat tu, aku jalan balik kat tempat yang sama, tapi dah takda bau apa2 pun. Huhu! Pelik.. pelik..
Salam kasih.
Duit Raya
Aku pun masih dapat duit raya.. yeay! Duit raya dari officemate aku. Terima kasih ya.. Terharu pulak rasanya. Zuer pun dapat duit raya jugak tadi.. tapi.. aku menang! Dia dapat duit raya color lain. Hiks!
Salam kasih.
Thursday, September 25, 2008
Bee Zee Day
Dari Cheras Perdana, aku terus ke SS15 Subang Jaya untuk hantar kuih raya kat client. Sepanjang perjalanan tu, mengantuknya Allah saja yang tau. Kan malam tadi tidur 3 jam aja.. sama seperti malam2 yang lain semenjak dua menjak ni. Lepas serahkan kuih, aku teringin pulak rojak mamak kat SS15 ni.. Walaupun jam baru pukul 1.50pm, aku pergi gak kat gerai mamak tu, dan order. Itulah juadah aku waktu berbuka tadi. Sedapnyer..!
Dari SS15, aku teruskan perjalanan ke UIA, Gombak. Aku perlu hantar assignment sebelum weekend. Bersambung balik kisah mengantuknya. Aku berhenti sekejap di Petronas, cuci muka. Segar jugaklah sikit.. Sampai UIA, hari mendung dah. Assignment aku letakkan dalam kotak di luar office lecturer. Sampai ke kereta, hujan turun selebat2nya.
Dari UIA, aku straight balik rumah. Alhamdulillah, selesai dah semua urusan di siang hari. Nasib baik jalan tak jam, walaupun bergerak perlahan, tetapi lancar (macam laporan trafik je kan.. hehe). Sampai rumah, buat apa yang perlu, lepas tu terus tertidur.
Sekejap lagi, aku nak ke Stadium Bukit Jalil pulak. Nak gi amik adik2 aku yang balik cuti raya. Harap2 dipermudahkan segala urusan, insyaAllah. Hmm.. nasib baik harga minyak turun 10sen hari ini.. :-)
Salam kasih.
Selamat Ulangtahun
Gambar dari www.flickr.comHari ini sudah setahun usia SeptemberSebelas. Apa yang dihidangkan di SeptemberSebelas hanyalah 'perkongsian' cerita, namun kadangkala diselit juga luahan hati. Macam-macam yang telah dilalui oleh SeptemberSebelas. Kisah manis, pahit, sedih, kelakar, semuanya ada.Dari SeptemberSebelas jugalah aku kenal teman-teman baru, secara virtual. Berjumpa belum sekali pernah, tapi dapat dirasakan keakrabannya. Terima kasih teman-teman.
Kepada tetamu yang berkunjung, terima kasih ya.. Sila datang lagi.. Selamat hari raya, maaf zahir batin.
Kebetulan, hari ini hari lahir salah seorang teman blogger aku. Happy birthday, cikgu Jimi.
Salam kasih.
Wednesday, September 24, 2008
Tuesday, September 23, 2008
The Apartment
Iftar @ The Apartment at TheCurve with IIU friends. Had a great time, buka puasa and lepaking tonite. Thanks for ur time ladies.
Best wishes to u gals. Good luck in everything u do. *Hugs*
Salam kasih.
Monday, September 22, 2008
Dibius Cinta
Dibius Cinta - Melly Goeslaw & Yusry KRU
Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata
Kau membiusku
Sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita
Bisakah bersama
Aku dibius cinta
Cintamu yang tak ada tandingnya
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu..oh...
Kita yang malu hati
Untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta
Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membius dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata
Kau membiusku sampai aku
Jadi sering melamun
Memikirkan kita
Bisakah bersama
Aku bius cinta
Cintamu yang tak ada tandingnya
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu..oh..
Kita yang malu hati
Untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati
Bersama selamanya
Kita yang malu hati
Untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati
Bersama selamanya
Aku dibius cinta…
Aku dibius cinta…
Aku dibius cinta…
Lagu terkini. Dari Melly & Yusry KRU. Soundtrack dari Cicakman2. Dibius cinta? Kalau dibius itu kan bahaya, tak tau bila masa akan tersedar. Either u sedar or u tak akan sedar langsung. Tapi selalunya orang dibius untuk tujuan perubatan, kan? Merawat penyakit. Menghilangkan rasa sakit yang ada. Oh.. i love this song! Enjoy!
Salam kasih.
Pusing Pusing
Not feeling well today. Dari pukul 3.30am lagi rasa pening semacam. Mungkin disebabkan maggi that I had last nite. Bangun tidur pun rasa kepala ni macam bergegar. Berdenyut2. Adoilaa.... Lama dah tak rasa sakit macam ni. Rasa macam nak MC, tapi tak sedap hati pulak. Kat office pun rasa pening lagi.
Cuba rehat 5 minit, but everytime tutup mata & cuba relax, fikiran aku ntah pergi kemana-mana. Mimpi yang pelik2. Mengarut2. Ntah apa-apa. Temanku kata, kalo sakit kepala, memang macam tu.. macam orang tingtong. Temanku explain kat aku.. kenapa jadi macam tu, tapi sebab aku tengah pening.. aku tak ingat dah apa yang dia explain tadi.
Tengahari rasa okay sikit. Pergi round2 dengan temanku. Dia ajak pergi Tasik Perdana pusing2, akhirnya kami berhenti di Taman Burung. Rasa relax sikit dengan pokok2 dan bunyi burung2 yang ada kat sana. Nampak gaya, macam tak ramai tourist yang jalan2 kat Taman Burung ni. Cuma ada beberapa orang yang pergi lunch kat restoran di Taman Burung tu. Aroung 2pm, kami beredar dari sana. Rasanya BP aku dah turun sikit time ni..
Sampai rumah, buat itu ini, then rehat2 kat sofa. Tiba2 dengar bunyi my sis ketuk pintu. Lerr.. rupanya dah sejam setengah aku tertidur. Dah 5.45pm, satu mende food pun takda untuk berbuka. Bangun & solat Asar then terus pergi ke pasar Ramadhan. Pusing sana sini. telek sana sini.. akhirnya inilah juadah iftar aku hari ni..
Salam kasih.
Sunday, September 21, 2008
Kasih Ibu
Tapi bila tau cerita sebenarnya, aku jadi sedih pulak. Ibu ayam ni sebenarnya pernah bertelur atas kerusi ni. Then, diorang pun alihkan/ambik telur tu. Rupa-rupanya ibu ayam ni terasa kehilangan. Patutlah cara duduknya konon2 tengah mengeram. Kesian nya.. CheAh kata ayam ni meroyan.
Ibu mana yang tak sayangkan anak kan.. ibu ayam ni pun jadi meroyan bila telurnya di ambil orang. Tiba2 aku terfikir, macamana orang sanggup buang anak sana sini.. Wallahualam.
Salam kasih.
Entry 10 Ayat
2. Kalau takda yang berkenan kat Jalan TAR, kena pergi Nilai 3 pulak..
3. Malas sungguh nak ke Jalan TAR di hari Ahad dalam bulan Ramadhan ni.
4. Aku dah dapat bayangkan, orang yang sangat ramai..
5. Adoilaaa....!
6. Tapi tetap kena pergi jugak, sebab kalau tak nanti haru-biru
7. Sebab, sekarang ni dah kesuntukan masa
8. Kesuntukan masa + kekurangan idea = huru hara
9. Harap-harap Jumaat raya ke 3 nanti, PakLah bagi cuti
10.Sebab, ada agenda yang perlu diselesaikan.. di hari raya ke4 nanti.
Wish me luck! Hehe..
Salam kasih.
Friday, September 19, 2008
Dari Cermin Pandang Belakang
Salam kasih.
Thursday, September 18, 2008
Teringin
Tempoh masak = 30 minit
Tempoh makan = 15 minit
Salam kasih.
Pagi & Tengahari
Cerita Tengahari
Alangkah sedihnya hati... tak sampai sejam lepas tu.. KL pun hujan... Aduhai.... Thank you temanku, sebab teman & belanja cuci kereta.
Salam kasih.
Wednesday, September 17, 2008
Ada Ada Saja
Kisah ni berlaku semalam, masa aku & Dikna dalam perjalanan nak ke KL. Kalau petang selalunya jam.. Being kids, Dikna banyak tanya soalan2 cepumas kat aku. Itu dan ini. Kadang2 tercabar jugak minda nak menjawab secara "apa yang mudah difahami oleh kanak2". Nak kena relate dengan apa yang dia faham. Relate dengan sekolah, dengan kartun yang selalu ditonton di TV dan dengan permainan.
"Sis, itu kereta apa?"
"Teksi untuk ke KLIA"
"Oh.. dari mana?"
"Dari KLIA. Sapa2 nak gi airport, boleh naik keta tu"
"Oh.. dari Kelantan ke?"
Huh? Aku pelik.. Awatnya Kelantan? Then, aku gelak giler.. gelak sorang2 okay..! Bila aku tengok plat number baru aku perasan..
Perhatikan plat number Limo tu...
LIMO = 5 (dialect Kelantan)Aku gelak.. gelak.. dan gelak.. Dikna.. Dikna.. macam macam..! Aku memang tak pernah terfikir sampai ke situ bila tengok plat number Limo KLIA ni...
p/s: Aku duk cari dikir barat di imeem.com and I found this cute song..! Aku rasa aku cuma faham 85% lirik tu. Any volunteer translator? Enjoy the song!
Salam kasih.
Tuesday, September 16, 2008
Iftar @ Pizza Hut, Pavilion
Salam kasih.
Kerja Sekolah
Tapi, dah masuk waktu perlu tidur. Aku perlu tidur. Mesti. Good nite everyone.
Salam kasih.
Monday, September 15, 2008
Iftar Di Tg. Harapan
Cuma, pada pendapat peribadi aku, rasanya lebih baik pihak restoran ni keudarakan Azan Maghrib untuk menandakan masuk waktu berbuka, daripada buat pengumuman ala2 Crew Leader nak bagi pengumuman kapal terbang nak landing.
Salam kasih.
Plastik Woman?
Salam kasih.
Sunday, September 14, 2008
Happy Birthday CheAh
Happy birthday, darling!
Saturday, September 13, 2008
Sahur Santai
Roti canai & teh o ais limau di waktu dinihari. Nampak sedap roti canai tu kan? Memang sedap pun.. Hehe. Dalam sibuk ambik order, hantar makanan&minuman sini sana, kemas itu dan ini, waiters kat sini sempat juga bersahur.
My sis showing off her medicines. Pelbagai saiz dan warna. Yang bentuk love tu cantik kan? Itu ubat untuk jantung, katanya.. Selalunya waktu pagi je yang banyak ubat. Tengahari dan malam cuma 1-2 je.
Salam kasih.
Friday, September 12, 2008
Sedekah
Aku agak cerewet dalam menghulur sedekah kepada mereka2 ini. Aku memang berkira. Aku mengira2 sama ada orang itu memang memerlukan atau sekadar malas nak berusaha lalu meminta2. Bagi aku, sedekah biarlah ikhlas, bukan terpaksa. Bukan sekadar memberi kerana mahu mereka ini segera beredar dari meja ketika sedang makan di gerai.

Yang paling aku tidak gemari, peminta sedekah buta berjalan bertongkat yang mana di belakangnya seorang yang celik & cukup sifat sekadar memegang bahu si buta itu. Siapa yang memimpin siapa sebenarnya? Aku rasa 'rimas' bila mereka ini datang ke arah meja kami. Selalunya, bila mereka ini hampir ke meja, aku sekadar geleng kepala. Bayangkan, satu meja = RM1, kalau 100 meja? Berapa RM dah yang mereka dapat satu hari/malam? Mudahkan? Pernah didepan mata aku, seorang peminta sedekah dihantar ke lokasi dengan kereta. Mungkin mereka ini bekerja dengan 'agen'. Jadi, mereka ini terkeluar dari senarai 'ikhlas' aku.
Sebenarnya, bukan aku tidak simpati. Kalau kena pada orangnya, kena pada tempatnya, aku ikhlas. Memang aku doakan supaya mereka keluar dari kesempitan hidup. Misalnya, ada satu keluarga, suami dan isterinya buta, tapi anak mereka comel dan celik, meminta sedekah di sebuah pasar malam di kawasan rumah aku. Aku tidak pernah lupa untuk memberi barang seringgit dua kepada mereka. Menjadi rutin tiap kali ke pasar malam itu.
Tapi, alkisahnya, satu hari, aku ternampak dipoket si ayah, sekotak besar rokok Dunhill. Aduh.. sejak hari itu, hilang rasa hendak bersedekah kepada mereka. Sebabnya, bagi aku, biarlah duit yang aku sedekahkan itu, untuk makan minum & keperluan hidup mereka sekeluarga, bukannya untuk dibakar begitu saja. Maaf, anda juga sudah terkeluar dari senarai penerima.
Bagi aku, tiada gunanya, jika kita hulurkan sedekah tanpa rasa ikhlas, tapi dengan hati terpaksa.
Salam kasih.
Thursday, September 11, 2008
Raikan Kelahiran - Closing
Mak..
Ayah..
Hari ini
Usia anak bongsu ayah&mak
Meningkat setahun lagi
Mak&Ayah..
Kini tiada lagi
Alunan nyanyian
Birthday song dari mak
Kini tiada lagi
Suara ceria ayah di talian
"Dik.. Happy Birthday..!"
Mak&Ayah
Terima kasih
Atas nama cinta dan kasih
Lahirnya anakmu ini..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Cucurilah rahmatMu
Keatas roh Mak&Ayah
Tempatkanlah Mak&Ayah
Dikalangan para syuhada
Kurniakanlah kepada Mak&Ayah
Syurga Firdausi
Amin..
September11, 2008
Salam kasih.
Raikan Kelahiran - Edisi Iftar
We had Baby Kailan with Garlic Sauce (errr.. both of us agreed that the Baby Kailan is not a baby anymore.. dah jadi teenager dah), Black Pepper Beef and the yummylicious Asam Pedas Ikan Kerapu. Memang sedap. Asam Pedas tu ada campuran nenas, tomato & bunga kantan. Yummy! Then, we had Banana Split for dessert. Dah lama dah tak makan Banana Split ni. Dulu2 time sekolah2 rajin ler makan Banana Split ni kat KFC.
Thank you temanku for the lovely iftar/dinner. Thank you. :-)
Salam kasih.
Raikan Kelahiran - Edisi Pejabat
Ini hasilnya. Towel bersulam berwarna putih bersih dari KakLin.. Thank you, darling! Muahs! Teman2 pejabat kata, boleh buat hantaran ni.. Hehe..
Tengah aku sibuk concentrate nak habiskan kerja, tiba-tiba teman2 kat office bising. Bunga birthday! Bunga birthday! I tot that it's for my officemate, who is sharing birth date with me. "Wife dia bagi ler kot..". Tapi... mek silap occay! The bouquet is for me! Aku punyerrr! Aku punyerr! Hehe..
Nak tido jap. Malam ni ai ada dinner a.k.a buka puasa ;-)
Salam kasih.
Terima Kasih
Salam kasih.
Eleven-O-Nine
119 - nombor tong sampah somewhere
at the parking lot near Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa.
Photo taken yesterday's evening.
"I beli roti, tengok expired date September Sebelas".
So sweet of you, temanku.. Thank u :-)
Hakikatnya, aku lahir pada tarikh yang sama, cuma tahunnya sahaja yang berlainan. Oleh itu, aku namakan blog ini SeptemberSebelas, sempena tarikh lahir aku dan, setidak2nya memudahkan tetamu aku untuk mengingati alamatnya. Sementara itu, nikmatilah lagu nyanyian New Kids On The Block khas untuk aku di september sebelas ini. :-)
Happy Birthday to you
This is your day
On this day for you
We´re gonna love you in every way
This is your day, your day
Happy Birthday to you, to you
Happy Birthday to you
You´re still young
Age is just a number
Don´t you stop having fun
This is your day, your day
Happy Birthday to you, to you
This day only comes once every year
Because you´re so wonderful
With each and every thing you do
Happy Birthday to you
You´re still young
Age is just a number
Don´t you stop having fun
This is your day, your day
Happy Birthday to you, to you
This day is only for you
'Cause you´re so special in every way
Happy Birthday to you
Salam kasih.
Wednesday, September 10, 2008
Demam
I was looking for this one particular song in imeem.com. Couldn't find it at first. Searched on youtube. And I found this video! Aduhai... demam balik dah nih..! Hehe.
Bila tengok video ni.. senyum sorang jugak aku. See all the fans, mostly are akak2 around my age. Hehe. Imagine if ever NKOTB perform in KL.. ciktipah, kita duk depan pentas blah kiri yek.. macam biasa kalo nengok live show! Hehe..
Lalalalala tonite.. lalalalala tonite.. tonite.. tonite.. tonite.. tonite...!
Salam kasih. Enjoy the video ya!
Pinjam Jamal?
Jamal & Julia hendak berjalan-jalan berdua di sebuah shopping complex. Shopping complex itu bernama Ampang Park. Jamal & Julia naik satu kereta. Kereta mereka diletakkan di tempat letak kereta di basement Ampang Park.
Dari basement Ampang Park itu, Jamal & Julia perlu menaiki 2set anak tangga untuk sampai ke ground floor Ampang Park. Bila sampai ke set tangga ke-2, Julia nampak seorang ibu muda sedang menuruni anak tangga bersama anaknya yang duduk di dalam stroller. Julia kasihan melihat ibu muda itu, dengan bawak barang, bawak anak yang dalam stroller. Julia rasa bahaya kiranya stroller itu terjatuh, sudah tentu anak ibu muda itu akan tercedera.
Jadi, Julia pun membantu ibu muda itu menuruni anak tangga set ke2. Dan selepas itu, Jamal pula menolong ibu muda itu menurunkan stroller ke set tangga pertama. Ibu muda itu melihat Julia. Dia tersenyum dan berkata "Terima kasih... sorry ya.. pinjam sekejap" sambil menunjuk ke arah Jamal yang sedang membantu. Julia hanya tersenyum.
Jamal kemudian jalan ke arah Julia. Julia senyum pada Jamal. Jamal tanya kenapa. Jawab Julia,
"Jamal tau, kakak tu kata sorry kat Julia, sebab pinjam Jamal sekejap.., Jamal tau tak dalam hati Julia kata apa..?" tanya Julia pada Jamal sambil senyum2.
"Apa dia Julia?" tanya Jamal.
"Hati Julia nak kata kat dia, takpa lah kak.. saya pun pinjam jugak.." kata Julia.
Jamal & Julia ketawa terbahak-bahak.
* pinjam bermaksud ...... (jeng..jeng..jeng..) hehe
Salam kasih.
Tuesday, September 9, 2008
Pre-birthday Birthday Gift
My 1st birthday gift for this year. Busy browsing thru my contact list on my mobile. Ada banyak jugak Maxis/Hotlink user. Bolehlah call sini sana. Thank you, Maxis/Hotlink..
Temanku, please get a Hotlink/Maxis number. Hotlink to Celcom still kena bayar ler.. Tokleh nok gayut lamo! (betul ke tidak ayat/bahasa aku ni yek?) ;-)
Salam kasih.
Tak Keje.. Takde Keje
I. Tak Keje
Her 1st statement after browsing thru my med. history on the card: "Oh.. Denggi dua kali? Kira nasib baik sangat la ni ya.. masih hidup" Waduh... iols sentap occay! But I still smile. Sabar di bulan Ramadhan.
Then, aku bagitau ler aku sakit apa. She checked my BP and it was quite high. I told her, "Saya tak makan ubat lagi, bangun tido tadi, terus gi sini".
And you know dia kata apa: "Lain kali, kalo tak nak makan ubat, jangan datang klinik". Then she look at me with her cynical smile... Duh..... aku tahan sabar je cikTipah.. bulan2 posa ni kan...
And I answered "Bukan saya tak nak makan ubat, bangun2 tido, terus saya datang sini..". (What I want is only MC la! I don't get my BP medicine from this clinic anyway..) <-- ini jawapan dalam hati..!
Aku tak kisah dia nak kata apa pun. Layannn....! Asalkan aku dapat MC untuk hari ni, aku happy! Sebab memang aku tak larat nak gi keje. Memang tak sihat.By the way, she was busy with her new Vaio laptop when I entered her room. Maybe I disturbed her reading blogs kot kan? Tu yang dia ala2 hangin di bulan Ramadhan tu.. Hehe.. Terima kasih Puan Dr.
II. Takde keje
Saya sedang memakai t-shirt ini sekarang. Selesa you... Thank u, B.N. :-)
Salam kasih.
Not From Pasar Ramadhan
"Nak makan apa ye untuk buka puasa hari ni?"
Jadi, inilah hasilnya...
Monday, September 8, 2008
Sunday, September 7, 2008
Buka Puasa Hujung Minggu
Sebelum tidur, pikir nak bawak Dikna pi jalan mana. I have no mood (budget?) for shopping. Ngantuk + Stress. Tadi ada mid-term exam. Huhuhu. Stress.. stress..! Pikir, punya pikir (dalam keadaan ngantuk) akhirnya dapat idea nak bawak Dikna gi berbuka kat mana-mana. Dikna punya syarat2 adalah "Dikna taknak makan nasi". Okay.. deal! Aku pun call ler my auntie & cousin, ajak diorang berbuka sekali.
Salam kasih.
Friday, September 5, 2008
Having You Near Me
Having You Near Me - Air Supply
I came to you and never asked to much
Wondering what you would say
Hoping you'd understand
It's not a role I usually play
Don't speak too much of what's been going on
The past is over and gone
Give me your troubled mind
You know it's due
I can do so much for you
I want you
Having you near me
Holding you near me
I want you to stay and never go away
It's so right, having you near me
Holding you near me
I'll love you tonight, it feels so right
Feels so right
You're brave to say that you'll get lost in love
But you've opened your heart to me
Underneath all you feel
You know how deep our love could be
Tonight we'll touch until it's time to go
Then I'm leaving it up to you
Even a fool would know
That I'm not through
I can do so much for you
I want you
Salam kasih.
Nak Ngomel Sikit..
Tiap kali bila harga minyak naik
Waima naik 1 sen sekalipun..
Semua peniaga jadi panik
Harga barang jualan juga perlu naik
Bila ditanya kenapa?
Peningkatan kos,
"Stok barang baru semuanya"
Peruncit kata angkara pemborong
Pemborong kata angkara pengedar
Pengedar angkara pengeluar
Masing-masing menunding jari
Pada yang lain
Macam cerita dalam lagu Bangau Oh Bangau
Bangau => kurus? => ikan => tak timbul? => rumput panjang sangat
Tapi sekarang
Bila harga minyak turun
Masing-masing senyap aja..
Takda pula ura-ura
Barang nak turun harga
Sampaikan harga kuih Dua Ringgit, Lima
Mungkin alasannya
Harga bahan mentah mahal
Tanya pada retailer;
"Ini stok lama.. harga 'datang' memang mahal" katanya..
Mangsanya.. kita yang jadi pengguna
Sedar tak kita?
Sekarang ni
Siapa yang jadi peniaga2?
Di pasar malam, pasar biasa, kedai runcit dan kedai makan segala?
Kalau malam, kedai tomyam orang Siam
Waktu siang, nasi campur, orang Seberang
Kedai runcit mereka juga
Kedai pakaian mereka juga
Bangla & Pakistan, kedai karpet & perhiasan
Nak buat macamana ya...?
p/s : The owner told me that market price for brand new bike is RM9+++. And now the owner is selling the 1 year old bike at RM5.5K. Low milage. Accident-free. Calar-free. Sungguh berpatutan harganya!
Salam kasih.
Thursday, September 4, 2008
Kawasaki Ninja 150CC
Kawasaki Ninja RR 150CC for sale.
Year : 2007
Milage : 5200km ONLY!
Condition : Very well maintained. Langsung tak calar. Motor ni selalu diletakkan di tempat teduh. "Bike ni tak ada calar. Kalau ada calar, kalau u jumpa calar, i'll pay u RM10 per calar" kata tuannya.. ADA BERANI??
Price : RM5,500 (neg)
Please klik to enlarge image. Any inquiry, please email to Ninja150CC@yahoo.com. Thank you.
Salam kasih. Gudnite.
Tuesday, September 2, 2008
Nota Ringkas Panduan Sepanjang Ramadhan
1. Mesti keluar rumah seawal 4.30pm kalau nak ke Pasar Ramadhan. Masa diambil untuk sampai ke Pasar Ramadhan hari ini adalah 60 minit. Biasanya, untuk ke lokasi yang sama hanyalah 10minit!
2. Tak perlu guna "short-cut" atau "jalan alternative" untuk ke Pasar Ramadhan yang kononnya mengelakkan "traffic jam". Bila keadaan orang berpusu2 ini, short-cut dan jalan alternative pun, jadi tumpuan semua pemandu. Sama je sesaknya!
3. Kuih yang dijual "Lima, Dua Ringgit" bukanlah harga diskaun sebenarnya. Jangan tertipu untuk beli sampai 5. Kalau beli satu pun, tetap pada harga yang sama 40sen. 5x40sen = RM2. Sama kan? Tak perlu beli sehingga 5 keping, kalau akhirnya dibuang begitu sahaja.
4. Harga N.Briyani Gam di Pasar Ramadhan. Tahun 2007 berada di paras RM6-00. Tahun 2008, harganya RM7-00! Tahun 2008 => 8 => KAYA => TOKEY kaya => CUSTOMER geleng kepala, urut dada!
5. Kebanyakan gerai2 di Pasar Ramadhan yang aku pergi tadi, menjual Roti John (3 gerai sederet) dan minuman. Mungkin produk ini, profit margin nya lebih dari produk yang lain. Paling kurang adalah gerai yang menjual lauk-pauk.
6. Buffet Ramadhan kali ini bagi pendapat aku, harganya tidak berbaloi. Habis ratusan ringgit semata-mata untuk menjamah makanan ala-kadar. Lebih baik, buat buffet di rumah sendiri, panggil seluruh ahli keluarga besar (kos untuk satu keluarga besar = kos untuk 3 orang berbuka puasa di hotel terkemuka). Selepas iftar boleh solat jemaah bersama-sama. Lebih berkat, kan?
7. Kenaikan harga minyak => kenaikan harga barang => kenaikan harga kuih raya => alternative + kreatif => buat kuih raya sendiri! Kata teman yang menjual kuih raya, tahun ni pesanan kurang dari biasa.
Salam kasih. Selamat berpuasa.








