Sunday, November 30, 2008

Selamat Tinggal November


November ini sangat panjang.. terlalu lama untuk sampai ke penghujung. November ini banyak kenangan manis.. tapi ada juga yang pahitnya. Pahitnya melebih pahit hempedu. Kata Temanku, anggap sahaja ianya sebagai dugaan dalam hidup seharian. True, honey..!

Tapi, aku hanya manusia biasa. Ada hati. Ada emosi. Kadang-kadang terkeluar juga soalan "Why me?". Kadang-kadang mengalir juga air mata dan terkeluar kata-kata "Gosh.. I just can't take it anymore...!". Mengeluh. Tapi bukan mengalah. Sebab hidupkan perlu diteruskan, bukan?

"When I pretend
Wear a smile to fool my dearest friends
I wonder if they know
It's just a show

Knife
Cuts like a knife
How will I ever heal?
I'm so deeply wounded" - Knife (Rockwell)

Sebelum bermulanya Disember... ada sesuatu yang hendak aku sampaikan.. seperti ucapan seorang pemenang di majlis anugerah...
1. Untuk kamu yang memfitnah aku (ya.. aku masih simpan segalanya), kali ini... aku maafkan kesalahan kamu! Go and fly a kite lah!!!

2. Untuk kamu yang .....*sigh (aku sudah tahu segalanya.. things definitely won't be the same again.. aku bukan bahan untuk ketawa! )

3. Dan untuk kamu yang telah menguji kesabaran aku sebagai seorang kawan, cubalah menerima kebaikan dan keburukan seseorang itu seadanya. Kita semua dah dewasa, bukannya anak gadis belasan tahun... tak perlulah kau tunjuk-tunjuk, kau bentak-bentak. Okay...?
November has over... Alhamdulillah... And I'm deleting all the sad memories.. number 1.. 2.. and 3..! Selamat datang, Disember!


Salam kasih.

Final Tag For the Month

This tag has been pending for 6 days...

*Here are the rules for this tag*
1. Copy the badge and put it on your blog.
2. Link back who pass you this special TAG.
3. Spread this tag to at least 7 or more bloggers who you think you are friend with.


From : Zuer, the owner of www.kehadiranku.blogspot.com

And lovely are the blossoms
That are tended with great care,
By those who work unselfishly
To make the place more fair
.
And, like the garden blossoms,
Friendship's flower grows more sweet
When watched and tended carefully
By those we know and meet
.
And, if the seed of friendship
Is planted deep and true
And watched with understanding,
Friendship's flower will bloom for you.

Thank you, Zuer for the tag. And this poem is dedicated to all my readers (read: friends). Yes. You...!

This is for YOU!!


Salam kasih.

Saturday, November 29, 2008

ZzzZZZZzzzZZZZZ


Kalau aku lelap mata sekrang ni... camni jugak lerrr agaknya keadaan aku kan... Ngantuknya sekarang ni.. Tuhan jer yang tahu... tapi... kena gak berjaga sebab ada keje tak siap lagi... Pukul 9 pagi nanti ada kelas sampai tengahari. Jadi.. paling lewat aku boleh tidur adalah dalam kul 3pagi... Pukul 3 pagi???
"Pukul tiga pagiiiiiii.. tido la sayang..... esok kan kelas lagi..... nanti terhoyong hayang........"

Hiks! (... dah mabuk Neskepehhh ni...)

A Little Investment


HP 10bII Financial Calculator RM140
Modern Financial Management RM70
Managerial Information Systems RM72
Total investment RM282


I am currently busy playing with the Financial Calculator.


Salam kasih.

Tag dari Josh

Masa blog hopping tadi, ternampak ada satu tag dari Josh. Begini tagnya..

The rules:
1. Your name/username:
2. Left handed or right handed:
3. Favorite letter to write:
4. Least favorite letter to write:
5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy dog":
6. Tag 6 people: <-- 3 people only can ah?? can lah... :-)


Jadi.. inilah hasilnya..



Jadi.. untuk Zuer, CikTipah dan Ad .... SELAMAT MENULIS..! Josh, ini kira birthday gift la ye.. Happy Birthday!! :-)


Salam kasih.

Nyanyi Time!


Nyanyi time again on Friday after office. Kali ini kami pergi berempat, KakLin, Ana, Fara & I.. kemudian auntie KakLin, join sekali. Tujuannya, nak meneman Ana yang mencari lagu apa yang sesuai dinyanyikan bagi RHB Idol bulan depan. Dan juga, mencari lagu yang sesuai untuk February event. Sebab tu dalam list lagu2 di bawah ini, ada banyak lagu2 lama..


Tapau KFC untuk lunch hari tu.


... and complementary fruit platter for us..

... and kuih kapit that kakLin bought from the supermarket downstairs.


Aku telah menjadi pembuka gelanggang dengan menyumbangkan dua lagu. Lepas geram!!!! Sebabnya.. stresss woooo!!!!! November ni memang sangat-sangat menguji kesabaran...! Bila dah nyanyi dua lagu tu.. lega rasanya...! Pueh ati den!!!!


Fara menenangkan kembali keadaan. She has a very beautiful voice. Tak caya? Hmm.. nanti ye... Ana sibuk pilih lagu masa Fara nyanyi. And the rest were amazed by Fara's voice. Semua orang terpaku pakis. Tak caya?? Hmmm..nanti ye....


Align CenterAna melayan perasaan dengan lagu Remember Me This Way by Jordan Hill.


Reaching the highest pitch! Hehehe.. Sukati ko ler dik oi....

KakLin and her auntie, Ms. Anggerik.


Kami yang gembira..!!!


Love this pic! Peace uols!

We had a great time nyanyi-nyanyi. Yang menariknya bila kerja di odd hours ini adalah happy hournya bermula di waktu awal petang. Jadi, tak perlu risau balik lambat ataupun traffic jam. Tak sangka ramai penghibur di ofis aku nih.. Dah tak perlu risau nak cari artis untuk majlis Febuari nanti. Resident artis pun cukup berbakat.. :-)


video

Fara in action. Told ya, she got a beautiful voice, kan?


Salam kasih.


Walaupun - Part II


Ini adalah kesinambungan dari entry Walaupun. Bukan hanya cerita Cicakman je ada sambung-sambung dari Cicakman ke Cicakman2? Entry blog pun ada jugak occay!!!... Hiks!
(dari entry yang lalu...) ...walaupun.... hujan lebat & traffic jam segala... aku gagahkan jugak.. untuk ke tempat ini..





kerana
, aku ada sesuatu yang istimewa untuk CikTipah... iaitu...........





CikTipah, gigih mek nak snapy gambar-gambar di atas ini untukmu cikTipah....!!! Mentang-mentang uols tak ada sekali dengan iols di malam ittew... dia wat dek je kat kamera kecik iols occay...! Cuba uols perati.. langsung tak pandang pun ke arah kamera kecik ios tawww!!! Iols sentap occay!! Hiks!


Bukan macam kawan uols yang sorang ni.... Memula dia belum nampak kamera kecik iols, idok ler dia ni pandang ke arah kamera kecik ku ittew kan.....




..tapi.. bila dia dah ternampak kamera kecik ku ittew....



Terus posing senyum simpul uols!!!!!! Heheehehehe.. CikTipah, this Duda Terhangat DiPasaran semakin hari semakin charming kan uols....! What say u? Btw, en. Edry kirim salam pada uols. Tak sempat nak snappy gambo2 dia, sebab kitorang sibuk pokpekpokpek! (.... dah aku pi sensorang.. cemana nak posing2!...).


CikTipah, sekian sahaja laporan saya untuk majlis hari itu. Semoga terubat rindumu! Hiks!


Salam kasih.


Friday, November 28, 2008

Dugaanku


Pertama
sekali, lif tidak berfungsi. Oh.. no...! Kalau aku di tingkat 1 hingga 4 tu boleh jugalah turun naik dengan tangga. Tapi.. aku di tingkat belasan.. mau mencungap jadinya turun naik tangga. Terpaksalah share lift dgn blok lain.. Kalaulah

Kedua,Temanku tak dapat balik hari ke KL hari ini. Sesuatu yang agak serius telah terjadi dalam perjalanan pulang tadi, katanya. Aku risaukan dia. Kepenatan sudah tentu. Aku harap semuanya akan berjalanan lancar. Cepat pulang ya, Temanku...


Oh.. i'm worried.... *sigh

Ketiga, aku terlanggar kucing semasa keluar dinner tadi.!! Tiba-tiba je kucing tu melintas. Kuat juga bunyinya tadi.. saspen aku. Aku intai dari cermin pandang belakang.. tak ada pun kucing yang terbaring di jalan. Hmm... mungkin cedera aje kot kan...! Harap2nya begitulah.. Kepada semua pecinta kucing.. maafkan aku..!


Keempat, sampai ke kedai tempat dinner tadi, tiba-tiba blackout! Oh no...! Nasib baik tak lama lepas tu, ada letrik balik.


Ntah kenapa agaknya.. dari tadi semuanya tak kena. Tetapi aku terima semua ini sebagai dugaanku dari Allah.


Salam kasih.

Cicakman2


Event : Tayangan pra-nonton, Cicakman2
Lokasi : Cathay Cineleisure, Damansara
Time : 9 pm

(Sila klik pada gambar kalau nak nampak imej lebih besar dan terang)

Aku dipelawa oleh Achmal dari KRU untuk ke majlis pra-nonton Cicakman2. Sebagai seorang yang dah lama mengikuti perkembangan KRU, aku tak leh lepaskan peluang ini. Bayangkan, dari hanya sebuah kumpulan rap di tahun 1992, sekarang ni KRU sudah aktif bikin filem. Congratulations! Cicakman2 adalah filem ketiga dari KRU, selepas Cicakman & Duyung.


Ginger1, Ginger2, Mdm. Feng Shui, Rrama, Syarifah Amani & Cicakman2 (costume baru). Ini adalah antara watak-watak penting dalam filem Cicakman2. Aku rasa Sy. Amani did a great job, dengan watak sebagai adik Danny (Yusry) yang buta. Lawak dia lebih bersahaja.. berbanding dengan .....


The main casts; Saiful Apek, Tamara Blezynski, Aznil Hj. Nawawi, Syarifah Amani dan Yusry bergambar bersama Melly Goeslaw. Walaupun lagu Dibius Cinta nyanyian Yusry & Melly keluar selama 15saat sahaja dalam filem Cicakman2, lagu tu lah yang paling aku suka sekali.. Romantik sehhhh...! Dalam pada tu, aku tercari-cari juga.. mana pi si Fasha Sandha??


Budak-budak kecik yang ada kat lokasi tu malam tadi.. teruja sungguh bila nampak Saiful Apek & Pak Nil nih... Abih semua kami remaja purba ditolak ketepi dek makbapak budak-budak ni. Aku sempat congratulate Pak Nil sebab dapat seruan haji tahun ni. Alhamdulillah. Semoga mendapat haji mabrur, insyaAllah.



Untuk bapak-bapak semua ya... saksikan pelakon utama dalam filem Cicakman2 ini ya.. namanya Tamara Nathalia Christina Mayawati Bleszynski... (tu dia.. kalo isi borang tak cukup petak kosong nihh) ataupun Tamara Blezynski. Cantik banget dia ini..!! Aku rasa Tamara ni famous di Malaysia kerana lakonan dia sebagai Ana dalam sinetron Hikmah di Astro tu.


Sebanyak 3 sinema disediakan untuk majlis ini. Satu untuk pemenang ERA, satu untuk pengguna CELCOM, dan satu untuk VIP. Aku nonton di sinema untuk pemenang ERA, sama dengan Achmal & wifey. Maaf, aku tak pandai nak buat review untuk filem, tapi, yang pasti, Cicakman2 ini lebih baik dari Duyung. Tahniah Yusry.


Salam kasih.


Nota extra : Terima kasih untuk sahabat aku sebab bagi aku guna pc dia untuk edit Picasa3. Maap ler saya duk ganggu selalu, lepas ni saya tak kacau dah ye.


The Lucky One!


Dah ada pemenang untuk visitor ke 10,000 ....!!!!
Congratulations to Zuer!! Tak caya?? Check out this entry..!
Tahniah.. nantikan hadiahnya ye..


Salam kasih.

Walaupun...


Walaupun hujat lebat sedang membasahi Kuala Lumpur...



Walaupun terpaksa mengharungi kesesakan trafik selama 2 jam dalam hujan... Ku gagahkan juga diri ini untuk ke tempat ini....



Ku gagahkan juga Jebat! Ku harung juga semuanya Jebat! Kerana aku ada tugasan...! Kan... tugasan katanya...! Nanti2 lah aku hapdate ye... Tengahari ke.. Petang ke... Tunggu!!!!!!!!!


Eh... dah sampai 10,000 ke?? Cuba tengok sat...!


Salam kasih. Gudnite.

Thursday, November 27, 2008

Lagi Tag dari Zuer

Untuk keberapa kalinya... aku menjawab tag. Juga dari Zuer. Gigih betul uols!


1. Name one person who made you laugh last night?
Temanku.

2. What were you doing at 0800?
Work.

3. What were you doing 30 minutes ago?
Was having my A&W Rootbeer float. Yummy!!

4. What happened to you in 2006?
Had dengue fever for the 2nd time! The best thing was when the nurse on duty in the ICU ward said "Kali ke-2 kena ke Cik? La... nasib baik tak koma. Selalunya kalau kena 2nd time ni patient koma!!". I was like ..."huhhh??" Saspen okayyy!!!!!

5. What was the last thing you said out loud?
Daaaa!!!!!

6. How many beverages did you have today?
Two. Ice tea in the morning and A&W Root beer float now..

7. What color is your hairbrush?
Pink

8.What was the last thing you paid for?
A&W Root beer float. RM4.10

9. Where were you last night?
At home of course.

10. What color is your front door?
Creme.

11. Where do you keep your change?
In my Swatch Coin Box

12. What's the weather like today?
Clear..

13. What's the best ice-cream flavor?Chocolate??
Aiskrim Malaysia Asam Boi... Yummyyy!!

14. What excites you?
Secret.

15. Do you want to cut your hair?
I wish to keep it long..

16. Are you over the age of 25?
Oh..wat a question!

17. Do you talk a lot?
Yes. If i have the right company.

18. Do you watch the O.C.?
Nope.

19. Do you know anyone named Steven?
Nada..

20. Do you make up your own words?
Depends..

21. Are you a jealous person?
Yeah.. when needed. (cemana tu ye... hehehe)

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Axxx (Temanku's name starts with an A)

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
KRU! Hahahahaha.

24. Who's the first person on your received call list?
Umah <-- Acik call from home.

25. What does the last text message you received say?
"X leh. Tak de org kat off. Dino blik umah"

26. Do you chew on your straw?
Not anymore. Used to chew straw back in school days.

27. Do you have curly hair?
Nope.

28. Where's the next place you're going to?
I am invited to go to Cathay Cineleisure this evening.. InsyaAllah.. i'll go kalau rajin...

29. Who's the rudest person in your life?
...i'm not telling.. sorry..

30. What was the last thing you ate?
A&W Root beer float ice-cream. Yummy!

31. Will you get married in the future?
Yes. I will. <-- skema nyer jawapanku hahahaha

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Hmmm... The Holiday <-- on HBO

33. Is there anyone you like right now?
Yes... (pose sipu2 maleww.. hiks!)

34. When was the last time you did the dishes?
Last nite.

35. Are you currently depressed?
Alhamdulillah.. i'm not.

36. Did you cry today?
Nope...

37. Why did you answer and post this?
..please remove this question...!

38. Tag 5 people who would do this survey.
Anyone intersted? Silakan... CikTipah... y don't u jawab this survey.. :-)


Salam kasih.

Terima Kasih Su...

Balik dari ofis semalam, ada notis dari Poslaju. Katanya ada parcel untuk aku collect di ofis Poslaju kat Brickfield. Hajat dihati nak pergi collect malam tadi, tapi hujan turun semalaman.. malas nak mengharung traffic jam time hujan2 ni. Balik dari ofis tadi, aku terus ke ofis Poslaju untuk collect parcel.




Yeay, tu dia.. Hadiah dari Su dah sampai!! Hadiah sempena jadi 10,000th visitor kat blog dia yang semakin hari semakin meriah itu. Terima kasih Su... First time akak terima hadiah sebagai pengunjung bertuah ni.. Selama ni akak pergi ekspo apa2 pun.. tak pernah pun dapat hadiah pengunjung bertuah.. Hiks!



Waduh....! Cantik banget mini-drawer (betul ke nama ni??) nih.... Terima kasih, Su. Love it so much! Su sertakan juga satu kad yang sangat comel dengan mesej "Semoga persahabatan kita berkekalan". InsyaAllah Su.. akak pun doakan yang sama.


Cantik.. boleh letak all the accessories dalam tu.. misalnya pin tudung, cincin, brooch dan gelang. Mini-drawer ni sangat cantik sampaikan gelangku ittew pun nak interframe jugak.. Hehehe..
Dalam perjalanan balik dari Poslaju tu, aku singgah di satu tempat. Untuk mendapat benda yang kuidamkan kelmarin.



Aduhai.. Nikmatnyaaaaaa... A&W Root beer float! Kalau dine-in lebih sedap dan menarik lagi kalau dibandingkan dengan kalau ditapau. Disebebkan aku sorang2, malas pulak la nak duk kat sana, sebab time tu ramai customer tengah makan.. lunch time kan.. Walaubagaimanapun, terubat sudah keinginan hati.. Alhamdulillah... dan terima kasih banyak2 Su.. Nanti buat contest lagi ye.. :-)


Dah nak sampai 10,000 reader dah kat sini... Uol reader yang keberapa, ye?


Salam kasih.

Kerna Aku Sayang Kamu



KERNA KU SAYANG KAMU - DYGTA


Seandainya, kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku

Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah, berpaling darimu
Walau kini, kau jauh darikuKan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu

Hati ini, selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji, hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yg lain

Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkah kuterus terlena
Tanpamu disisiku, ku kan slalu menantimu

Seandainya, kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku

Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah, berpaling darimu
Walau kini, kau jauh dariku
Kan slalu kunanti

Karna ku sayang kamu
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu



Been listening to this song, Kerna Ku Sayang Kamu over and over again... Cubalah!


Salam kasih.

Indahnya...


Indahnya... kalau payment ni... untuk aku!!!!
Mari berangan..!! Selamat bekerja everyone..
Salam kasih.

Wednesday, November 26, 2008

Your Attention Please!



Dear Readers,

The number 10,000 is just around the corner. If you are the lucky 10,000th reader, do print screen (or snap the screen pic).... and send it to my email; adibah1109@yahoo.com. You never know, what u gonna get..! :-)



Good luck!


Salam kasih.

Ada lagi Tag ni...

Duk blog hopping sana sini.. baru tersedar ada lagi tag dari Zuer.. Rajinnyerrrr "Hero RHB" (bak kata Kak Ja) ni ye...

Things to do:



1. Put The logo in your blog. (okay




2. Add a link to the person who shared it with you.

Zuer Azman


3. Nominate at least 7 other blog

Ad's
Pinky's
Josh's
Budlee's
Megat's (aku suka entry2 Megat.. short & sweet)
CikTipah's (tetap mek nak bagi award ni jugak)
Su's (nak bagi gak award ni kat Su)


4. Leave a message for your nominee on their blog (done!)


Selamat mencuba! Berusaha! Berusaha! Berusaha!


Salam kasih.

Tuesday, November 25, 2008

Kannnnnnn.......!!!!!!

Tadi kan aku cerita yang aku teringin nak RutBirFloat & CurlyFries.... kebetulan penyakit "Malas Masak" sedang melanda.. Aku tanya kat mySis dia nak order apa... dan aku pun menggunakan daya imaginasi untuk mengorder makanan yang ku idamkan.. Jadi, dengan gigihnya aku pun mencapai telefon dan mendail nombor yang panjang-panjang tu untuk order Delivery dari satu lagi kedai ( u know what i mean..) ...


Tuttt... tuttt... tuttt.. tutt...tutt..tutt..tutt..tutt..

"Tengkiu for calling @#$%^^@. For English please press 1. Untuk Bahasa Malaysia, sila tekan 2. (Aku tekan no. 2) dan lagu ding dong ding dong la la la la ting ting ting ting pun kedengaran... "




Orang tu : Terima kasih kerana menghubungi @#$%^&*. Saya bla bla bla bla bla bla...

Aku : Dik, akak nak buat delivery order

Orang tu : Boleh tau nama akak.

Aku : Adibah

Orang tu : Boleh bagi no. phone akak

Aku : Kosong, Satu, Dua, Dua, Tujuh Dua, X,X,X,X

Orang tu : Alamat akak di ......., tingkat ..... Keramat, KL ye.. Sebentar ya, saya nak confirmkan alamat akak

Aku : Okay..

Ting tong ding dong la la la la (background music)

Orang tu : Terima kasih kerana menunggu. Tukang hantar yang terdekat dengan akak adalah di A#$%g P&*k. Tapi sekarang ni kat sana hujan. Jadi kita tak boleh buat penghantaran . Kalau akak nak, akak boleh buat tempahan, tapi kita akan hantar selepas hujan berhenti.

Aku : Bila?? (Aku rasa terkejut dengan statement dia.. dan tak semena2 terkeluar perkataan tu. Lagipun kat umah aku tak hujan lagi.. mana ler aku tau kat sana tu hujan....)

Orang tu : Itu saya tak tahu.. akak tau ke bila hujan berhenti??

Aku : Huh?? Apa dia??

Orang tu : Kalau order sekarang, kita akan hantar bila hujan berhenti. Tempat akak hujan tak? Akak tau ke bila hujan berhenti?





Aku : (Pitching aku dah menjadi tinggi...) Kalau tak leh order, cakap je tak boleh order! Senang cerita!! Please ask your boss to send you for customer service & telephone etiquette course, boy!! (and I press the End Call button)


Hmmm.. Mentang2 aku tekan butang 2, ko main2 ngan aku ya... kan dah kena!!!


Kannnnn......!

Owhhh.....!

I'm craving for this....


Photo from flickr.com


and this...



Photo from flickr.com


Hmmm... sedapnya.. !


Salam kasih.

Cerita Mandi



Lepas kerja tadi, bawak Kure2 mandi kat tempat mandi kereta di Kg Baru. Jauh betul melencongnya untuk pi mandikan kereta kan? Sebabnya? Aku terlajak cikTipah... terlajak kata boleh gak mintak maaf.. Kalau terlajak driving.. mana bleh reverse dah.. silap2 langgar keta belakang..!

Ceritanya begini...biasanya lepas waktu kerja aku akan pergi ke ofis Temanku untuk lunch sama-sama. Sebabkan dah biasa.. aku pun dengan selamba dan dalam keadaan tak sedar diri drive ke arah ofis Temanku.. Sampai kat area IJN tu.. baru aku tersedar.. Temanku sekarang ni berada di luar KL!!!! Ya Ampunnn!!!!! Apa lagi.... aku pun gelak sorang2 sambil tepuk dahi! Hahahaha. Kure2 pun terus melencong ke area Kg.Baru.. dan singgah di tempat mandi kereta ni..



Kira cepat jugak mandikan kereta kat sini... nasib baik sempat sampai kat rumah sebelum hujan lebat tadi.. Kalau tidak, tak pasal-pasal Kure2 ni kotor semula.. Tapi, bila Kure2 ni dah mandi.. makin jelas pulak nampaknya parut2 di badan Kure2 nih... Nak kena buat plastic surgery ni.. Sian Kure2..


Salam kasih.