Tuesday, August 18, 2015

Dinihari

Sekarang waktu paling senggang adalah sekitar jam 2 pagi hingga ke 3 pagi. Sudah hampir sebulan beginilah keadaanya.

Waktu bekerja sudah berubah. Dari jam 12 tengah malam hingga habis waktu. Pelik. Tapi benar. Inilah yang mungkin dipanggil 'korban' teknologi. Semua mahu pantas. Semua mahu segera. Entah apa yang dikejarkan entah. Dunia.

Tidak cukup  tidur. Waktu biologi sudah bertukar. Siang menjadi malam. Malam menjadi siang. Kesihatan harus dijaga rapi. Apatah lagi aku ini yang pernah rapuh kesihatannya. Nantilah aku cerita.

Sekitar jam 2 hingga ke 3 pagi, waktu rehat. Bukan percuma. Cuma kerana kerja-kerja masih belum tersedia. Masih 'loading' kata orang zaman sekarang. Waktu itulah untuk rehat. Lelapkan mata. Tidur-tidur ayam kata orang. Waktu inilah aku ambil peluang untuk menulis di sini.

Bila siang, sekitar jam 10, biasanya badan akan penat. Mengantuk. Perlu tidur. Pesan doktor, perlu tidur yang aman sekurang-kurangnya 5 jam. Alhamdulillah. Terlaksana.

Memang banyak negatifnya bila bekerja di waktu ganjil sebegini.

Tapi setiap kepayahan itu ada indahnya.

Indahnya, Allah beri rezeki untuk solat tahajjud. Dikala majoritinya sedang enak diulit mimpi, Allah beri rezeki untuk beribadah.

Paginya, dapat bersarapan dengan suami.

Sebelum tidur jam 10, diberi lagi rezeki untuk solat dhuha. MasyaAllah, hebatnya aturan Allah.
 
Benarlah firman Allah. yang diulang sebanyak 31kali di dalam Surah Ar-Rahman:

"Maka nikmat Allah manakah yang kamu dustakan?"

Indahnya bila sesuatu yang negatif itu kau tangkaskan dan kau tumpukan pada keindahannya... Subhanallah.


Salam kasih.
 

Friday, August 14, 2015

Soalnya

Dekad ini bukan musim membaca blog setiap hari.
Dekad ini musim FB, Twitter, WhatsApp, Instagram dan yang sama 'aktif' dengannya
 
Sepuluh tahun lepas, kebanyakan warga siber setiap hari merayau-rayau ziarah blog sana sini.
Mencari berita.
Mencari cerita.
Mencari ilmu.
Mencari cinta (bila penulis berjaya memikat hati hanya melalui ketukan papan-papan kekunci..hehe)
 
Aku rindu zaman berjalan-jalan di blog. Ramai teman-teman blogger yang hebat-hebat sudah menyepi. Kurang menulis. Hanya segelintir yang masih setia.
 
Sekarang ramai dah beralih ke FB. Cuba perhatikan teman-teman di FB yang menulis 'status update' panjang berkajang ataupun tulis sedikit tapi terkesan di hati. Kemungkinan besar mereka itu adalah blogger terpendam yang gian menulis di sini.. hehehe

Soalnya... masih 'relevan'kah blogging ini?



 

Thursday, August 13, 2015

Nantilah

Hampir setahun tidak menulis. Laman menjadi beku.
Sepi.
Yang ada cuma tulisan-tulisan yang sudah lapuk, tapi kenangannya masih bugar dan mekar.

Bagaimana hendak mulakan?

Apakah yang patut dihidangkan dahulu kepada tamu yang telah lama tidak hadir ke halaman?

Good news?
Bad news?

Nantilah.

Idea sudah mencurah-curah
Seperti lambakan jigsaw puzzle di hamparan

Perlu dipilih-pilih
Perlu diasing-asingkan
Perlu disusun rapi

Barulah cantik!!!! Hehe..

Percubaan yang entah ke berapa kali untuk menghidupkan kembali laman ini.
Semoga Allah izinkan.


Salam kasih.


 

Thursday, October 2, 2014

Tujuh Tahun

25 September 2014 telah berlalu, bermakna, sudah tujuh tahun usia blog ini. Apakah blog ini juga tertempias oleh the 7th year itch, yang mana kalau dalam alam rumahtangga ataupun relationshop kononnya kasih semakin pudar, cinta semakin hilang dan kerinduan semakin pupus bila sudah sampai ke tahun ke-7.
 
Akan semakin sepikah blog ini? Mungkinkah akan ada update hanya setahun sekali..
 
Masih adakah yang ingat tentang kewujudan blog ini? Dengan FB nya, Instagram nya, WhatsApp nya, Line nya sempatkah agaknya hendak barang menjenguk sekali dua pada dunia blog ini? Ramai blogger yang sudah selesa ber'blog'di FB, di Instagram misalnya.. kerana di sana lebih ramai yang datang bertandang.
 
Tak boleh jadi!
 
Septembersebelas nak aktif kembali.  Banyak yang nak ditulis di sini. Banyak yang nak dikongsi. Kadang2 idea mencurah2.. macam2 yang ingin ditutlis. Ada ke yang akan membaca? Ish.. takpa lah...takpa.. Mau tulis. Sendiri tulis, sendiri baca.
 
Kepada yang setia menjenguk walau bersawang, terima kasih banyak-banyak, ikhlas dari hati. Aku pun rindu kepada blog sendiri. Rindu nak menulis.
 
I will write again. InsyaAllah...
 
Doakan aku rajin ya... terima kasih.
 
Seven years.... and counting!
 
 
Salam kasih.
 

Thursday, March 6, 2014

Testing 123

Cubaan untuk menulis dengan telefon pintar sebagai perantara.

Ke Low Yat petang tadi usai tugas di pejabat. Dalam congakkan hendak mencari laptop baru agar mudah aktif kembali menulis.

Cari punya cari punya cari.. akhirnya timbul idea untuk mencari Ultra-slim keyboard for android. Alhamdulillah... jimat ribuan ringgit. Keyboard kecik kiut ini hanya berharga RM100.

Mudah-mudahan selepas ini kerajinan akan timbul. Idea, kembalilah mencurah-curah! Ya Allah.. permudahkanlah.


Salam kasih.

Thursday, January 2, 2014

Dua Ribu Empat Belas

Testing wan tu tri
Aduhai... dah setahun tertinggal sepi..

Cuba untuk menulis lagi
Guna telefon pintar pula kali ni

Mudah2an menjadi..
Hi..hi..hi. :)

Rasa nak lempang?
Sambutlah salam kasih sayang..

Tuesday, December 4, 2012

Peralihan Musim


Musim 1
Cupcake. Semuanya cupcake. Birthday cupcake. Dating cupcake. Tunang cupcake. Wedding cupcake. Anniversary cupcake. Graduation cupcake. Retirement cupcake. Segalanya diraikan dengan cupcake. Pada musim ni, siapa yang beli cake biasa dianggap out-dated. Hantaran kalau ada cupcake nampak class. Sebenarnya cupcake ni memudahkan. Tak perlu susah payah nak potong2 kek yang besar kepada potongan2 yang kecil... sorang amik satu. Settle.

Musim 2
Redvelvet. Kurang pasti mana asalnya. Minat pada cupcake sudah menurun. Siapa makan redvelvet, post dekat FB. Nampak sedap. Nampak classy. Nampak mahal. Kek berperisa lain hilang populariti. Cheese cake, chocolate cake, blueberry cake, semua tolak tepi. Rasanya aku pernah rasa redvelvet ni sekali. For me its too sweet.. no good for my health. Kenot... kenot.

Musim 3
Musim ni orang sibuk macaron. Lepas sorang, sorang tunjuk kat FB beli macaron. Macam-macam color. Tengok di KLCC, ada kiosk near to Maybank, sebijik macaron RM4.50. Kecik je.. Besar sikit dari buah kerem. Ini pun aku pernah beli sekali. Order untuk hantaran, for cousin's engagement. Nampak kelas katanya. Orang 'sebelah sana' duk intai2, perhati macaron tu. Center of the hantaran. Cake hantaran orang stakat jeling sahaja.. hiks..!

Musim 4
Rainbow cake. Kek lapis bertingkat-tingkat. Tebal sungguh keknya. Warna pelangi. Tengok di FB, banyak gambar rainbow cake ni. Ganti redvelvet. Ada juga yang masukkan redvelvet as one of the layers. Warnanya terang2. Buat masa ni belum pernah cuba.

Musim 5 - terkini
Durian crepe. Sedang hot masa ini..! Sekarang banyak gambar durian crepe dalam news feed FB aku.Setiap kali tengok gambar durian crepe, mesti aku teringat kuih gulung.  Hmmm... sedapkah? Belum lagi dapat merasa. Tengok gambar, ada cream, ada durian.  Manis sudah tentu. Sedap sudah pasti. Sebab aku ni kaki durian. But if its too sweet... kenot take... kenot...!

Musim 6 - agak2nya apa pulak yang menjadi trend nanti? Hmmm....




Salam kasih.

Monday, December 3, 2012

Klise


Salam sejahtera.

Sebenarnya, setiap hari aku on internet kat telefon (kononnya) pintar.
Bila dah online, klik kat ikon globe kaler biru. Keluarlah google search. Aku type septembersebelas. Jumpa. Klik pada link. Buka blog.
Kemudian dengan hanya menggunakan jari telunjuk, calit calit ke kiri. Kemudian calit calit ke bawah.
Cari blog list. Tengok mana blogger dah update blog. Klik. Baca. Kalo rajin komen, tinggalkan komen sebaris dua.
Kemudian jari telunjuk ke sudut kanan paling bawah telefon pintar. Tekan kat anak panah reverse belakang. Beberapa kali. Hingga sampai ke home screen.

Ye. setiap hari aku masuk blog. Untuk 'transit je'. Sebelum ke 'destinasi' lain.

Nantilah, kalo rajin akan kasi cerita baru. *alasan klise*

Salam kasih.

[Laptop dah jahanam. Belum beli baru. Teknologi cepat sangat update. Tak terkejar. Baru minat kat satu model ni.. dalam masa beberapa bulan, keluar pulak model baru yang lagi menarik... ish!]

Salam kasih.

Thursday, November 22, 2012

Tunggulah Dulu...

Walau siapa pun yang kau sokong
Walau siapa pun yang kau fanatik kan
Walau siapa pun  yang kau puja
Walau siapa pun yang kau agungkan

Walau siapa pun yang kau benci
Walau siapa pun yang kau keji
Walau siapa pun yang kau sumpah
Walau siapa pun yang kau fitnah

Walaupun apa pun lambangnya
Bulan ka..
Keris ka..
Mata lebam kaa..

Sudah sudahlah..
Tunggulah dulu
Kurangkan lah dosa
Kumpul lah dahulu pahala..

Election lambat lagi...! Tunggulah dulu...!


*ni hasil geram/menyampah/sedih/sakit hati/kecewa/malu bila tengok status update di fesbuk beberapa kerat kengkawan aku.


salam kasih.

Wednesday, November 21, 2012

Melampau Sungguh Kan....!


Kemain lagi kan... 
lama betul tak update blog..
melampau sungguh kan..!

Kemain lagi kan...
masuk blog sendiri
sekadar nak klik kat link blog
intai kengkawan yang rajin update
kadang2 siap berkata-kata sendiri (macam dalam sinetron indonesia) "eh.. lama dah dia tak update"
padahal diri sendiri lagi teruk
melampau sungguh kan...!

Kemain lagi kan...
sejak pakai telefon pandai ni
dah tak pandai nak on laptop
tengok fesbuk, blog semua main calit2 skrin
tak kenal dah siapa papan kekunci
lupa dah apa itu tetikus
melampau sungguh kan..!

Kemain lagi kan..
semakin canggih teknologi
semakin malas jadinya diri ni
tapi semua nak smart
smartPhone, smartTunnel, smartCard, smartTV, smartReader semua kita mau
kalo smartS ... mau tak?
melampau sungguh kan..!

ok.. ok..
cukup cukup sudaaaa
cukup sampai di sini saja....


salam kasih