Tuesday, August 18, 2015

Dinihari

Sekarang waktu paling senggang adalah sekitar jam 2 pagi hingga ke 3 pagi. Sudah hampir sebulan beginilah keadaanya.

Waktu bekerja sudah berubah. Dari jam 12 tengah malam hingga habis waktu. Pelik. Tapi benar. Inilah yang mungkin dipanggil 'korban' teknologi. Semua mahu pantas. Semua mahu segera. Entah apa yang dikejarkan entah. Dunia.

Tidak cukup  tidur. Waktu biologi sudah bertukar. Siang menjadi malam. Malam menjadi siang. Kesihatan harus dijaga rapi. Apatah lagi aku ini yang pernah rapuh kesihatannya. Nantilah aku cerita.

Sekitar jam 2 hingga ke 3 pagi, waktu rehat. Bukan percuma. Cuma kerana kerja-kerja masih belum tersedia. Masih 'loading' kata orang zaman sekarang. Waktu itulah untuk rehat. Lelapkan mata. Tidur-tidur ayam kata orang. Waktu inilah aku ambil peluang untuk menulis di sini.

Bila siang, sekitar jam 10, biasanya badan akan penat. Mengantuk. Perlu tidur. Pesan doktor, perlu tidur yang aman sekurang-kurangnya 5 jam. Alhamdulillah. Terlaksana.

Memang banyak negatifnya bila bekerja di waktu ganjil sebegini.

Tapi setiap kepayahan itu ada indahnya.

Indahnya, Allah beri rezeki untuk solat tahajjud. Dikala majoritinya sedang enak diulit mimpi, Allah beri rezeki untuk beribadah.

Paginya, dapat bersarapan dengan suami.

Sebelum tidur jam 10, diberi lagi rezeki untuk solat dhuha. MasyaAllah, hebatnya aturan Allah.
 
Benarlah firman Allah. yang diulang sebanyak 31kali di dalam Surah Ar-Rahman:

"Maka nikmat Allah manakah yang kamu dustakan?"

Indahnya bila sesuatu yang negatif itu kau tangkaskan dan kau tumpukan pada keindahannya... Subhanallah.


Salam kasih.
 

Friday, August 14, 2015

Soalnya

Dekad ini bukan musim membaca blog setiap hari.
Dekad ini musim FB, Twitter, WhatsApp, Instagram dan yang sama 'aktif' dengannya
 
Sepuluh tahun lepas, kebanyakan warga siber setiap hari merayau-rayau ziarah blog sana sini.
Mencari berita.
Mencari cerita.
Mencari ilmu.
Mencari cinta (bila penulis berjaya memikat hati hanya melalui ketukan papan-papan kekunci..hehe)
 
Aku rindu zaman berjalan-jalan di blog. Ramai teman-teman blogger yang hebat-hebat sudah menyepi. Kurang menulis. Hanya segelintir yang masih setia.
 
Sekarang ramai dah beralih ke FB. Cuba perhatikan teman-teman di FB yang menulis 'status update' panjang berkajang ataupun tulis sedikit tapi terkesan di hati. Kemungkinan besar mereka itu adalah blogger terpendam yang gian menulis di sini.. hehehe

Soalnya... masih 'relevan'kah blogging ini?



 

Thursday, August 13, 2015

Nantilah

Hampir setahun tidak menulis. Laman menjadi beku.
Sepi.
Yang ada cuma tulisan-tulisan yang sudah lapuk, tapi kenangannya masih bugar dan mekar.

Bagaimana hendak mulakan?

Apakah yang patut dihidangkan dahulu kepada tamu yang telah lama tidak hadir ke halaman?

Good news?
Bad news?

Nantilah.

Idea sudah mencurah-curah
Seperti lambakan jigsaw puzzle di hamparan

Perlu dipilih-pilih
Perlu diasing-asingkan
Perlu disusun rapi

Barulah cantik!!!! Hehe..

Percubaan yang entah ke berapa kali untuk menghidupkan kembali laman ini.
Semoga Allah izinkan.


Salam kasih.


 

Thursday, October 2, 2014

Tujuh Tahun

25 September 2014 telah berlalu, bermakna, sudah tujuh tahun usia blog ini. Apakah blog ini juga tertempias oleh the 7th year itch, yang mana kalau dalam alam rumahtangga ataupun relationshop kononnya kasih semakin pudar, cinta semakin hilang dan kerinduan semakin pupus bila sudah sampai ke tahun ke-7.
 
Akan semakin sepikah blog ini? Mungkinkah akan ada update hanya setahun sekali..
 
Masih adakah yang ingat tentang kewujudan blog ini? Dengan FB nya, Instagram nya, WhatsApp nya, Line nya sempatkah agaknya hendak barang menjenguk sekali dua pada dunia blog ini? Ramai blogger yang sudah selesa ber'blog'di FB, di Instagram misalnya.. kerana di sana lebih ramai yang datang bertandang.
 
Tak boleh jadi!
 
Septembersebelas nak aktif kembali.  Banyak yang nak ditulis di sini. Banyak yang nak dikongsi. Kadang2 idea mencurah2.. macam2 yang ingin ditutlis. Ada ke yang akan membaca? Ish.. takpa lah...takpa.. Mau tulis. Sendiri tulis, sendiri baca.
 
Kepada yang setia menjenguk walau bersawang, terima kasih banyak-banyak, ikhlas dari hati. Aku pun rindu kepada blog sendiri. Rindu nak menulis.
 
I will write again. InsyaAllah...
 
Doakan aku rajin ya... terima kasih.
 
Seven years.... and counting!
 
 
Salam kasih.
 

Thursday, March 6, 2014

Testing 123

Cubaan untuk menulis dengan telefon pintar sebagai perantara.

Ke Low Yat petang tadi usai tugas di pejabat. Dalam congakkan hendak mencari laptop baru agar mudah aktif kembali menulis.

Cari punya cari punya cari.. akhirnya timbul idea untuk mencari Ultra-slim keyboard for android. Alhamdulillah... jimat ribuan ringgit. Keyboard kecik kiut ini hanya berharga RM100.

Mudah-mudahan selepas ini kerajinan akan timbul. Idea, kembalilah mencurah-curah! Ya Allah.. permudahkanlah.


Salam kasih.

Thursday, January 2, 2014

Dua Ribu Empat Belas

Testing wan tu tri
Aduhai... dah setahun tertinggal sepi..

Cuba untuk menulis lagi
Guna telefon pintar pula kali ni

Mudah2an menjadi..
Hi..hi..hi. :)

Rasa nak lempang?
Sambutlah salam kasih sayang..

Tuesday, December 4, 2012

Peralihan Musim


Musim 1
Cupcake. Semuanya cupcake. Birthday cupcake. Dating cupcake. Tunang cupcake. Wedding cupcake. Anniversary cupcake. Graduation cupcake. Retirement cupcake. Segalanya diraikan dengan cupcake. Pada musim ni, siapa yang beli cake biasa dianggap out-dated. Hantaran kalau ada cupcake nampak class. Sebenarnya cupcake ni memudahkan. Tak perlu susah payah nak potong2 kek yang besar kepada potongan2 yang kecil... sorang amik satu. Settle.

Musim 2
Redvelvet. Kurang pasti mana asalnya. Minat pada cupcake sudah menurun. Siapa makan redvelvet, post dekat FB. Nampak sedap. Nampak classy. Nampak mahal. Kek berperisa lain hilang populariti. Cheese cake, chocolate cake, blueberry cake, semua tolak tepi. Rasanya aku pernah rasa redvelvet ni sekali. For me its too sweet.. no good for my health. Kenot... kenot.

Musim 3
Musim ni orang sibuk macaron. Lepas sorang, sorang tunjuk kat FB beli macaron. Macam-macam color. Tengok di KLCC, ada kiosk near to Maybank, sebijik macaron RM4.50. Kecik je.. Besar sikit dari buah kerem. Ini pun aku pernah beli sekali. Order untuk hantaran, for cousin's engagement. Nampak kelas katanya. Orang 'sebelah sana' duk intai2, perhati macaron tu. Center of the hantaran. Cake hantaran orang stakat jeling sahaja.. hiks..!

Musim 4
Rainbow cake. Kek lapis bertingkat-tingkat. Tebal sungguh keknya. Warna pelangi. Tengok di FB, banyak gambar rainbow cake ni. Ganti redvelvet. Ada juga yang masukkan redvelvet as one of the layers. Warnanya terang2. Buat masa ni belum pernah cuba.

Musim 5 - terkini
Durian crepe. Sedang hot masa ini..! Sekarang banyak gambar durian crepe dalam news feed FB aku.Setiap kali tengok gambar durian crepe, mesti aku teringat kuih gulung.  Hmmm... sedapkah? Belum lagi dapat merasa. Tengok gambar, ada cream, ada durian.  Manis sudah tentu. Sedap sudah pasti. Sebab aku ni kaki durian. But if its too sweet... kenot take... kenot...!

Musim 6 - agak2nya apa pulak yang menjadi trend nanti? Hmmm....




Salam kasih.

Monday, December 3, 2012

Klise


Salam sejahtera.

Sebenarnya, setiap hari aku on internet kat telefon (kononnya) pintar.
Bila dah online, klik kat ikon globe kaler biru. Keluarlah google search. Aku type septembersebelas. Jumpa. Klik pada link. Buka blog.
Kemudian dengan hanya menggunakan jari telunjuk, calit calit ke kiri. Kemudian calit calit ke bawah.
Cari blog list. Tengok mana blogger dah update blog. Klik. Baca. Kalo rajin komen, tinggalkan komen sebaris dua.
Kemudian jari telunjuk ke sudut kanan paling bawah telefon pintar. Tekan kat anak panah reverse belakang. Beberapa kali. Hingga sampai ke home screen.

Ye. setiap hari aku masuk blog. Untuk 'transit je'. Sebelum ke 'destinasi' lain.

Nantilah, kalo rajin akan kasi cerita baru. *alasan klise*

Salam kasih.

[Laptop dah jahanam. Belum beli baru. Teknologi cepat sangat update. Tak terkejar. Baru minat kat satu model ni.. dalam masa beberapa bulan, keluar pulak model baru yang lagi menarik... ish!]

Salam kasih.

Thursday, November 22, 2012

Tunggulah Dulu...

Walau siapa pun yang kau sokong
Walau siapa pun yang kau fanatik kan
Walau siapa pun  yang kau puja
Walau siapa pun yang kau agungkan

Walau siapa pun yang kau benci
Walau siapa pun yang kau keji
Walau siapa pun yang kau sumpah
Walau siapa pun yang kau fitnah

Walaupun apa pun lambangnya
Bulan ka..
Keris ka..
Mata lebam kaa..

Sudah sudahlah..
Tunggulah dulu
Kurangkan lah dosa
Kumpul lah dahulu pahala..

Election lambat lagi...! Tunggulah dulu...!


*ni hasil geram/menyampah/sedih/sakit hati/kecewa/malu bila tengok status update di fesbuk beberapa kerat kengkawan aku.


salam kasih.

Wednesday, November 21, 2012

Melampau Sungguh Kan....!


Kemain lagi kan... 
lama betul tak update blog..
melampau sungguh kan..!

Kemain lagi kan...
masuk blog sendiri
sekadar nak klik kat link blog
intai kengkawan yang rajin update
kadang2 siap berkata-kata sendiri (macam dalam sinetron indonesia) "eh.. lama dah dia tak update"
padahal diri sendiri lagi teruk
melampau sungguh kan...!

Kemain lagi kan...
sejak pakai telefon pandai ni
dah tak pandai nak on laptop
tengok fesbuk, blog semua main calit2 skrin
tak kenal dah siapa papan kekunci
lupa dah apa itu tetikus
melampau sungguh kan..!

Kemain lagi kan..
semakin canggih teknologi
semakin malas jadinya diri ni
tapi semua nak smart
smartPhone, smartTunnel, smartCard, smartTV, smartReader semua kita mau
kalo smartS ... mau tak?
melampau sungguh kan..!

ok.. ok..
cukup cukup sudaaaa
cukup sampai di sini saja....


salam kasih








Thursday, July 5, 2012

Soalan sensasi wartawan basi

Selamat menyambut nisfu Syaban... pertengahan bulan Syaban.. maknanya, lagi 15 hari puasa lah kita semua, insyaAllah.. Dah habis ganti puasa? Aku? Belum langsai lagi.. masih ada tertunggak sehari tunggal. Adeihh...!

Ingat nak cerita yang sensasi.. tapi, disebabkan sedang nisfu Syaban, dah nak dekat bulan Ramadhan lagipun, baiklah kita banyak2 buat amalan2 yang baik.. ye dak? Kurangkan sensasi.. tingkatkan produktiviti katanya dalam Melodi.. tapi.. la ni.. aku kurang gemor nengok Melodi.. bahawasanya aku suka tengok Galaksi di tivi semilan setiap hari jemaat pukul lapan stengah malam..! Best! Aku suka Kiah Propa ittew.. sungguh tulus, takdek kaver2.. Owh.. saya feminat akak! Hiks..! ok.. habis cerita sensasi.

Ye.. disebabkan aku kawen January 2011 yang lepas.. sekarang ini, aku sentiasa dibanjiri dengan soalan 'wartawan2 basi' yang tak bertauliah.. iaitu.. "Dah ada isi ke belum?".. Hmm.. memang orang tak pernah berhenti bertanya ye? Baru je lepas habis jawab soalan "Bila lagi nak kawen?" dah masuk ke segmen kedua soalan bonus yang seterusnya. Penatnya.... Hmm

Sebenarnya, proses pengisian itu seringkali dijalankan, of kos, tapi proses pembentukan itu masih belum lagi berjaya terlaksana. Ye.. aku tau la... kita ni umur semakin lama semakin bertambah... "the clock is ticking" katanya, memang betul. Kalau the clock is not ticking anymore, kiamatlah dunia ini.

Kadang2 cara bertanya tu macamlah tak percaya pada Qada & Qadar Allah.. Macam lah kami ni tak melakukan kerja2 pengisian. Bersabarlah... Kalau selama ini boleh tunggu untuk makan nasik minyak lauk sotong sambal aku, takkan tak boleh tunggu sikit lagi untuk aku ada isi? Kan?

Tahukah anda, bila anda bertanya soalan itu pada seorang perempuan, mungkin perempuan itu akan duk fikir soalan itu, berlegar-legar di kepalanya, kemudian dia akan stress, dan bila dia sedang melakukan proses pengisian itu, akan terngiang2 soalan anda itu di dalam kepala otaknya... dan akhirnya, menggangu gugat konsentrasi semasa proses pengisian. Jadi, semakin tak berisilah perempuan itu jadinya.

Adalah lebih baik sekiranya sama2 doakan agar kawan2/sedara mara2 yang belum ada anak ini.. dikurniakan zuriat yang sehat, sempurna dan beriman... dapat jugak tumpang pahala ye dak?  Kadang2 orang ni tak perasan.. mungkin dia Allah dah kurniakan zuriat 1,2,3,4,5 orang atau seterusnya.. tapi.. zuriat dia tu nanti? Confirm ke zuriat tu nanti, akan berzuriat juga bila mereka dah berumahtangga?

Lain kali, kalau ada orang tanya aku lagi... "Dan ada isi ke?"... "Bila lagi nak beranak ni?" ... "Belum pregnant lagi?"...  aku akan cuba untuk hanya tersenyum.. selagi masih ada kesabaran... Bila hilang kesabaran, mungkin aku nak jawab, "Nanti sampai masa, I datang jumpa U ye... I nak mintak U sponsor RM20K, I buat IVF, sebab u tak sabar2 nak I beranak kan?".. Gittew..!


Salam kasih.

Thursday, May 24, 2012

Alzhiemer & Kesabaran


Pertama kali berjumpa.

"Nama siapa?" tanya beliau, muka serius sambil matanya menjeling sinis. Aku seriau. Rasa macam kena soal dengan cikgu disiplin, lepas kena tangkap bawak "Brickgame" zaman sekolah dulu.

"Adibah." aku jawab. Sepatah. Sambil senyum takut.

Kemudian beliau sambung sembang dengan mereka-mereka yang ada bersama. Nampak risau. Restless. Sambil2 tu direnungnya aku. Renungan makrifat. Adeih....

Dipendekkan cerita.

Sampai di KLIA. Aku dah mula bersembang dengan beliau. Pasang strategi. If u cannot beat them, joint them. Follow the flow. Apa saja. Aku cuba. Janji boleh 'masuk' dengan beliau.

"Dah berapa lama kerja di kementerian?" tanyanya. Kali ni senyum. Mesra. Macam sembang sambil minum pagi di kafe.

"Saya tak keje kerajaan.. saya keje swasta.".

"Berapa gaji?"..

"RM10,000".. ok. Ini adalah figure rekaan. Gaji aku tak sama dengan figure yang aku bagi. Berangan. Haha.
Sambil sembang tu tengok2 luar. Tengok kat runway.

"You tengok kapal terbang tu. Besar kan? Agaknya berapa orang penumpang dia? Mesti mahal gaji driver dia."

Aku pun layan..

"Ye lah.. Besaaaarrrrr.. Kapal terbang yang lagi satu tu pun besar..."

Begitulah.. cerita tentang kebesaran kapal.. main kira2 berapa orang boleh masuk. Berapa orang driver. Berapa orang crew. Ye, beliau hilang perkataan 'pilot'.

Kemudian, beliau pandang aku lagi.

"Nama siapa?"

"Dah berapa lama kerja di kementerian?"

"You tengok kapal terbang tu. Besar kan? Agaknya berapa orang penumpang dia? Mesti mahal gaji driver dia."

"Sekarang pukul berapa?"

"Berapa lama lagi kita nak naik kapalterbang tu?"

Aku layan sembang lagi.

Dan lagi.

Dan lagi.

Dan lagi

Aku rasa sepanjang menunggu nak boarding tu, adalah 10 round aku ditanya soalan yang sama.

And trust me, sepanjang 3jam perjalanan aku duduk di sebelah beliau,beberapa kali aku ditanya soalan..

"Dah berapa lama u kerja di kementerian?"

Kenapa jadi begitu? Sebabnya, beliau adalah seorang pesakit Alzheimer. Nyanyuk kata orang kita, kan?

What is Alzheimer's Disease?

Ini jawapannya yang aku dapat dari website ini.


Alzheimer's Disease is the most common form of dementia. It is NOT a part of normal aging, but a disease involving the progressive loss of brain nerve cells. Since these nerve cells are essential for normal thought, memory and other brain functions, people with Alzheimer's Disease suffer a decline of mental functions which eventually interferes with the patient's normal daily activities.

Over time, Alzheimer's Disease patients lose their ability to perform even the most basic activities of daily living like brushing one's teeth, putting on clothes, bathing, etc. In the end, the ability to walk and talk may be lost as well.
Antara pengalaman aku, sepanjang 6 hari bersama beliau:

1.  Dalam begnya, ada diari. Ada dokumen. Macam beg office.

2.  Sudah tidak pandai 'menilai' duit. Pantang ada staff hotel yang menyapa, yang berjaya menambat hatinya, pasti dihulurnya tips..  bayangkan sekali hulur sama nilai dengan RM10. Untunglaaaa staff hotel tu. (so.. DK suruh aku take over operasi memberi tips. aku bagi singgit je..! haha)

3.  Menari dan menyanyi bersama, bila lepak untuk ngopi di lounge. Ye... bila pianist main lagu fevret, beliau akan nyanyi bersama.. happy...  sambil hulur tips RM50. Untung ler...!

4.  Mengulang cerita yang sama, 5-6 kali sehari, untuk setiap 6 hari tu.. Peranan aku? Memberi respon seperti baru pertama kali mendengar, setiap kali beliau bercerita..

5.  Selalu hilang perkataan ... 'lost her words'. Banyak benda yang gagal dinamakan. Antaranya handphone, buku, cawan, garpu dan pilot. Serious. Aku rasa sangat simpati..

6. Selalu marah tak tentu hala... Mudah emosi. Selalu merajuk dan perlu dipujuk. Kadang2 aku pujuk beliau sama seperti aku pujuk Dikna masa dia 6-7 tahun dulu.

7. Buat satu perkara berulang-ulang. Berkali-kali. Tanpa jemu. Dan aku rasa setiap kali beliau buat perkara tu beliau tak sedar yang benda tu berulang... dah dilakukan tadi.

8. Ada kalanya, beliau rasakan yang beliau masih muda. Masih bekerja. Masih dalam 40-an. Ceritanya kisah semasa dia masih bekerja. Zaman dia kanak2. Zaman remaja. Zaman anak dara. Kadang-kadang bernyanyi2 kecil.. humming lagu2 di zaman 60s, 70s. Begitulah..

9. Walaupun passport ada didepan mata, dia akan tercari-cari di dalam beg. Tercari-cari passport. Tercari-cari tiket. Cari. Belek. Check. Cari. Belek. Check. Berulang-ulang kali.

Bukan senang bila harus berdepan dengan pesakit Alzheimer ni... Ikut pengalaman aku, mereka ini macam anak2 kecil. Harus dilayan karenahnya. Harus dituruti kehendaknya. Menjaga pesakit Alzheimer ini perlu banyak sabar. Istighfar selalu. Tahap kesabaran perlu tinggi. Sangat tinggi. Mereka ini, semakin hari semakin pelupa.. Semakin hari semakin perlu diberi perhatian.

Memetik satu para dari website ini.. Katanya,


Caring for a loved one with Alzheimer's Disease is sometimes referred to as a "36-hour-a-day" task. However, proper understanding of the disease and management of the patient can reduce the burden considerably and greatly improve the quality of life for patients, their caregivers and families



Gambar kenangan, waktu di airport, nak balik KL. Penat mencicit aku mengejar, langkah laju macam orang muda. Mind you, she is about 75yrs old.

Aku doakan semoga beliau cepat sembuh. Semoga penyakit beliau semakin pulih, dengan izin Allah. Beliau bukan calang-calang orang. Pernah menyandang jawatan yang tinggi dalam kerajaan Malaysia. Banyak jasa beliau untuk kita, yang pangkat cucu2 beliau ni. Banyak cerita-cerita beliau yang aku ingat sampai sekarang. And.. yes.. I miss her. Lama dah aku tak jumpa... dan aku tak pasti, sama ada beliau masih ingat lagi aku atau tidak...

Kepada sesiapa yang sedang berdepan dan menjaga pesakit Alzheimer, I salute you guys....! Bersabarlah..

Ini adalah cerita pengalaman aku.. yang aku rasakan sangat beruntung, berpeluang meluangkan masa bersama beliau untuk beberapa hari..

Salam kasih.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Setiap kali tiba Hari Guru, aku pasti teringat kat arwah Mak. Al-fatihah..


dari google image

Mak,
Hari ni Hari Guru.
Kalau Mak masih ada.. mesti Mak dapat ucapan dari bekas-bekas student, kan?
Tapi takpa.. walaupun Mak takda.. anak2 murid Mak masih ingat lagi kat Mak, Alhamdulillah..

Mak,
Hari tu masa kenduri kawen Adik,
Ramai kawan2, bekas anak murid Mak datang.. nak meraikan majlis "Anak Teacher"
Ada jugak yang merajuk sebab tak dijemput..

Mak,
Along pun dah jadi Cikgu.
Ajar budak2 sekolah rendah kat Kelang.
Nampak gaya macam garang je dia dengan budak2.. hehehe..
Garang tapi penyayang agaknya, macam Mak jugak.
Dia sorang je baru yang ikut jejak langkah Mak jadi Cikgu.
Zura yang kat Kuching pun jadi Cikgu jugak.
Dia ajar kat sekolah menengah.
Harap2 diorang pun jadi cikgu yang baik macam Mak, kan?
Mudah2an.. insyaAllah..

Mak,
Hari tu kawan Along, bekas anak murid Mak, letak gambar Cikgu Hasiri kat Facebook.
Kemudian tu ramai bekas2 anak murid dia yang komen.
Zatil anak Cikgu Soyah pun komen, "teringat pada arwah teacher Asnaini" katanya..
Ramai jugak yang masih ingat kat Mak... Alhamdulillah...
Diorang ingat kenangan jadi student Mak dulu..
Diorang sedekahkan Al-Fatehah kat Mak dalam komen diorang..
Cikgu Masirah pun komen jugak.. katanya banyak yang dia belajar dari Mak.
Katanya dulu dia pun student Mak masa sekolah rendah.
Sekarang, dia dah pencen pun, Mak..

Mak,
Semoga Mak & Ayah tenang di sana, insyaAllah..
Al-fatihah...


*Untuk semua guru-guru, selamat hari guru.. Sebagai seorang anak murid, kenangan bersama kalian pasti tidak akan dilupakan.... walaupun nyawa sudah tidak dikandung badan...



Salam kasih.

Tuesday, April 3, 2012

Ramalan Tak Selalunya Benar

Dalam kereta. Berdua.
Kereta statik di satu lokasi. Tak bergerak. Jam.

Sambil memandang keluar. Melihat persekitaran.

Ternampak couple muda.

Seberang jalan. Berpimpin tangan.



"Wah.. romantiknya.. Teringat zaman mula berchenta dengan DK dulu.. so sweet".. kata hati aku.



Kemudian mulut pulak berkata.

Sambil memandang DK yang duduk di bangku pemandu.



"Abang, apa rasa bila dulu masa kita berchenta, abang pegang tangan saya..?" tanya aku. Sambil tersengeh2. Romantik konon.




Dalam fikiran, aku dah ada 'jawapan ramalan' dari DK. Ramalan jawapan berbunga2 chenta.





"Rasa BERSALAH!" jawab DK. Selamba. Kemudian ketawa.





Jawapan ramalan aku tak tepat rupanya! Adeih...!








Salam kasih.



Sunday, January 1, 2012

Happy New Year

Selamat Tahun Baru 2012

azam baru?

mmm... rasanya soalan azam baru ni hanya seswaii untuk kanak-kanak sekolah je..

azam baru biarlah ditanam, disemai, dan dituai dalam jiwa je.. *gituuuu*


azam tahun lepas yang ini.. errr.. azam dua tahun sudah sebenarnya... pun tak settle.. settle lagi..! haha.


Happy New Year


Salam kasih.

Wednesday, December 28, 2011

Buat Pertama Kali

Buat pertama kali.. bercuti panjang minggu terakhir sebelum tahun baru. Dah berbelas tahun aku bekerja.. dan dah berbelas tahun jugaklah aku sentiasa bekerja hingga ke akhir tahun.. Macam gigih je kan? Macam pekerja contoh je kan...? Takda maknanya...!

Selama ni, belum habis hujung tahun, annual leave dah habis. Padan muka aku! Bila orang bercuti.. kita nganga je la ye dak?

Yang bestnya, cuti tak ke mana... duduk rumah. Layan tv la... tengok movie..! Hehe.. Sambil-sambil tu.. layan sakit gigi, sampai sekarang masih sakit lagi.. Gi klinik? Hmmm... aku phobia doktor gigi.. Camna yek? Buat masa ni tahan je la... Akan tetap bertahan selagi mampu.

Dalam menahan sakit gigi, datang pulak flu. Demam. Takpa. Tahan juga. Telan panadol soluble. Sakit sikit takpa. Mudah2an terhapus dosa-dosa kecil, insyaAllah..



Yang terbaik adalah...... TIDOOOOOOOOO! Best! Boleh bangun 2 jam lebih lewat dari kebiasaan kalau bekerja. Seronok jugak ya jadik suri rumah sekali sekala... :D



Salam kasih.

Tuesday, December 20, 2011

Bila Hujung Tahun

Bila hujung tahun
Ramai yang ambik MC
Cuti tahun dah takda lagi
Tak boleh lah nak amik cuti emergency

Bila hujung tahun
Ramai yang pergi bercuti
Bersama teman ataupun famili
Harga bilik pun melambung tinggi

Bila hujung tahun
Ramai yang mencari diari
Telefon kawan di sana sini
Kot-kot dapat kalender free

Bila hujung tahun
Ramai yang muhasabah diri
Awalnya berazam itu dan ini
Hujungnya tertanya apa sudah jadi

Bila hujung tahun
Ramai yang belek muka sendiri
Tercari-cari kalau kedut sana sini
Tahun depan umur naik lagi




Salam kasih.

Thursday, December 15, 2011

Skandal & Keberanian




Semalam dengar di HotFM waktu pagi.. Segmen "Dear Fara"... Segmen pendengar berkongsi masalah dengan kru pagi HotFM.. Teringin aku nak call berkongsi cerita.. tapi.. disebabkan beberapa perkara (read: 1. malas nak tunggu diorang angkat call 2. malas nak dengar sora aku dalam radio 3. takut gugup hingga tak terkata apa-apa), jadi aku rasa baik aku tulis dalam blog.. Lagi senang. Menulis lebih mudah dari berkata-kata. Kadangkala.






Dalam segment tu, seorang lady listener berkongsi masalah. Kisahnya secara ringkasnya begini:






  • lady listener, isteri orang, anak 2


  • suaminya, dah 6 tahun, suka bersosial dengan perempuan, secara virtual dan live. Rajin chat, FB, twitter, sms segala..


  • pernah terkantoi, dan berjanji tidak akan buat lagi


  • terkini, ada skandal dengan ofismate


  • terkantoi, isteri jumpa gambar 'mesra' antara suami dan ofismate


  • suami dah kata : saya boleh berkawan dengan siapa saja yang saya nak. saya boleh dan mampu berkahwin lebih dari satu. jangan sampai saya tamatkan perkahwinan kita.


  • isteri tak tau dah nak buat apa..

Inilah sinopis yang dibaca oleh kru pagi HotFM. Kalo depa tipu, tipulah aku.. hiks. Sangat klise kan? Suami orang, di luar rumah ada relationship dengan perempuan lain. Tapi sebenarnya di zaman skrang ni.. isteri orang pun pandai ada relationship dengan lelaki lain. Sama je. Lelaki dengan lelaki pun ada. Perempuan dengan perempuan pown aderrrr.....


Untuk cerita kat atas ni, ramai caller yang bagi komen. Kebanyakannya simpati dengan si isteri dan geram dengan si suami. Ada yang suggest pasang spy. Ada yang suggest gunakan gambar dalam handphone si suami untuk tuntut cerai. Macam-macam lagi lah. Macam skrip2 dan jalan cerita yang macam-macam sekarang.

Jadi, di blog ni, izinkan aku untuk meluahkan pendapatan pendapat aku yang tak seberapa ni...

Pada pendapat aku, si isteri tu tak perlu risau. Relaks je kak. Buat derk je. Suami akak tu, sebenarnya memang tebiat dia suka berkawan dengan perempuan. Jenis test market tu sebenarnya kak.

Sebabnya?


Sebab dia tu berkawan dengan lebih dari satu perempuan. Lepas sorang gf ke seorang lagi gf. Sebagai perempuan, biasanya kita ada seorang bf saja... kita kalau berkawan istimewa/rapat mesti menuju ke arah kawen kan? Takkan nak bercinta jeee... tapi tak kemana.


Saya rasa suami akak tu, mesti tak sorok yang dia tu dah kawen. Saya rasa gf2 dia tu sumer tau yang dia dah kawen.


Mesti dia tanya dah.. "U tak kisah ke kawan dengan i yang dah kawen ni..?"


Saya rasa jugak gf dia mesti kata "I tak kisah...".


Dan berlakulah perkawanan mereka hingga mereka menjadi teman tetapi mesra. Mulalah sayang menyayang, saling percaya, punca kasih berpanjangan.... Kemudian kan kak, lama kelamaan bila gf suami akak tu, dah mula sayang chenta watsover... mesti gf dia tanya soalan..


"Love.., kita ni macamana skrang..? Mak I dah tanya.. takkan kita nak macam ni je sampai bebila...?"


Dan akak tau tak... bila berlakunya keadaan begini, bila terluahnya soalan sebegini... secara otomatik dia terus akan teringatkan akak dan anak-anak akak yang comel2 tu... Dia akan terus buat muka kesian seperti Puss In Boots tu sambil berkata...






credit to google image


"Cinta.., I bukan tak sayangkan you.. cuma I kan dah ada isteri dan anak-anak... I tak sanggup kehilangan mereka... Mereka tu tanggungjawab I...." Begitu lah kak....



Kemudian kan kak... gf dia confirm mintak break dengan dia... dan kemudian... tinggallah suami akak tu tanpa gf... Tapi tak lama kak. Kejap je.. Dan bermulalah sessi berkenalan dia dengan perempuan lain... Refresh all over again... Asalkan ada gf untuk meneman dia sepanjang dia tiada di rumah.. Dan begitulah berlangsung... lepas sorang.. sorang.. dan sebab tulah boleh berpanjangan hingga ke 6 tahun lamanya, kak.



Dia kata dia berhak dan mampu kawen lain ye kak? Takpe kak.. takpe..

Akak cakap je kat dia.. "Kalau rasa mampu.. awak kawenlah..! Anak-anak semua ikut saya.."



Betul kak... Gerenti dia terkedu kak. Kata orang, lelaki ni dengan anak diorang kalah, kan kak? Saya rasa confirm dia tak berani nak kawen lain.. Percayalah kak. Dengan gf2 dia tu semua dia mesti kata dia tak mampu nak kawen, kewangan la.. keadilan la.. etc.. Kalau dia mampu dan nak kawen kak, sejak tahun pertama lagi dia dah kawen lain kak... Dia saja je.. sekadar nak ada gf teman chat, sms, borak telefon, teman lunch etc... Setakat tu je kak... Dia tak berani nak kawen lain tu kak.



Akak ingat tak betapa pucatnya muka dia pertama kali akak bawak dia balik jumpa mak bapak akak? Akak tengok tak betapa tunduknya dia bila bersalam dengan adik beradik lelaki akak? Akak ingat gf dia tu takda mak bapak, adik beradik? Akak ingat dia berani nak repeat balik semua tu??? I dont think so kak..!



Akak ingat tak lagi betapa menggelabah, gugup & berpeluhnya suami akak tu masa akad nikah 6 tahun dulu? Akak ingat tak betapa peningnya dia buat persiapan kawen 6 tahun dulu? Akak ingat tak betapa seronoknya dia bila akak bagitau dia akak dah pregnant anak pertama? Akak ingat tak betapa peningnya dia dulu, beli barang preparation utk baby lahir & bayaran kos perubatan akak bersalin? Akak ingat dia nak ke repeat benda2 remeh ni lagi? I dont think so kak....



Kalau dia nak, dia boleh bagi commitment, dah lama dah dia kawen untuk yang ke2 kali kak.. Dia tu takda keberanian kak..!



Akak jangan risau okay... Akak patut bersyukur, walaupun dia macam tu, dia masih balik rumah juga kak.. Akak sabar ye. Makin dia buat akak macam tu, akak jangan give up tau... makinlah akak tunjukkan kasih sayang akak kat dia ye... Biar dia pelik. Biar dia bengong termanggu sekejap kak.. hiks.!



Akak dun worry... dia kata dia mampu kawen lain tu setakat ugut akak je tu... Sabarlah kak ye.. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar..

Apa dia kak? Macamana saya tau semua ni....? Pengalaman idup kak... pengalaman.




Sekian.





Salam kasih.


Tuesday, December 13, 2011

Matematik Tolakan

Seribu

Tolak

Sembilan Ratus Lima Puluh Tiga

Sama dengan

Empat Puluh Tujuh.


Ye...! Perlu ada 47 entry lagi, untuk mencapai matlamat 1000 entry sebelum tahun baru.


Campur entry ini, jadilah berbaki 46 entry..


Malaysia Boleh! Hiks..!



Salam kasih.

Monday, December 5, 2011

Kau Kenapa Senah...?


Last weekend ke PD.. Ada rombongan Cik Kiah ke PD... Cousin yang keje di TNB.. err UNITEN to be exact, telah menyewa sebuah bungalow Kelab Kilat TNB kat area pasar malam PD tu.. Menarik tempatnya uols.. 3 bilik besar, dapur secukup rasa, 2 toilet yang bersih, ruang tamu + ruang makan yang just nice, dan pangkin tempat lepak mengadap laut... Peace uolsss!! ;)

Cuma agak jauh dari pantai, kena adventure melintas jalan raya, baru la sampai ke pantai. Menarik jugak pantainya, luas + bersih (macam ayat UPSR je aku rasa ni..). Cuma tercemar dengan satu adengan yang kurang menarik untuk aku lihat..

Aku maleh nak mandi manda, jadi melepak je kat ruang letak kereta berhampiran pantai. Yang tak menariknya, ada 2 orang avang black, seorang ahkak black, dengan dua orang perempuan warganegara kita...

Memula, aku perati je.. Mungkin diorang ni nak bawak kengkawan diorang ni, melancong ke PD agaknya.. Bersangka baik. Elok la.. bawak jalan2. Tapi, bila aku telek2, ku renung2, ku perati, lain macam je... Mereka-mereka yang tidak cerah itu, semuanya sedang meneguk bir dalam tin, dan kendian aku terlihat pulak kelibat botol arak bersaiz medium. Apa ke halnya ini...? Dan yang bestnya, ada lagi 2 tin kosong, bersepah kat tanah... Apa kejadahnya, minum di tempat ini, di waktu terang benderang sebegini?

Aku dah terbayangkan, takut2 kalo2 dua orang rakyat kita tu, terbabit jadi keldai apa kejadahnya namanya tu.. Suruh bawak itu ini, kena scam itu ini, tergadai wang ringgit segala.. kena tangkap ke.. apa ke.. ish...!

Sekarang ni, ramai sangat yang terjebak. Dah berapa kali ntah, aku baca kat paper, kena tipu ribuan ringgit dengan orang2 kaki scam ni. Mostly kenal online. Sejak zaman aku chatting IRC dulu lagi, memang dah ada.. Skarang ni dah ada FB lagilah... Kengkonon suka tengok profile aku, padahal aku dah hide dah profile segala kat FB tu.. Nak berkenalan la.. Single dad nak cari wife la.. Nak kenal budaya Malaysia la... Nak belajar Islam la... Romantik. Panggil dear. Panggil darling. Panggil sweetie. Panggil love. Cair......!!! Semuanya tu menipu je... Jangan la duk layan sangat... takut nanti lama2 cair... habis gadai segala..!!

Jangan la mudah sangat percaya... Berhati2 lah.. Aku tengok kadang2 yang terkena tu bukannya calang2 orang.. semua jenis yang ada degree ada kerjaya.. Sekali kena scam, kena goda, kena ayat, dah termakan kata-kata manis... habis terbang 40 ribu..! Terbang 50 ribu! Aduhai..!

Sebab tu lah aku ada ID & Password FB dikna... senang sikit nak monitor. Orang kata, mencegah itu lebih baik daripada menyesal kemudian hari.. ye dak? Teringin jugak aku tanya mereka2 yang dah terkena tu....


KAU KENAPA SENAH??????????




Sekian bebelan hari ni... Salam kasih. :)