Tuesday, July 22, 2008

CikTipah On The Blog!


CikTipah's new baby was born early this month. Congratulations darling! Selamat menulis dan berkongsi cerita. Satu soalan dari iols.. sampai bila tak boleh comment ni uols??

Welcome to www.linn192.blogspot.com

Yeap.. her name is Linn. And CikTipah is her "nama manja" in this blog.


Salam kasih.

L.O.V.E.



"What is LOVE, Papa?
LOVE adalah suatu perasaan yang akan kau rasa bila kau merasainya. Kau akan merasai satu perasaan yang dipanggil LOVE" - Abang92

Three For Twenty

Teringin sangat nak makan durian, balik kerja tadi terus singgah ke Giant Titiwangsa. Officemate kata durian ada yang 3 biji, RM10. Masalahnya, 3 biji macam banyak sangat untuk my sis and I. Lagipun, aku tak pandai sangat nak pilih buah durian. Kalau beli yang pre-packed ni senang, boleh pilih isi yang elok. So, aku pilih yang 3 paket = RM20. Sedap....!



Satu paket untuk makan.. Yummm yummm!



Lagi 2 paket nak buat tempoyak... sedap uolsss!!!

Rasanya esok nak pi beli lagi satu round. At least boleh dapat banyak tempoyak. Ramadhan kan tak lama lagi.. Tempoyak colek, tempoyak ikan keli, tempoyak ikan bilis.. mmmm sedapnya untuk iftar, kan? Karen banget! Sodap ehh.......! Hehe.


Salam kasih.

Monday, July 21, 2008

Tiga Beradik



Aku mula dikenalkan dengan 3 beradik ini, melalui lagu ciptaan mereka Lelaki Ini, nyanyian Anuar Zain. Since then, I listen to them thru imeem.com. I even played their song Curhat (Curahan Hati) in this blog.


Finally, their original album is in my hand now! Perhatikan kegembiraan dan kemesraan 3 beradik ini (Inu, Mhala & Tantra).. Very sweet & lovely, uols...! I love all their photos! Aku jatuh cinta dengan musik mereka. Thank you Anas, for the CD. Ole-ole dari Medan, Indonesia.


Penjaga Hati (lagu pertama dari album Numata, 2007)

Ada kala saat ku tak berdaya
Menyerah meyusuri hidup
Jangan biarkan aku terluka
Ku disini membutuhkanmu

Tak akan ada yang melebihi
Ketulusanku kasihku kepadamu
Karena aku yang mencintaimu
Selalu tanpa ragu

Cinta ini takkan terhapus oleh waktu
begitu adanya dirimu
Masih disini setia tuk menjagamu
Akulah penjaga hatimu

Ada kala saat aku merasa
Sudah sampai disini saja
Jangan biarkan aku terlena
Sendiri ku disini membutuhkanmu


Vokal : Numata feat. Tetty Kadi (their beloved mum)



Salam kasih.

Saturday, July 19, 2008

Hidup Mesti Diteruskan

Hari ini genap seminggu pemergian almarhum ayahanda. Dan hari ini, aku mulakan semester ke2, pengajian aku. Semoga segalanya dipermudahkan dan mendapat keputusan lebih baik dari semester lepas. Semoga segala ilmu dapat dimanfaatkan dunia akhirat.InsyaAllah.

Hidup mesti diteruskan walau apa jua rintangan yang perlu dihadapi. Sebak, tangis, ketawa, gembira semuanya adalah warna dalam hidup.

"Hidup ini penuh dengan segala warna.. walaupun ada diantara warna2 itu bukan warna kegemaran kita" - Rin





Salam kasih.

Katanya III

Sudah lama dia tak berkata-kata, kan? Katanya kali ini...

"Apabila ikhtiar sudah cukup, yang usaha sudah habis, yang mujur tak dapat diraih, yang malang tak dapat ditolak, yang nasib sudah bertentu, yang takdir sudah tersurat, yang suratan sudah berlaku, yang daya sampai hadnya, di situ iman diperteguhkan di situ dada dilapangkan, di situ akal dipanjangkan, di situ hati dipukalkan, di situ diri direnungkan, di situ berserah kepada Tuhan" - TENAS EFFENDY



Salam kasih.

Friday, July 18, 2008

Be Strong Darling


I was on my way to HKL with Dikna on that Saturday evening when I received the sad news. I just didn't know how to convey the sad news to her.

Aku pegang tangan dia & kata "Dik, ayah dah meninggal" .. and as expected, she started to cry.


"Adik peluk bantal tu ya.. Adik jangan nangis sangat ya.. nanti ayah sakit.. lap air mata, stop crying and adik baca fatihah banyak-banyak ya.." ...and both of us were crying.


Aku tak dapat peluk dia, sebab aku perlu teruskan memandu ke HKL. Sambil memandu, aku contact beberapa orang, (bateri HP pulak tinggal satu bar) untuk sampaikan perkhabaran sedih. Kalau ditahan polis pun tak apa. Aku redha. Aku genggam tangan Dikna erat. Dia termenung memandang ke luar. Mulut dia terkumat kamit membaca al-fatihah untuk arwah. Airmata aku memang tak berhenti2. Biarlah orang memandang masa berhenti di traffic light. Biarkan mereka buat andaian sendiri.


"Janganlah nangis lagi.. nanti Dikna pun nangis jugak.." katanya. "Okay.." aku angguk. Aku lap air mata.


Sambungnya,


"Biarlah ayah pergi.. dah ajal dia kan... Allah lebih sayangkan ayah.." airmata aku makin deras mengalir. Aku tak sangka perkataan tu keluar dari mulut dia. She's only 8. Bagi aku dia terlalu muda untuk hadapi semua ni. Aku pandang ke luar, lap airmata, biar tak nampak dek dia. Senyap seketika. Dikna pandang ke luar. Sedu-sedan tanpa airmata.


Sambungnya lagi,


"Ayah mesti masuk syurga kan.. sebab masa Dikna sayang ayah tadi, dia sejuk je.." Aku angguk. Mengiyakan sahaja.


Rasanya itulah perjalanan ke HKL yang paling lambat dan jauh sekali dalam hidup aku. Syukur pada Allah, kerana memberi kekuatan pada Dikna untuk menghadapi saat tu. Alhamdulillah.

Sunday, July 13, 2008

Al-Fatihah - Edited Entry


Ayahanda saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 6 petang, semalam (12/07/2008) di wad GICU HKL. Alhamdulillah, telah dipermudahkan olehNya segala urusan penyelenggaraan jenazah.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, InsyaAllah. Amin.


Terima kasih tak terhingga atas kunjungan, SMS dan phone calls kata-kata semangat dari teman-teman semua. Terutama untuk ciktipah, yang sanggup datang dari JB, untuk bersama-sama tadi.


Untuk Ad, thanks for the entry dik. Ad banyak bagi sokongan untuk akak sejak dari awal lagi. Jimi, thanks for the entry. Sokongan dan semangat dari Jimi dan teman-teman yang lain banyak memberi kekuatan untuk saya menempuh dugaan Allah ini.


Al-Fatihah.

Tuesday, July 8, 2008

Kemanakah...


... hilangnya betmen...??

Sunday, July 6, 2008

Nota Pendek

  • Walaupun kereta aku tu 1.3 je, tapi dalam masa emergency, perjalanan dari Skudai - JB cuma memakan masa 2jam 45minit!
  • Kadangkala kita tertanya-tanya kenapakah kita diuji Allah sebegitu rupa, tapi sebenarnya ada lagi hambaNya yang ujiannya lebih berat dari kita.
  • Dalam situasi tertentu, bangsa, agama dan warna kulit tiada bezanya. Terutama bila seseorang itu memerlukan 'shoulder to cry on' di waktu mereka dilanda musibah. Rupanya, masih ada warga Malaysia yang penyayang.
  • Sindrom "Don't make me speak in English" telah melanda aku petang tadi. Kesabaranku teruji, Ciktipah! Ada orang "make my blood go upstairs" u know.. :-)
  • Aku berjaya "menjejak kasih" classmate semasa sekolah rendah. Kali terakhir jumpa dia, masa last day dia di sekolah (darjah 5), sebelum dia berpindah ke sekolah lain. Dia adalah doktor pakar perubatan yang merawat ayah di wad sekarang.
  • Back to school next week, InsyaAllah. Semoga lebih baik dari semester yang sebelumnya. Amin..
  • Allah Maha Mendengar doa hambaNya. Dan, aku akan terus berdoa!

Take care everyone.