Wednesday, May 27, 2009

Adehhhh!!


Bila sesuatu itu menjadi sebuah rutin, kadangkala kita lakukan tanpa kita sedari. Dan bila sesuatu yang rutin tu tak dibuat, akan timbul rasa kekok dan janggal.

Macam yang jadi kat aku hari ini. Selepas selesai urusan kerja, aku akan memandu terus ke satu tempat ni. Untuk temujanji. Satu rutin harian. Yang aku lakukan secara sukarela dan rasa bahagia. Dan bila dah 3/4 perjalanan, aku akan hantar text, bagitau yang aku dah sampai. Itulah rutinnya.

Hari ini pun.. bila dah habis selesai kerja di ofis, aku terus ke arah kereta. Start enjin.. dan teruskan perjalanan seperti biasa.. ke lokasi rutin.. Dah separuh perjalanan .. hampir sampai di hadapan IJN tadi.. baru aku tersedar.. tidak ada janji untuk bertemu hari ini.. Kesuntukan masa.

Bila dah sedar tu, aku drive terus ke bulatan Pekeliling.. dan buat U-turn, untuk balik ... hahaha... Macamana boleh terlajak nih... dan ini bukan kali yang pertama.. hahaha..

Adehhhhh!!!




Salam kasih.

Letak Dirimu Dalam Kasutku


Satu hari tu, di office aku rasa agak down. Bila aku rasa down, normally, aku akan duduk buat kerja diam-diam. Tak bercakap. Sumbat telinga dengan earphone dan pilih CD secara rambang, dan pasang sekuat hati (tapi tak menggangu orang lain). Sekali sekala, airmata perlu dikesat. Tanpa suara. Tanpa bunyi.

Ofismate aku, Ana datang kat meja aku. Telek aku. Aku buat tak tau je. Ana cuba bercakap dengan aku. Nak ceriakan keadaan. Nak tanya, kalau ada boleh dikongsi cerita. Tapi aku tak layan. Diam lagi. Hati masih 'bengkak' dan 'luka'. Ana balik semula kat tempat dia. Sambung kerja.

Tak lama lepas tu, Ana datang balik kat tempat aku. Ambik sport shoe aku kat bawah meja. and she said "Kak.. I'm trying to put myself in your shoes... sambil dia sarung kasut aku tu!! Aku terus ketawa. Memang gila betul Ana neh..!!! Berjaya jugak dia menceriakan keadaan aku time tu. Rasa down semakin lama semakin kurang dan terus hilang.




Tu lah kan.. gunanya kawan.. kalau tengah stress@down, lebih baik berborak dengan kawan2 dari duk sorang-sorang layan perasaan. Tapi bukan semua orang yang punya daya pujuk yang tinggi. Kadang-kadang tu, ada yang kita nak mengadu stress, kawan kita tu wat dek je.. lagi sedih... nasib baik kawan2 yang boleh menceriakan keadaan.. macam Ana neh.. Tahniah Ana.. anda berjaya! Hehe


Salam kasih.

Pre-Registration


Dapat email dari sekolah untuk buat pre-registration. Next semester.. mmm.. this coming July to be exact, aku akan amik 3 subjects, dan secara rasminya dah mula masuk ke 'specialization'. Kelas hari Selasa, Sabtu dan Ahad.. owh.. there gone my weekend again!! Huhu..

Masa budak2 sekolah cuti nanti, aku akan 'bersilat' kat gelanggang final exam sebelum tutup gelanggang untuk 3 minggu. Harap2 dipermudahkan, insyaAllah.. Amin...


Salam kasih.

Tuesday, May 26, 2009

RIndu

Aku rindu si kecik nih.. Normally we'll spend our weekend together but since I've been with project paper, assignments, mid term exam, weekend for her is just like any other day.



Going to fetch her this Friday, InsyaAllah. Then, a jogging date with her on Saturday @ Taman Tasik Titiwangsa. Jom!

I miss my little angel *sob sob


Salam kasih.

Monday, May 25, 2009

Text Temanku

Aku terima text dari Temanku pagi tadi.. katanya...



"Yang, jom start simpan XXX sebulan,
bulan 8 nanti kita @@@@@@@@@@ baru"


Mmm... aku baru je terfikir nak buat perkara yang sama. Nak simpan kat somewhere yang pastinya tak leh di usik. Then bulan 8 baru utilize the RM. Insya,Allah.

Berapakah XXX dan apakah @@@@@@@@@@ ittew...? Untuk sementara waktu ini, biarlah rahsia.. hiks!



Salam kasih.

Sunday, May 24, 2009

Kalau Dah Jodoh


Aku nak kongsi cerita. Boleh? Kisah zaman chatting di mIRC dulu2. Back in late 90's. Dulu2 aku memang rajin chatting. Kengkadang dari terbit matahari hingga ke terbenam matahari. Rehat untuk mandi, makan, melepaskan qadzial hajat & solat je.. lepas tu.. duk tercongok kat depan pc. Kerja gila! Hahaha.


Aku pernah chat kat satu channel IPTA nih.. padahal aku bukannya study kat sana. Masuk kat channel tu pun sebab diajak oleh sorang kawan. Kemudian melekat kat sana. Ramai jugak member aku kat sana dulu.. tapi skrang ntah gi mana ntah adik2 aku tu.

Yang masih contact dengan aku sampai sekarang ni, cuma ada dua orang je. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Masa aku kenal mereka, dua2 adalah orang asing. Hanya kenal chatting je (itupun rajin gaduh kat 'public screen') haha.. Takdir Allah, dua2nya volunteer jadi adik aku. Hehe. Takdir Allah juga.. dalam masa yang sama.. dua2 putus cinta monyet.



Aku pun.. menggunakan 'kuasa' yang ada.. (hahaha).. pukul kompang. Bila berborak dengan si Dara, aku cucuk jarum tentang si Uda. Dan bila aku chat dengan si Uda, aku tanyakan pasal si Dara. Bukan senang kerja menyucuk jarum ni ye.. tapi berjaya juga aku 'mengayat' mereka ni.. hehehe.. Alhamdulillah.. akhirnya, mereka bersatu juga..


Tak sangka dah 4 tahun dah diorang berkahwin.. dah ada sepasang cahayamata yang comel.. ! Tahniah untuk Dr. Hanie & Jamal. Dan aku sangat terharu, bila baca reply comment di blog diorang ni..

h4ni3 said...


haha.. 4th! sekejap je kan?
rasa mcm baru jer lagi 'org tu' jadi match maker kitorg.. kekeke
TQ to kak mimi :D


Happy sangat, sebab berjaya membantu sepasang kekasih membina masjid. Alhamdulillah... Menjadi jugak aku match make orang ni kan?? Hiks!


Salam kasih.


Friday, May 22, 2009

Berkat Sedekah


Kadang-kadang kalau pergi mana2 kenduri kahwin ke, kenduri doa selamat ke, kenduri arwah ke, tuan rumah akan bagi satu set makanan untuk ditapau sebagai BERKAT. Sebabkan kampung aku tu namanya Kg. Jawa dan memang tempat komuniti Jawa (aku rasa family atuk/nenek aku je yang Minang), aku tau la jugak tentang benda 'berkat' ni. Kalau yang tradisional tu, tuan rumah akan hidangkan Nasi Ambeng & tetamu akan tapau nasi ambeng tu, bawak balik umah & share dengan family.


Berkat selalunya dalam bentuk macam ni. Yang ini adalah nasi minyak + ayam masak merah + acar timun+nenas yang ada orang panggil 'jelatah'. Nampak sedap je nasi minyak niihhh...

Tapi yang ini, bukan berkat, tapi ada orang sedekah kat masjid tempat Temanku solat Jumaat tadi. Selalu aku dengar orang sedekah pisang kat masjid, tapi kali ni qariah sedekah nasi minyak pulak. Temanku bagi kat aku, suh bawak balik... Alhamdulillah.. boleh gak aku makan untuk dinner nanti. Semoga Allah kurniakan keberkataan dan makbulkan segala hajat dan impian orang yang memberi sedekah ini.. insyaAllah. Amin...


Salam kasih.

Thursday, May 21, 2009

Malam Tok Malam Jemat


Awak.. tauk sik awak.. malam tok malam jemat... kamek eh.. agik kepak tok .. baruk jak lekak kelas tek.. mata tok dah kelat.. tapi sik juak mata kamek tok mok tido ko.. Pa jak lagik, di sekolah tek, kamek molah aiek neskepe nak.. ya lah nyuruh mata mek tok nang terang benderang ajak.. padahal badan tok nang kepak ada ...

Awak.. kamek stress ko.. ya lah.. hari minggu tok kelak mek ada presentation untuk paper statistic kamek.. kamek sebenarnya nang sik tauk apa2.. nang blur lalu jak.. nak mintak awak ngajar tek.. awak gik gago ngatur moto.. awak eh.. mala jak nak modify sia siney.. nang kedak moto miak baruk dapat lesen.. nasib jak awak sik molahnya kedak moto KnightRider ya ooo? Ya baruk.. glamer satu Tesco kelak..! hahaha

... hidup biar macam kek lapis sarawak..
sedap dan berwarna-warni...

Awak.. kamek mintak maap eh.. sebab dua tiga empat limak enam ari tok.. kamek mala jak emo.. mintak maap eh.. kamek stress.. dengan segala benda.. dengan hal sekolah, hal peribadi, hal kita duak yang jadi topic urang (chali na juak sidak ya koh..) dan segala hal yang kadang2 kamek rasa buang masa jak mikir..

Macam dipadah awak ngan kamek duak tiga empat limak hari ya tek.. "don't put too much hope in any situation, becoz u gonna be very frustrated if u fail, and.. if u don't put much hope.. and u get what u want, u gonna be extremely happy".. yalah dipegang kamek kinek tok. Macam yang dapat ditangga awak... kamek okay, nak? Kamek sik berubah.. masih kedak dolok juak... Sebab mek sik berharap tinggi.. kamek terima apa jak dan berdoa pada Allah biar semuanya yang bagus2 ajak dalam apa hal pun, insyaAllah.. Contohnya, siklah kamek nak nangis sepanjang ari mun sik dapat A dalam exam kamek kelak...

Awak.. paham ndak kah awak apa ditulis kamek tok oo? Hehe.. sikpalah awak.. janji blog kamek tok berupdate nak? Hehe.. tapi kamek rasa awak boleh teka apa yang dingerepak kamek tok.. Sengaja bah.. kamek polish bahasa sarawak kamek tok.. nak polish moto.. ari gik ujan tek bah... rugi jak.. baru polish dah kenak aiek ujan.. Ekekeke..

Awak.. isok aghi kita dating mok?? Lekak smayang jemat okay! *hiks!


p/s: kalau ada tersalah bahasa, maafkan penulis.. sebab dah 17 tahun dia meninggalkan Bumi Kenyalang. Hanya sempat berbahasa Sarawak secara aktif untuk 3 tahun.



Gudnite. Salam kasih.

Tuesday, May 19, 2009

Tomyam & Terima kasih


Tengahari tadi, aku tak selera nak makan. Selera makan je hilang.. selsema, sakit badan, demam suma takdek. Bukan sebab kena Influenza A ya.. nauzubillah... tapi sebab yang lain. Tengah excited nak makan, titiba sesuatu telah berlaku.. dan disebabkan itu terjadilah proses penyentapan instead of proses penyantapan. Mode merajuk.. sedey sebenarnya.. Walaupun diselangseli dengan senyum pahit akibat kena sakat.. moncongku tetap maju kedepan. Itulah dia.. pompwan.. (ejaan ikut style Pn.Cok neh...). Hiks!



Jadi, bila tiba time dinner, perutku berkeroncong. Lapo beb..! Aku pun turun bawah, gi tapau mihun tomyam. Ikut pengalaman, tomyam mihun kat kedai ni sodap..! Tapi tadi, chef takdek.. ada assistant chef sahaja.. jadi.. tomyam mihun malam ini adalah tidak sedap.. Tapi ku makan jugak Jebat.. sebab lapo..



Untuk jadikan sedap.. aku panaskan sikit rendang kenduri hari tu.. kasi kering. Aku rasa kalo dipanaskan lagi, boleh jadi serunding dah nih.. Bila rendang sudah panas, aku amik sikit untuk makan dengan tomyam mihun nih.. Abis gak tomyam ini akhirnya.. Alhamdulillah..


Terima kasih ye..
sebab isikan minyak Kure2 tadi..
full tangki tawww cikTipah! Hiks!


Was a bit emo today (adakah memberitahu bahawa bendera Japang ku akan naik tidak lama lagi, cikTipah?).. I am thankful sebab dia tetap cool, sesejuk "mineral water di dalam peti ais yang diteguk di waktu tengahari." Sampai sekarang, aku duk teringat last text yang dia hantar pada aku tadi, while driving. Hey, don't text & drive, tau.. bahayer... !



Salam kasih.

Nasi Lemak Buah Bidara


Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang Selasih Hamba Lurutkan
Buang Emak Buang Saudara
Kerana Kasih Hamba Turutkan

Biasa dengar pantun ni kan? Mmm.. aku rasa ada betulnya. Ada orang yang sanggup buang keluarga, buang saudara kerana cinta yang sebenarnya ntah apa-apa. Kerana cinta yang takkan ke mana-mana. Kerana cinta yang takda hujungnya. Biar putus saudara. Persetankan apa orang lain kata. Pekakkan telinga, butakan mata, kunci suara. Semuanya kerana cinta. Cinta itu tidak buta. Manusia yang BUTA, PEKAK dan BISU kerana cinta..!!!

Buailah hati dan perasaan tu dengan cinta.. berbuailah hati.. selaju buaian Bawang Putih (kamukan suci dan murni......) asalkan nanti tak terjatuh dari buain itu.. sebab kalau kamu jatuh.. ramai yang akan BERTEPUK TANGAN dan KETAWA tanda simpati.


Maaf kalau entry ini sedikit emosi...


Salam kasih.