Saturday, June 6, 2009

Sushi + Kopi


Aku ke kampus seawal 9 pagi tadi. Dah janji dengan Ida, untuk buat discussion on Business Law. Exam pukul 3ptg, jadi sempat jugaklah beberapa jam, untuk wrap-up semua yang dah kami duk study secara solo. Aku pernah nampak student law berborak sesama sendiri, pasal law teori & cases masa tengah tunggu time nak exam.. . Kalau buat style borak macam tu, lebih mudah ingat. Tu yang kami buat tadi. Alhamdulillah.. memang mudah nak ingat.



Balik dari exam, aku duk pikir nak makan apa for dinner. Singgah kat Jusco AU2, masih lagi duk fikir, nak makan apa... Masa gi supermarket Jusco, aku nampak kaunter sushi.. terus aku amik sushi.. tak banyak pilihan.. jadi aku amik jer apa yang ada..


Then, terasa nak pi Stabak. Nak order apa ye? Kalo nak order Frappucino... ish.. takmo aaahh.. asik2 Frappucino je... tukar seleralah kali ni. Terus aku teringat kat drink yang CikTipah order hari tu.. nampak sangat menarik. Terus aku text cikTipah, tanya dia apa nama menda yang dia order tu. Sepantas kilat pakar Stabak ittew telah memberi jawapan.. dan berjaya jugaklah aku mengorder minuman ini..

Ice Caramel Mocchiato (bobolit lidah den nak nyobut eh...)


Sodap ehhhhhhh......!!!! Karen banget!!!! Rasa hilang stress segala.. Rasa lega bila dah habis exam ni.. Alhamdulillah...



Salam kasih.

Friday, June 5, 2009

Lelaki Itu


Can't wait for the Lelaki Ini Concert @ Istana Budaya next month. Kenapa aku suka dia? Orang duk kata.. dia lembut, nyah, gay watsoever.. aku tak dulik..! Katalah apa sahaja.. aku tetap sokong dia. Sebabnya..

1. Dialah satu2nya artis lelaki yang menghiburkan aku dari aku kanak-kanak umoq 9 tahun sampai ler ke sekarang..

2. Dialah satu2nya artis lelaki yang aku pernah nampak dengan mata aku sendiri, pergi surau untuk solat Maghrib sebelum buat show... (u should see how stunned i was when we're in the lift with few others dari surau nak ke tempat show... dah lah aku memang suka tengok muka orang lepas solat... cair beb..!)

3. Dialah satu2 artis lelaki yang bila aku pi tengok show dia.. rasanya macam cuma ada aku dan dia je dalam dewan tu... orang lain semuanya tiba-tiba lenyap.. satu persatu...

Cuba on speaker.. boleh dengar lagu dalam blog ini.. Anuar Zain nyanyi lagu Bukan Dirku (Samson) masa konsert SureHeboh few years back... owh how I love him.. and the song too..







Bukan Diriku - Samson


Setelah ku fahami ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah yang mengerti kamu
Bukanlah diriku ..

Kini maafkanlah aku
Bila aku menjadi bisu kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas 'tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku..

Walau ku masih mencintaimu
Ku harus meninggalkanmu
Ku harus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani memerlukanmu
Ku harus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang ramah menyentuhmu
Bukanlah diriku..


Harap-harap dia akan nyanyi lagu ni.. masa konsert nanti.. & lagu Perpisahan & lagu MyBaby You..



Salam kasih.

The Last Lunch

May 28th, 2009..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
... ..... ................

Nak Hug..!


Penatnya.. Tadi ada exam dari 8.15pm ke 11.15pm. Statistic. Aduh.. soalan yang sangat-sangat-sangat mencabar. Dari jam 10am tadi, aku di kampus.. dan 13 3/4 jam lepas tu, barulah aku sampai di rumah semula.

Esok ... err. maksud aku lagi 5 jam lagi, aku akan ada di ofis semula, dan after kerja, akan ke library kampus semula. Dah janji dengan Ida, untuk study Business Law sama2. Aku nak pujuk Ida untuk cerita pasal Business Law kat aku esok.. biar aku mudah ingat.. tentang Contract Act.. Offer.. Acceptance.., Missrepresentation.. Presumption.. Negligence.. Mareva Injunction.. Anton Pillar Order etc.. Aku payah nak ingat kes2 .. patutnya A v. B, aku buatkan B v. E.. abih lintang pukang jadinya.. Sabtu ni ada paper lagi...!!!! lepas tu boleh gi dating!!!!!!!


Aku penat.. I need a hug.. mesti hilang rasa tension, kan?



Salam kasih.


p/s: u.. u baik tak....? u cubalah klik2 kat iklan2 kat blog i ni... banyak info leh dapat tau.. cubalah klik.. iye..betul.... u .... u lah.... u la yang i maksudkan... sapa lagi.... u klik ye.... tengkiu u.... :-)


Wednesday, June 3, 2009

BP Reader Wont Tell Lie

Was at Ampang Puteri, for my regular check-up. It's not that regular, by the way. Its kinda "bila teragak nak pergi baru pergi". Life is a bit stressful lately.. and I can 'feel' that my BP is taking the elevator up to the highest floor.

Macam biasa, dr. check my glucose dulu. It was 5.7. Alhamdulillah... Risau jugak coz I come from a diabetic family.. tunggu masa je nak kena sebenarnya.. but, dengan control, insyaAllah boleh di postponed kedatangannya..

Then, he checked my BP. Dari cara dia check tu, aku dapat rasa yang BP aku mesti tinggi. Dari duduk, dia suruh aku berdiri pulak.. dan check sekali lagi..

Aku : Is the reading high?

Dr. : Yeah.. 160/105. Selalu tak macam ni pun.. R u okay?

Aku: I'm okay (buat muka happy)

Dr. : Okay apa macam ni..

Aku: U mean, Dr? Kenapa BP tinggi?

Dr. : U ni tengah stress ni..

Aku: Takda lah Dr. [saya cuma rindu.. ]<-- ni cakap dalam hati

Dr : Ha... ! BP reader wont tell lie..!

Aku: Hahahahahaha..


Poning.. poning.. okaylah.. nak tido sat.. Petang kang sambung study lagi.


p/s: aku memang sedang rindu.. :-(



Salam kasih.

Tuesday, June 2, 2009

Konsert Lelaki Ini


Tadi bila aku check FB, aku terima event invitation. Konsert Lelaki Ini Anuar Zain di Istana Budaya.


1st(Wednesday) & 2nd (Thursday) of July... rasanya time ni free.. lagipun class belum start lagi..

Harga tiket.. RM25, RM80, RM180, RM200, RM250.. dapat beli yang RM80 pun okay gak rasanya...

Dah beberapa show dia yang aku miss disebabkan aral yang melintang... ada aku tulis tentang ini di blog.

Should think about it.. tapi nak ngajak sapa ye... ada sesiapa nak date dengan aku ikut tak? CikTipah, jom lah!!




Salam kasih.


Karipap@Mini Gathering


Sabtu lepas.. Sabtu lepas memang paling bz. Macam-macam benda jadi sepanjang hari tu. Sabtu lepas jugak lah.. Busu buat mini gathering kat rumah dia. Sebenarnya sebab nak menyambut menantu2 baru yang datang bertandang buat kali pertamanya ke rumah Busu.


Busu prepared spagethi yang sedap, ciken chop & coleslaw. Yummy..!


Dan buah2an tempatan.. manggis dan rambutan. Aku duk ngadap manggis.. lama sungguh tak makan buah nih..


Ami&Busrah bawak satay kajang. Pun sedap gak..


Aku pulak bawak karipap. Jumaat malam lagi aku prepare inti ayam+kentang. The rest tu, aku buat on Saturday. Lama sungguh tak buat karipap nih.. nasib baik masih belum lupa cara2nya. Haha.


inti karipap kentang + ayam

Pack nak bawak ke rumah Busu. Aku tak goreng siap2 sebab kalo dah sejuk.. tak best sangat..

The final product yang digoreng oleh tuan rumah. Panas!! Panas!!


Dah lama kan takda entry masak-masak nih.. Nanti kalau rajin... aku tulis lagi cerita pasal sessi masak2..



Salam kasih.

Monday, June 1, 2009

Dugaan Lagi..


Dalam beberapa hari lagi, aku ada Final Exam untuk semester ini.. Aku tak dapat cuti, sebab sekarang ni cuti sekolah, ramai yang amik cuti.. So.. sambil aku keje.. aku curi2 study.




Masalahnya.. cuaca sekarang ni selalu mendung.. Aku tak suka dengan perubahan drastik yang berlaku. Kenapa benda-benda ni semua nak jadi bila aku nak final exam?? Tak boleh ke jadi masa aku cuti nanti. Buatlah masa 3 minggu semester break nanti... Biar ribut taufan, tsunami atau apa sekalipun.. aku redha.




Salam kasih.

Betullah Kata Orang...

Inilah jogging attire sikecik nih.. Siap jaket ikat kat pinggang tu.. hehe.. Kasut putih+pink, seluar pink dan sleveless tshirt yang untuk sports tu. Jadi, being budak kecik yang tak reti takut.. dia selalunya akan lari sorang2... aku suruh dia tunggu kat satu check point yang aku bleh nampak kelibat dia.

Alkisahnya.. satu kejadian berlau. Masa tu Dikna baru nak start lari. Ada couple depan kitorang tengah jalan2. Dan bila Dikna overtake diorang & jog, this makcik kata kat cikAbang nya.. "Berani sungguh budak ni sorang2.. seksi pulak tu, bukan main lagi.. budak melayu tu kan??".

I was right behind them.. bila dengar orang tu kata camtu.. aku terus panggil Dikna dengan pitching yang agak tinggi "Raihana..!! Wait!!!" Terus Dikna berhenti lari.. toleh kat aku dengan muka hairan.. agaknya dia duk fikir naperlah aku duk jerit panggil dia.

Bila sampai kat Dikna.. aku pegang tangan dia.. dan aku toleh kat couple tu.. yang nyatanya muka diorang nampak lebih hairan, terkejut dan tersenyum kemalu-maluan

Betullah kata orang.. cakap siang pandang-pandang. Hiks!



Salam kasih.

Dan Sebenarnya...



Seperti yang dijanjikan, aku bawak Dikna ke Taman Tasik Titiwangsa untuk jogging. Pagi tu, seawal pukul 6, dia bangun dah.. terus kejut aku.. "Dah pukul 6.. jom lah bersiap nak gi jogging". Aku bukak mata.. capai handphone.. tengok jam.. then.. aku kata "Dik... baru pukul 6... tunggu sampai alarm jam bunyi nya... (6.40am)." Acara tidur bersambung semula... untuk masa tambahan 40 minit.


Sampai kat Taman Tasik Titiwangsa dalam pukul 8pagi. Dikna tak sehat sebenarnya, batuk & selsema.. (i was so worried, terus bawak dia gi klinik... virus kan ada di mana-mana sekarang ni).. tapi still nak jogging. But then, baru pusing tasik 1 round dia dah ngadu penat. Nak duduk. Aku ajak jugak dia pusing lagi sekali.. tapi sampai 1/2 jalan, dia ajak duduk lagi. Lepas tu sibuk tanya.. "dah pukul berapa?" berkali-kali..




Dan sebenarnya.........



.
.
.
.
.
.













dia nak tunggu pukul 9. Bila dah pukul 9.. dia ajak aku pergi kat kawasan rekreasi kuda. Saat yang dinanti-nanti setelah sekian lama.. Nak menunggang kuda. Sampai kat sana, terus gi kat kaunter. Tengok harga. Satu pusingan RM1. Aku tanya Dikna, nak berapa round? Dikna jawab "Sepuluh!!". Adoilaaa... mau pening kuda tu bawak pusing 10 round, dik... Aku kata kat dia.. "okay, 5 round cukup".



Ada gaya tak? Hehe..


Abang kuda neh.. tiap kali aku halakan kamera, mesti dia pose2 pandang tempat lain.. malu yek bang? ehehehe

Enjoying her moment


Tengok tu.. senyum sampai ke telinga... terus hilang batuk selsema.


Tak ramai sangat orang kat Taman Tasik Titiwangsa hari tu, mungkin sebabkan ramai yang balik kampung ataupun gi bercuti sempena cuti sekolah ni kan.. Aku rasa tak lama lagi.. aktiviti naik kuda kat Taman Tasik Titiwangsa ni akan jadi routine di hujung minggu.




Salam kasih.