Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day


Tahun ni.. kali pertama untuk aku sambut Hari Bapa tanpa seorang ayah. Sebenarnya, di Hari Bapa tahun lalu, aku dah terbayangkan, yang itu merupakan hari bapa yang terakir untuk aku dengan arwah ayah. Dan di tahun terakhir itu, aku sambut hari bapa (2008) dengan memberi layanan yang paling istimewa dan terbaik semampunya dari seorang anak kepada seorang ayah yang semakin uzur.



Dah hampir setahun ayah pergi. Semua orang kata "be strong". Ye.. betul.. Aku cuba untuk be strong. Cuma kadang-kadang, aku perlu tahan sebak dan airmata, bila berbual dengan Dikna. Bila dia bercerita tentang ayah.. ceritanya seperti ayah masih ada. Seperti ayah hanya keluar kota untuk sehari dua, dan akan pulang kembali. Aku faham dia rindu. Dia kehilangan. Sedangkan aku yang dah dewasa ini pun rindukan arwah ayah.. inikan pulak anak kecil seperti dia yang cuma 8 tahun bersama ayah tersayang.

Kepada sesiapa yang masih ada bapa, ayah, bapak, daddy, abi, ayahanda, papa atau apa sahaja panggilan... selamat menyambut hari bapa. Untuk semua daddy bloggers: Hazman aka Tukangtaip, Jamal, Fajar, MrPenyubiru, Zino dan semua daddy di dunia ini termasuk si MantanKekasih.. HAPPY FATHER'S DAY.

Aku harap aku akan sambut Hari Bapa kembali, di tahun mendatang.. dalam situasi yang berbeza.. insyaAllah..





Enjoy the video ya..



Salam kasih.

Friday, June 19, 2009

Bila Resah


Aku diuji lagi tadi.. dengan satu ujian yang tak disangka... bukan seperti ujikaji di makmal yang dah tau steps and procedure dan juga boleh dijangka keputusannya.. Hati jadi resah. Bagi aku ini adalah ujian untuk aku terus maju.. bukannya untuk aku berhenti dan undur diri.. Chaiyo! Chaiyo!


Bila resah macam ni.. aku pun nyanyi lah lagu dalam blog ni sekarang..



Bila resah
Ingat saat indah
Bila rindu
Ku nyanyikan lagumu <-- lagu kamu itu lagu apa ye.. hehe
Sehari ku rasa
Bagaikan setahun
Menunggu tibanya
Owh bahagia...




Nyanyi lagu ni sekuat hati.. tapi hanya kuat dalam hati. Tanpa suara. Tapi penuh rasa. Aku anggap keresahan ini adalah dugaanNya dan cabaran untuk aku.. Mudah2an diberi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran ini.. Amin..



Salam kasih.

Nak Pergi Kursus

gambar cilok dari blog yang ini.. mahap ye...ekekeke


Hujung bulan ni, aku nak berkursus. Dua hari. Ada orang kata, kursus tu boring. Ada orang kata, hari ke2 lebih menarik dari hari pertama. Aku tetap nak attend jugak.. Lagipun ada orang, setuju nak tolong hantar dan amik aku dari kursus. Penting kursus nih.... Kalau tak attend, tak leh naik pangkat. Hahaha...



Salam kasih.

Kesan Kisah Silam


Satu hari, aku dan cousin aku duk sembang pasal student dia.. ex-student dia, yang masih lagi memakai seluar biru gelap ke sekolah.. yang sekarang ni, punyai masalah disiplin yang sangat serius. Bila dikaji, sebenarnya, dia ada masalah dalam keluarga.. anak yang tidak mendapat kasih sayang keluarga, ayah tak mau menyayang, ibu tak mau menjaga.. Kerana kurang kasih sayang, dia sanggup 'memberontak' semata-mata untuk mendapat perhatian dari guru2 dan teman2. Sayangnya.. kalau dibiarkan, akan tersia-sia masa hadapannya.. Aku rasa dia perlu dibantu.. oleh mereka yang sepatutnya membantu.. Mudah2an masa depannya akan dilindungi Allah sentiasa.. Amin..


gambar dari google image

Pengalaman hidup yang lepas-lepas selalunya mempengaruhi apa yang berlaku pada masa ini. Cuba lihat apa yang berlaku semasa kecilnya.. semasa remaja.. dan apa yang berlaku sekarang ni biasanya bersangkut paut. Jangan sangka anak2 kecil yang baru berumur 6-8 tahun tidak faham tentang apa yang berlaku di hadapan mata mereka. Kadangkala apa yang terjadi pada waktu itu, akan kekal dalam memori mereka hingga ke akhir hayat. Mereka akan ingat sampai bila-bila...



Kenapa aku tulis tentang ini ye? Hmmm......


Aku nak tulis tentang relationship sebenarnya... tentang relationship yang lepas2.. yang banyak mempengaruhi dan kadangkala sangat mempengaruhi keadaan relationship sekarang... aduhai...


Aku takut sebenarnya
Takut kalau2 apa yang aku buat itu salah
Takut apa yang aku kata itu bercanggah
Aku takut kehilangan
Dan aku mahu jadi yang terbaik
Dan aku juga tidak mahu sakit lagi..

Sekarang
Aku turut hati
Aku ikut naluri
Kau kata "Berdoalah..."


gambar dari google image


Aku berdoa
Berserah padaNya
Kerana Allah itu Maha Pengasih
Allah itu Maha Penyayang
Allah itu Maha Mengetahui

Moga yang akan datang ini..
Baik-baik saja.. Amin...




Kalian doakan untuk aku juga ya.. aku mohon. Terima kasih.




Salam kasih.

Thursday, June 18, 2009

Ular Putih




Best giler acoustic version nih.. ! Teringat zaman sekolah2 dulu.. huhu.. Enjoy the video..




Salam kasih.

Sembang Dengan Kawan

Beberapa jam tadi, semasa chat di YM


Kawan: nok mek pegi XXX aritu
Kawan: anak datuk yg handle XXXX itu sgt suwit

Kawan: tp sayangnya sgt muda

Aku: sapakah ittew?
Aku: brapa muda nok?
Kawan: seploh tahun muda

Aku: boleh la tu nok..
Aku: uols kan baru 29
Aku: huhuhu
Kawan: gilo mek 29 katanye
Kawan: mek adalah 27 laaa
<-- 27?? dan orang suwitt ittew adalah 17?? Musykil!!!
Kawan: 1st day mek tak heran sgt dia

Kawan: 2nd day tu mek terpandang dia ropanye yg baca doa

Kawan: sejuk ati mek





Aku: huhuhuhuhu
Aku: doa makan kah nok?


Kawan: doa pas semayang subuh laaa
Kawan: pak dia imamkan semua

Kawan: then dia baca doa

Kawan: gitu

Aku: owh....
Aku: suwit cemana nok?


Kawan: muka dia ada ala2 xxxxxxx

Aku: nok.. mek nak letak kat entry blog mek percakapan kita ini yeww....

Kawan: ko jgn gilo!

Aku: nama tidak disertakan
Aku: no worries

Kawan: isk iskkkkk
Kawan: konfem org tak tau yea nok?

Kawan: kalo org tau malu woooo



Aku: orang tak tau



Sambung bercerita lagi.....



Kawan: ada akak sorang kt kusus tu kabo suh mek ngorat dia
Kawan: mek kata laa ingat haku rita rudaini?

Kawan: solid molid


Aku: apa lagi nok... hahahahahahahahaha




Kawan: takda arrrr
Kawan: suka tgk muka dia aja

Kawan: tu pun pas dgr dia baca doa

Kawan: ekekekeke





Aku: sedap tak sora dia nok?
Aku: mesti muslimah sejati jadinya ko kan nok kan?
Aku: aminnn.....

Kawan: ekekekeke

(aku rasa kawan aku ni gelak sipu2.. ekekeke)


Sometimes, kita tak perasan kehadiran seseorang itu, sehingga ada sesuatu yang dianggap 'miracle' terjadi. Kadangkala, keistimewaan seorang itu, tak terlihat dari mata kasar.. tapi dapat dilihat dari hati kecil tersentuh.


Kata orang Cinta Itu Buta... tapi adakah Cinta Itu Juga Tidak Pandai Hitung Usia? Hehe..




Salam kasih.

Di Persimpangan Dilema

Kadang-kadang aku dalam dilema. Aku confuse. Celaru. Tak tau nak pilih yang mana satu. Susah nak buat keputusan. Dilema.. dilema.. dilema...

Ceritanya begini... kat kawasan rumah aku ni.. ada dua kedai runcit. Satu kedai runcit mamak. Satu lagi kedai runcit indon. Kadang-kadang tu.. bila emergency kena jugak beli kat kedai ni kan.. walaupun aku bajet.. harga diorang lebih besar dari biasa.. (memang ye pun..)



Misalnya, tengah2 nak masak tu.. tengok2 asam jawa dah habis.. Jadi.. terpaksalah secara sepantas kilatnya.. pergi dapatkan bekalan.. kalo tak nanti makanan tak menjadi. Jadi aku pun tukar baju sopan + sambar tudung + tekan lif. Sambil tu fikir.. kedai mana nak pegi ni ek.. mana satu yang aku rasa nak bagi keuntungan kepada mereka?

Aku nak menjana ekonomi negara.. jadi mana satu yang akan membantu menjana ekonomi negara ye? Kalo aku beli kat mamak nanti.. keuntungannya akan mengalir ke negara dia nun.. and same goes to kedai runcit tu... (see... sampai ke sana aku pikir... gilo!!). Bila lift dah sampai kat bawah... kaki aku kensel melangkah ke mana-mana kedai pun...


Akhirnya.. aku pergi kat parking.. start enjin keta... lalu berdesup untuk ke sini.....



Ye... ke Giant uols... semata mata untuk membeli Asam Jawa Adabi...! Hasilnya aku berjaya menjana ekonomi negara. Kenapa?

1. Aku drive - consume minyak keta - Petronas untung..!

2. Aku beli Asam Jawa kat Giant - Giant untung & boleh bayar gaji staff (Malaysian) untung!

3. Adabi pun untung jugak!



Sekian. Nak gi kerja.





Salam kasih.
s: gambar2 semua dari google image.
p/s: r .i.n.d.u!!!!

Wednesday, June 17, 2009

Kau Serius?

I

Bila kau kata kau suka
Aku tanya : kau serius?
Bila kau kata kau jadi beku
Aku tanya: kau serius?
Bila kau kata kau mahu
Aku tanya: kau serius?

Maafkan aku..
Jangan jemu tanyaku itu
Kerana aku tidak mahu sakit lagi


II

Kau kata
Jangan tanya lagi
Seperti ada sangsi

Memang aku sangsi.. dengan diri sendiri..
Kerana semuanya seperti satu mimpi



Salam kasih.

Tuesday, June 16, 2009

Just Nice..!


Alhamdulillah... dah selesai 2 hari aku qada puasa bulan Ramadhan tahun lepas. Korang dah ganti? Kalau belum.. jom.. kita ganti ramai-ramai.. Just nice untuk ganti puasa sekarang ni.. Sekarang ni pun dah Jamadilakhir, lepas ni Rejab pehtu Syabaan pehtu dah Ramadhan.. Cuaca pun panas.. tapi kadang2 hujan.. tak menentu. Sambil ganti2 puasa, bleh lah practise puasa kan? Harap2 Ramadhan tahun ni.. lebih dipermudahkan urusan ibadat.. Amin..


Bila dah puasa.. seperti biasa terfikir soalan "Nak masak apa untuk iftar hari ni ye?".. Masa kat ofis lagi, aku duk terbayang Ayam Black Pepper. Balik kerja.. lepas online gitu gini.. aku gi kedai beli bahan2 yang takda.. Uiks.. rasa macam bebetul Ramadhan pulak..

Inilah hasilnya.. Ayam Black Pepper bersama Kentang. Sodap!!! Paneh berasap dah aku makan black pepper.. Aku rasa masakan ni sesuaisss untuk ibu2 lepas bersalin sebab aku campak banyak black pepper + halia + bawang dalam neh... Hehe


Lawan dengan Sup Cendawan. Direbus sajer... tanpa minyak. Tengok tu.. on the way nak menggelegak. Sedap.. tapi kalo orang kuat garam mesti dia kata tawar.. tak best.. sebab aku letak garam sedikit ya amat.. Jangan tertipu ingatkan periuk ittew besar ye.. periuk tu sebenarnya kecik ya amat.. besar mangkuk tomyam kalo korang makan kat gerai tu je.. (sila imejin sendiri). Sedang elok untuk masak satu serving. Kata orang kampung aku.. JUST NICE!!



Salam kasih.

Monday, June 15, 2009

Slamat Ulangtahun


Happy Birthday to you..

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Yusry
Happy Birthday to you....


*tepuk! tepuk! tepuk!



Gambar masa Fun In The Sun kat PanPac Pangkor. Lebih gelak ketawa dari menarik tali. Tapi.. boleh menang okay..!! Ekekeke.. Ekslusif.. eksklusif.. eh cemana eja EXCLUSIVE dalam bahasa Melayu yek?? Ha.. exclusice nih.. 9 tahun lepas.. hahaha..masih ko hengat kenangan ini CikTipah??

Posing kepenatan lepas tarik tali.. seronoknyer zaman muda remaja dulu.. hahaha. Edzlin, pergi tak masa FunInTheSun nih?? Gambar ni ingatkan aku kat member2 lama, yang hilang ntah ke mana.. dah lost contact dah.. Kalau korang tersinggah ke blog aku.. keep in touch ya.. email ada.. facebook ada... ym pun ada..



This is one of their songs, yang dah lama aku tak dengar.. one of my favs.. *lagu ini untuk 'dia'..








Enjoy the video ya..



Salam kasih.