Tuesday, December 7, 2010

Hijrah Dengan Lafaz Bismillah

Sudah beralih tahun.. dari 1431 ke 1432 Hijrah, Alhamdulillah... Dalam entry Tahun Baru tahun lepas, ada aku nyatakan:
Sempat baca doa akhir tahun dan doa awal tahun tadi? Kalau sempat.. Alhamdulillah... Kalau tak sempat.. tak mengapa.. insyaAllah.. tahun depan ada lagi... Kalau dapat bersama2 di masjid atau surau lagi beruntung... macam aku.. cuma mampu menadah tangan berdoa bersama2 melalui TV je...
Alhamdulillah.. tahun 1432 ini, murah rezeki.. dengan izinNya mysis, DK dan aku diberi kesempatan untuk menyambut Maal Hijrah di Masjid Al-Syakirin KLCC. Kali pertama untuk aku & mySis sebenarnya, menyambut Maal Hijrah di masjid.. memang selama ini, hanya mengadah tangan mengaminkan doa imam di kaca TV. Alhamdulillah sempat tiba di masjid semasa jemaah sedang tahlil, sempat untuk bersama-sama membaca doa Akhir Tahun 1431 dan usai muazin mengalunkan azan Maghrib, bersama-sama pula mengangkat tangan mengaminkan doa Awal Tahun 1432.

Tersentuh hati dan mengalir airmata bila mendengar iman membaca terjemahan doa ke bahasa Melayu, doa akhir tahunnya memohon keampunan kepada Illahi atas segala perbuatan doa dan maksiat yang telah dilakukan sepanjang tahun sama ada disedari atau tidak.. Kemudian datang lagi rasa sebak ketika iman membaca doa awal tahun yang penuh pengharapan agar terhindar dari goadaan syaitan.. Nauzubillah..

Hijrah kali ini, untuk tahun ini.. lebih besar maknanya bagi aku.. InsyaAllah, dengan izinNya kali ini langkah Hijrah aku lebih besar dan panjang dari tahun2 sebelumnya.. Syukur kepadaNya kerana menemukan aku dengan cinta. Nantilah, akan aku ceritakan tentang ini suatu hari nanti, insyaAllah..

Sekali lagi, untuk tahun 1432 ini, aku ulangi harapan aku di tahun lepas..

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas, insyaAllah... semoga diberi kekuatan untuk menerima segala cabaran dan dugaan sama ada yang baik ataupun yang buruk dengan tenang dan mudah, insyaAllah...

Kalau diduga, janganlah hingga dugaan itu membuatkan diri rasa kecewa dan putus asa... dan kalau dikurniakan rezeki.. janganlah kerana rezeki itu.. buatkan diri lalai dan alpa.. Nauzubillah..

Dan semoga rasa dan anugerah cinta, kasih dan sayang yang aku rasakan kali ini, akan kekal selamanya dan semakin menambahkan lagi rasa cinta pada Illahi yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, insyaAllah.. Amin..




Salam kasih.

Friday, December 3, 2010

Just The Way You Are - Bruno Mars


Just The Way You Are - Bruno Mars

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying
She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me
"do I look okay"
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are



Lagu kegemaran RedFM... setiap hari, boleh dikatakan setiap jam, ada sahaja lagu ini.. And we love it... :)

Kadangkala.. ketidaksempurnaan itu yang menjadikan sesuatu itu indah... sungguh!




Salam kasih.



Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha; 10 Zulhijjah 1431Hijrah


Aidiladha kali ini.. aku bertemu dengan bakal 'keluarga besar yang baru'.. dan memperkenalkan bakal 'ahli keluarga besar yang baru'.. Alhamdulillah..

Berkat Aidiladha.. dengan adanya hari besar yang sebegini.. lebih mudah urusan 'meet the family' untuk aku & dia. Setidak2nya, hari besar sebegini, dapat menjadi alasan, ataupun menjadi pemangkin ataupun ruang untuk memudahkan sessi perkenalan.. Menggunakan peluang yang ada.. kurang sikit rasa janggal, rasa segan dan rasa malu untuk ke rumah 'keluarga besar'..


Alhamdulillah.. selesai sudah debaran di dada.. Syukur... Syukur.. Syukur Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah...



Salam kasih.

Thursday, November 11, 2010

Interview with DK

Killing our time together @Jusco Setiwangsa... Sambil2 makan tako tao yang sedap itu... telah berlangsung sessi interview:


Me: What is ur favourite color?
DK: Turquoise <-- betul ke eja ni eh.. haha



Me: What is your interest?

DK: RC (building model planes and heli), Mountain Bike, Bikes, Cars, Graphics



Me: Do u snore?

DK: No. Becoz i use snorkel gear while sleeping. <-- hahahhaha lawak tul..(alahai... aku la yang dengkur ni..)



Me: Do u cook?

DK: Yes.. i do.. (lega mak... phewww!!)

DK: ... Italian maggi... (huh???)



Me: Why are u so fair??? (yes.. dia lebih cerah dari aku!!)

DK: Coz my friend is MikelJeksen (dush!!)



Me: What is ur fav dish?

DK: 1st Western... 2nd Chinese/Japanese .... 3rd Mamak... 4th Malay... (mmm.. kita makan luar hari2 la ye yang... huhu)

Me: I dunno how to cook western food..

DK: Very easy ma... easy... nanti i'll teach u how... but.. home cooking is better... (gulp!!)

Me: (phewww!!)



Me: What is your all time favourite song?

DK: Phantom of the Opera, the original version .. (wahh... harus macam house of opera rumah ku nanti.. hehehehe)



Me: Habib Jewel or Tiffany&Co?

DK: Zhullian hahahahaha (hampeh tul!! ish!!! dush!!)



Me: What is your all time fav. movie?

DK: The Wedding Singer (errr... tak pernah tengok lagi...)



Me: What is your fav. sports?

DK: Swimming, JetSki, Snorkeling, Mountainbiking.



Me: What is your fav. fruits?

DK: Durian, Duku, Manggis, Manggo, Grapes.. almost all la.... (la...........:P)



Me: What do u love most?

DK: You (*blush*)

DK: ... and my bike... (chait!!!!) Hehehe...











hehehe...


Salam kasih..

Sunday, November 7, 2010

Ketemu Yang Aku Mahu


How long does it takes for someone to fall in love? Setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari? Aku pun masih tak dapat mencari jawapan ni.. Ada yang bercinta bertahun2 lamanya.. tapi cinta tu terkubur juga akhirnya.. Ada yang setelah bercinta lima tahun, barulah berani untuk meluahkan rasa hati untuk hidup bersama.. tapi kemudiannya, tak sampai sebulan.. dah berpisah. Ada yang baru seminggu berjumpa, terus meluahkan rasa hati untuk membina hidup dan keluarga, dan Alhamdulillah.. kekal hingga ke saat ini..

Bagi aku.. secara peribadi.. kalau lebih cepat tempohnya lebih baik.. Sebab, bila sudah ada ikatan yang sah.. semuanya halal. Boleh jalan berpegangan tangan, boleh duduk berdua2an, boleh jalan sambil tangan memeluk pinggang, boleh tidur sebantal, makan sepinggan, minum secawan..

Biarlah cinta itu baru bercambah, sudah ada ikatan yang sah.. dibaja dengan kasih dan sayang, disiram dengan rasa cinta pada Illahi.. beribadah bersama, solat berjemaah bersama.. dan pastinya dengan rahmat dan keberkatanNya, ikatan itu semakin kukuh, insyaAllah.

Bila sudah ada ikatan yang sah.. dapat tinggal bersama. Dari segi ekonomi.. sangat jimat.. Jimat belanja makan sebab makan di rumah bersama, jimat bil telefon; tak perlu sms/phone call bila dah sentiasa ada di depan mata, jimat minyak kereta; duduk di rumah je.. 'dating' berdua.. tak perlu keluar rumah untuk 'dating'.. kan? Tak perlu ke panggung untuk menonton wayang... golek2 sahaja di depan tv.. tekan sahaja HBO, StarMovie ataupun Cinemax.. kadang2 di Astro Warna pun movie best2 juga.. :D


Aku letakkan soalan ini di status FB pada Oktober31 yang lalu...


Antara komen yang paling aku suka untuk status ini.. dari Addyaholix:

"cukup sedetik! bila kamu tahu dia yang kamu mahu :D"


betul kata Addy.. aku setuju..! :)



Dan aku rasa aku sudah ketemu yang aku mahu.. Semoga Allah permudahkan, insyaAllah...



Salam kasih.

Wednesday, November 3, 2010

Lihat Lampu


Pelik. Tapi benar. Macam tak percaya. Tapi itulah yang terjadi.. Sabtu lepas, DK (bukan Datuk K) ajak aku ke I-City Shah Alam.. nak jumpa seseorang di sana. Aku pun pergilah.. buat kali pertamanya ke I-City tu.. Kebetulan, malam tu ada Motor Show.. dan aku telah berjaya melihat Motor Show buat kali pertama seumur hidup.. Macam tak percaya.. Sebab, sebenarnya aku bukan reti sangat tentang Motor Show ni... bila tak reti tu.. kurang la berminat nak amik tahu... Jadi... seperti tak percaya.. aku telah berjaya ke sana juga...

Kebanyakan kereta yang amik bahagian were MyVi.. tak taulah mungkin pertandingan malam tu untuk MyVi sahaja ataupun termasuk kereta-kereta yang lain.. Canggih betul diorang ni gi modified kereta myVI tu.. sampai tak kenal dah..


Macam MyVi yang atas ni... tengok tu... boleh kembang2kan ketiak nampak gayanya... agaknya kalo Kure-Kure aku tu.. ataupun Kobau Bajak Tijah di 'plastiksegeri'kan macam keta MyVi ni.. mau lupa daratan mereka semua itu kan...? Terlupa .. lupa diri yang mereka itu adalah Kure-kure dan Kobau Bajak... hehe


DK, nak pasang speaker camni boleh tak? Bukan apa... kan I keluar pergi keje pepagi sebelum subuh kan... Kalo pasang speaker macam ni.. dengar orang mengaji + zikir + azan subuh kat radio Ikim FM tu kan elok.... bergema jer bunyinya kan.... dentam dentum jer bunyinya.. kan?? :D

Lepas menonton kehebatan kereta2 mereka ni.. dan mendengar dentuman sound system kereta-kereta tu.. kami pun meneruskan explorasi ke arah yang banyak pokok2 lampu itu.. wah.. macam2 color ada... yang lip lap pun ada... yang bentuk hewan pun ada... yang bentuk pokok pun ada... Nampak jer keadaan macam tu aku terus tanya DK dua soalan mengong yang berbunyi:

Agak2nya berapa belas ribu bil letrik dia setiap bulan yek?

Agakn2nya kalau siang hari macamna ye? Pasang jugak ke lampu dia? Mesti panas kan.. sebab takda pokok betul..
Dan seperti yang dijangka... soalan aku itu semuanya tidak berjawab... hehehe


Kamera kan dah innalillah... jadi, amik gambar pun cuma guna camera hp je.... jadi, gambarnya agak kurang memuaskan... Walaupun gambar kurang menarik.. tapi.. we had a great time that nite. Dah lama sangat aku tak gi jalan2 tengok lampu malam2 macam ni... Sambil2 tunggu DK sembang dengan kawan... aku belek2 hp sambil tengok2 lampu... Maka terlahirlah tulisan ini...

Lampu Yang Menyala

lampu-lampu yang menyala
lampu-lampu bernyawa
lampu-lampu punya jiwa
lampu-lampu berhaba
lampu-lampu punya warna

di antara lampu-lampu itu
aku lihat dia
yang sedang bernyala dalam jiwa

I-City, Shah Alam - 30Oktober2010



Salam kasih.

Friday, October 29, 2010

Spending Time Together

It's a miracle, I would say.. been spending time together from Zohor to Maghrib, for the past 4 days..

Thank Allah for the chance..

... and I hope it will last forever.. insyaAllah..


frens.. please pray for us.. :)

Monday, October 18, 2010

Lifted Sister Anyone?


Have u ever heard about the joke on "The mutton is crossing the road"... This is a direct translation from Malay to English.. "Kambing itu melintas jalan". Okay.. that is so funny..! Memang lawak giler....! There's another fav quote which is.. "Don't make my blood go upstairs".. meaning.. "Jangan buat darah aku naik"..


And tadi.. few minutes ago.. i had a conversation with someone.. who think in English.. and trying to translate it to Bahasa Melayu. Kisahnya begini...


No...

Kejap..

Wait a minute..


Sebelum tu..


Kali pertama aku sedar dia ni think in English & tulis BM masa mula2 lagi..

Aku: is K part of ur name?

Dia: K is part of Kute..

Aku: Kute? Indonesian name ke?

Dia: Cute.. le

Aku: owh.. okay...

Aku dah gelak masa ni okay.... Kute is not the so called 'spelling' for Cute in BM my dear... it's Kiut.. LOL.. Setelah sekian lama sembang dia berkata (read:surrender).. hahaha

Dia: is it okay ke if I think in english and speak in malay.. coz i feel stupid he he..

Aku: hehe.. bahasa apa pun okay.. kalo tak faham nanti i tanya..

So.. borak punya borak.. punya borak.. punya borak... tadi terjadi lagi.. salah translate.. haha..

Dia: nanti saya buat blog k..
Dia: eh pada saya ada masa buat blog..
Dia: gosh what am i typing ni..

Aku: hahaha (aku betul2 gelak time ni..)

Dia: dah biul...

Aku: english please..
Aku: lol
Aku: adakah bermaksud "as if i have time to blog?"

Dia: betul in english,, "as if i have time to blog" yeah that is what i meant..
Dia: huh perli ye..

Aku: so.. now.. i hv to read it in english.. kan?
Aku: tak perli la.. cuba nak faham..(tapi sengeh sorang2)

Dia: eh nanti kita jumpa cakap english k.. jgn sampai lidah terseliuh dah la..

See...!!! Terus direct translation from English (fikir) to BM (typing) macam subtitle English movie DVD pun ada gak.. hehehe... lawak sungguh la..


Dan kemuncaknya ialah....


Bersembang tentang seseorang.. seseorang yang terkenal juga lah... so.. bila dia mention nama tu.. aku pun bagitaulah...


Aku: bleh bayang muka dia.. pakai tudung kan?

Dia: she's like my lifted sister...

Aku: ic.. (tengok... aku masih tak perasan lagi..)

Selang beberapa saat...

Aku: ish! lifted sister? LOL
Aku: seumur hidup 1st time jumpa perkataan tu
Aku: sapa suh translate... hahahaha

Dia: he he.. there will be more nanti..
Dia: as you get to know me better..

Aku: hehehe... adoi... tak habis gelak lagi nih...

Dia: masuk blog nanti..
Aku: i will..


Lifted sister = Kakak angkat..!!



PITAM!!!!! Aku terus teringat Mr. Brown dalam Mind Your Language... hahaha..





Salam kasih.

Sunday, October 17, 2010

Kidung Mesra




KIDUNG MESRA - KLA PROJECT

Kutulis sebaris kata
walau sederhana
Tertuju bagimu, Nona
yang mengusik jiwa

*Senyummu bunga…musim cerah
Matamu surya…memancar ramah

Ingin selami samudra hatimu
temukan mutiara tiada tara
Lalu terlena rebah didasarnya

Ingin masuki puri di hatimu
hangatkan ruangnya dengan cinta
Dalam irama kita berdansa
dan terbuai
kidung mesra
milik kita

Kususun serangkai nada
walaupun biasa
Terlantun bagimu, Nona
yang menyentuh jiwa



Tersentuh jiwa.. Syukur padaMu Allah.. atas rasa ini....



Salam kasih.

Saturday, October 16, 2010

Starting Point

back to the starting point...
the end of a begining is just the begining of a new one..



.. and hope that the journey will last forever, insyaAllah..


In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful




Salam kasih.