Friday, October 7, 2011

Aktiviti Makan2 Sempena Cuti Sebulan

Cuti. Sebulan. Duduk rumah. Tak leh pegi mana-mana. Makan, tido, tengok tv, fb, makan, tido, tengok tv, fb.. Makan apa?


Sup Ikan Haruan

Sup Ayam Kampung

Sup Ikan Haruan

Ayam Kampung Masak Halia

Sup Ikan Haruan

Limpa Masak Kicap

Sup Ikan Haruan

Ayam Masak Kunyit




Itulah menu aku sejak 27/9/11....




rasa nak jerit....!!! TANAKKKKK DAHHHHHHHH!!!!



*sabar...


*sabar...


tinggal 19 hari lagi untuk bersabar.....


tapi... pagi tadi aku makan tosei untuk sarapan... Rumbenalarekek!!

errr... Tosei takpa kannn?? kan?? kan?? tak gatal kan??? Teringat pulak aku... masa zaman dulu2... nenek moyang kita kenal ke tosei?? Mungkin sebab tu tak masuk list pantang agaknya..? Hmmm....




Salam kasih.

Monday, September 5, 2011

Salam Aidilfitri

....Fair & Lovely... (hahahaha)



Assalamualaikum...

Raya sebulan kannn...!!!!? Rasanya masih belum terlewat mengucapkan Salam Aidilfitri ... hehe...

Raya tahun ni lebih meriah... Semakin besar keluarga.. semakin ramai saudara mara.. Semakin banyak rumah yang perlu di ziarah.. semakin bertambah tangan yang harus dihulurkan salam.. Semakin banyak 'duit baru' yang bertukar tangan.. hehe..

Untuk semua yang membaca.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.. Andai kata terkasar bahasa, terguris hati, terasa jiwa di entry2 dari yang pertama hingga ke hari ini, maaf dipinta..

InsyaAllah.. aku akan menulis lagi, selagi mampu.. Aku doakan yang terbaik untuk kita semuanya, insyaAllah...


Kuih raya semuanya beli
Baju raya tak jahit sendiri
Ku ucapkan untuk sekian kali
Selamat Hari Raya Aidilfitri... :)




Selamat Hari Raya!!!! :)




Salam kasih.

Thursday, August 4, 2011

Cerita Bertulis Wordless Wednesday


Terlewat sudah..! Dah lama aku perhatikan kawan2 bloggers yang buat entry Wordless Wednesday. Aku baru laaaaa nak buat untuk kali pertamanya semalam. Hiks! Aku tak pasti pulak mana datangnya Wordless Wednesday ini... tapi.. menarik jugak idea ni.,kan? Bertambah jugak jumlah entry. Setidak2nya hari Rabu satu entry yang hanya ada gambar dan sedikit caption.. dan kalau rajin the next day tu.. bleh buat karangan bertulis berdasarkan gambar.. macam kita sekolah dulu... ;)


Kisahnya, last April aku ikut DK ke Bangkok, atas urusan kerja. Seronoklah... 1st time nak ke Bangkok.. Tapi, disebabkan urusan kerja, takda lah berjalan sakan sangat... sekadar curi2 masa untuk berjalan2.. Setelah 4 hari 3 malam berada di Bangkok, tibalah masanya untuk balik semula ke pangkal jalan... Flight tempatan.. flight dalam pukul 3 cenggitu kalo tak silap.. Seronok lah kan.. nak balik ke tanahair. Keadaan dalam flight macam biasa...

Belum sempat flight crew nak serve makanan... tiba-tiba terkeluar corong kuning ittew....!! Kata DK, corong oksigen tu dipanggil RUBBER JUNGLE. Cam lawak je kan...? Hahaha..

Seingat aku, setiap kali ada safety demo kat depan tu, diorang akan announce:

"Apabila corong oksigen seperti ini, keluar dari atas tempat duduk, tarik corong oksigen, pasangkan begini dan bernapaslah seperti biasa. Pakai kat diri sendiri dulu, baru pakai kat orang dalam jagaan kita.."..... kan...?

Tapi, yang aku tengok berdasarkan pengalaman aku hari tu, realitinya adalah sebegini:
"Apabila corong oksigen seperti ini, keluar dari atas tempat duduk, perhatikan orang disekeliling anda.. kalo diorang pasang, baru ko pasang.. kalo diorng tak pasang..ko buat bodo je la sambil perati sekeliling"...
Tak caya? Tengok je la mamat depan aku tu.. siap perati orang sambil tersenyum2 lagi...! Flight crew? Kehulu kehilir... Ntah apa yang dibuatnya. Ada sorang tu siap muka cuak... Masa kejadian ini.. ada passenger yang tanya something kat dia.. titiba dia bersuara dengan kuat "Nanti dulu ya...!! kita ada emergency ni..!!!"


Jadi.. hakikatnya... Apakah yang aku buat bila nampak corong oksigen tu?


1. Aku panik!!!! Adrenalin kencang! Jantung dug dag dug dag!
2. Dalam fikiran aku... ternampak rancangan TV.. "Air Crash Investigation". Jatuh laut? Langgar bukit/gunung? Meletop? Semuanya terbayang2 dah...
3. Aku mengucap! Serius..!! Aku siap mengucap!
4. Aku baca dalam hati segala zikir dan surah yang boleh diingat masa tu.
5. Aku baca "La illahailla anta...." di dalam hati berkali kali kali kali kali..
6. Pegang tangan DK kuat2...
7. Belek2 corong oksigen... sambil berkata dalam hati "Errr.... ni nak wat cemana ni..?"


Apa yang DK buat masa nampak corong oksigen tu?

RILEK!!! Amik camera. On camera. Snap photos!!

"I want to capture this moment... This might be a once in a lifetime experience!" katanya.... Tak terbakar ke ko masa tu?? Dalam keadaan sebetitu pun sempat jugak dia nak snap photos...! Phewww.....!

Hasilnya.. pilot buat emergency landing kat Penang International Airport & tunggu flight pukul 1am...! Walaupun diberi set Mekdi percuma oleh syarikat kapalterbang itu.... kepenatan dan kesaspenan itu... masih tak terubat lagi...! Kata DK, yang minat bab2 aviation ni, flight kitorang tu ada masalah "aircraft cabin decompression". Pintu kapal terbang pun tak boleh nak bukak. Kena reduce pressure dulu, baru boleh bukak.. Aku bukan reti sangat bab2 science ni... Masa sekolah dulu pun, time Sains aku bersembang dengan geng2, cikgu cakap sorang2.. yang dengar cikgu cakap pun budak2 baik je... haha...

Mudah2an itulah pengalaman pertama dan terakhir aku, menghadapi situasi mencemaskan macam tu... Infact, one of the crews kata, itu adalah pengalaman dia yang pertama setelah menjadi crew lebih dari 10 tahun..!

Sekian sahaja karangan bergambar saya. Hiks..!



Salam kasih.

Wednesday, August 3, 2011

My 1st Wordless Wednesday




BANGKOK - KLIA

(plus Emergency Landing@Penang due to aircraft decompression)



Salam kasih.


Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem

Selamat menyambut Ramadhan untuk semua..

ternyata

Ramadhan kali ini.. berbeza sekali dengan yang lepas-lepas..

kali pertama

menyambut Ramadhan bersama suami, insyaAllah..





Salam kasih.

Wednesday, July 13, 2011

Panggilan Dari Dia...


Petang dalam pukul 6. Dah pergi kat ampaian, capai towel, nak mandi petang. Sambil tu layan tengok TV, video clip lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain. Video klip KRU yang buat.. mestilah TERBAEKKK!! Bukan macam video klip kat karaoke... setakat jalan keliling2 jongkang jongket dalam keadaan slow motion sambil mata merenung jauh mengingati kekasih yang tiada disisi... ! Bukan! KRU punya video klip tak pernah begitu..! Wah.. tetiba emosi pulak..



Tengah sibuk tengok TV, titiba handphone aku berbunyi. Tengok nama "Anuar Zain". Ringtone Sedetik Lebih. Of course laaaa terkejut ..! Excited giler..!



"Lama dah tak dapat call dari dia" kata aku dalam hati.





gambar dari google image


AZ : U kat mana ni?

Aku: Kat rumah.

AZ: Dengar suara i tu..

Aku: Ha ah tengah tengok video clip.

AZ: owhhhh.... (ketawa kiut). Apa khabar...? Lama dah tak nampak...?

Aku: Sehat, Alhamdulillah.. u sehat ke...? Lama tak dengar khabar...?

AZ: Sehat.. tapi skrang ni nak rehat dulu... maklumlah nak bulan puasa ni..

Aku: Owh.. nanti terawih kat mana?

AZ: Kat rumah je.. terawih sorang-sorang.. tenang sikit tak ramai yang pandang.

Aku: Owh.. ye lah kan.. boleh concentrate sikit terawih.(rasa sejuk hati...)

AZ: U nanti terawih kat mana?

Aku: Tak tau lagi.. tengok pada hubby, maybe dia ajak gi terawih kat masjid nanti...















Tiba-tiba aku dengar bunyi...

TE NE NE NETTT

TE NE NE NETTT

TE NE NE NETTT

TE NE NE NETTTT







Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... mimpi rupanyaaaa!!

Damn!!!!!



Jam loceng sudah bunyi.



Sudah pukul 4.10am..



Kena bangun siap2 mau pergi kerja!

Damn!!

Damn!!

Damn!!




gambar dari google image



Terjaga dari tidur, teringat.. hari ni nak ganti puasa.. sbb takut nanti tak sempat.. lagi 3 hari nak ganti! Hmmm... mungkin juga mimpi itu satu petanda bahawa, Ramadhan hampir tiba.. ganti puasa pun tak selesai lagi... dan lagi satu, mungkin dia mengingatkan aku rajin2 la pi terawih Ramadhan nanti....!



p/s: cerita ini berdasarkan kisah benar mimpi malam tadi.. hiks..!!



Salam kasih.

Tuesday, June 14, 2011

Tentang Ayen; bukan ejaan sebenar...



InsyaAllah, lagi sebulan nak berjalan2 lagi.... Tapi, kali ini, ahli rombongan agak ramai... kekuatan skuad adalah seramai 7 orang. Tiket sumer dah settle, tinggal nak siapkan itinerary.. nak ke mana, makan kat mana, shopping kat mana, jalan2 mana.. semua kena siapkan ..

Sambil google mencari blog yang bercerita tentang pengalaman masing2.. sambil2 tu aku letakkan tempat2 yang diorang pernah pergi untuk makan, shopping atau jalan2 dalam 'brainstorming list'.. kemain kan.. nak buat itinerary berjalan2 pun kena brainstorming.. Ngengada..! Haha

Dalam tengah kusyuk tu, berlakulah perbualan ini..


DK: Jangan lupa iron..

Aku: Iron? Okay.. tak berat ke nak bawak iron?

( menaip perkataan IRON di listing "things-to-bring" sambil dalam hati fikir ye lah kan... kalo duk apartment mungkin tak da iron)

DK: Ha???

Aku: Tak berat ke bang..., nak bawak iron?

DK: Not that iron la... jangan lupa iron baju.. esok kan KERJA...

Aku: La.. ingatkan iron nak bawak hahaha

Apa lagi... ketawa kah kah kah la jawabnya.. Hahahahahaha...! Chesssshhhhhh!!


gambar ehsan google image

Nampak sangat kan.. semangat nak gi berjalan tu lebih hebat dari semangat nak pergi kerja.. !! Okaylah.. mau AYEN sekarang... gudnite!



Salam kasih.

Monday, June 13, 2011

Alasan, Mimpi dan Lagu (katanya.....)

Ya Ampunnnnnnnnnnnnnnnnn!!

Bersawang sungguh blog ni.. Kalau dulu, dua tiga entry sehari.. tapi sekarang, sebulan satu entry..! Sedih.. Orang lain pun kawen jugak.. tapi.. takda lah sampai bersawang bagai nak rak blognya.. kan...?? Sedih..!

DK bukan blogger. Kalau online pun, dia sibuk tengok 4 perkara je.. Kalau tak BBS (website pasal barang2 basikal) dia akan tengok www.mudah.com.my, sesambil tu dia tengok jugak ebay, kendian tu dia akan tengok YouTube, sesaja nak nengok gilpren lama, Keti Peri..! Benda2 lain seperti yang terlampau2 ke.. yang samar2 ke.. yang glamer sampai masuk kort ke.. dia tak minat.. Phew... sib baik..!

Jadi, dia tak berapa nak paham kalau nengok aku duk termenung, lepas tu taip taip taip.. lepas tu delete.. taip lagi.. delete lagi.. taip taip pastu delete lagi.. Lepas tu bila dah pening taip dan delete, masuk pulak menengok EfBee. Bila time tu mula la dia menjeling menjeling, memandang memandang, jadi... hilanglah konsentrasi nak menulis entry. Dia risau agaknya, mungkinl dia tertanya-tanya, aku ni waras ke tidak.. hahahaha... Hasilnya, bersawanglah blog ku ini..

Tudia.. punyalah panjang alasan.. Adakah explaination letter aku ini diterima oleh readers? Hiks..! Harap2 lah ye... :D

Sepanjang kesunyian dan kesepian blog ini, sebenarnya ada juga perkabaran gembira. Sekiranya KakRos dan konco2nya ada membaca entry ini, dengan rasa penuh sebak di dada tanda kesyukuran, aku ingin mengumumkan..

Ros, mimpimu ittew telah menjadi kenyataan bagi diriku..! Alhamdulillah...! Aku pown tak sangka Ros... bersyukur jugak setelah 5 tahun tidak ada perkabaran gumbira sebegitu... Hebat betul dirimu Ros... len kali kalo ada mimpi best2 lagi bagitau la ye.. hiks..!


Dengan adanya perkabaran gembira itu, DK dengan berbesar hati, telah mentujukan lagu ini untuk isterinya..





Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya



Owh... so suwittttt of yewww.....!!! Kanda jangan risau.. dinda dah lama bersedia!! HIks..!! ;)




Salam kasih.

Monday, May 16, 2011

Terkenang Teacher(s)


Selamat Hari Guru.. Hadiah apa yang anak2 korang bagi kat cikgu2? Zaman aku sekolah menengah dulu, Hari Guru paling seronok. Ada perhimpunan istimewa. Masa tu lah, kalau nak tengok guru-guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dengan suara yang halus mulus dan sedikit malu-malu. Bayangkanlah, yang biasa mengajar dengan muka serius dan pitching tinggi, bila menyanyi, menjadi sangat lembut dan ayu.. Macam berlakunya perubahan watak yang sangat drastik. Hadiah? Tak pernah bagi. Cuma ada jamuan di setiap kelas. Kenyang satu hari satu malam.

Masa itulah juga, budak2 buat persembahan. Disebabkan sekolah aku semuanya bebudak perempuan, jadi masa itu jugalah budak2 tomboy amik kesempatan berpakaian ala2 GQ ataupun rockers. Sambil membuat persembahan. Hensem woooo..!! Hehe..

Bila jadi guru, terutamanya bila karakternya berbeza dari guru2 yang lain, mudah sungguh diingati oleh budak2 sampai bila-bila. Ada beberapa orang guru2 aku yang aku masih ingat sampai sekarang..

Darjah 1 - Cikgu Pn, Fatimah. Orangnya berkarakter seperti Cik Latipah isteri Ramlee dalam filem Madu Tiga. Tambah spek rangka itam tebal tu.. Sebijik macam dia. Cuma susuk tubuhnya sedikit berisi berbanding Latipah. Aku rasa, zaman aku darjah 1 dulu, umurnya sudah lewat 40an. Yang aku paling ingat, setiap kali balik dari waktu rehat, kami perlu mengejutkan dia dari tidur. Tidurnya adalah meletakkan kepala di meja dengan berbantalkan lengan. Dan hobinya, pinjam sepit rambut kaler hitam budak2 untuk korek telinga! Serius! Aku boleh lihat dalam kotak fikiran hingga ke hari ini..

Darjah 2 - Cikgu Mrs. Rengasamy. Seksi. Sentiasa bersari menampakkan perut. Hehe.. Seorang yang sangat sistematik. Ada jotter untuk tulis kerja sekolah. Tulis perkataan2 untuk Spelling hari esoknya. Balik rumah kena suruh parents ajar & tandatangan. Nak dijadikan cerita, satu malam tu, aku hafal perkataan untuk Spelling Test.. kena marah dengan arwah ayah, sampai deman-deman. Esoknya terus ke klinik amik ubat demam. Selamat dari Spelling Test! :)

Darjah 6 - Cikgu Puan Rozaini. Orang jawa. Telor jawanya masih pekat. Garangnya Subhanallah.. kecut perut dibuatnya. Paling menakutkan, bila dia bertanya soalan. Perlu mendengar dengan jelas dan concentrate. Sebab, tak semestinya matanya ke arah aku, aku yang disoalnya. Sebab, dia juling. Tak siapa berani main-main bila waktu dia mengajar. Tapi, segarang2 dia.. di hari terakhir aku darjah 6, dipeluknya budak2 sorang demi seorang sambil menahan sebak.

Tingkatan 3 - Miss Tan. Orangnya pelik. Baju yang dipakai di hari Isnin, akan di ulang pakai di hari Rabu. Yang dipakai di hari Selasa, dipakai semula di hari Khamis. Bila mengajar, seperti bercakap seorang diri. Dan di waktu subject dialah.. aku dan geng2 yang duduk di belakang mula membuat kerja masing2..! :)

Tingkatan 4 - Puan Maziah. Garang. Sebut sahaja Mama Bear, satu sekolah kenal. Dari zaman kakak aku, hingga ke zaman junior aku.. nama tu melekat.. Tapi, subject Sejarah is on her fingertips! Hebat orangnya... Bila kena marah, semua jadi tak suka.. tapi, bila dah di hari2 terakir sekolah.. terasa akan rindu pada karakter dia..

Tingkatan 5 - Puan Aisyah. Guru bahasa Inggeris. Tapi, satu pertiga masa belajar dimuatkan dengan gosip2 terkini tentang cikgu2 sekolah. Anak mami. Bila sampai masa English, semua seronok.. nak mendengar cerita!


Apa khabar agaknya mereka? Kalau masih ada.. harapnya mereka sihat walafiat dan enjoying their retirement life... Dan kalau mereka sudah tiada.. semoga mereka tenang di sana... Sesungguhnya banyak jasa mereka untuk semua anak didik mereka.. Semoga Allah merahmati, insyaAllah..

Jasa guru takkan pernah dilupakan oleh anak muridnya, walaupun mereka sudah tiada.. Contohnya, arwah mak.. walaupun sudah 14 tahun pergi mengadap Illahi, tapi, ingatan anak2 muridnya masih jelas tentang mak.. hinggakan masa majlis kenduri aku dulu... yang terhebah di kampung bukannya "Si Adibah Nak Kawin" tetapi lebih kepada "Anak Teacher Nak Kawin".


Happy Teacher's Day, mak.. semoga mak & ayah dirahmati Allah selalu, insyaAllah.



Salam kasih.


Monday, April 4, 2011

Nampak Bebenor Menipu..!

Pada mulanya... aku dah tulis panjang2 menjela2 untuk entry ni.. tapi akhirnya.. aku KENSEL..!! Tengokler email ni... dari maybank2u.com katanyer... NAMPAK BEBENOR MENIPU..!






AKU NI AKAUN MAYBANK PUN TAKDA...!! Sekian.



Salam kasih.