Saturday, May 31, 2008

Pengorbanan

CikTipah: tp baik leww hapdet blog uols tu

CikTipah: bukan saja bersawang....dah berspider lagik

Me: hahaha

Me: sat na noks

Tu dia... bersawang sampai dah ada spiderman katanya.... Ayah admitted to HKL on the 21st May, discharged on the 23rd and then to IJN the next day. And he's still in IJN, insyaAllah lagi 2 minggu baru boleh discharge. And whenever he's in the hospital, my day starts as early as 5am and ends around 10pm. Itulah sebabnya bersawang sampai dah nak 'berspiderman' blog ni.


Masa ayah di HKL, 'jirannya' seorang lelaki muda. Awal 30-an. Aku perhatikan dia banyak termenung. Kemudian tidur. Bangun. Dan termenung lagi. Satu hari tu, mak&ayah dia datang menziarah. Mak dia menangis. Dia pun nampak sebak. Aku perati lagi. Hari esoknya, ayah cerita, jirannya tu dah berkahwin. Ada 2 orang anak kecil yang masih belum bersekolah. Apa yang menyedihkan aku, isterinya minta dilepaskan, kerana tidak sanggup hidup bersama dia yang menghidap penyakit buah pinggang. "Takpalah pakcik, biarlah dia cari orang yang boleh jaga dia dan anak-anak" katanya. Sekarang ini, anak2 nya di kampung bersama bekas isteri. Dan aku rasa mungkin dah faham, kenapa dia banyak termenung selama ini. Rindukan anak. Betul kata orang, kasih ini perlukan pengorbanan...


Termenung


Sebelum balik, ayah peluk dia. "Jaga diri baik-baik. Awak tu muda lagi".. pesan ayah. Aku doakan dia kuat untuk menghadapi hari-hari yang akan datang. InsyaAllah.



p/s: Happy belated birthday to you, MantanKekasih - 30/5. Celebrate kat mana CikTipah? Ahaks!

Tuesday, May 20, 2008

My Name Is Yel

My name is Yel... Yellow Yel Yeay Yeay.. ;-)


Pose "jangan laaaaa kacau ...I nak makan ni..."


"Ish... jangan laaaaaa.....! I nak tido nihhhh!!!"


Take care everyone.

Monday, May 19, 2008

Ada Cinta




Nubhan & Stacy.

Kem Herba, Sg. Congkak

Ramai yang pergi jalan sana sini masa cuti 3 hari ni. Dalam keadaan demam selsema ni dan tak tidur semalaman nak ke mana ya? I need a good rest. Nak hilang stress. Nak udara nyaman, hilang demam. Hasilnya, CheAh, Nad, Dikna, my sis and I, bermalam di Kem Herba, Sg. Congkak. Berehat. Relax. Udara yang segar, suasana yang aman, dan aku sangat perlukan semua tu!






Bila agaknya pokok durian ni nak berbuah ya....




The newest member of Kem Herba. Bahagian atas adalah dorm, dan bawah tu dewan serbaguna. Lokasi di atas bukit di Kem Herba. Sangat aman damai.


Dikelilingi pokok2 durian. Kalau musim durian best nih...


Tempat santai di tepi Sg. Congkak


Kumpulan guru Tadika ABIM, ada family day di Kem Herba.





Anak-anak cikgu sedang mandi manda. Masih nak berendam walaupun masing2 dah mengigil kesejukan.. hehe. Aku seronok tengok anak-anak ni mandi. Macam2 karenah. Kalau aku ada anak nanti macamana agaknya ya... huhu.


More here for more Kem Herba. For more details please call:


Dr. Mohd Noor or Pn. Zalina : 012-305 7161 or 03-9021 1192



Take care everyone.

Sungai Congkak

Sungai Congkak, 7.30am. Airnya jernih dan sangat sejuk.














Sejukkkkk.........! Sebab tu tak turun ke sungai masa ambik gambar ni.. hehe..


Take care everyone.

Bunga dan Daun

Sebahagian dari bunga-bunga dan daun-daun yang ada di Kem Herba Sg. Congkak.
































Take care everyone.

Saturday, May 17, 2008

Penawar + Rindu


PENAWAR


Hahaha.. very der je kan tajuk Penawar Rindu.. Bila kita sakit, kita kena makan ubat kan.. ubat tu lah penawar penyakit. Sekarang kan musim demam + selsema... jadi.. aku pun sama ler jugak.. demam+selsema. Dan aku jadikan Panadol Soluble ini sebagai penawarku.. ecewahhhh.. haha



Senang je kaedahnya.. ambik air suam segelas, buka pembalut tablet ni, keluarkan tablet dan campak kan ke dalam air suam tu.. dan sesuatu magik akan berlaku..! Nak tau apa magiknya.. cubalah sendiri ya.... hehe..


Dan kalau demam selsema ni.. aku akan tidur berteman.. ye la kan.. kalo sakit kan lebih cepat sembuh kalo ada yang meneman.. akan ku letakkan dia di sebelah aku. Aku pastikan waktu tidur aku ditemani dia. Paling penting, dia mesti sentiasa ada disebelah aku, bila aku memerlukannya. Kalau dia takda.. aku akan tercari-cari, resah gelisah. Perkenalkan.. teman tidur aku kalau aku demam selsema....



satu.....







dua.....









tiga.....!!!!!














Dia adalah TISSUE KLEENEX lorrrrrrr.......... hehe ;-)




Kalo kita demam ke.. pening kepala ke... kalau ada cold pack ni .. memang best.. Aku kenal cold pack ni masa hospitalized sebab demam denggi tu. Masa kat ICU memang letak cold pack ni di dahi, supaya temperature senang turun. Sejak dari itu, aku mula jatuh chenta dengan cold pack ni. Cubalah ... ada jual di farmasi.




RINDU







Take care everyone.

Friday, May 16, 2008

Anak Cikgu

Part I - Sebelum alam sekolah

Seronok jadi anak cikgu. Anak cikgu ramai kawan-kawannya. Orang lebih kenal dengan nama "anak cikgu XXX" dari nama sebenar. Kalau ikut arwah Mak ke sekolah, ramai kakak-kakak dan abang-abang datang kerumun. Semua nak bawak anak cikgu bermain. Semua nak bawak anak cikgu ke kantin.


Part II- Alam sekolah

Susah jadi anak cikgu. Perangainya diperhati. Pergerakannya diteliti. Tak boleh nakal-nakal. Anak cikgu kena jaga peribadi. Pendapat umum, anak cikgu mesti pandai2 belaka. Kalau periksa, dapat A dikatanya "patutlah dapat A.. anak cikgu". Kalau dapat C atau D "hai.. anak cikgu dapat C? dapat D? mana boleh..." Secara peribadi, aku JARANG sekali diajar oleh arwah Mak kalau di rumah. Cuma dibantu sekadar perlu. Bila aku tanya teman2 aku anak cikgu yang lain, jawapan mereka sama. Semua kena belajar sendiri!


Part III - Tamat belajar

Bila dah habis sekolah, habis belajar, ramai yang tanya, "Tak nak jadi cikgu?". Aku teringin jadi cikgu, tapi belum sampai masanya. Memang aku berminat. Tapi, aku masih lagi belajar, melengkapkan diri dengan ilmu. Aku nak.. tapi belum bersedia. Itulah jawabnya.

Walaupun aku tak pernah jadi cikgu, tapi aku pernah:
  • tulis Ringkasan Mengajar untuk Mak
  • tanda kertas Karangan darjah 6
  • buat Alat Bantuan Mengajar untuk darjah 1
  • salin soalan peperiksaan
  • jaga student masa peperiksaan
Okaylah tu kan CheAh... Huhu..


Take care everyone.

Selamat Hari Guru


Teristemewa untuk;


I -GURU-GURUKU

  • Miss Chong, guru tadika aku yang setiap hari berbasikal ke sekolah.
  • Guru-guruku di sekolah rendah; Pn. Fatimah, Ms. Rengasamy, Pn. Yuslina, Pn. Hajjah Maimunah, Pn. Rosalin, Pn. Rozaini, Ustazah Rafeah.
  • Guru-guruku di sekolah menengah; Ms. Chen, Pn. Norizan, Pn. Rosnah, Ms. Ragu, Ms. Benjamin, Pn. Maziah, En. Rahmat, En. Vello, Mr. Riduan Teoh, Pn. Azizah, Ms. Wong, Ms. Lai, Ustazah Siti Asmah, Pn. Siti Aishah, Pn. Norbainun, Pn. Rozalina, Pn. Rabiyah. (sekadar beberapa nama yang masih aku ingat)
Entah apa khabar mereka agaknya…? Harap-harap mereka semua masih sihat walafiat dan bahagia meniti hari tua mereka. Aku bukannya pelajar terbaik, atau terkenal di sekolah. Hanya seorang pelajar biasa.. yang ingin berterima kasih kepada guru2 aku yang banyak membimbing/mendidik aku supaya aku masih boleh ‘hidup’ hingga ke hari ini. Terima kasih, cikgu!


II - TEMAN-TEMANKU GURU ALAF BARU

Selamat Hari Guru untuk guru-guru alaf baru, Cikgu Jimi, Cikgu Sue, Cikgu CheAh (my cousin, yang baru pertama kali menyambut Hari Guru) dan Cikgu Afiya. Semoga tabah dengan segala dugaan dan cabaran dalam perjuangan mendidik anak bangsa. Dan senyum dan ketawalah tanda gembira bila anak-anak mendapat kejayaan dan kecemerlangan.


Cikgu Afiya, secara peribadi sedang berjuang menghadapi penyakit Autoimmune Disease. Tapi, Cikgu Afiya tetap bersemangat mendidik walaupun kadangkala perlu jalan bertongkat ke sekolah.

I’m proud of you, dear. Kamek sentiasa doakan kitak diberi kekuatan untuk terus berjuang. Be strong, darling.. sebenarnya kitaklah yang menjadi kekuatan untuk student kitak dan semua urang disekeliling kitak. Jaga diri, okay!


Selamat Hari Guru untuk guru-guru seluruh Malaysia.


Take care everyone.

Wednesday, May 14, 2008

Amazing!




I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
Far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Every moment spent with you
Is a moment I treasure

I don't wanna miss one smile
I don't wanna miss one kiss
I just wanna be with you
Right here with you, just like this
I just wanna hold you close
Feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment
For all the rest of time

Don't wanna close my eyes
Don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you, babe
And I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I'd still miss you, babe
And I don't wanna miss a thing..


"David Cook wins the night" - Simon Cowell.


Take care everyone.