Wednesday, December 17, 2008

Kisahnya...


Kisahnya petang tadi Temanku koling2 ajak gi ngeteh kat kedai mamak kat umah aku nih.. dah seminggu tak jumpa maa... kangen banget gue ama dia.. Balik dari ngeteh tu, aku ingatkan nak menapau makanan untuk dinner. Dalam perjalanan nak gi menapau tu.. aku terpikir pulak.. "Kat umah ada sadin.. lama tak makan sadin.. makan sadin black pepper + toge tumis bersama taufu telur mesti sodap!"Jadi instead of pegi menapau makanan, aku gi kedai mamak (mamak lagi..!) untuk membeli toge 50sen & halia.



Masalahnya.. tiap kali aku nak bayar kat mamak tu.. mesti tercapai tanganku ke arah majalah ni. Pandai betul mamak ni buat marketing strategy, letak majalah kat kaunter. Sambil nunggu dia mengira tu.. sambil tu la dia mancing orang pempuan untuk beli majalah ni.. Eh.. ada ke lelaki beli majalah Mingguan Wanita? Tak pasal2 aku bayar RM4.30 kat mamak tu tadi.. Toge + halia RM1.00, majalah ni RM3.30. Pandai ko marketing ya mamak.. Mana blajar?? Ish ish ish...

Aku baca majalah ni sebab suka baca pasal kisah hidup, kisah rumahtangga, kisah bisnes lady berjaya dan resepinya yang aku rasa simple tapi menarik. Macam2 hal sebenarnya dalam kehidupan seharian ni yek.. Tiap kali aku beli.. ada je kisah itu dan ini.

Yang aku beli tadi.. ada tentang isu : Rupa Bukan Penentu Bahagia. Dalam artikel tu ada petikan kata-kata :
"Tidak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof , jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim, andai diri tak sekuat Hajar dan mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri"
Penulis tu ada interview seorang pendakwah ni.. dan kata Hj.Haslin itu;
Walaupun pasangan tidak secocok seperti pendapat orang lain, fahamilah lidah manusia adalah untuk berkata-kata. Ia sifat semulajadi manusia..... Malah ia tidaklah menjadi satu perkara besar apabila lelaki kacak berkahwin dengan wanita yang kurang paras rupanya. Paling penting bergantung kepada niat pasangan itu sendiri untuk mendirikan rumahtangga......."

dipetik dari Mingguan Wanita 19-25Disember2008

Setuju? Tak setuju? Aku tak kesah. Tapi, bila pikir balik ada betulnya.. Ada gak muka lawa meletop ataupun hensem tahap gaban.. tapi dalam rumahtangga dapat kad merah (read:fail),kan? Kalau nak baca lebih lanjut, silalah beli keluaran terbaru Mingguan Wanita ni ye.. tak pun.. pujuk kengkawan suh beli.. pastu tumpang baca sat.. Jimat wooo... hiks!

Walau apapun, sadin black pepper + toge&taufu telur tadi memang sodap! Alhamdulillah... kenyang beb!


Salam kasih.

Tuesday, December 16, 2008

Mana Hilangnya?


Tadi aku ke Carrefour untuk beli barang2 dapur. Yang paling atas dalam list aku adalah beras. Sebab, beras kat rumah dah habis.. cemana nak masak kan? Aku pun dengan gigihnya teruslah menolak troli ke arah beras dan kawan-kawannya. Dua kali aku buat pusingan tetap tak jumpa.. Aku tengok label2 tu pun takda dah gambar beras ni.. Mmm.. dah abih stok agaknya..

Bila dah takda kat Carrefour tu, on da way balik tu aku singgah Jusco terbaru di Malaysia tu. Dengan satu misi, satu impian untuk menuju ke destinasi beras section. Bila sampai kat beras section, punyalah misterinya.. pun takda jugak beras tu.. Pelik lah...


Gambar ni aku pinjam dari sini

Ni lah beras yang aku duk cari-cari. Beras Faiza Herba Ponni TajMahal. Aku memang guna beras ini setiap kali masak nasi atas faktor-faktor kesihatan mereka yang nak makan.. sebab beras ni kurang kanji. Tapi dah takda beras ni.. aku pun tataw nak beli apa.. banyak sungguh brand, banyak jenis beras ni. Wangi la, tempatan la, siam la... Pusing punya pusing punya pusing.. akhirnya aku beli Beras Tempatan Faiza. Untuk kegunaan sementara.

Esok, mungkin aku cuba cari di Tesco (Kajang?). Kalau tetap juga takda beras Herba Ponni TajMahal ini.. aku nak call ofis depa dan tanya apakah yang telah terjadi.. Atau mungkin ada yang tau kenapa dah takda stok beras ni kat dua tempat tadi tu? Bolehlah share info ngan aku ya.. sebab aku musykil jugak dengan ketiadaan beras ni. Peliknya....


Salam kasih.


Time To Say Goodbye


Bila dah settle semua kerja kat office tadi, kami ada farewell lunch untuk 2 orang team members yang amik MSS. Jadi OKB (orang kaya baru) woo........! Depa dapat banyak woooo..... mencecah ENAM angka wooooo......... Abang Nirman dan Abang Ramadhan@Uncle yang akan bersara dengan bergaya dan kaya.. hiks.. hujung Disember ni..



Penyampaian kata-kata hikmat oleh Abg. Nirman di temani oleh BigBoss. I knew Abang Nirman since 1997 dan dari mula kenal dia ni seorang yang sangat cool dan tak pernah sekalipun aku nampak dia marah. Dah berpuluh tahun kerja dengan bank.. dan tiba masanya mengorak langkah sendiri. All the best, Abg. Nirman.



Juga penyampai kata-kata hikmat dari Uncle. Juga aku mula kenal tahun 1997, berbeza dengan Abg Nirman, Uncle seorang yang active dan suka menggamatkan suasana di ofis. Pun dah berpuluh tahun kerja di bank ni dan sedang giat menyiapkan projek masa depannya. Good luck, Uncle.. semoga sukses!

Lepas berucap & penyampaian hadiah... tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Makan time!!! Kali ini menu kami masakan kampung. Nasi putih + ayam goreng + ikan goreng bercili + masak lemak cili api pucuk paku&udang + ulam peria katak & kacang botol & sambal belacan + buah2an + air uren. Podeh&sodap!


Bagaikan di surga!!

Bang Aji Mus, sebagai event planner untuk kali ini. Pandai Bang Aji pilih katering.. menepati citarasa urang awak ni...!! Podeh & sodap!

Kat office aku ni.. takda ladies first ka.. apa ka... kami ni kat barisan belakang. Yang depan aku suma kaum Adam yang kelaparan. Sambil menunggu makan tu.. kaklin, ana, nora dan aku... mengepose pose lapar..! Jauh di belakang ittew.. CikYeop tokey popia mini & batang buruk yang sangat fofular di musim Hari Raya.


Inilah rezeki aku tengahari tadi. Alhamdulillah. Podeh & sodap..! Especially peria katak dan kacang botol yang sangat mantap dan bertahap lima bintang ittew..!

Untuk Abg Nirman & Abg Ramadhan@Uncle, semoga berjaya dengan apa yang diusahakan dan diberkati Allah selalu. Nanti sok.. kalau den kenduri apa2 ke... sila datang bawak hadiah yang mahal2 occay! Hiks!


Salam kasih.

Monday, December 15, 2008

Teringin KeniRojes


Malam ni CikTipah a.k.a Linn berambeh (bahasa Sarawak yang bermaksud bermalam) di umah aku. Datang KL atas urusan kerja sambil menghapdate aku tentang acara cuti-cuti Bandung nanti. Tak sabo rasanya nak gi jalan nih.. Masa dia on da way lagi aku dah text dia:



Aku : Nok, jom kenirojes, teringin la nok.. Lepas megrib kita gi sana ek..
CikTipah : Boleh.. dah beli teket lom? Nak gi Chicago ke California? Ekekeke

Aku : Kita pi Massachusetts laaa.. payah sket nak ngeja. :p
Ish.. sengal sungguhlah minah nih...Lain statement aku.. lain pulak feedback nya.. Chett!! Bila dia dah sampai umah aku.. lepas Magrib kitorang pun pegi la ke Jusco yang paling terkini di Malaysia. Baru bukak dalam 2 minggu lepas kot.. Rasa lega sikit sebab malam ni orang tak ramai sangat macam malam Sabtu. Mungkin sebab malam Sabtu, ada pasar malam menjalar sepanjang-panjang jalan masuk ke Jusco ni.. Memang area ni jadi tumpuan ramai dari kawasan kejiranan setiap malam Sabtu. Kalo nak pegi.. kena pegi hari lain..



Kat sini ada banyak cafes and restaurants. Macam-macam ada. Pelbagai citarasa. Melayu ada, Cina ada, Jepun ada, Western pun ada... Janji bajet ada.. boleh lah singgah makan kat cafe2 nih.. Oleh kerana sejak 'initial stage' lagi dah janji nak makan kenirojes, maka kami pun stretttt la ke Kenirojes walaupun dalam hati duk kata.. "eh.. WhiteCoffee, eh... ada Sushi.. eh... Johnny.. eh.. Laksa Shack.. eh... Wendys..." haa... gittew..!



Inilah rezeki kami pada malam ni. Masing2 mengoder ayam 1/4 ekor (banyaknyer....) dengan side dishesnya bersama dengan muffin and Ice Lemon Tea. Alhamdulillah... Lepas makan tu, jalan-jalan pusing-pusing kat Jusco (untuk membakar kalori dan mengurangkan duit huhu..) sampaila ada announcement:
"Semua pelanggan yang kami hormati.. kami akan menamatkan operasi 10 menet dari sekarang... "
Lebih kurang cenggitu la bunyinya... Hehehe.. tak pernah aku pi Jusco sampai kena suruh balik..


Salam kasih.

Tahniah..!!Tahniah...!!

Jumaat lepas sepatutnya aku ke Auditorium di Training Center untuk bagi moral support pada Fara yang masuk RHB Idol. Tapi disebabkan nak hantar MokTeh&PokTeh di KLIA, aku tak dapat nak pergi tengok. Fara bagitau aku sebelum tu yang dia nak nyanyikan lagu Sangkar Emas (Endang S Taurina). Kemudian dapat berita yang Fara dapat no. 3 dan berjaya masuk untuk final RHB Idol 2008. Tahniah Fara..!

Trofi untuk Klang Valley Region

Esoknya, berlangsung RHB Idol peringkat final. Sekali lagi.. aku tak dapat nak pergi sebab kena attend kelas. Peserta kena nyanyi dua lagu. Jadi, Fara nyanyi lagu Sangkar Emas (Endang S Taurina) & Menghitung Hari (Kris Dayanti). Hasilnya....


RHB Idol 2008 - 2nd place trophy

Dapat tempat kedua!! Tahniah Fara...! Aku dapat tengok video persembahan Fara untuk lagu final, Sangkar Emas. Personally, bagi aku memang dia bagus! She can sing u know....! Untuk final RHB Idol tu judges nya adalah Hattan & Juita. Macam Malaysian Idol, judges akan beri komen selepas persembahan. Untuk persembahan Sangkar Emas by Fara ini, antara komen yang aku dengar adalah :
Hattan : Awak memang dilahirkan untuk menyanyi

Juita : Well done. You're in my top 3 list.

Tahniah sekali lagi Fara.. Nanti jangan belanja kami naa... And now.. I'm her manager. Gittew! Ekekekekeke!


Salam kasih.

Sunday, December 14, 2008

Penatnyer...

Kadang-kadang, kita ada banyak masa duk depan pc, masuk blogger.com, tapi tak da idea nak tulis apa, takda idea nak update blog.

Kadang-kadang, kita ada banyak cerita, banyak yang nak ditulis, tapi takda masa nak menulis & mengedit gambar segala..


Sekarang ni..

Aku ada banyak cerita...
Ada banyak gambar...
Tapi, belum ada cukup masa nak update..
Sebabnya, waktu hujung minggu ler yang paling sibuk sekali...


Gambar dari google image


Penatnya... uhuk...!Semoga diberi kekuatan untuk menghadapi hujung minggu yang seterusnya yang sangat panjang dan memenatkan.. Amin..


Salam kasih. Gudnite.

MokTeh & PokTeh


Jumaat lepas, ke KLIA untuk hantar MokTeh & Pokteh (Abah) untuk balik US. Mokteh is Acik's (Dikna's Mama) elder sister. Setiap tahun memang akan balik kampung untuk sebulan, jenguk Nenek yang ada di KB.



Kami memang sangat rapat walaupun bertemu hanya sekali dalam setahun. MokTeh akan call 3-4 kali seminggu to keep in touch. Infact, masa arwah ayah kritikal, MokTeh & PokTeh sentiasa call untuk dapat latest update on his condition. Lebih kerap.. dari mereka yang sepatutnya. Dan sejak arwah ayah takda, PokTeh kata biarlah dia jadi pengganti arwah untuk menjaga anak-anak termasuk my sis and I. From now on.. he is our Abah.


MokTeh and Abah at the departure hall. 7 hours flight from KLIA to Seoul & another 13 hours from Seoul to Dallas. Alhamdulillah.. bila entry ini ditulis, diorang dah sampai di rumah, safely. Just that MokTeh kata tak leh nak tido dalam flight sebab ramai budak-budak kecik. Semua nak balik kampung untuk Krismas agaknya..

InsyaAllah, bulan Ogos tahun depan, bertemu lagi dengan MokTeh & Abah yang akan balik Malaysia untuk majlis konvokesyen Along, my eldest bro. MokTeh & Abah, thank you for being there in good and bad times, we love you so much!! Hope to see both of you again, soon!


Salam kasih.

Buah Hati Dah Balik

Buah hati aku dah balik dari KB. Lama sungguh dia duk bercuti ikut MokTeh balik umah Nenek. Dah sebulan dia duk jauh dari aku. Aku saja tak call langsung masa dia ada di KB. Sebab, kalo aku call, cerita aku pegi sana sini, mesti dia nanges nak balik KL time tu jugak.




my sweet little angel..

Oleh sebab dia sampai KL hari Jumaat hari tu.. dia tak balik2 lagi ke rumah dia. Duk bersantai kat rumah aku pulak.. nak tidur dengan aku, katanya. Balik dari class tadi, after Maghrib, bawak dia ke Jusco AU3 yang baru bukak tu.. untuk shopping baju sekolah. Esok nak gi beli kasut dan segala pulak. Orang lain sibuk beli baju sekolah anak2 .. aku pun..tumpang sibuk jugak..


Salam kasih..

Friday, December 12, 2008

Belle?

Aku tengok quiz ni kat blog CikTipah, jadi.. cuba jugak lah kan.. nak tengok dalam kategori princess manakah aku ini.. hahaha..

Inilah hasilnya... :-)


You Are Belle!
Image hosted by Photobucket.com

Intelligent and kind. Your beauty goes much further than your apperance. Also, you make judgements of people based on their personality and not their looks. Attaining all the knowledge that you can is one of your major goals in life, but you are also a person who can make things happen.


Which Disney Princess Are You?

Kan.... adakah aku ini seperti Belle?? Betul ka......?? Hehehe..


Korang macamna? Jom.. try..! Just for the ladies okay.. bukan for the guys.. ehehehe! :-)

Thursday, December 11, 2008

Sakit


Sejak malam semalam, aku tak sehat. Pedih perut@ulu hati. Mungkin tomyam & kerabu mangga yang aku makan untuk dinner tu pedas sangat. Dari dalam perjalanan balik rumah lepas dinner, perut aku dah mula pedih. Ingatkan boleh reda lepas letak minyak angin. Tapi makin teruk. Sampaikan aku gi toilet dan jolok tekak untuk keluarkan balik segala yang aku makan masa dinner tu.

Malam semalam terus tak dapat tidur. Nak gi klinik malam tu, rasa tak larat nak drive. Jadi, aku singgah klinik 24jam seawal 5 pagi tadi, sebelum ke office. Doktor tu ala2 ngantuk je aku tengok. Dia kata aku kena gastrik setelah dia sentuh perut aku 2 kali je sambil aku duduk. Dari klinik, aku singgah kedai mamak untuk beli roti, then terus ke office.

Kat office pun, aku cuba sedaya upaya untuk lupakan sakit. Buat busy sana sini, tapi masih rasa sakit/lemah. Aku makan ubat lepas alas perut dengan roti. Disebabkan itu, aku terlelap beberapa kali kat office tadi dan akhirnya dalam kul 10am aku cakap ngan boss aku tak larat dah... mintak izin nak balik. Surrender. Nasib baik dia kata okay. Sebab aku rasa dia pun nampak aku tak larat.



Balik rumah, aku tidur... tidur and tidur.. Makan setakat nak alas perut sebelum makan ubat. Then tidur lagi.. Tengahari tadi, masa tengah tidur .. aku dapat call

Dia : Banyaknya error ni..

Aku: Berapa?

Dia : Banyak.. Ada 10!

Aku : Huh? Betul ke..?

Dia : Betul.. ni tadi buat keje ke tidur?

Aku : Tidur

Dia : Tadi kat ofis, buat keje ke tidur?

Aku : Tidur

Dia : Okaylah

Aku : (tekan end call.. dan sambung tidur..)

Memang aku tak larat. Maybe aku buat kerja dalam keadaan drowsy lepas makan ubat. Aku rasa dia pun pelik (marah?) sebab aku dengan selamba jawab "tidur" sebab sememangnya aku tidur kat office tadi. Mujurlah ada jugak yang sudi bantu check balik kerja aku. Terima kasih ya..


Salam kasih.