Sunday, January 18, 2009

Bandung dari Langit

Sama je.. dengan awan di mana-mana.. awan tetap awan. Cuma awan Bandung lebih tebal sebab di Bandung musim hujan. Aku memang suka duk kat sayap kapalterbang. Excited tengok sayap kapal terbang masa landing.


Kali pertama aku lihat Bandung dari udara, rasa terkejut dengan hamparan rumah2 yang aku andaikan seperti "rekahan cermin kereta". Bayangkan kalau cermin kereta pecah, dan rekahan tu merebak ke seluruh cermin.. Itu yang ada dalam imaginasi aku. Pendapat peribadi. Aku dah terbayang macet (kesesakan lalulintas).

Penduduk Kota Bandung menurut Registrasi Penduduk sampai dengan bulan Maret 2004 berjumlah : 2.510.982 jiwa dengan luas wilayah 16.729,50 Ha. (167,67 Km 2 ), sehingga kepadatan penduduknya per hektar sebesar 155 jiwa. - http://www.bandung.go.id


Selamat tiba di Bandara Husein Sastranegara Bandung. Alhamdulillah. Mujur urusan imigrasinya pantas. Cuma urusan luggage tu lambat sikit.. sebab segalanya dikendalikan secara manual. And the airport staffs are very helpful and friendly dan comel2 belaka. Hiks. "Semuanya gratis, Buk.. " Gratis = Free.



Salam kasih.

Ku Ke Bandung

Setelah sekian lama tak travel ke Indonesia.. akhirnya, hari yang ditunggu2 telah tiba.. Ke KL Sentral seawal jam 6.15 pagi, sepatutnya Temanku tolong hantarkan, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, perlu kensel plan A dan Nora&CikMatKhair datang membantu sebagai Plan B. Hidup perlu plan B.. kalau tak.. kelam kabut jadinya..


Sampai di LCCT terus check-in. Owh.. sekarang AirAsia dah ada seat number ya.. no more free seating. Elok jugak lah kan.. tak perlu nak berebut2 macam naik Bas Mini zaman dolu2.


Ahli rombongan .. myself, Ajip & Wanie. Cuba tengok beg Ajip ittew.. Meletops uolsss!!!! Guess original occay..! Hiks! Ni kira ice-breaking moment untuk aku & Ajip ler sebab 1st time jumper.. Dia ni geng office Wanie.. Aku pun ala maleww2 nak amik gambar memula.. hiks.. CikTipah tiada di gambar ya.. sebab dia tukang ngambik gambo..


Tak lama lepas posing tu.. ting tiong ting tong, sedia untuk berlepas. Kali ni takda pulak yang kelam kabut rebut2 seat sebab semuanya dah dapat nombor seat masing-masing. Aku sampai kat seat, aku tengok ada makcik duduk kat sana... Aku tak kisah tak duk tepi tingkap.. bagi chance kat makcik ni.. Titiba laki dia sound aku "What is ur seat number?" Eh.. eh.. aku jawab Ehhh..eh...ingat den tak ponah naik kapatobang yang dah siap2 seat number ko???"10F". Pastu dengan pitching yang ala2 soprano, dia sound aku.."This is number 9. Number 10, blakang sana..!" Eh .. eh... eh.. Sodap mulut ko sound aku yek?? Aku sound balik.. "Uncle, this is row number 10, I think you counted wrongly.".. Bini dia jeling aku kemain lagi...


Pastu orang belakang aku plak sound uncle tu, tapi degil jugak uols... sampaikan kena panggil stewardess untuk confirm nombor seat. Ternyata aku betul dan dia yang salah!! Lepas tu, dengan wajah tak bersalah terpaksalah dia blah dari seat aku kan.. Lepas tu pose2 baca paper.. macam tak bersalah. Kata sorry pun tak uols.. Tapi aku tak kesah.. paham sangat dah dengan perangai warga tua emas yang kadangkala emosinya mengatasi segalanya..



Kalaulah takda translation dalam English tu kan.. sudah pasti, sampai sekarang ni pun aku tak paham apakah maknanya Kencangkan Sabuk Pengaman itu.. Disebabkan aku naik flight Indonesia Airasia, jadi segalanya dalam bahasa Indonesia. Termasuk panduan keselamata juga disampaikan dalam bahasa Indonesia. Kalau orang tanya aku, aku bayangkan Sabuk Pengaman tu macam sesuatu yang relaxing dan cooling. Something like Hot Towel atau Cooling Pad. Rupanya tali pinggang keselamatan.

One thing I like about this flight is that, sebelum take off tu, ketua pramugari kata, "Sama2lah kita berdoa agar perjalanan kita ini selamat sampai ke destinasi". Pertama kali aku dengar seumur hidup aku. And I'm impressed. Aku rasa kompeni penerbangan kat Msia ni pun patut practise perkara ni jugak..kan?


Seperti biasa, kena isi borang deklarasi kastam dan imigrasi. Senang kalau isi borang ni siap2 sebelum landing, kalo tak nanti kelam kabut nak ngisi borang lagi.. nak beratur lagi.. Kalau isi dalam flight ni senang je.. tak sampai 5 menet dah siap..


Mmm.. aku tak pernah sampai ke Bandung ni.. cemana agaknya rupanya ye...?



Salam kasih.

Wednesday, January 14, 2009

Lagu Untuk Temanku



Tiada kata bagimu
Sebagai buluh perindu
Dinda nanti
Bekalku hanyalah rindu
Walau dipisah lautan
Duhai kasihku..

Kala senja dikau datang
Walaupun hanya lamunan
Aduhai
Sabarlah menanti
Ku tak kan lama...

Daku pergi demi tugas <-- (tugas untuk jalan2 dan shopping2.. hiks!)
Walau apapun beratnya
Oh relakan
Pesanmu tak ku lupakan
Sumpah setia demi cinta
Oh percayalah...

Bila sinar suria
Menghampiri dikau
Sabarlah oh sayang
Ku kembali...

Monday, January 12, 2009

CheckList

Sebelum berjalan.. nak kena check dulu...


BEG - Beg lama aku dah jadi "wakaf", adik aku dah bawak gi UTM. Jadi kena la carik beg baru. Sebenarnya dalam beg ni ada lagi satu beg sandang. Baru gak. Sebab yang lama.. dah jadi "wakaf" juga.. ntah mana perginya.. Deuter yewwww!!!! RM200++. Nanges occay!! Takpalah.. kira halal je.. Dapat gak aku pahala sedekah.. ye dak? Alhamdulillah..

Dalam beg ni, tak banyak barang. Ada la benda2 pakai buang. Selagi boleh pakai buang, aku pakai buang, sebab takyah nak berat bag angkut bawak balik nanti. Baju 2-3 pasang je, sebab bak kata CikTipah, "beli kat sana je nanti nok.."


TRAVEL ADAPTOR - ni pun penting. Nak charge henpon, nak charge bateri kamera. Nanti kat sana, takut tak leh cucuk pulak charger aku. Kena la standby dengan travel adaptor ni.


Nota untuk sendiri sendiri :

JANGAN LUPA BAWAK CHARGER BATERI KAMERA



DUIT - Kalo tak bawak, cemana la nak jalan kan.. Aku dah siap tukar beberapa RM. Tapi kena bawak jugak duit RM untuk contingency. Mana ler tau.. lupa diri, hilang ingatan, tersasar perkiraan bajet. Merasa jadi jutawan segera kejap! Hiks.


PASPOT - Ni yang paling penting sekali. Beg dah ready, adaptor pun ada, duit dah tukar, tapi kalo passport tak bawak.. tak leh pegi gak uols. Tiket takda takpa. Sebab "everyone can terbang" as long as u show them your IC & Passport. Gittew!


Semua dah ready kan?



Jom....



Nak ke mana ye...? Jawapannya ada di YouTube ni.. sila klik untuk mendapat jawapan ya..






Jommmm!!!!!



Salam kasih.

Sunday, January 11, 2009

Jutawan Segera


Zaman sekarang ni, ramai betul yang jadi ingin menjadi Jutawan Segera. Macam-macam yang dibuat. Macam-macam usaha. Macam-macam skim. Skim cepat kaya lah.. Skim piramid la.. Skim MLM la.. Ada jugak yang cuba jadi Jutawan Segara dengan empat nombor ekor, tiga nombor ekor, enam nombor ekor.. macam-macam..!


Aku pun sama gak... Nak jugak merasa jadi Jutawan Segera. Skim yang aku sertai ni.. senang sangat..syarat-syaratnya ialah:

  • Modal tak lebih dari RM400 (masa aku jadi Jutawan hari tu, modal aku cuma RM327)
  • Tak perlu cari downline. Tak perlu nak carik dua tiga orang, tak perlu nak promote, rekomen sesapa untuk jadi downline. Senang banget...!
  • Jangkamasa yang diambil nak jadi Jutawan tu tak lama.. kejapppppppp je.... senang..tak yah tunggu lama2
  • Dapat cash terus. Tak yah penat2 nak tunggu cashkan cek, takyah nak kredit dalam Savings Account. Terus dapat cash. On the spot!
  • Tak perlu isi borang keahlian. Tak perlu nak daftar sana sini. Cuma hadirkan diri berserta RM.

Nak join uols?? Jom....! Standby duit RM400 ya..


Best uols... dengan modal RM327.. aku jadi Jutawan Segera.. ini tak tipu tawww....! Bukan skim tipu-tipu..



Ini buktinya.......!!!








Tu diaa.....!!!! Jutawan Segera..!!! 10 keping "Seratus Ribu Rupiah" tak ke jadi SEJUTA.. tak ke jadi JUTAWAN!!!!


Aku kaya!!!!

Aku kaya!!!!



Hiks!!!


Salam kasih.

Jom Layan...!


Lama sungguh dah tak nengok citer Sangam nih.. Kebetulan ada kat Astro Fiesta channel 808. Sekarang ni.. Ya... Sekarang ni..! Dah 1/3 jalan dah nih... Sunder pun belum muncul kembali.. Gopal & Radha tengah nyanyi nyanyi kat taman nih.. lagu tak best.. sebab tu sempat hapdate kat blog.


Jom...! Jom layan SANGAM!!!!!!!!


Salam kasih.

Friday, January 9, 2009

Itik Yang Kahwin


My cousin yang bertunang tahun lepas tu, is getting married middle of this year. His twin brother pun nak naik pelamin jugak, serentak. Jadi masing-masing tengah sibuk mengasah bakat menjadi wedding planner, pereka hantaran etc. Sekarang ni sibuk duk belek2 majalah pengantin.

Dalam sibuk-sibuk duk sebut kahwin, kahwin, Dikna menyampuk:



Dikna : Hari tu masa kat kampung, Dikna tengok itik kawin... (bercerita dengan penuh semangat)

Me : Itik kawin? Cemana itik kawin?

Dikna : Itik tu kan... itik jantan dengan itik betina... Itik betina tu duduk macam ni (... dia duk nyangkung, buat gaya itik).. lepas tu itik jantan tu, panjat belakang badan dia. Lepas tu dia patuk-patuk leher itik betina tu.... (buat gaya patuk2 pulak..)

Me : Itik kawin macam tu ke? (tanya inisenly.... macam blur2.. padahal dalam hati aku dah gelak2 dah)

Dikna : Ye.. Dikna tanya kat Mok (nenek), Mok kata itik tu kawin. Ye la... kalau orang kan, duduk sanding.. kalo itik, dia duk atas. (explain macam dia paling tahu!!.. haha)

Me : Oh..! Ye la tu kot..

Orang lain pakat gelak je.. tak terlayan soalan2 Dikna. Tak terlayan. Atau terkesima dengan penerangan Dikna agaknya. Tak sangka kot.. keluar statement macam tu. Semuanya adalah hasil observation Dikna semasa balik bercuti ke KB dengan MokTeh hari tu. Dia diberi tugas bagi makan itik kat kandang itik Mok, setiap hari. Tu yang terserempak itik kahwin tu.. Hiks! Itik tu pun satu.. tak tengok kiri kanan, terus naik pelamin..!!! Hahaha.


Salam kasih.

090109 - 29!


Untuk sahabat virtual aku, Kaymin. Yang tak pernah aku jumpa. Ataupun bercakap dengan dia. Jangan tanya aku kenapa. Sebab aku pun tak punya jawapan.

Terima kasih atas persahabatan selama 3 tahun lebih ini. Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan yang kamu beri pada aku. Terima kasih atas doa kamu untuk aku.

Aku doakan kamu sehat sejahtera, Kaymin. Bahagia selalu dengan keluarga tercinta. Berjaya dalam karier. Kereta besar. Rumah besar. Wang besar. Semuanya besar-besar belaka. InsyaAllah. Rajin-rajinlah singgah di blog aku ni ya...


Hari ini usia kamu sudah 29.. Alhamdulillah. Tahniah!


Salam kasih.

Wednesday, January 7, 2009

Masa Depan Yang TIdak Pasti


Future I

Aku tengah buat assignment. Pening nih.. Dah tiga kali baca.. baru bleh faham bebetul. A case study on Risk and Return. Basic concept in finance : High Risk, High Return.. Low Risk, Low Return. Kan? Yang case study ni on investment decision on mutual funds. Tentang decision. Tentang future. Poning.. poning..! Huhu.




Future II
Kata hati aku, life is an investment. Bila cakap tentang invesement, secara tak langsung, kita cakap tentang future. Tentang apa yang diinginkan di masa hadapan. Future tak boleh ditentukan.. tapi boleh dirancang. Kan kata orang kita "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.."



Hari system problem hari tu, dari awal pagi Lorna nampak aku dia kata "Hey, I can see the glow". If anyone propose u this year, just say "yes". I can see this is the year for you. Hmmm.. okay.. Tak lama lepas tu, dia datang kat tempat aku.. mintak hulur tangan. Rupanya dia nak tengok palm. Aku layan je. She can give her opinion.. and i just listened. Hanya mendengar, tak perlu percaya.

Tengok lah tu.. ramai betul yang jadi penonton. Hehe. Zuer pun join sekali. Dengar Lorna kata itu dan ini.. last2 keluar gelak kuat..! HAHAHAHAHA...! We just listened to whatever she said.. tapi tak percaya pun..! Sebab, bak kata my other officemate, if she could really read palm, mesti tak keje kat sini jugak! Oh yeah... agreed! Hehe. Saja suka-suka maa...


Future III
Anyway, harap2 aku akan dapat melihat masa depan tidak lama lagi. Aku perlukan kepastian. Aku nak merancang. Bukan menentukan. At least, aku tau ke mana arah tuju aku dan apakah yang perlu aku buat untuk merealisasikan rancangan aku. Pahit atau manis, aku terima. Kan kata orang, kadangkala pahit itu adalah penawar, yang manis itu yang membawa penyakit. Cuma kadang-kadang, kita rasa tidak kuat untuk menghadapi segala yang pahit.

Yang penting, berusaha dan berdoa kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya dia yang menentukan apa yang bakal berlaku pada masa depan. Setiap yang berlaku itu, adalah dengan izinNya. Ada hikmahnya. Cuma kadang-kadang kita tak sedari. Semoga Allah memakbulkan doa dan permintaan dan harapan kita, insyaAllah.

Dan assignment aku pun dah siap ku "copy&paste&edit". Hiks!


Salam kasih.


Tuesday, January 6, 2009

Hmmm.. Not Again!!


Dah berjam-jam duk melanguk kat ofis ni.. Tak boleh nak start buat kerja sebab ada system error. Dari tadi duk adjust itu ini.. nak kena panggil Ultraman kot..!!

Semua orang dah boring. We're here since 5.30 this morning. Yang mengantuk. Yang risau fikir anak kat nursery, yang risau hari nak ujan.. semuanya ada.. And I'm so tense.. Kalau ku tahu baik aku bawak buku.. siap jugak assignment! Duhhh!!!!!


Asyik melanguk dari tadi.....!!!! Duh.... I hate this!! Buang masa tak tentu hala.. PC game dah berapa round dah nih.. Kalo ada cinema dekat opis ni.. lama dah aku ajak ahli2 majlis pi nengok wayang. Nak pi shopping pun.. jauh..! Kalo boleh balik packing sikit2 untuk gi jalan dengan CikTipah nanti pun best jugak nih... Eiiiii!!!! Geramnya aku...

Aku kangen sama dia.. Rindunya... Huhuhu..

Salam kasih.