Tuesday, May 12, 2009

Hujan



Dari tepi jendela..
Aku lihat..
Hujan!!

Alhamdulillah...




Salam kasih.

Guruh Di Langit

Waktu ini
Aku dengar guruh di langit
Tanda hendak hujan



Moga hujan turun hendaknya, Ya Allah
Kerana sudah habis
Air setempayan
Aku curahkan..


Salam kasih.

Iced Bubur Kacang


What for dinner? Nasi campur? Tomyam? Sup sayur? Sup Tulang? Kue Teow Goreng? Bubur Siam Style? Sedapnya semua tu kan.. Tapi bila cuaca panas ni.. memalam pun panas.. jangan harap nak berselimut bagai time tidur.. mau berpeluh macam lepas jogging jadinya.. mulalah teringin nak sesuatu yang cooling.. menyejukkan hati tekak..

Petang aku singgah pasar Keramat beli bubur kacang satu bekas kecik macam bekas tau foo fah & kuih lopis singgit (ni kes teringin). Balik umah..petang tu aku makan kuih lopis tu, yang emangnya sangat heaven sampaikan bila dah abes baru teringat lupa nak ngambik gambar.. Bubur aku simpan lam fridge.. kasik sejuk..

Malamnya, aku transfer bubur kacang masuk lam mangkuk.. tambah sikit air masak (sebab manis leting).. then tambah ice cube..! Aduhhh!!!! Syurga dunia... !! Cooling.. Cubalah!


Salam kasih.

Status Changed


Edited my relationship status@Facebook.

Hope that everyone is happy with it.


Everyone but me..


Enough said.

Monday, May 11, 2009

Tiada Jalan Terus


Aku rasa sekarang ni ramai anak-anak sekolah yang tengah tungkus lumus nak prepare untuk exam kan.. mid-term exam sebelum startnya cuti sekolah 2 minggu awal Jun nanti. Dan selalunya parentslah orang yang paling risau sekali. Aku selalu dengar member2 duk ngomel kat office "Anak aku tu.. dia nak exam.. nampak rilex je... aku pulak yang nervous..".

Aku tengok budak2 sekarang ni, banyak yang sibuk kejar A, berbanding dengan zaman aku dulu.. which aku rasa sama je zaman korang dengan zaman aku, kita dah dapat B pun rasa sangat happy. Masa SRP (PMR) dan SPM orang cuma tanya soalan "Berapa Aggregate??".. tapi sekarang ni orang akan tanya "Berapa A?". Itu adalah lumrah hidup. Cara zaman sekarang. Jadi tak hairanlah hingga ada yang sanggup bunuh diri sebab tak puas hati dengan keputusan peperiksaan.

Macam officemate aku, anak daranya berkurung dalam bilik, sehari semalam, tak makan, tak minum sebab dapat 4A untuk SPM. Peliknya...! Hidup sekarang ni penuh dengan tekanan rasa aku. Makin maju, semakin banyak tekanan.

Tapi, cuba tanya pada kita.. yang dah lama tinggalkan zaman sekolah dulu. "Zaman bila yang rasanya enjoy sekali?" Mesti jawapannya zaman sekolah, ataupun zaman di kolej ataupun zaman universiti. Sebab zaman tu, peningnya hanya pasal study, assignment dan exam. Kalau sekarang, dah kerja.. peningnya datang dari pelbagai sumber. Macam aku yang study & kerja dalam masa yang sama.. lagilah.. DOUBLE PENING!
Tiada jalan terus.
Sediakan payung sebelum hujan.

Tidak ada jalan terus dalam hidup untuk berjaya. Bayi yang lahir tu, bukan terus pandai berlari dan berkata-kata ... perlu belajar makan (menyusu), meniarap, merangkak, berjalan dan akhirnya barulah pandai berlari. Dalam belajar itu, pernah tertonggeng, tergolek, tersadung dan tersungkur. Anggaplah exam tu sebagai pembuka untuk meneruskan perjalanan hidup yang sangat demanding, mencabar dan penuh warna warni ini. Janganlah kalau kalau gagal dapat A, rasa sangat hampa dan kecewa... terimalah dengan adanya..

Yang penting kita kena usaha. Usaha, doa dan tawakal. Sebab, hari-hari yang mendatang, kadangkala adalah unpredictable. Kenapa aku kata macam tu? Nantilah... aku ceritakan pengalaman aku sendiri, bila aku dah bersedia. Pengalaman aku disindir dan digelak sinis, hanya kerana kelemahan aku dalam subject tertentu. Pengalaman berpuluh tahun dulu, yang sampai sekarang ini.. terlekat dalam hati.



Salam kasih.

Panggung Lama


Setiap kali aku singgah di ChowRasta Penang, mesti aku akan parking kat area ni yang ada banyak bangunan lama yang dah ditinggal. Tempat ini, di Jalan Khoo Sian Ewe next to the Ibu Pejabat Polis.

Antara yang menarik adalah panggung wayang lama ni. Khoo Sian Ewe Theatre, panggung Majestic aku rasa namanya. Aku rasa panggung ini dah lebih 50 tahun usianya. Sebab, bangunan ni, kalau ikut dari tandanya, dibina dalam tahun 1926.






Ada tiga kaunter tiket. Yang pertama, Kelas Satu $3.00, kaunter untuk lelaki. Yang kedua, Kelas Satu $3.00, kaunter untuk perempuan. Yang ketiga Kelas Khas $4.00. Zaman dulu, seorang hanya boleh beli 4 tiket sahaja.

Aku dapat bayangkan.. bila ditayangkan cerita-cerita boxoffice, Q nya mesti panjang hingga ke luar jalan. Teringat panggung lama di Kajang, mmm.. rasanya nama panggung tu Panggung Sun . Kalau Hari Kanak-Kanak, ramai2 beratur, jalan kaki dari sekolah, pergi tengok wayang kat panggung tu. Kerusinya kerusi kayu, kipasnya bising gedek gedek gedek, dah silap2 kena gigit pijat & nyamuk. Owh.. those were the days...!


Salam kasih.

Transformasi Menjadi

Sambungan dari entry yang lepas ini..


Ini persembahan Hafiz yang dulu.. back in 2006





Dan ini persembahan Hafiz, untuk konsert AF7 minggu ke 9.





I can see the tranformasi. Congrats to all the tenaga pengajar. Hafiz is currently leading with 34% votes.. and I hope that he'll win, InsyaAllah..



Salam kasih.

Sunday, May 10, 2009

Kapkek


Jumaat lepas adalah hari yang sangat hectic. Pergi sana pergi sini. Banyak urusan nak kena buat. Paginya, agak suram. Hinggakan Nora & Karen bermesyuarat kecil di toilet. Diorang ingat aku tak tahu .. hehe.. mana taknya.. baru je balik dari toilet 15 minit sebelumnya.. tiba2 dua2 gi toilet again?? Aku sayang korang! *hugs

Dey...! I wonder why la... we women love to have meeting/discussion/bisik-bisik in the toilet.. cam takda tempat lain kan?? Hehe..

I didn't get Temanku anything for his birthday. Just a box of sweet little petite kapkek that I ordered from @Shah Alam. Lepas kerja gi ShahAlam dengan Nora untuk amik kapkek. Nora pun order the same thing, kebetulan birthday hubby jatuh pada hari yang sama.

He was on MC. Demam + flu. Masa jumpa pun nampak a bit drowsy. Kesian... Aku harap2 dia suka kapkek tu.. Kapkek ini, sedap. Kalo nak try test, boleh pergi kiosk depa kat entrance Giant, SACC Mall.


Salam kasih.

Postponed!


Sampai kat class tadi, ramai yang duk kata tak prepare sangat for the final exam. Siap ada yang nak request 'open-book' mid-term exam sempena Mother's Day ni.. Hehe.. nak bagi alasan supaya boleh refer kat notes masa exam. Jadinya, ramai lah yang doa harap2 boleh open book test.

Then.. Prof masuk. Senyum-senyum. Then he said "no exam today.. since few of our friends cannot make it....we'll postponed till next week..!" Alhamdulillah...! Happy giler..!

Rasa penat sangat.. sleepy. Sebab tak cukup tido malam tadi (sapa suh stadi last minute dak?? padan muka aku..!). Nak ganti tidur sat, kalau lambat nanti, tak leh tido lagi.. kan tak elok tidur lepas waktu Asar..



Salam kasih.

Selamat Hari Ibu


Mak...
Ini kali ke-12,
Hari Ibu sama seperti hari yang lain.
Tiada ucapan.
Tiada celebration
Tiada hug & kisses
Tiada makan malam bersama.


Mak..
Adik sayang Mak
Adik rindu Mak
KakLong rindu Mak
and your sisters
and brothers
and nieces
and nephews
Kami semua rindukan Mak

Tapi Adik tahu
Dan kami semua tahu
Allah lebih sayangkan Mak
Kami redha Mak pergi dulu
Menghadap Illahi

Untuk Mak
Di Hari Ibu ini
Seperti hari-hari yang lain
Doa dan bacaan Surah Yassin
Semoga Mak tenang di sana, Amin..
Al-fatihah.


To all mothers, especially to mama bloggers; TijahLawa, Cokolat, PatungCendana, Putu, VimmyYasmin, Hondadomani, Redmummy, and blogger's wife; Mrs. Zino, Mrs. Penyubiru, Anis (Mrs. Fajar), and to all mama readers.. Selamat Hari Ibu.

Dan untuk yang masih ada ibu yang boleh dipeluk, dicium dan ditunjukan kasih sayang.. Selamat Menyambut Hari Ibu bersama ibu tersayang.


Ini entry Hari Ibu aku.. tahun lalu.


Salam kasih.