Saturday, August 14, 2010

Kerinduan


Salam... Selamat menyambut Ramadhan... selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bertarawih, selamat bertadarus.. dan semoga selamat hingga ke akhir Ramadhan nanti.. insyaAllah..

Sebenarnya aku belum dapat online dari rumah.. orang TM ni tak sampai2 lagi nak menyambung line.. tunggulah.. kemungkinan minggu depan.. Agaknya orang TM ni nak aku cakap bahasa English agaknya dengan mereka.. u know.. when i am angry.. i'll speak English.. and next week .. if i am angry and of coz i am hungry.. i dunno what language will come out lah kan... French maybe? hahaha... or maybe Spanish since they won the world cup that day..

Jadi, kerinduan ini adalah pada aktiviti online menghadap lektop seharian dan semalaman. Serius aku rindu nak menulis kat blog ni.. rindu nak mengupdate di fesbuk.. mengintai (stalkerkah aku?) di fesbuk yang dicinta.. huhu...

Untuk teman-teman yang rajin melawat blog ni.. terima kasih.. Selamat menjalankan ibadah puasa.. semoga kita semua mendapat keberkatanNya sempena Ramadan AlMubarak ini.. insyaAllah..


Salam Ramadan.. salam kasih...


Friday, August 6, 2010

Short & Suwit

Salam..

Dah lama sungguh tak update kan? Sangat2 busy sebenarnya. Lagipun tak boleh nak online sebab orang stimix lum datang2 lagi nak memasang stimix kat umah ni.. dah siap gi TM dah pindah line semua, tapi.. kontrekter blum datang2 lagi..

Balik dari Bandung, rumah masih 30% lum kemas.. jadi kemas itu ini.. dan skrang ni tinggal bilik aku jer yang belum bersusun barang2.. Takda lah sepah to the max.. cuma nak keluarkan barang2 dari kotak & plastik itam tu... dan susun elok2.. Haruskah memanggil Eric... Chantek Takkkk??? Hehe.. Ataupun memanggil KakDD dan KakPah Syahira(betul ke nama dia cenggini yek?) lalu membenarkan IKEA untuk menchantekkan bilikku ittew?? Owh.. itu hanyalah impian.. menjadi kenyataan hanya kalau dilakukan bermodalkan wang ringgit sendiri.. *sedehh*

Pergi Jakarta&Bandung adalah sangat menarik.. tapi aku belum sempat (read:MALAS) nak buat entry.. jadi.. kalo terbaca blog2 yang bercerita tentang trip ke Jakarta & Bandung tu.. lebih kurang jer la cerita aku sebenarnya... sebab.. rasa2nya pergi tempat yang sama.. seperti Rumah Mode, Heritage, Pasar Baru di Bandung & Mangga 2, Plaza Senayan di Jakarta.. dan makanan adalah marvellous uols..!


Makan nasi padang di Jakarta kat satu restoran tu.. which aku dah lupa namanhya... Sangat sedap uols.. dengan udang-galah-yang-kalo-kat-restoren-mamak-mau-doploh-hinggit-sekor tu.. dan segala yang lazat2 itu termasuk jus buah2an, cuma RM18 hengget jer sorang... Murah dan sedap uols.. kalo sebulan aku duk sana.. gerenti bertambah-tambah BMI aku ... wakawakawaka..!!




Titiba dah gambar balik kan..!! hehehe.. Keempat2 kami telah berjaya turun naik kapalterbang, turun naik keretapi (dari Jakarta ke Bandung), turun naik Angkot, turun naik Teksi dan jalan kaki sana sini dengan hanya berselipar... Terasa sangat selesa.. takda masalah melecet dan sebagainya...

Shopping adalah sorga.. dan lebih sorga kalo aku bawak duit lebih... *sedehh lagi*

Dikna sangat seronok dengan trip ini.. dan sebagai tanda terima kasih dia pada MySis, Maminok & aku.. dia telah memberi sepatah dua kata yang berbunyi....



"BEST LA JALAN JALAN....
TAHUN DEPAN KITA PERGI HONGKONG PULAK NAK?
DIKNA NAK PEGI DISNILEN"


Owh... so suwittttt..... !!! *pitam*



Sekian.

Saturday, July 17, 2010

Jalan Jalan Yuk!

pic from google image


Salam.. Empunya blog sedang bercuti.. Mau liburan. InsyaAllah kembali bersiaran nanti.. Take care.. & semoga ketemu lagi, InsyaAllah..


Salam kasih.

Wednesday, July 14, 2010

Anonymous Again..

An anonymous commented in my previous entry on July 12th, 2010 at 4.17PM. This anonymous manusia online via 115.133.221 and he was my 33,338th visitor.

Macam ni la ye... kalo nak komen tu.. taruk la nama tu elok2.. penat2 jer mak bapak pikir masa bagi nama kat anonymous ni ha.. yang jadi anonymous tu sapa suruh? Kalau nak komen macam tu kan... setakat jadi anonymous.. jadi bahan gelak aku dan kawan-kawan aku je.. Sebab aku rasa, aku tau anonymous ni sapa.. Dari segi komen dia.. aku boleh agak dia ni sapa..

Dan aku harap sangat he was looking into the mirror while typing that comment. Sebab aku rasa, ayat2 tu.. memang lebih sesuai untuk dia sebenarnya. Takyah jadi penakut. Letak jer nama kau kat situ. Tak pun kau letak la nama manja2, nama timangan2 atau nickname kau tu.. Kau kan glamer, kan? kan? kan?

You have lost your balls, aye? (ni kau paham tak maksud ayat ni? kalau tak paham, gi masuk sekolah balik)

Monday, July 12, 2010

Pesan Arwah Mak & Ayah


Kepenatan. Sabtu lepas, pindah angkut semua barang2 dari rumah ke rumah baru. Ibarat sirih pulang ke gagang.. balik untuk stay di rumah peninggalan arwah mak&ayah. Nasib baiklah arwah mak & ayah tak manjakan anak2 nya ni.. walaupun anak perempuan, Alhamdulillah, masih boleh berdikari.. boleh uruskan sendiri..

Walaupun kakak aku tu.. dah beroperate jantung.. which dr. dah pesan jangan buat kerja berat2.. etc, dan aku pun with unstable BP & swit urin sudah mula mengintai dari tirai kamar.. tapi Alhamdulillah.. kami dua beradik lah yang berusaha sedikit demi sedikit.. Kalau barang terlalu berat/kotak terlalu berat dan kepenatan, kami buat plan B.. cari initiatif untuk pastikan cara yang paling selamat sekali untuk buat kerja2 unloading, unpack dan re-arranging.

Dan arwah mak & ayah pun dah berpesan dan ajar pada anak2 dia ni.. kalo mintak pertolongan, secara minima yang perlu.. Cukuplah minta bantuan sekali.. tak perlu untuk ulang-ulang permintaan.. Kalau orang tak nak bantu.. biarlah.. Cuma berdoa supaya dipermudahkan urusan walaupun tiada yang datang membantu.. Dan arwah mak & ayah pun dah ajar dan pesan kami, kalaou orang perlukan bantuan dari kami anak2nya.. buatlah sedaya upaya, bersungguh2 , walaupun perlu berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan kudrat walaupun kesihatan sebenarnya tidak mengizinkan.. Dan arwah mak & ayah pun dah ajar dan pesan, bila dan membantu tu.. tak perlulah menunggu balasan.. sebab.. mereka juga insan biasa.. terlupa mungkin.

Aku terdengar bualan kakak aku dengan seseorang, katanya.. "Dah lama dah bagitau.. tapi takkan nak ulang banyak2 kali... lagipun takda pun call tanya apa-apa... " Owh ya.. being her, aku tau.. dia sedikit terasa hati sebenarnya... but being her.. dia takkan kata apa-apa.. Macam aku... aku tak kesah.. kalo ada adalah.. kalo takda sudah..!! Senang cerita.

Hari ini, genap dua tahun pemergian arwah ayah.. genap 2 tahun kami dua beradik jadi anak yatim piatu. Alhamdulillah.. berkat pesan dan ajaran arwah mak & ayah, anak2nya ni masih boleh hidup... dan kami harap.. kami akan terus hidup dua beradik dengan aman, insyaAllah.. tanpa gangguan dari anasir2 yang tak baik.. insyaAllah..

InsyaAllah, kami akan menjaga rumah peninggalan arwah mak & ayah ni elok-elok.. Dan seperti pesan arwah mak & ayah.. ada mata biarkan melihat, telinga biarkan mendengar, tetapi.. mulut biarkan diam. Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan.. People learn from their own mistakes.... but only the stupid does.. So, be wise& learn from others.

Apa yang penting, insyaAllah.. weekend ni nak gi jalan-jalan.. tenangkan fikiran..




Enough said. Salam kasih.

Wednesday, July 7, 2010

Lunch Date


Semalam, ada temujanji makan tengahari dengan kawan2 study. Aku pesan something from one of them, who went back to hometown last weekend. Jadi, sambil2 nak ambil barang, aku ajak lunch sekali.. accompanied by another two friends. We had lunch at Mango Chili, WangsaWalk. Aku order glass noodle yang sedap.. tidaklah sesedap hingga menjilat jari.. tapi.. sedap untuk mengenyangkan perut.. Bak kata orang kampung aku, jes nais (read: just nice)..!! :)

Sambil2 menunggu makanan sampai.. kami sembang-sembang. Pasal business plan, pasal peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat phD [owhh my.. aku dah penat study sebenarnya.. :( ] , pasal mau tukar kerja, pasal mengajar part time.. pasal macam-macam.................





.......... termasuklah tentang kahwin & jodoh..


Kisahnya, bila one of our classmates, bertemu jodoh. Dah nikah... tahniah.. Alhamdulillah.. Cuma receptionnya insyaAllah Ahad depan di Kuala Lumpur. Yang menariknya.. kawan aku ni (lelaki) bertemu jodoh dengan isterinya yang sebenarnya berasal dari luar negara. Tidak pernah kenal. Tidak pernah bercinta. Mak&ayah, bertukar gambar anak masing-masing. Kedua ibubapa mereka bersetuju. Tunjuk pula gambar pada anak. Kata anak "since that my parents like her.. i say yes". Senang jer kan?? As simple as that... as seen in the hindustan movie.. (mode: lagu hindustan berkumandang di fikiran.. aaaaa... aaaaa ....aaaaa khabi kushi khabi gham....) .. hehe.. kalau dah jodoh.. tak kemana.. kan?

Sambil sembang-sembang tu, tiba-tiba kawan aku kata "mmm .. Dibah ni.. boyfriend ramai.. tapi satu pun tak lekat.." Owh.... begitu menusuk kalbu statement itu.. Dan statement itu telah diulang suara sebanyak dua kali.. owh... owh.. owh.... Memang dia melawak pun sebab dia memang suka menyakat aku.. tapi. aku terus terkedu di sana ye... Tiba2 glass noodle itu terasa seperti noodle glass... owh..owh.. owh...! Tersedak I uols...!!

X-boyfriend aku bukan ramai pun.. masih boleh dikira dengan jari jemari di satu tangan sahaja Dengan umur yang sebegini angkanya, sudah pasti aku pernah ada boyfriend, lebih dari seorang..

Aku, sebagai manusia biasa, cuba untuk menjalinkan relationship, cuba untuk mencari chemistry, cuba untuk mengenal hati budi.. dan bila sudah tiada chemistry, kalau rasa ada yang tak kena.. sudah pasti relationship itu akan terhenti begitu sahaja. Kadang-kadang, relationship juga boleh terhenti kerana halangan tertentu, yang menyebabkan tidak dapat bersatu. Lebih baik berhenti dalam tempoh in a relationship, dari putus tunang atau dari kahwin dan bercerai berai.. Lagi parah rasanya kan..aku rasa aku tak cukup kuat untuk semua itu.

Dan, aku bukan jenis yang kecewa merana nangis bengkak mata berbulan bulan kerana cinta Aku bukan Kassim Selamat yang sanggup buta demi cinta.. walaupun ramai orang yang kata cinta itu buta. Aku bukan Juliet yang sanggup mati demi menunjukkan setia pada kekasih hati. Bila ada orang cuba mengetuk pintu hati, aku akan cuba mengintai dari lubang pintu. Bukak pintu dan bertanya "ye.. nak apa?" dan aku akan pastikan grill pintu masih berkunci rapi.

Bagi aku, mereka itu semua tidak 'lekat' kerana mereka itu bukan jodoh aku. Ada pertemuan, tapi tiada jodoh. Kerana aku percaya Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya.


Currently, i think.. i like someone. No.. not that i think i like him. The truth is, I like him... and i hope that he could read the sign. Berterus terang? Aku belum berani.


Salam kasih.

Wednesday, June 30, 2010

Prektis Menjelang Ramadhan


Sekarang ni sudah 18Rejab1431. Lepas Rejab, muncul Syaaban. Selepas Syaaban, datangnya Ramadhan. Lepas Ramadhan, muncul Syawal.. dan begitulah seterusnya sehingga munculnya Muharram kembali..

Bila muncul Rejab, dah ada dah rasa bahang Syawal. Ibarat, kalau masak air guna cerek letrik, sudah ada bunyi desir air dari dalam cerek tu.

Bila muncul Rejab, yang berniaga kuih raya dah mula berkira kira, nak jual kuih apa tahun ni. Kira bajet. Buat kosting. Dah mula menghitung, berapa ringgit harga kuih tahun ni.

Bila muncul Rejab, kaum hawa sibuk ke kedai-kedai kain, beli kain untuk dijadikan baju, beli kain untuk dijadikan sarung kusyen, sarung bantal, cadar tilam, langsir dan segala.. Semua bergegas ke tailor, untuk buat tempahan.. kalau lambat, nanti tailor dah taknak terima tempahan, takut tak menang tangan katanya..

Bila Rejab, kaum hawa sibuk melihat dan menelek2 kalender.. nak tengok.. bila time suci dan time angkat bendera.. sebab nak bajet time untuk ganti puasa.. kalau tak nanti.. salah bajet, takut tak sempat ganti.

Dan bila mula Rejab, ramai yang rajin berpuasa sunat. Dan berpuasa ganti. Prektis untuk puasa wajib di bulan Ramadhan nanti.. Kalau ada sesiapa yang uzur, bolehlah cuba2 puasa.. tengok ketahanan diri..

Dan untungnya Ramadhan tahun ini.. umat Islam.. terutamanya kaum Adam, juga sudah mula prektis seawal Rejab ini.. Kenapa aku katakan begitu? Sebab, sekarang ini.. seawal Rejab ini, kaum Adam terutamanya, sudah mula prektis bangun diwaktu dinihari, seawal jam 3 pagi. Dan berjaga setidak2nya dalam masa 100 minit.

Jadi, nanti bila tibanya Ramadhan, disebabkan sudah prektis seawal Rejab, lebih mudahlah kaum Adam untuk bangun dinihari, untuk menghidupkan malam2 Ramadhan, bersama keluarga atau teman2. Dan tolong isteri/mak/kakak/adik untuk siapkan juadah bersahur..



Jadi, takda alasan kalau malas 'bangkit' untuk sahur, kan? Sahur tak sampai pun 100minit.. :)




Salam kasih.

Tuesday, June 22, 2010

Wedding Song Terbaik Waktu Ini

Lagu cinta terbaik untuk masa ini.. Aku membayangkan lagu ini menjadi wedding song of the year..




FOR THE REST OF MY LIFE - MAHER ZAIN

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever
I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever
I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever
I`ll be there for you

I know that deep in my heart..




Salam kasih.

Monday, June 21, 2010

She's 10


She's 10 today.. Request for birthday cake for her to share with classmates @school. Will celebrate her birthday this weekend, insyaAllah..

Happy birthday, Dikna dear..
Semoga menjadi insan yang terjaga amalnya,
berkat ilmunya, murah rezekinya & sehat kesihatannya.. insyaAllah..



Salam kasih.

Sunday, June 20, 2010

Jiwang Tak Karat?

Tadi aku sembang di YM..

mrX(20/6/2010 10:38:15 PM): mi ...
aku (20/6/2010 10:38:19 PM): yes?
mrX (20/6/2010 10:38:26 PM): kenapa u x tulis buku?
aku (20/6/2010 10:38:30 PM): huh?
aku (20/6/2010 10:38:32 PM): tulis buku?
aku (20/6/2010 10:38:38 PM): ish..hebat sangat untuk tulis buku
mrX(20/6/2010 10:38:46 PM): ermm apa salah nya mencuba? mrX(20/6/2010 10:38:54 PM): i think i love what u write...

Alhamdulillah.. ada jugak yang suka baca tulisan aku kat blog ni.. I'm honoured... Sebenarnya, aku menulis dari hati. Tulis apa yang aku rasakan aku ingin kongsikan dengan teman2 readers yang membaca. Menulis berdasarkan apa yang dilihat, apa yang dialami dan apa yang didengari. Berkongsi pendapat bila perlu. Meluahkan rasa gembira, duka, marah, lawak, geram, takut dan macam2 lagi.. Kata orang, bila dah berkongsi cerita, rasa ringan beban, ringan kepala. Ada teman yang kata blog aku ni 'jiwang karat'. Hmm.. nanti satu hari aku nak beli Brasso.. nak gilap bagi nampak berkilau dan berseri.. supaya jadi 'jiwang tak karat'. Hehe..



Menulis buku itu tidak pernah ada dalam kotak fikiran aku. Bagi aku itu terlalu berat. Terlalu hebat. Sedangkan, kadangkala aku rasakan apa yang aku tulis itu hanyalah benda2 yang merapu. Kadang2 bercampur aduk bahasa. Nahunya entah ke mana. Tatabahasanya gagal. Kadang2 bahasa pasar, kadang2 bahasa rempit, kadang2 bahasa rojak. Ramai lagi penulis2 blog yang hebat2 tulisannya.. Readersnya berpuluh malah ada yang beratus ribu. Pendapat aku, mereka lebih layak untuk menulis buku..

Untuk teman2 yang membaca blog.. terima kasih kerana sudi datang.. insyaAllah, selagi boleh jari jemari ini menekan keyboard, selagi diberi ilham untuk menulis, insyaAllah.. aku akan menulis.. tapi mungkin hanya di sini..

Dan tanpa sedar, hingga ke hari ini... sudah ada 900 entry. Alhamdulillah...



Salam kasih.