Tuesday, March 15, 2011

Tekan Keyboard Tanya Hati

Pagi tadi. Lokasinya di pejabat. Suasana mengantuk. Hasil dari sarapan pagi.. usai pekena roti canai banjir.. kuah kari ikan + dal + terung 2 potong + sambal tumis mamak yang pada tekak dan lidah aku hanya rasa cili boh semata-mata. Air suam utk menghilang dahaga.

Bila mata sudah mengantuk, mulalah bergebang dengan mereka-mereka di persekitaran. Topic hari ini.. tentang FB. Aku bersembang dengan teman di sebelah.. kisah FB status kawan aku.. berkenaan dengan isu Tsunami dan letupan nuklear di Jepun.. Owh.. takziah untuk mereka.. semoga kita mengambil iktibar dan semoga peristiwa itu mendekatkan lagi kita dengan yang Maha Esa, insyaAllah..

Tiba-tiba, salah seorang yang ada di persekitaran, menyampuk. Menyatakan tentang ketidak setujuan dia dengan dunia internet. Dengan FB, blog, yahoo, google, YM, Skype segala.. Katanya, banyak yang tak elok. Yang terlihat di mata pemikiran dia hanyalah yang negatif sahaja.. Macamlah segalanya yang di internet ini buruk2 belaka.. macam mereka2 yang menggunakan internet ini jahat2 belaka.. terutamanya FB.

Kata aku pada dia simple sahaja:

FB ini ibarat kereta. Untuk pandu kereta, kita kena belajar dulu.. kena faham dulu macamana nak kendali kereta.. cara memandu, cara parking, cara break, cara bagi signal, cara isi minyak, cara jaga tayar etc... Kalau dah faham, barulah dapat kendali dengan baik.

Kereta ni.. kalau baik niat pemandu, boleh ke tempat kerja, boleh pandu anak ke sekolah, boleh bawa ke masjid.. etc.. Kalau jahat niatnya, boleh guna untuk pergi merompak, boleh lumba haram etc...

Sama macam FB atau apa2 sahaja di internet sekalipun, perlu ada ilmu pengendaliannya, barulah tidak timbul masalah.. Kalau niat jahat, jadi jahatlah dia... Kalau niat baik, jadi baiklah dia...

Dan akhirnya dia diam. Mungkin tanda setuju. Ataupun mungkin tanda tidak. Tapi, aku tak salahkan dia, sebab dia bukan mahir IT.. kerana email account pun dia tak ada.. Ibarat si buta memberi pendapat tentang gajah dalam cerita orang tua-tua dulu..
Yang pentingnya... tekan keyboard.. tanya hati..

Salam kasih.

Saturday, February 26, 2011

Sengkek?


Masa anniversary perkahwinan yang ke-sebulan... (kemain tu.. baru sebulan pun kira anniversary jugak.. haha) aku gi jalan2 dengan DK di OneUtama sementara menunggunya waktu makan malam..

Berjalan punya berjalan punya berjalan dan berjalan.. akhirnya ternampak Mak & Sepenser.. rasa teruja.. seronok dan gumbira sekali..!! Sebab hand&body lotion dah abis.. China Blue.. bau sangat best..!

Capai lotion kemudian jalan2 lagi cuci mata sambil minda sibuk mencongak hitung bajet perbelanjaan diri.. Nampak seluar yang sesuai dibawa ke pejabat. Color cantik..! Cutting cantik..! Cek harga.. berpatutan..! Saiz.. ada! Perfect. Kalo beli seluar kat Mak & Sepenser, harus tengok saiz dan panjang. Ada yang Long, ada Medium, ada Short. Aku capai sehelai Medium dan sehelai Short. Okay.. skrang cari fitting room.

DK tunggu kat waiting area kat fitting room. Aku sarung yang Short. Mintak opinion kat DK.. dia kata OK! Kemudian masuk semula ke fitting room. Try yang Medium pulak.. Better kata DK.

Aku : DK, yang ni better?

DK : Yeah.. the short one is nice.. tapi, kalau pakai heel nanti nampak SENGKEK..

Aku : Huh? Sengkek?

DK : Yeap.. kalau yang Medium, nampak just nice kalau pakai heel.

Aku : Singkat u mean?

DK : Ha.. singkat.. pendek..!

Aku : (Gelak)

Semakin hari semakin banyak perkataan pelik keluar dari dia.. Hehe..

Salam kasih.

Tuesday, February 1, 2011

Tugasan Berapi

Hari ni.. genap 11 hari menjadi suri.. Banyak yang kena belajar.. setiap hari ada sahaja perkara baru yang ditempuhi.. Men are from venus.. women are from mars.. Betul ke? Aku pun belum pernah baca buku tu.. kata kengkawan.. buku tu menarik.. Nantilah... Nak baca buku Gerbang Perkahwinan hadiah wedding hari tu dulu..
Semalam, start buat checklist.. barang2 keperluan lain yang perlu di 'top-up'... Misalnya, tak dapat blender untuk hadiah kawen.. jadi.. kena gi beli sendiri.. Hmm.. kalo dapat TV LED HD 42inch hari tu kan best... huhuhu... Jadi, semalam dah beli barang2.. kiranya dah lengkaplah keperluan barang letrik kat dapur... Stakat ni cuma dah guna cerek letrik & toaster jer dulu..
Barang2 kering.. dah ada.. segala rempah ratus, sos cili, sos tiram, pepper, suma dah carik kat hypermarket yang paling hampir dengan umah.. Kerana DK minat masak2 simple2 kalo lapar.. jadi sambar jugalah mi segera & daging burger.. Minyak masak, beras, sadin, telor sumer pun dah ada.. jadi.. kira dah bleh berasaplah dapur untuk dinner..
Jadi usai solat Maghrib tadi.. teringin la kengkonon nak menunjuk skill memasak simple2.. untuk suamiku DK.. Dalam kepala dah terbayang nak tunjuk skill macam Australia Junior Chef tu kan..

Iklan: cuba tengok anak omputeh tu.. umor 8-9 tahun selamba jer masak dengan begitu superb dan bergaya sekali... Seingat aku.. kalo kita ni... umor 8-9 tahun pegang kuali, senduk segala.. confirm kena jerit ngan mak ayah "EHHhhhhhhhh... jangannnnnnnnnnn pegangggggggggggg kang meletup dapo tu kanggggggggggg.. kang luka tangann tu kanggggggggggggggg" begitulah pitchingnya mak ayah kita kan...?".. jadi.. rasanyer untuk negara kita ni nak buat rancangan itu adalah jauh sekali... Tunggu jer lah ujibakat menyanyi dan menari..

Jadi.. berlakulah dialog selesai solat Maghrib tadi...

DK: Nak gi pasar malam tak..?

Aku : Takyah ler bang.. lagipun u kan tengah demam.. let me masak
tonite

DK: Good.. good.. (senyum2)

Aku : What u want for dinner tonite..? (bersedia menerima tugasan pertama bersungguh-sungguh)

DK : Masak mamee jer lah..

Adoi... lega sungguh... Tugasan pertama yang sungguh mudah.. Tahap difficulty adalah 0.05... ! Hehehe.. Esok kengkonon hajat di hati nak buat ameriken brekfes... Silap2 pagi esok dia mintak biskut marie..! huhu...



Salam kasih.

Sunday, January 30, 2011

22Januari2011


Alhamdulillah.. 22Januari2011 telah berlalu dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.. Pada tarikh itu telah bertukar status diri menjadi seorang isteri.. Bermula dengan akad nikah pada jam 10.30 paginya.. kemudian majlis resepsi pada sebelah tengahari hingga ke petang..

Dalam masa sebulan sahaja persiapannya.. ke sana ke sini setiap hari.. mencari dari sekecil2 riben hingga sebesar2 katering, gamelan, pelamin dan segala.. macam2 dugaan yang ditempuh.. Memang banyak dugaan dan ujian yang ditempuh sepanjang waktu pra-pernikahan dan pra-majlis .. Ternyata benarlah kata2 mereka yang berpengalaman..!

Hati penuh debaran.. berdebar menanti saat akad nikah.. Risau takut cuaca tidak menyebelahi dan risau sekiranya berlakunya masalah2 teknikal (read: tak cukup food.. hujan.. etc) Alhamdulillah... cuacanya indah.. tidak terlalu panas.. tidak hujan.. Makanannya berbaki sedikit untuk dijamu pada waktu malamnya..

Terima kasih yang tak terhingga untuk ahli keluarga yang banyak membantu dari awal persiapan hingga ke saat ini.. dari segi tenaga kerja, dari segi 'sponsorhip', semangat dan keprihatinan.. terima kasih banyak2.. Semoga Allah memberkati.. Semoga majlis ini.. merapatkan lagi hubungan silaturahim dan mengeratkan lagi tali persaudaraan kita, insyaAllah..

Terima kasih untuk para tamu yang hadir.. yang mendoakan.. yang mengucapkan tahniah.. Maaf sekiranya aku terlepas pandang untuk mengundang.. Semoga pertemuan dua hati ini diberkatiNya dan semoga berkekalan hingga hujung nyawa.. insyaAllah..


Bila jodoh sudah bertemu
bila sudah sampai seru
bila hati sudah setuju
bila sudah tiba waktu...

Terima kasih dari kami.. Adibah & Deni@'DK' :D



Salam kasih..

Monday, January 10, 2011

Ayat-Ayat Chenta DK


I've been seeing DK daily.. bukan untuk jalan2 kat park ke atau nak pergi tengok wayang atau duk kuis2 fries kat mangkuk cili sos atau kacau2 kopi kat Mekdi sampai pening.. itu semua adalah tak sempat nak dibuat..! Adeih...!! Banyak benda yang nak kena buat.. pergi sana.. pergi sini.. beli itu.. beli ini.. tempah itu.. booking ini... Aku yang sememangnya sudah ada hypertensen kadang2 menjadi tensen bila terkejar sana sini..

Sebelum ni orang kata, bila makin dekat nak nikah, makin banyak dugaan.. Memula aku ingat diorang tipu.. sebab bagi aku.. makin dekat nak nikah mesti la lagi eksaited terloncat2.. tersengeh2 sorang2 kan... tapi ternyata ramalan ku palsu belaka.. Aku kengkadang kesian dengan DK.. bila datang angin emosi sebab stress aku.. mulalah aku tarik muka asam kelubi..

DK kadang2 agak bermasalah dalam membuat ayat.. macam dalam entry yang ini.. masa sedang ingin berchenta dulu... hehe... Semalam.. aku adalah sedikit nak pengsan dengar ayat2 chenta dia..


DK : Miss u laa.. dua hari tak jumpa..

Aku : Miss u too.. ye lah.. we're bz with our things kan..

DK: Tapi rasa kalau tak jumpa tak boleh la.. tak best

Aku: Ye ke..? hehe.. (lompat2 dalam hati)

DK: Ha ah.. rasa hari tu HAMPAR je..

Aku: Huh?? Hampar?

DK: Ha ah.. dull.. hampar..

Aku: Wakakakaka... its HAMBAR la... not HAMPAR.. hampar tu macam bentang tikar camtu.. ish!!

DK: (gelak muka merah)


Percubaan ayat2 chenta adalah gagal sekali lagi...! Nice try dear.. huhu..




Salam kasih.



Saturday, January 1, 2011

2011 : Moving Forward


Melangkah ke 2011..
Bakal melangkah setapak lagi dalam hidup..
Banyak yang perlu dipelajari..
Banyap persiapan dan kelengkapan yang perlu disediakan..
Harap2 dipermudahkan olehNya, insyaAllah..


1 Januari.. kalau arwah mak masih ada.. hari ini.. adalah hari ulangtahun beliau... semoga arwah mak tenang di sana... Al-Fatihah..


Salam kasih.

Friday, December 31, 2010

Tata Dua Kosong Satu Kosong


Sudah berakhir tahun 2010.. Tahun 2010 ini.. blog aku sedikit sepi.. tidak banyak entry.. Ada sahaja aral yang melintang.. sama ada dari segi masa ataupun idea.. kadangkala ada idea.. tapi tak punya masa.. kadangkala ada masa.. tapi, ilham tak sampai.. Hanya 78 entry sahaja.. dan nawaitu untuk mencapai entry ke 1000 dalam tahun 2010 tidak kesampaian... Aduhai... Tapi tak mengapa... Sekurang2nya sudah ada satu azam untuk tahun 2011 ini...! Huhuhu..

2010 ada yang manis, pahit, tawar, masin, masam, kelat segalanya lengkap.. Penuh dengan pelbagai warna, bermacam-macam.. warna prima dan warna sekunder semuanya bergabung, bercampur aduk... Ada warna yang aku suka.. ada yang tidak.. dan ada juga warna yang aku tersalah pandang.. ye.. kan aku seorang OKU (read: rabun warna)...! Huhu..

2010 penamat bagi satu dekad, beranjak ke dekad yang baru.. dan tanpa disangka.. kuasa Yang Maha Esa, insyaAllah.. beranjak juga aku ke status yang lagi satu...! Owh.. bukan status FB ye.. tapi, status diri... Akan berlaku perubahan dari segi gelaran, akan berlaku perubahan dari segi gaya hidup dan berlaku perubahan dalam mengisi borang... Alhamdulillah...

Aku redha dengan apa sahaja dan berlaku pada 2010, mohon ampun pada Illahi atas segala kesilapan, khilaf dan dosa pada 2010, dan memanjatkan rasa syukur pada anugerah, rahmat dan rezeki yang dikurniakanNya di 2010 ini.. Yang indah dijadikan kenangan, dan yang cela itu dijadikan pengajaran..

Semoga tahun 2011 nanti penuh dengan rahmat, rezeki dan kesihatan yang sempurna... Semoga 2011 nanti lebih baik dari tahun ini.. mudah2an.. insyaAllah..

Goodbye 2010.... Tata..!


Salam kasih.


Sunday, December 12, 2010

I Do...


DK proposed... but not on his bended knee... Duduk berhadapan dengan aku, ditemani kopi O kosong dan mineral water, terkeluar ayat2 dari mulutnya.. yang aku dapat rasa, memang benar2 dari hati.. Kulit DK yang cerah, menjadi merah.. Bila diucap ayat-ayat dari hati, mata aku jadi tak berkelip.. muka kemerah2an menahan malu.. meremang bulu roma.. Seumur hidup, itulah kali pertama seseorang berkata-kata sebegitu di depan aku.. And, i cried... Huhuhu



Terharu. Teruja. Terkejut. Terkesima. Dan macam2 ter lagi.. yang ada.. Dalam masa yang sama.. satu persatu kenangan silam bersama mereka2 yang pernah muncul dalam hati aku.. mula pudar satu persatu.. hilang.. Dalam hati terucap kata2 Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sebelum hari itu, sebenarnya sudah beberapa kali, DK cuba untuk bagi hint.. dan dua kali sudah dia cuba menyatakan hasrat hati.. tapi.. aku pura2 tidak mendengar.. dan mula tukar topik.. sebab aku takut..! Pengalaman lalu banyak mengajar.. jadi, lebih berhati2.. perlu teliti betul2.. Solat istikharah, solat hajat & doa menjadi jambatan untuk mencari petunjuk, restu dan redha Illahi..

Kedua2 kami pernah tertipu oleh cinta.. kedua2 kami pernah kecewa kerana sayang.. kedua2 kami pernah bersedih kerana kasih.. Kedua2 kami penuh berhati-hati.. berusaha, mencari redha dan akhirnya tawakal..

Dua minggu selepas melamar, Alhamdulillah.. semalam telah berlangsung majlis merisik.. dan insyaAllah, langkah seterusnya akan menyusul tidak lama lagi.. Doa kami agar dipermudahkan segalanya dan jauh dari sebarang halangan dan rintangan.. Semoga segalanya diberkatiNya dan semua kasih, cinta dan sayang ini berkekalan hingga ke akhir nyawa, insyaAllah..

Terima kasih untuk family yang mendoakan dan teman2 yang mendoakan terutamanya mereka yang ke tanah suci, Makkah sama ada untuk menunaikan umrah ziarah ataupun fardhu haji.. Ye, aku tidak pernah lupa untuk mengirim doa dengan mereka..

Akhirnya.. jodoh itu tiba jua.. Alhamdulillah.. terima kasih Allah atas anugerah cinta ini..



Salam kasih.

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah Dengan Lafaz Bismillah

Sudah beralih tahun.. dari 1431 ke 1432 Hijrah, Alhamdulillah... Dalam entry Tahun Baru tahun lepas, ada aku nyatakan:
Sempat baca doa akhir tahun dan doa awal tahun tadi? Kalau sempat.. Alhamdulillah... Kalau tak sempat.. tak mengapa.. insyaAllah.. tahun depan ada lagi... Kalau dapat bersama2 di masjid atau surau lagi beruntung... macam aku.. cuma mampu menadah tangan berdoa bersama2 melalui TV je...
Alhamdulillah.. tahun 1432 ini, murah rezeki.. dengan izinNya mysis, DK dan aku diberi kesempatan untuk menyambut Maal Hijrah di Masjid Al-Syakirin KLCC. Kali pertama untuk aku & mySis sebenarnya, menyambut Maal Hijrah di masjid.. memang selama ini, hanya mengadah tangan mengaminkan doa imam di kaca TV. Alhamdulillah sempat tiba di masjid semasa jemaah sedang tahlil, sempat untuk bersama-sama membaca doa Akhir Tahun 1431 dan usai muazin mengalunkan azan Maghrib, bersama-sama pula mengangkat tangan mengaminkan doa Awal Tahun 1432.

Tersentuh hati dan mengalir airmata bila mendengar iman membaca terjemahan doa ke bahasa Melayu, doa akhir tahunnya memohon keampunan kepada Illahi atas segala perbuatan doa dan maksiat yang telah dilakukan sepanjang tahun sama ada disedari atau tidak.. Kemudian datang lagi rasa sebak ketika iman membaca doa awal tahun yang penuh pengharapan agar terhindar dari goadaan syaitan.. Nauzubillah..

Hijrah kali ini, untuk tahun ini.. lebih besar maknanya bagi aku.. InsyaAllah, dengan izinNya kali ini langkah Hijrah aku lebih besar dan panjang dari tahun2 sebelumnya.. Syukur kepadaNya kerana menemukan aku dengan cinta. Nantilah, akan aku ceritakan tentang ini suatu hari nanti, insyaAllah..

Sekali lagi, untuk tahun 1432 ini, aku ulangi harapan aku di tahun lepas..

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas, insyaAllah... semoga diberi kekuatan untuk menerima segala cabaran dan dugaan sama ada yang baik ataupun yang buruk dengan tenang dan mudah, insyaAllah...

Kalau diduga, janganlah hingga dugaan itu membuatkan diri rasa kecewa dan putus asa... dan kalau dikurniakan rezeki.. janganlah kerana rezeki itu.. buatkan diri lalai dan alpa.. Nauzubillah..

Dan semoga rasa dan anugerah cinta, kasih dan sayang yang aku rasakan kali ini, akan kekal selamanya dan semakin menambahkan lagi rasa cinta pada Illahi yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, insyaAllah.. Amin..




Salam kasih.

Friday, December 3, 2010

Just The Way You Are - Bruno Mars


Just The Way You Are - Bruno Mars

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying
She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me
"do I look okay"
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are



Lagu kegemaran RedFM... setiap hari, boleh dikatakan setiap jam, ada sahaja lagu ini.. And we love it... :)

Kadangkala.. ketidaksempurnaan itu yang menjadikan sesuatu itu indah... sungguh!




Salam kasih.