Sunday, April 20, 2008

Tahniah

Dialah artis lelaki terbaik di Malaysia. Letaklah siapa sahaja menjadi saingannya, aku tetap pilih dia. Tahniah Anuar Zain, Artis Lelaki Terbaik, Anugerah Planet Muzik 2008 (APM). Kau telah menjadi yang terbaik di Nusantara! Kaulah yang terbaik. Titik.


Sebenarnya, aku terlewat menonton APM malam tadi. Cuma sempat sambil-sambil 'mendengar' APM di radio Era semasa memandu pulang. Entah kenapa indera ke-6 (betul ke terjemahan untuk 6th sense ini ya?) aku kuat mengatakan, "KRU mesti dapat sesuatu malam ni." Dan kebetulan, 6th sense ini menjadi! KRU dianugerahkan Anugerah Cinta Planet Muzik 2008 kerana sumbangan mereka untuk projek Tabung Tsunami. Tahniah untuk Norman, Yusry dan Edry. Nantilah.. kalau ada rezeki cerita tentang KRU lagi.


Take care everyone.

No comments: