Hari ke 2 percutian solo, aku gerak awal, selepas sarapan terus ke Kuala Terengganu. Sepatutnya jumpa seorang kawan di UiTM Dungun, tapi oleh kerana ada aral yang melintang, lain kali sajalah aku jumpa kawan aku tu.. Takda rezeki.. takpalah...
Aku dalam misi mencari pantai. Aku dah tekad, akan ke mana sahaja pantai yang ada aku rasa terpanggil nak pergi. Berdasarkan signboard. Percutian ini bukan untuk shopping. Aku tak jejak langsung mana-mana supermarket, atau ke Pasar Payang sekalipun.. Aku hanya perlukan pantai waktu ini..
Aku dalam misi mencari pantai. Aku dah tekad, akan ke mana sahaja pantai yang ada aku rasa terpanggil nak pergi. Berdasarkan signboard. Percutian ini bukan untuk shopping. Aku tak jejak langsung mana-mana supermarket, atau ke Pasar Payang sekalipun.. Aku hanya perlukan pantai waktu ini..
Destinasi pertama, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu...
Aku singgah di Pantai Kemasik, tapi masih dalam construction. Ada renovation. Menambah baik kan lagi kawasan R&R di situ. Aku juga singgah di Teluk Mak Nek.. mmmm.. kenapa perlu ditukar nama ke Monica Bay?? Adakah MakNek sudah bermata biru dan berambut blonde? Hmmm... Aku lebih suka nama Teluk Mak Nek.. .sangat klasik..!
Aku tak amik gambar.. kenapa ye? Mmm.. ntah ler.. Teluk Mak Nek mengingatkan aku pada satu pantai di Seberang Takir yang aku singgah waktu aku gi cuti2 dahulu... ada tempat orang main layang2, tempat kawasan permainan budak2 dan banyak gerai yang jual ikan bakar, seafood goreng tepung, air kelapa, ABC etc... Rugi pulak rasanya tak ke sana tadi...
Kemudian aku balik ke 'base' aku.. di Pantai Cherating....
Aku tanya pada ombak
Tidak kah kau jemu
Setiap hari
Menyapa pantai yang kaku?
Kata ombak,
"Aku tidak pernah jemu
Kerana pantai dan ombak
Takdirnya menjadi SATU"
Salam kasih.
8 comments:
kiutnyer yang sept sebelas atas pasir tuh..aku pon nk buat nnti.. tpi kt pd je la....
hehheheeh
kite kt sbh dulu pn tepi pantai. ptg2 g tgk sunset. cun tak hengat.. aduyai.. rendu sbh neh..
suka yg ukir september sebelas tu. ukiran ke...tuliss.....
gambar pantai kampung aku...rindunya.....
re:...persis mannequin...hehehe...nama pun patung kan...:-D
afiq,
boleh.. boleh..tulih lawa2 okeh!!
Miss gojez (hiks!!)
pegi la ajak Mr.B hanimun kat sana.. :)
edzlin,
tulis kat pantai.. pakai ranting kayu
patung,
cantik giler...!! untungnya kampung kau ada pantai yang sangat indah macam tu...
Post a Comment