Friday, August 14, 2009

Hantaran Tinggi?


Tadi selepas tengok NurKasih di TV3 untuk kali pertamanya.. (sebab selama ni tengok di YouTube) aku tengok rancangan Semanis Kurma @TV9 pulak... Tentang Hantaran Tinggi. Ada makbapak yang letak hantaran tinggi yang menyebabkan boyfren anak tu 'menggaru kepala yang tak gatal'. Berpikir tujuh lapan belas kali untuk meminang. Kos untuk 'membina masjid" sangat tinggi... Kesian... Hehe..

Hantaran based on apa ye? Bila ada orang tanya "agak2nya berapa hantaran kau?".. aku tak boleh nak jawab soalan tu.. Bagi aku.. hantaran tu masih negotiable.. ikut kemampuan pasangan la kot kan?

Yang aku tau.. orang yang tinggi hantaran ni.. kalau kat Malaysia ni.. artis2 lawa2.. yang glamer2... Sekarang ni.. aku rasa 'current mkt price' adalah lebih kurang RM10,000.

Lagi satu.. kalau lagi tinggi pendidikan.. lagi tinggi hantarannya kata orang.. SPM lain.. Diploma holder lain.. Degree holder lain.. Master holder lain.. PhD lain... Aduhai....

Ada juga yang hantarannya bernombor unik.. misalnya RM33333, RM7777, RM8888 atau mungkin RM9999... ataupun RM50000!!

Sebenarnya hantaran ini diletak oleh parents pengantin perempuan.. dan sebenarnya untuk digunakan sebagai 'modal' untuk kenduri. Kalau besar duit hantaran.. besarlah kendurinya.. Kalau sikit.. kecil lah kendurinya.. Tapi aku rasa.. masih 'negotiable'.. between pengantin lelaki & perempuan..

Gambar dari google image


Kata ustaz & ustazah: "Elakkan menganggap perkahwinan sebagai urusniaga.. perkahwinan bukan motif untuk mendapat keuntungan"

Aku : Hantaran - boleh guna sebagai 'modal' untuk mulakan hidup bersama.. selepas tolak bajet kenduri ala kadar dan photography yang meletop! Photography itu penting beb...! Gambar tu yang jadi kenangan nanti... Hehe



Salam kasih.

16 comments:

A.K.U.D.O said...

ikut kemampuan dan keihlasan
bergambor...tak pasti keperluannya.

mamai said...

boleh buat downpayment dulu tak or deposit ker balance bayar bulan2 okay tak

Kapten Luffy said...

jd ko RM10K ler ni

adibah said...

A.K.U.D.O,

Aku suka tengok gambar wedding yang cantik2... kenangan tu..!

adibah said...

mamai,

tak boleh! C.O.D! haha

adibah said...

Kapten,

RM10K? Tengok keadaan.. haha

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Adibah,

"perkahwinan yang berkat tidak terberat ke atas hantarannya",

"ibu bapa atau penjaga ke atas anak-anak perempuan mereka (termasuk saya) harus mengakui hakikat ini".

Aloy Paradoks said...

nak photographer call gua..
hehehhhehhe

patungcendana said...

aku...kereta ferrarri sebiji pun dah cukup...tak yah kasi duit lagi...ahahahaha

Edzlin said...

rimas juga bila tinggi2 sbb takut nanti yg si lelaki berhutang la pula, jadi baik buat majlis kenduri sederhana je.

adibah said...

Zul,

Betul.. setuju..

adibah said...

aloy,

free kah? ekekek

adibah said...

PatungCendana,

Ferarri dari Shell tu kau nak? rasanya 3-4 bijik kau boleh dapat.. ekeke

adibah said...

edzlin,

kan.. sian kat bakal hubby.. silap2 nanti kalau hutang AhLong.. rumah kena cat free! haha

Lyn Yusoff said...

kak mimi,

segala2nya bergantung kepada kemampuan masing2..
tapi jgn lah sampai menjual anak. hehehe

p/s: pening ngn jumlah hantaran yg nak diberi oleh 'si dia'. patutkah lyn menerimanya???

adibah said...

Lyn,

for me, kalau dia mampu & ikhlas.. terima jer.. boleh guna untuk bina keluarga in future..

nanti jemput tau!! :-)