Tuesday, February 10, 2009

Kentang Goreng Milo Ais


Drove 30 minutes away from home for Kentang Goreng & Milo Ais at Mekdi. Just Kentang Goreng & Milo Ais.?? Macamlah kat area rumah aku takda Mekdi kan..? What is so special about this place? Nothing..! Biasa je.. typical Mekdi restaurant. Lepas makan, balik..!

Mungkin entry ini agak pelik.. dan tak faham.. takpalah.. asalkan aku faham.


Nota untuk diri sendiri:
Duduk kat McD 10pm-10.45pm. Then,pusing2 for...lemme recall.. less than 2 minutes??? And then... straight home? Hmm.. Kerja gila!! Duhh!!!!!


Sunday, February 8, 2009

Sebelum Terbang


Tadi sempat bertemu dengan Ad & Hazman (TT @ Tukangtaip) di Jusco AU2. Sebenarnya dah lama rancang nak berjumpa sebelum Ad terbang kembali ke luar negara untuk lebih kurang setahun lamanya. Tapi masing2 sibuk dengan hal masing2.. jadi baru tadi dapat berjumpa.



Had dinner at Johnny Restaurant, Jusco AU2.
Thanks TT for the lovely dinner.


Suka banget gambar-gambar ini.
Pandai betul kameraman ngambik.. Hehehe. Thanks Ad.


Gambar kita pun tak kurang bestnya kan, Ad? Thanks TT. Hehe. Gambo muka Ad tak leh keluar dalam blog. Cuma gambar dari paras leher hingga ke kaki je yang boleh. Gambo cik abang waiter kat belakang tu, boleh keluar dalam blog aku... takpe! Hiks!

Sian Ad, esok lusa dah nak terbang semula. Duk jauh dari mak ayah, jauh dari adik beradik, kawan2 dan insan tersayang. Takpa Ad.. jangan sedey2 okay.. masih boleh communicate guna phone dan internet kan boleh jugak webcam, kan? Cuma rajin2 lah masak sendiri ye dik, sebab tak leh nak gi tapau kat kedai mamak.. bukannya ada kedai mamak kat sana. Kedai tomyam pun jauh sekali. Hiks!

Ad bagi souvenir dari Korea. Terima kasih ye, dik. Dulu dah ke Korea untuk 6 bulan.. skrang ke negara lain pulak. Seronoknya dapat merantau di negara orang, timba pengalaman baru. Hati2 di negara orang ya dik, semoga dilindungi Allah selalu, InsyaAllah. Semoga selamat sampai ke destinasi. Amin..


Salam kasih.


Nota tambahan : Cendol yang ditapau itu sangat sedap! Yummy! Terima kasih ya.

Nonton Teater


Lepas exam semalam.. (Alhamdulillah).. terus balik rumah, siap2 untuk ke Istana Budaya. Gwe pergi nonton teater Puteri Gunung Ledang The Musical. Sebenarnya pernah tengok masa Season 1, disebabkan dah jatuh chenta terus setuju nak join sekali teman2 lain yang pergi nonton.


Aku ke PGL The Musical dengan Isz & Ima & 2 orang lagi kawan Isz. Meeting point dekat cafe Istana Budaya. This was their 1st PGL The Musical. Oh ya.. malam tadi, aku ada masalah tudung. Tengok la tu.. dah lapan ratus kali cuba adjust.. masih gak terkelepet sana sini. Tension tul la!!! Ish ish ish.

Sempat bergambar dengan Dato' Zahim Albakri, the director/book writer of PGL The Musical. Seronok dia bila aku kata, "this is my 2nd PGL". Personally aku rasa Dato' ni macam Richard Gere.. makin tua makin ehem...! (wink2 cikTipah). Tapi kan.. cuba tengok tudung aku... ish!!!!!! Ko kenapa hah????? Dari tadi aku repair.. ko tak mau gak elok2!

Aku tak sangka Isz boleh dapatkan tiket untuk malam Sabtu tu. Sebab biasanya malam ni ramai VVIP yang nonton. Kira ala2 premiere show. Aku nampak banyak juga familiar faces. Masing2 bergaya. Tiba2 ada announcement "Mengumumkan ketibaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong". Disebabkan adanya tetamu DiRaja, jadi sudah pasti pelakon2 akan all-out dan berikan persembahan yang paling terbaik malam ini. Owh.. we're so lucky! Alhamdulillah.

Masa intermission, semakin banyak familiar faces yang aku nampak. Ramai jugak artis yang ada. Erma Fatima, Umi Aida, Zahida Rafik, Ahmad Idham, Vanida Imran & Shidee, Douglas Lim to name a few. Personaliti tv ada juga, like Dang Suria, Syed Faradino etc. Takda gambar, sebab gwe ke mari mau nonton teater, bukan mau gambar sama artis2!

Seperti biasa, selesai persembahan, semua mereka dapat standing ovation dari penonton. PGL The Musical hebat! Semakin lama aku rasa the main cast semakin 'sebati' dengan watak masing2. Especially the main cast. Tiara & Stephen Rahman memang berjiwa Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah & Hang Tuah. Adlin Aman Ramli is so kewl! AC Mizal sebagai Gusti Adipati Handaya Ningrat.. hebat! Ida Mariana sebagai Bayan, pengasuh Gusti Puteri dan Yalal Chin sebagai Patih.. mereka juga dapat tepukan gemuruh dari penonton yang sangat teruja dengan persembahan mereka. juga sangat berkesan dalam jalan cerita.

Sempat jugak aku bergambar dengan dua orang pelakon PGL ini. Yang sebelah kanan aku, namanya Nabil dan yang di kiri namanya Zukhairi. Seronok sungguh diorang bila aku ucap tahniah dan aku puji pesembahan mereka. Ini adalah PGL mereka yang pertama, selepas audition dan latihan sejak December lalu. Ada aku tanyakan mereka, kenapa tak dipentaskan PGL The Musical ini di Indonesia, sebab ceritanya kan tentang Majapahit & Melaka. Aku letakkan di sini biodata mereka berdua yang aku ambil dari website PGL The Movie.

Nabil, Currently a TESL student in UiTM Shah Alam, Nabil is on his way to becoming a teacher. With a deep interest and passion in musical theatre, PGLM is a dream come true for him. He has been actively performing since his schooldays for Taman Seni Budaya Johor as well as private functions.
Zukhairi, aged 27, is a lawyer by profession and has a great passion for music and the performing arts. This is his first experience being part of an ensemble in a musical. His passion started off as a hobby. He then decided to take lessons in both singing and dancing of which he has been doing for the past 3 years. In 2008, he became one of the top 45 dancers in the dance reality programme ‘So You Think You Can dance’.
Bila nak balik, member Isz ajak tunggu main cast PCL untuk bergambar. Sampai ke sudah depa tak nampak muka. Sebab mesti busy dengan interview etc. Tapi sempat jugak bergambar dengan Vanida Imran & Shidi. Sweet ajer diorang nih.. Cuba tengok tudung aku tu!!!!! Ish ish ish! Dah nak balik pun masih tak betul jugak! Hampeh tul!

Aku teruja nengok bunga Tuberoses di dalam pasu hiasan di IstanaBudaya ni. Kalo nama Melayunya, Bunga Harum Sundal Malam. Selalu kalau kat kedai bunga cuma ada yang kuncup je.. kudup je.. takda yang dah kembang macam ni. Kami ada di sana hingga lewat malam. Lebih dari 12 tengah malam. Dan bila dah lepas 12tengah malam, bunga ini semakin wangi. Owh.... barulah aku dapat melihat bukti, kenapa namanya sebegitu unik sekali..


Had a great time last nite. The best way of stress therapy! Alhamdulillah, satu exam dah lepas. Tinggal lagi satu.. this coming Saturday.


Salam kasih.

Award Dari Putubambu

1. Copy Badge Cute Blogger Award untuk diletakkan di blog anda.



2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.
Award ini telah diterima dari Putubambu, a mother of 3 and a half.


3. Penyampai anugerah
Disampaikan melalui pesanan di kotak komen.

link blog : http://putubambu.blogspot.com


4. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memberikan anugerah ini kepada pemenang seterusnya.

Rasanya pernah buat soalan ini dalam entry terdahulu. Masa tu menjawab tag CikTipah. Sila rujuk di sini.


5. Akan aku berikan anugerah ini kepada :-

Anugerah ini akan saya kongsikan dengan anda yang sedang membaca blog saya, dan dikongsi bersama pembaca2 yang lain.. sama ada anda seorang blogger ataupun tidak.



Salam kasih.


Friday, February 6, 2009

Congak!

Kegagalan aku dalam mathematic argument hari tu, menyebabkan esoknya aku diuji lagi. Masa pergi lunch, Temanku bawak kertas full with numbers. Suruh aku congak sebaris demi sebaris! Aduhai...!!! Muka dia serious okay!!!! Macam cikgu tuition! Aduhai...! Bila aku salah jawab je.. dia jeling! Salah jawab je dia jeling! Wah.. cucuk mata ngan lidi satay kang.. baru tau! Hahahaha..


(Selingan)

Wah... sedapnya makan roti canai telur dengan kuah kari & gula.. Macam pelik je... Pedas + manis kan rasanya pelik.. Bila aku tanya how does it taste? Jawabnya "sweet". Owh yeah... gula obviously rasa manis. Tapi manis + kari.. macam pelik...

Had a long day today... seharian duk di campus, buat revision. Penatnyer..!! Temanku dah selesai perjuangan presentationnya, Alhamdulillah.. cuma tinggal aku je lagi yang esok baru nak berjuang. Esok banyak lagi yang perlu aku congak! Huhu. Semoga dipermudahkan perjalanannya esok, InsyaAllah.


Salam kasih.

Thursday, February 5, 2009

Jom Gi Sekodeng


Kawan aku ajak gi sekodeng. Betul... Tak tipooo.... Ish ish ish. Sampai dua orang pulak yang ngajak. Masing2 dah jadi bini orang. Yang sorang tu dah anak tiga. Pun... masih nak gi sekodeng!! Zaman anakdara cukup ler sekodeng budak lelaki kat asrama. Dah tua2 ni pun masih nak sekodeng jugak..!

Diorang ajak sekodeng malam Sabtu nih.. Ish ish ish.. macam ajak gi tengok mat rempit kat Jalan Sultan Ismail pulak..! Pesan kawan aku:

Kau pakai sopan sikit.. jangan pakai jeans.. kalau tak nanti kena halau, Bukan senang nak gi skodeng orang kemban ramai -ramai nih.. TIket mahal taww! Nasib baik ada discount 30%!!!!

Kemain lagi pesanan mak orang nih... aku pun kata okay je. Cuma aku suh dia ingatkan aku petang tu, takut aku lupa. Maklumlah, Sabtu tu kan aku nak exam, takut lepas exam terus ilang ingatan kang naya!

Sebenarnya, kawan aku tu ajak gi tengok teater PGL The Musical. Best woo.. Aku dah pernah tengok dulu, ni nak repeat lagi.. Kenapa dia kata gi sekodeng? Sila tengok gambar2 di bawah:



Ha... kan ramai yang kemban tu... bukan senang nak nengok orang kemban.. Kena sekodeng woo..!!! Ekekekeke...


Aku paling suka scene yang ini.. duk kat puncak bukit.. pastu bermadah .. sangat romantik occay...!!! Bestnya... Aku excited dan bersemangat sangat nak exam Sabtu nih.. sebab malamnya nanti nak gi sekodeng!!! Huhu... Untuk sesiapa yang nak ke IstanaBudaya untuk tengok PGL, pesanan aku.. JANGAN LUPA BAWAK TISSUE .. gerenti nangis occay!!


Salam kasih.

Wednesday, February 4, 2009

Ciken Rice, Satay & Maths


Habis waktu kerja tadi, aku pergi lunch dengan Temanku. Lunch di kawasan kejiranan Temanku, sebab dia tak kerja hari ini. Tak sihat. Sakit muscle badan segala sebab duk menebas masa cuti panjang hari tu. Rajinnyer... hiks! Bila nampak dia tadi, heran jugak aku, kenapa duk pakai office wear. "Nak gi office jap" katanya.. Owh.. rajinnyer.... Hehe..



Temanku order Nasi Ayam untuk kami berdua. Ingatkan typical nasi ayam. Rupanya lain. Nasi putih + ayam goreng berempah (goreng dengan rempah2 & daun kari) + timun + sambal cili merah + gravy macam rasa kuah untuk nasi berlauk. Something like that. Rasanya ini makanan ala2 Kelantan. Kan? First time aku makan ni.. sedap juga..


Awas!!! Pemandu kereta ini adalah pencuri hati saya!! Hiks!

Setelah kenyang perut suka hati, kami pun mulakan konvoi. Disebabkan kedua2nya nak ke arah yang sama.. aku pun mengikut Temanku dari belakang. Masing2 memandu secara berhemah dan bersopan santun. Hehe. Tapi aku hairan kenapa Temanku tak masuk simpang sepatutnya untuk ke office dia. Nak ke mana pulak nih?? Ini route untuk ke rumah aku! Tak lama lepas tu kehairanan aku terjawab. Telefon.. telefon berbunyiiiii..... (macam lagu Wonderpets)..
Temanku : Jom gi minum

Aku : Err.. okay..!


Tak jadi ke office katanya. Singgah minum di kedai satay kat pulau(dpn Celcom). Mula-mula order kopi-o-ais dua. Dah lama dah tak minum kopi-o-ais nih.. Sedapnyer...yummy! Tak lama lepas tu.. tudia..! siap order satay...! Hiks! Tapi aku makan satu je.. kenyang giler beb!! Sedap jugak satay nih.. Sila abaikan tangan yang interframe ittew. Hehe.

Masa lepak tadi, borak macam-macam, termasuklah borak-borak pasal harga emas. Dan telah berlaku sedikit mathematical argument sebentar tadi. Hahaha. Argument katanya.. Hiks! Argument itu adalah....

Temanku : Harga emas sekarang dah naik ya.

Aku : Semalam RM115 kat kedai tu

Temanku : Dua tiga minggu lepas kat kawasan kejiranan baru RM97. Thats a great difference u know...

Aku : Ha ah.. lapan (respond dengan selamba je..)

Temanku: Mana ada lapan.. salah..

Aku : Betul lah lapan (muka confident tak hengat sebab dalam mind 15-7=8)

Temanku: Abih, lagi sepuluh letak mana?

Aku : Naper pulak 10?

Temanku: Kan 115 - 97..

Aku : Ye ke??? Sorry.... Nasib baik tak kena marah eh...

Temanku: Bukan nasib baik tak kena marah.. nasib baik tak kena cucuk dengan lidi satay..!

Aku : Abih la.. jadi Kasim Selamat!!


Wakakakaka.. tak pasal2 aku jadi Kasim Selamat sebab salah congak..! Aduhai... harus kena belajar pakai benda ni balik semula.. Simple maths pun tak leh kira! Dushhh diri sendiri!!! Thanks to calculator. Semua nak kira pakai calculator. Nak kira apa pun, tekan je terus dapat jawapan. Disebabkan calculatorlah sampai dah tak leh nak congak dengan betul (alasan!!) . Yang aku pulak.. saper suruh pergi argue dengan orang yang lulus bergaya dalam subjek Maths sedangkan aku ni, lulus secara bersahaja?? Confirmlah kalah beb! Nasib baik exam Sabtu ni pakai calculator!! Hiks!



Salam kasih.



p/s: CikTipah,I am okay now..

Tuesday, February 3, 2009

Makan Resipi Rahsia


Singgah lunch di Secret Recipe sebelum balik kerja. Secret Recipe menjadi lokasi pilihan sebab yang paling dekat dengan office. Cuma perlu naik jenjantas melintasi Jalan Tun Razak dari office.
Seperti biasa, sebelum makanan sampai.. amik gambar dulu & update cerita terbaru.

Ana, Watie, Faz, Fara and myself.



I had macaroni + prawn + cheese. Marvelous!!! Tapi tak leh makan selalu ler... bahaya untuk kesihatan aku. Kan CikTipah kan?



Hari ini, KL hujan beberapa kali. Sekejap hujan, kemudian berhenti, dan kemudian hujan lagi. Sekarang hujan baru berhenti. Malam nanti, mungkin akan hujan lagi. Aku suka cuaca yang macam ni.. Nyaman je.. Hujan.. Hmm....


Hujan - OST Mukhsin

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi



Salam kasih.

Monday, February 2, 2009

Al-Insyiraah

Image dari goole image


Terjemahan dari websiteini.

[Ayat : 1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu?

[Ayat : 2] Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu.

[Ayat : 3] Yang memberati tanggunganmu?

Ayat : 4] Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu?

[Ayat : 5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan.

[Ayat : 6] (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan.

[Ayat : 7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain).

[Ayat : 8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Sadaqallahul'Azim.


Semoga segalanya dipermudahkan, InsyaAllah.


Sunday, February 1, 2009

Tak Sedap Hati

Selamat datang, Februari.

Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang2 bila kita happy... happy nya tu berpanjangan. Happyyyyyy je....! Tapi bila datang satu dugaan tu.. berturut2 pulak. Satu demi satu. Kadangkala bila kita free, kita rasa sangat free sampai jadi boring sebab takda benda nak dibuat. Dan kadangkala kita sangat busy, banyak sangat benda yang nak dibuat sampai tak terkejar.

Itulah warna kehidupan. Penuh dengan segala warna, ada warna yang kita suka, ada warna yang kita tak suka, tapi.. semuanya kita kena hadapi. Sometimes we wish that we could turn back the clock, which is definitely impossible!

I'll be sitting for my final exam this weekend. Dan ikut pengalaman aku, selalunya, mungkin secara kebetulan, kalau aku exam, mesti ada benda2 sampingan yang akan terjadi. Misalnya, system problem kat office dan kena keje sampai malam la.. ada urusan family la.. etc. Dan sekarang ni, aku rasa sangat tak sedap hati.


Gambar dari google image

Aku rasa sangat tidak sedap hati, sejak aku berdialog di YM dengan si mantan kekasih suatu malam tu. Apa yang dia kata, semuanya aku sangkal. Jadi seorang yang denial. Padahal dalam hati aku kata.. "mmm.. kata2 kamu itu ada benarnya..". Mungkin sebab dia kenal siapa aku. Mungkin dia tau masih ingat kelemahan dan kekuatan aku.


Untuk si mantan kekasih, "Kali ini, saya dah sedia untuk apa sahaja. Sebab, pengalaman lalu dah banyak mengajar saya. I am much stronger now, rite? Apa pun, doakan saya bahagia dunia akhirat, ya. Saya pun doakan awak bahagia dunia akhirat, InsyaAllah."


Sepanjang minggu ni nak kena prepare untuk final exam. Aduhai... seram sejuk dah nih..!


Salam kasih.