Monday, May 18, 2009

Katakan


Persembahan Claudia untuk konsert ke-8. Her performance reminds me of Puteri Gunung Ledang The Musical. Teringat semua beb... She did quiet well kan? Practise 5 hari je tau..! Congrats Claudia.




And I really love this song.. The one in my mixpod is the original version from Tiara...


KATAKAN- Tiara Jacquelina

Tidak ku percaya
apa yg ku dengar
dari dia kekasihku
yang didakapanku

butakah hatimu
menatap hatiku
yang membawa ku kemari
menagih cintamu
pandanglah ku dan ingati semula sumpah mu
yang kita akan abadi
sehidup semati

katakanlah kepadaku
bahawa hadirmu semata mata cinta
jangan ucapkan yg dikau harus berkorban
hingga aku sanggup kau tinggalkan

bukalah hatimu
merasa hatiku
dan mengaku kau dan aku
kan menjadi satu

kejamlah dirimu
andai membunuhku
dengan kata-kata yang bukan dari hatimu
sebutkanlah semula oh sumpahmu sendiri
di sinilah akhir kita yang kekal abadi

katakanlah kepadaku
bahawa hadirmu semata mata cinta
jangan ucapkan
yang dikau harus berkorban
hingga aku sanggup kau tinggalkan
apa cinta sanggup kau kuburkan..?




Enjoy the song ya..! Salam kasih.


p/s : lagu ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada.


Tired

from google image


i
am
tired....




Sunday, May 17, 2009

Kenduri di Kem Herba Sg. Congkak


Sabtu dah tiba.. tugas aku adalah untuk sediakan meja pengantin & aku volunteer gak nak siapkan bunga untuk flower girl. Nama pun flower girl.. kan.. kena la ada flower. Nak dijadikan cerita, Jumaat sebelumnya, 15 menet sebelum pergi Petaling St. aku call CheAh, nak bagitau dia aku nak guna fresh flowers untuk meja pengantin instead of guna bunga plastik. Aku pun dah siap plan bunga apa nak beli, banyak mana.. cemana nak arrange etc.. Tiba2 CheAh kata "Pengantin pakai meja bulat". Aduh!!!

Kalo meja bulat, mesti ada benda pusing2 tu nak letak lauk kan? Apa nama dia eh? Dome ya? Alahai.. lama nyer dah tak lepak2 minum coffee kat Dome.. jom Ciktipah..! Jadi, aku pun pegi Petaling St. bertemankan CikMatKhair, sebab dia dah biasa beli bunga kat kedai tu. Aku amik kelopak2 bunga okid dua plastik + bunga ros 20 kuntum + bunga apa ntah yang putih2 macam snow tu + 3 pemegang bunga untuk flower girls = RM61. Murahkan?

Aku letak kulit kayu manis & bunga lawang sebab kan ala2 KemHerba gittew. Nasib baik aku tak letak daun kari ke.. serai ke kan.. hahaha. Aku terlupa nak letak bunga cengkih sekali.. orang kata elok untuk elak semut datang dekat dengan makanan. Deco yang boleh dibuat adalah susun kelopak orkid tu keliling dome selang seli dengan rempah2 (rempah2 tu Linn the bride yang susun.. kreatif kan? Thank you Linn ...). Untuk majlis ni pengantin2 turun padang sekali untuk tolong2 buat preparation. Lagi 2 1/2 jam lagi nak sanding, baru balik rumah, untuk bersiap.

Inilah hasilnya.. simple je..


Bunga orkid yang belen2 tu, aku mintah Diyah (my kazen) susun kat sekeliling food counter untuk VIP (rombongan family pengantin perempuan). Kata Azmir.. ini bukan konsep Kem Herba.. ini dah jadi Hawaiian wedding! Hahaha..


The Penanggah Boys imported from UM. Kawan2 BangChik, 20 orang kesemuanya. Rajin betul depa nih.. Thank you, brothers.


My brothers tengah prepare things for the Pencuci Mulut kaunter. Ada cendol pulut (aku tak sempat nak rasa.. huhu), ada kuih2 Melayu.. diorang ni memang tak menang tangan. Ramai betul yang serbu kaunter diorang ni.

Hafiz, the youngest in pengantin's family. Photographer sedang merehatkan diri, cari air untuk basahkan tekak. Aku geram betul nengok D90 dia tu.. aiyohhh... bilalah agaknya nak dapat pakai DSLR ni ye..

The flower girls, Dikna, Aliah and Aini. Diorang jugaklah yang bagi gula2 for the kids yang datang.

Dua flower girls yang dah kepenatan dan bertukar kepada uniform santai. Masing2 tengah menghitung jam nak mandi sungai. Sabo beb.. tunggu abih kenduri baru mandi (tapi lepas tu hujan... mandi sungai postponed to Sunday).

Aku tak sempat nak keluarkan kamera mengambil gambar orang datang, gambar pengantin, etc. Sebab tengah sibuk duk sambut tetamu+sambut hadiah dan tunggu pengantin datang sebab nak standby budak2 flower girls yang berkeliaran ntah ke mana-mana.

Malamnya aku kepenatan giler. Tengok AF pun sampai part Hafiz nyanyi lagu KauBungaCintaku je.. lepas tu.. ZZZZzzzZZzzz. Dan tadi (Ahad pagi) ada mid-term exam untuk paper Business Law. Penatnya masih belum hilang, tapi dah nak kena fikir pasal presentation for Statistic pulak next Sunday... Gosh... dan aku juga sedang rindu


Salam kasih.


Gotong Royong Jumaat


Sabtu lepas, ada kenduri besar di Kem Herba, Sg. Congkak. majlis sambut menantu untuk dua pasang penganting, the twin brothers, Azmir&Linn dan jugak Azmi&Busrah. Jumaat sebelum tu, ada majlis rewang. Ye.. aku tak involve dalam projek kupas bawang etc, sebab keje ya.. Petang Jumaat baru aku sampai kat sana.

Hari Jumaat tu, balik je dari kerja, aku terus balik umah, kemas itu ini then straight to Petaling Street cari bunga untuk nak hias meja makan pengantin & untuk flower girl nanti. Nasib baik takda yang melahirkan rasa tak puas hati kat aku sebab aku sampai lambat.. tapi kalo ada pun... ada aku kesah? Wakakakaka..

Sampai2 aku nengok CheAh, Julie and Linn the bride.. tengah sibuk duk basuh daging untuk masak gulai for tomorrow. Aku tolong ler jugak sedikit sebanyak. Lepas tu.. amik kamera.. snap sana sini.


Nad sibuk jadi logistic manager. Glamer dia hari tu.. Macam2 request orang mintak kat dia. "Nad.. mintak besen!!". "Nad.. mintak tapisan". Nad mana itu .. mana ini.. Tapi aku senang je.."Nad.. posing sket!". Hiks!


Canggih zaman sekarang ek... dah tak pakai kayu api.. letak jer stove yang besar tu.... bagi api full blast! Jadilah kawah moden.

Tengah masak rendang. Ni dah tinggal bab mengeringkan rendang. Aku tak masuk campur pun masak rendang nih, sebab masa aku sampai.. menda ni dah 3/4 siap. Kang aku pose2 ala2 kacau2 rendang kang.. apa plak kata orang yang dari tadi tungkus lumus merendang. Gittew!


Pelamin in the making. Yang ni sekali package dengan mak andam. Yang dah siap,.. aku tak sempat nak amik gambar.

Bunga pahar, tunggu time nak arrange je lagi..


Jambatan kayu untuk ke Kem Herba dah dihias dengan fresh flowers. Simple tapi menarik.. I loike!


Simple tapi cantik..

Khemah dah siap.


Kucing-kucing suma dah diletak dalam kandang masing-masing. Duk dendiam aaa.. Jangan kaco.. Kang tak pasal2 kena gulai kang..

Yang dua orang ni ha.. takmo duk dendiam. Duk mengikut aku ke sana ke sini. Lepas tu tanya "bila Dikna nak sampai?" Berulang-ulang kali occay..! Akhirnya, bila Dikna dah balik dari sekolah, aku bawak Aliah & Aini ni ikut sekali aku gi fetch Dikna kat rumah.



Salam kasih.

Congratulations

Remember my previous entry? Entry yang ini..





Congratulations to Hafiz.. Juara Akademi Fantasia 7. Dapat Accord 2.0 sebijik beb..! Dapat pulak tiket gi NewYork! Dapat pulak RM20,000!! Fuiyooo!! Pergh!! Alhamdulillah.. rezeki dia.. Anyway, semoga tabah menghadapi dunia baru ni. Awal2 lagi dah dipadah kamek nya tok nang boleh menang..! :-)


Salam kasih.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Arwah mak pernah cerita pada aku.. kisah masa dia jadi cikgu praktikal kat satu sekolah di Sentul. Kisah tahun 60an. Dulu2 (dan mungkin sekarang?) ramai orang India yang tinggal kat sana. Jadi merekalah yang jadi majority students kat sekolah sana... Lidahnya dan bahasanya masih 'bertelo' kan bahasa Tamil. Contohnya ..

A = Yeaa
E = Yee
F = Yeff
H = Yeashh
L = Yeall


Kebetulan dia praktikal di sekolah rendah. Subjek Bahasa Malaysia. Tentang sayur-sayuran. Lepas sorang sorang kena soal.. dan tibalah giliran sorang student lelaki (aku bajet mesti dah jadi pakcik2 sekarang nih) untuk mengeja. Mak aku pun tunjuk 2 kad (zaman dulu takda powerpoint ye kawan-kawan...) Satu kad gambar terung. Dan satu kad lagi ejaan T.E.R.U.N.G.

Dengan penuh keyakinan.. budak tu eja sekuat hati (kata arwah Mak):

TEE(T) YEE(E) YARR(R) YEW(U) YENN(N) GEE(G) .. KATHIRIKKAI!!!!


Sah-sahlah that little boy memang tak pandai Bahasa Melayu. Dia cuma tau ABC.. jadi bila tunjuk gambar.. terkeluar juga Kathrikkai which means Terung dalam bahasa Tamil. Tudia..!! Kawan-kawan kelas pakat gelakkan dia.. termasuklah arwah Mak aku pun tergelak sama.

Itulah antara pengalaman indah arwah Mak masa jadi cikgu dulu-dulu.. yang aku ingat hingga kini.. walaupun dia dah lama meninggalkan aku. Al-fatihah...Sampai sekarang kalau terserempak dengan bekas student2 dia .. aku masih disapa sebagai "Anak Teacher."


Untuk semua guru-guru, especially untuk cikgu blogger Tice Su dan Cikgu Jimi, Selamat Hari Guru. Selamat berjuang untuk memastikan masa depan yang cerah untuk anak2 didikan cikgu dan semoga diberi kesabaran dan ketabahan dalam menjalankan tugas seharian, InsyaAllah.


Salam kasih.


Friday, May 15, 2009

Full Moon

Penatnyerr... baru balik dari sekolah sebab tu mata tak leh lelap. Aku bukak channel 105. Ada citer Ali Baba Bujang Lapok. Ada scene Ali Baba dengan wife, Norsiah.

Antara dialognya..
"Adindaku Norsiah,
indah sungguh malam ini,
bulan mengambang,
sesuai untuk berkasih sayang.."


Baru aku perasan.. malam ni malam keliwon. Tijah dengan Cok mesti sukerrr..!! Hiks!


Selamat malam.. Salam kasih.

Thursday, May 14, 2009

Panas + Kenyang + Aircond = ZZZzzzZZZzzz


Panasnya.. kan? Tengahari tadi, gi makan kat foodcourt area Mindef. Ramai betul... abang2 askar CikTipah.. uols nak ke? Yang satu calit, dua calit, tiga calit, bercalit-calit uols!! Uols memang taste dengan abang2 askar kan, CikTipah? Hiks!

Makan tadi aku amik nasik putih berlauk Ikan Pari Masak Asam + Ulam Terung Telunjuk (ni semua Tijah punyer hal tunjuk gambar Terung Telunjuk..huhu) + Terung Rembang (ini bahasa Minang..bahasa Malaysia ke.. bahasa Kelantan ke.. gwe tak tau..) + Sambah Belacan. Terung Rembang ni kecik2 saiz ala2 green peas. Rasanya pahit tapi kalo kena sambal belachannnn wallahhhhh!!! Minum pulak air teh-o-ais kan... Fuyooooo!!

Masuk keta.. kena ekon.. adoii.. ngantuk weh... (tapi aku taklah menguap secara istiqamah macam orang yang duk kat passenger seat tadi... haha) Ingatkan nak take a nap untuk 1/2 jam.. tapi aku nak kena gi sekolah jap lagi.. ada discussion... Kalo lah boleh tido time nih... bestnyerrrrr!!


Salam kasihzzzzzzzzzz.....

Wednesday, May 13, 2009

Mustajab Pati Itu.

Masa lunch tadi, tiba-tiba aku ditanya soalan pelik...

"Kenapa tangan u cerah dari I?"


Jadi bila dia kata macam tu.. aku pun amik kamera.. then snap gambar. Ye la kan... sementara nak nunggu makanan sampai.. tatau nak buat apa.. baik snap gambo ye dak?

Inilah gambarnya... Bila nengok gambar tu... aku tak nampak pun perbezaan tentang kecerahan warna tangan.. Satu kenyataan akhbar telah terkeluar dari mulut aku.. iaitu...

"Warna tak perasan sangat.. Tapi nampak sangat tangan I lagi tembam dari tangan u"


Balik umah je.. aku carik sesuatu. Yang aku harap boleh bantu aku untuk menyangkal statement kat atas tu... Dan aku tekad dan berjanji.. Malam ini.. sebelum tidur.. aku akan pastikan tangan aku dilumurkan dengan losyen nih..


Losyen Pati Halia Mustajab.. yang dikatakan boleh membantu masalah perut yang gebu..!! Kalo perut gebu boleh jadik slim... inikan pulak tangan ye dak???? Aku insaf!!



Salam kasih.

Lunch Tadi


Tadi lunch kat satu restoran ni. Kalau tengok gambar, rasanya boleh agak kat mana kan..? Dulu restoran ni popular sungguh, tapi sekarang ni, macam kat outlet yang aku pegi ni, tak ramai customer pun. Cuma ada 3-4 group/couple yang tengah makan kat situ. Aku suka la macam tu. Sebab ada privacy. Selesa nak borak.


His

Hers

Secara peribadi, aku rasa the serving makin lama makin kecik saiznya.. agaknya nak suruh customer kurang makan kot.. kasi kurang berat sikit.. The side dishes portion pun makin mengecil. Ayam pun dah tukar saiz rasa aku.. dulu2 ayam saiz mak/bapak ayam.. sekarang ni saiz ayam dara/teruna je.. Ironinya.. harganya tidak pulak mengecil saiznya..


Now I know.. why less people come here.. This is our 1st time here... maybe would be our last..


Salam kasih.