Sunday, June 14, 2009

Melompat Lebih Tinggi

Love this pic.. hehe


Melompat Lebih Tinggi - Sheila On 7

Kita berlari dan terus 'kan bernyanyi
Kita buka lebar pelukan mentari
Bila ku terjatuh nanti
Kau siap mengangkat aku lebih tinggi

Seperti pedih yang telah kita bagi
Layaknya luka yang telah terubati
Bila kita jatuh nanti
Kita siap tuk melompat lebih tinggi

Bersama kita bagai hutan dan hujan
Aku ada kerana kau telah tercipta

Ku petik bintang
Untuk kau simpan
Cahayanya tenang
Berikan kau perlindungan
Sebagai pengingat teman
Juga sebagai jawapan
Semua tentangan

Sebelum waktu memisahkan detikku, detikmu
Sebelum dewasa menua memisahkan kita
Degupan jantung kita akan selalu serirama
Bila kau rindu aku



Salam kasih.


p/s: jom kita lompat sama-sama...! ekeke

Saturday, June 13, 2009

Ke Sg. Congkak


Bawak Dikna gi mandi kat Kem Herba, Sg. Congkak. Lama dah tak jumpa Dikna, seminggu dia di Kelantan, jumpa Mokteh yang balik dari Texas (oh yes.. she's H1N1 negatif.. alhamdulillah). Masak nasi lemak dengan sambal tumis udang untuk bawak makan berkelah. Sodap...!! Gambar takdek.. tak sempat nak amik dah abes dah.... huhu

Dikna kalo dah dapat swimming.. dia ingat swimming kat pool agaknya.. nasib baik takda batu..bahaya dik...!! Kali ni aku tak join sekali.. hiks! Segan...Sebab ada event kat Kem Herba.. ramai jadi tukang tengok nanti... huhu!




Saya sudah pandai posing!!


Saya posing lagi!!


Lama jugak dia berendam. Dekat 4 jam jugak kitorang spend masa kat sini.. Next time nak bawak tikar terbang.. boleh golek2 relax2 kat tepi sungai.. hehehe.. *wink2.



Salam kasih.

Friday, June 12, 2009

Satu Malaysia Years Ago...

Aku tertarik dengan artikel ni..

Taken from here:

Setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat.

... sambung lagi....

Kini rakyat Malaysia perlu keluar daripada kepongpong yang telah lama membelenggu fikiran dan tindakan yang berunsul perkauman. Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib mengajak rakyat berkerja secara bersama untuk membina, memaju serta memantapkan negara tanpa mengira kaum. Negara perlu diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi dan kumpulan masing-masing. Kerajaan akan bersikap adil dan saksama kepada rakyat di negara ini tanpa memingirkan mana-mana kaum berdasarkan kepentingan dan mereka yang layak akan diberi bantuan. Kepentingan bumiputera juga akan dijaga sebagaimana yang terjamin dalam perlembagaan berasaskan kepentingan dan kelayakan.


Satu Malaysia - my frens and i
(too bad i cant recall their names.. )
1st day of Tadika, 1979.



Kepompong? Aku rasa.. aku tak pernah duduk dalam kepompong untuk kes Satu Malaysia ni... Hmmm...



Salam kasih.

Kau Tipu Aku!!

dari jendela rumah


Aku nampak kau pagi itu
Aku bahagia!
Hati kata
Hari ni pasti ceria

Tengahari
Kau masih ada di situ
"Hmm.. bergurau ye...."
Kata hati aku..

Petang menjelma
Kau masih di sana
Aku pandang kau
Dengan hati, dengan jiwa

Aku tersedar
Lalu hati menjerit
Kau tipu aku!!!
Kau bukan kabus!!
Tapi kau jerubu!!!!!

Larilah kau dari aku jerubu
Kerana aku rindukan matahari...



Salam kasih.

Thursday, June 11, 2009

Semalam - 10June2009

Kisah 1

Semalam, balik dari ofis, bila sampai rumah, tengok decorder astro off! Try on kipas.. tak pusing-pusing!! Ah sudah!!! Takda letrik.. Panik melanda..! Cemana nak iron tudung, iron baju nih?? Baru teringat notis dari management kata hari ni takda letrik sampai 6pm!! Oh gosh..!!! Aku perlu iron baju sebelum 4pm. Panik weh..!! Terfikir.. kalo takda letrik jugak... terpaksalah gi ofis tumpang iron (boleh???) huhu... Mujurlah kerja TNB selesai sebelum 4pm. Sempat jugak aku iron segala...! Alhamdulillah. Phewww....!!


Kisah 2

Semalam, masa bersiap2 nak keluar, mata berair. Aku lap mata dengan tissue tiba2 aku perasan yang pandangan kabur sebelah kiri. Mana pulak perginya contact lense aku nih?? Kelip2 mata.. takda pun tanda2 lense beralih ke belakang. Siram dengan air pun.. takda jugak rasa pedih. Panik lagi!!!! Aduh... Last-last aku call ofismate, tanya cemana nak buat.. dia suruh aku check kat tissue.. kalau2 ada lense melekat kat tissue. Aku pun amik balik tissue dari tong sampah (yucckkk!!) dan check.. memang betul.. lense aku tu dah kering giler dan melekat kat tissue.. Lega....!

Taraaaa... see... masih boleh senyum.. padahal sebelum tu .. berlaku "panic attack" sebanyak dua kali!! Hahaha.


Kisah 3

Dan semalam juga, 10 June, cukup 18 tahun aku pakai tudung. Masa tu aku form 6 main-main (sementara tunggu panggilan ke ITM). Seronok sekolah form 6 main-main ni... pergi sekolah saja2 untuk jumpa kawan2, borak2 dan gosip2. Hehe. Bila time ujian aku boleh kata kat cikgu "Cikgu, saya tak yah amik exam ye.. sebab nak gi ITM ni...". Padahal surat tawaran masa tu belum sampai.. hahahaha.. Aku respect pada student2 form 6.. they really work hard for their STP. Bayangkan belajar untuk exam for 2 years.. banyak giler nak di study..!! Aku rasa, kalau aku stay kat form 6... mesti hidup jadi huru hara.. huhuhu,..




Salam kasih.

Tuesday, June 9, 2009

Konsert Konsert Konsert


Aku sedih... tiket konsert Lelaki Ini Anuar Zain, tinggal yang memahal je... yang memurah suma dah sold out katanya... adoii...!! Takpa, nanti aku nak beli masa last minute, mesti ada yang kensel.. kan? Bukan senang tau nak dapat tengok Anuar Zain perform kat Istana Budaya.. Bila aku mengelamun memikirkan kesedihan harga tiket yang mahal ittew... (kanda..i still nak pergi occay,, hiks.!).. aku teringat pasal konsert-konsert ni...

Sebenarnya.. aku pun pernah jugak buat konsert kat dewan besar kat Kajang tu.. dewan tu kecik je sebenarnya .. ngadap bangunan yang ada sate samuri yang femes tu... tapi masa tu aku baru 6 tahun... aku rasa dewan tu sangat lah besar... seperti Dewan Pilhamonik je gamaknyer...


Persembahan ni masa aku tadika. Dulu aku sekolah kat Holy Family Kindergarten, dalam kawasan gereja. Masa tu, lewat 70an, mana ada TASKA ke.. TAKSKI ke... KEMAS ke.. suma tarak occay..! Jadi, ramai la orang Melayu yang sekolah kat sekolah aku tu.. Elok jer kitorang.. takda pulak yang tersesat agama.. Alhamdulillah.. Pengetua kitorang omputeh, yang dipanggil Father. Aku dengar cerita, sekarang ni dah lain... takda sorang pun orang Melayu kat sana.. sebab dah alternative lain untuk sekolah tadika.


Berbalik semula kepada konsert, ini adalah persembahan aku yang pertama. Depan kitorang, father tu jadi konduktor. Aku lupa la lagu apa.. tapi aku still ingat part aku.. kena buat aksi orang main piano dan nyanyi "Pi ya ..pi ya.. piyano.. piya piya piyano.. piya piya piyanooo.. piya piyanoooooo". Sebelah kiri aku tu.. nama dia Ah Yen. Kenapa aku masih boleh ingat dia? Sebab dia anak nyonya tokey bas sekolah aku.

Ini pulak persembahan kedua aku.. Cuba tengok.. Concert 79 katanya... jangan nanti ada comment kata "kak, yang depan tu gambar Makcik saya... " haruslah aku rasa sedih kerana kertuaan. *sedey....!

Tajuk lagu adalah Bangau oh Bangau. Aku jadi penyanyinya okeh... nyanyian (ke jeritan?) adalah secara 'live'.. takda minus one segala masa tu.. Yang depan2 tu adalah pelakon2.. Sebagai contohnya, yang pakai baju Melayu tu pegang kayu.. untuk part "kayu api basah". Abang pakai baju Melayu tu.. dulu satu bas ngan aku.. kitorang pernah digosipkan berdua.. wakakakakakakaka... skrang gi mana ntah..! Huhu. Yang aku bulatkan tu.. aku tengok kat facebook, dah jadi pilot occay..! Wahh.. terrer2 kawan2 tadika aku..

Biasalah.. kalau konsert tadika, yang hadir rata2 mak bapak, adik beradik & family yang lain.. Jadi semuanya adalah peminat. Pengkritik tak ada. Walau kau nyanyi sumbang macamana pun tepukan gemuruhnya sama macam tepukan untuk Tokti. Semua excited, kamera berflash flash. Peminat menjerit2 panggil nama 'artis'. Huhu.



Berbeza dengan persembahan aku masa aku form 2, dengan kawan2 Girl Guide form 2&1, buat persembahan tarian kat depan Muzium Negara. Ada 2 show gak. Satu tu aku buat Bamboo Dance yang tarian lompat2 buluh tu.. kalo skrang ni.. silap2 buluh tu patah, CikTipah..! Ko jangan gelakkan aku!! :P

Yang ini adalah persembahan penutup, kami joget lagu La Bamba. Bila aku dengar lagu tu, mesti aku sengeh sorang2 mcm orang tengah borak tipon guna blutot. Seperti yang aku kata, berbeza dengan persembahan masa tadika. Ko tengok lah.. kitorang tengah semangat joget.. abang2 (pakcik2??) tiga orang tu boleh blah camtu jer...! Si A, B dan C ittew. Yang tak bleh tahan tu... abang C siap toleh tempat lain...!! Sampai ati ko bang...! Penat prektis tiap hari sebelum masuk sekolah taww..!! Sedeyyyy!!!!

Begitulah realitinya nasib seorang artis. Dalam ramai2 yang menonton persembahan tu.. bukan semuanya suka ..



Salam kasih.

Monday, June 8, 2009

Miracle

Something happened last nite. Something that i would say a "miracle".





There can be miracles
When you believe
Though hope is frail
It's hard to kill
Who knows what miracles
You can achieve
When you believe
Somehow you will
You will when you believe




p/s: aku juga hadapi 'sleepless nite' malam tadi sebenarnya... setelah terfikir tentang keagungan Allah, tentang percaturanNya tentang ketentuanNya... Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..



Salam kasih.

Sunday, June 7, 2009

Hutang Bergambar, Dibayar Bergambar Juga


Aku telah ditag oleh CikTipah the vass yang mana telah ditag oleh AfiqTheTokeyDurian.. yang telah ditag oleh sapa aku pun tak tau..


anda rasa anda hot?
hot..! sebab hari panas.. bopoloh2 dah nihhh :-)


upload gambar kegemaran anda


kenapa suka gambar nih?
bila dah warm up.. adrenalin semakin gabommm.. mestilah keluar api.. kau sehangat api.. kau membara!! Ekeke. Eh.. masa ni kat BB Plaza ye nok? Lupo lak den.. (kalau nak tau gambar sebenar.. picit di sini..hiks!)


bila kali terakhir makan pizza?
tak ingat.. ada sesiapa nak belanja aku pizza?

lagu terakhir yg anda dengar?
anuar zain - perpisahan.. sob!sob!

apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
nak baca buku citer yang dah lama aku abaikan begitu saja...

selain nama anda sendiri, anda suka dipanggil ngan nama apa?
bukan suka dipanggil.. tapi pernah dipanggil shasha cheah!! hehehehehe.. kenapa? jawapannya ada di sini..

mangsa tag seterusnya?
m.a.l.e.h.n.a.k.t.a.g.o.r.a.n.g.



Salam kasih.

Ada Brani??



*Tomorrow is a world of uncertainties.
It is filled with possibilities
and packed with challenges - Honda



ADA BRANI???




Salam kasih.


*ayat ni aku dapat dari iklan Honda yang ada kat blog ni...

Yang Aku Baca


Sebenarnya dah lama dah aku baca artikel ni dalam akhbar. Dan bila sekarang ni tengah sibuk hal artis nasyid + ustaz 'ikon' dan isterinya terus aku teringat semula artikel ni. Cerita yang panasnya setanding dengan panasnya cuaca dunia sekarang ni..! Kalau dibukak gelanggang tentang isu ini di pejabat, nyata riuh sepejabat membincangkannya. Masing2 dengan pendapat masing2. Yang kadangkalanya lebih emosi dari rasionalnya. Tadi, aku cuba google, cari artikel ini, dan akhirnya terjumpa juga..


Apa yang menarik perhatian aku adalah pada 1/4 yang terakhir artikel itu. Sesuatu yang aku rasa ada rasionalnya dan harus difikirkan sebelum menerima lamaran untuk mereka yang dilamar menjadi isteri kedua.


Namun, ketika anda menerima lamaran bakal suami untuk bergelar isteri kedua, berhati-hatilah ketika menerima lamaran dengan meneliti beberapa perkara iaitu:


  • Tanya dan lihat: Adakah dia lelaki bertanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggungjawab juga kepada diri anda.

  • Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa anda? Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.

  • Adakah bakal madu anda terdidik akhlaknya? Jika ya, mudah untuk anda berbaik-baik dengannya.

  • Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian dan tahu maksud kehidupan.

  • Adakah dia faham mengenai perkahwinan sama seperti yang anda faham?

    Jika ya, mudahlah bagi anda dan dia bertolak ansur. Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tidak semua perempuan atau lelaki kental. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini, namun hanya mereka yang berwibawa saja mampu melakukannya.


  • Kalau nak baca artikel sepenuhnya, sila ke laman ini di myMetro.




    p/s: Fikir dua kali? Cukup ke?


    Salam kasih.