Selamat Hari Guru.. Hadiah apa yang anak2 korang bagi kat cikgu2? Zaman aku sekolah menengah dulu, Hari Guru paling seronok. Ada perhimpunan istimewa. Masa tu lah, kalau nak tengok guru-guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dengan suara yang halus mulus dan sedikit malu-malu. Bayangkanlah, yang biasa mengajar dengan muka serius dan pitching tinggi, bila menyanyi, menjadi sangat lembut dan ayu.. Macam berlakunya perubahan watak yang sangat drastik. Hadiah? Tak pernah bagi. Cuma ada jamuan di setiap kelas. Kenyang satu hari satu malam.
Masa itulah juga, budak2 buat persembahan. Disebabkan sekolah aku semuanya bebudak perempuan, jadi masa itu jugalah budak2 tomboy amik kesempatan berpakaian ala2 GQ ataupun rockers. Sambil membuat persembahan. Hensem woooo..!! Hehe..
Bila jadi guru, terutamanya bila karakternya berbeza dari guru2 yang lain, mudah sungguh diingati oleh budak2 sampai bila-bila. Ada beberapa orang guru2 aku yang aku masih ingat sampai sekarang..
Darjah 1 - Cikgu Pn, Fatimah. Orangnya berkarakter seperti Cik Latipah isteri Ramlee dalam filem Madu Tiga. Tambah spek rangka itam tebal tu.. Sebijik macam dia. Cuma susuk tubuhnya sedikit berisi berbanding Latipah. Aku rasa, zaman aku darjah 1 dulu, umurnya sudah lewat 40an. Yang aku paling ingat, setiap kali balik dari waktu rehat, kami perlu mengejutkan dia dari tidur. Tidurnya adalah meletakkan kepala di meja dengan berbantalkan lengan. Dan hobinya, pinjam sepit rambut kaler hitam budak2 untuk korek telinga! Serius! Aku boleh lihat dalam kotak fikiran hingga ke hari ini..
Darjah 2 - Cikgu Mrs. Rengasamy. Seksi. Sentiasa bersari menampakkan perut. Hehe.. Seorang yang sangat sistematik. Ada jotter untuk tulis kerja sekolah. Tulis perkataan2 untuk Spelling hari esoknya. Balik rumah kena suruh parents ajar & tandatangan. Nak dijadikan cerita, satu malam tu, aku hafal perkataan untuk Spelling Test.. kena marah dengan arwah ayah, sampai deman-deman. Esoknya terus ke klinik amik ubat demam. Selamat dari Spelling Test! :)
Darjah 6 - Cikgu Puan Rozaini. Orang jawa. Telor jawanya masih pekat. Garangnya Subhanallah.. kecut perut dibuatnya. Paling menakutkan, bila dia bertanya soalan. Perlu mendengar dengan jelas dan concentrate. Sebab, tak semestinya matanya ke arah aku, aku yang disoalnya. Sebab, dia juling. Tak siapa berani main-main bila waktu dia mengajar. Tapi, segarang2 dia.. di hari terakhir aku darjah 6, dipeluknya budak2 sorang demi seorang sambil menahan sebak.
Tingkatan 3 - Miss Tan. Orangnya pelik. Baju yang dipakai di hari Isnin, akan di ulang pakai di hari Rabu. Yang dipakai di hari Selasa, dipakai semula di hari Khamis. Bila mengajar, seperti bercakap seorang diri. Dan di waktu subject dialah.. aku dan geng2 yang duduk di belakang mula membuat kerja masing2..! :)
Tingkatan 4 - Puan Maziah. Garang. Sebut sahaja Mama Bear, satu sekolah kenal. Dari zaman kakak aku, hingga ke zaman junior aku.. nama tu melekat.. Tapi, subject Sejarah is on her fingertips! Hebat orangnya... Bila kena marah, semua jadi tak suka.. tapi, bila dah di hari2 terakir sekolah.. terasa akan rindu pada karakter dia..
Tingkatan 5 - Puan Aisyah. Guru bahasa Inggeris. Tapi, satu pertiga masa belajar dimuatkan dengan gosip2 terkini tentang cikgu2 sekolah. Anak mami. Bila sampai masa English, semua seronok.. nak mendengar cerita!
Apa khabar agaknya mereka? Kalau masih ada.. harapnya mereka sihat walafiat dan enjoying their retirement life... Dan kalau mereka sudah tiada.. semoga mereka tenang di sana... Sesungguhnya banyak jasa mereka untuk semua anak didik mereka.. Semoga Allah merahmati, insyaAllah..
Jasa guru takkan pernah dilupakan oleh anak muridnya, walaupun mereka sudah tiada.. Contohnya, arwah mak.. walaupun sudah 14 tahun pergi mengadap Illahi, tapi, ingatan anak2 muridnya masih jelas tentang mak.. hinggakan masa majlis kenduri aku dulu... yang terhebah di kampung bukannya "Si Adibah Nak Kawin" tetapi lebih kepada "Anak Teacher Nak Kawin".
Happy Teacher's Day, mak.. semoga mak & ayah dirahmati Allah selalu, insyaAllah.
Salam kasih.