Friday, July 31, 2009

Jodoh dan Berani


Aku terima kad jemputan. Aku kenal pengantin perempuan. Pengantin lelaki aku tak pasti. Pengantin perempuan umur mid 30s, lebih kurang umur aku. Lebih sebenarnya dari umur aku. Dan pengantin lelakinya, umur antara 25 atau 26, aku tidak pasti. Sepuluh tahun bezanya. Pengantin perempuannya berpangkat pegawai... pengantin lelaki berpangkat kerani.

Yang pastinya, antara mereka ada jodoh. Mungkin zaman sekarang ni, umur tidak menjadi penghalang untuk menjadi SATU. Bahasa klisenya "cinta tak mengenal usia". Bila dah ada berkenalan, dah rasa tertarik, dah ada keinginan untuk menjadi satu, perlulah ada keberanian. Perlu ada usaha. Aku pasti mesti ada yang 'berkata-kata'. Tentang beza usia. Tentang pangkat. Tentang rupa. Aku tabik mereka.. sebab mereka berani!!

Keberanian perlu untuk menempuh satu peringkat hidup yang tidak pasti. Tapi boleh merancang. Supaya nanti semakin cinta, semakin bahagia, semakin berjaya , semakin murah rezeki dan semakin berkat hidupnya.

Aku doakan mereka bahagia. Semoga dimurahkan rezeki. Semoga semakin cinta, InsyaAllah. Teringat pulak aku pada entry aku yang lepas. Tentang ini. :-)


Selamat pengantin baru...




Salam kasih.

Salam Takziah Untuk Teman


Jam 6 pagi...


Hari ni kami ada makan2, ada teman yang belanja. Alhamdulillah.. murah rezeki kami.. Kemudian jam 6 pagi, Zahari terima call dari isteri, katanya "mak dah takda.." Terus dia letak telefon, sedih, mengalir airmata. Ke hulu ke hilir... panik.. tidak tau nak buat apa. Salah seorang dari kami tenangkan dia.. 10 minit selepas itu, baru dia mampu untuk balik ke rumah.

"Innalillahi wainna ilaihi rojiun......."

Arwah maknya sakit tua. Sebagai anak yang soleh, setiap hari, dia akan luangkan masa 40 minit, untuk balik ke rumah maknya, tukarkan pampers, bersihkan, kemaskan ibunya.. suapkan makanan.. kemudian kembali semua ke ofis. Aku pasti, selepas ini, dia akan rindukan semua itu... dan terasa sangat kehilangan.



6.40am pagi.


Keadaan tenang. Seperti biasa. Sambung kerja.. dan curi2 makan. Kemudian, Fara bersuara, "Fara terima sms. ayah hubby tak sedaq dah kat IJN". Dia pula tak keruan. Aduh... Aku terus serah diri.. untuk teman dia, hantar dia ke IJN dalam keadaan tak sedap hati sebenarnya.. Beberapa meter dari kereta, telefon Fara berbunyi lagi. Dia terdiam. Tak bergerak. Kaku. Sambil tangan menutup mulut. menahan suara yang menangis. Telefon masih di telinga.. Aku tanya dia "Ayah hubby dah takda?". Dia hanya mampu mengangguk.

"Innalillahi wainna ilaihi rojiun......."

IJN, yang pernah menjadi tempat permainan aku tahun lepas, bila arwah ayah keluar masuk hospital. Teringat segala kenangan di IJN bila sampai di sana. Aku teman Fara ke wad, dan kemudian teman dia ke surau, untuk pinjam Surah Yassin dan Al-Quran. Aku pesan dengan dia, "Fara kena kuat, okay.. ".


Untuk kawan2 aku ini, semoga tabah menerima kehilangan mereka yang tersayang.. Bersedihlah.. tetapi perlu ada kekuatan. Takziah untuk Zahari yang kehilangan mak tersayang dan Fara yang kehilangan ayah mertuanya.


Kuasa Allah, hari ini sahaja.. dalam tempoh masa kurang dari sejam, dua kali aku ucapkan kalimah:

Inalillahi wainna ilaihi rojiun....



Al-fatihah...

Bila Salah Tekan Butang


Tiga buah buku ini, akan menjadi peneman aku hingga ke bulan Oktober nanti.

  • Business, Government and Society - untuk subject Business Ethics
  • Crafting and Executing Strategy - untuk subject Strategic Management and Policy
  • Accounting and Control of Islamic Financial Institutions

InsyaAllah, lagi 4 minggu ada midterm exam. Harap2 semester ini, lebih baik dari semester yang sudah2. Mudah2an.. Amin..


Suatu hari, ada orang mengeluarkan statement ini..

"Budak-budak sains, 100% perlu fokus pada belajar. Duduk kat makmal, kat library. Budak2 art 60% sahaja fokus pada belajar, yang lainnya dunia luar.. Budak sains kena belajar teruk, kena focus 100% baru boleh score.. budak sastera yang belajar business etc BELAJAR BODO BODO je dah boleh score"

Sekarang ini, ramai engineers yang study sama-sama dengan aku. Study tentang Business, Accounting, Finance, Management.. semuanya bukan science subjects.. agaknya mereka ni belajar bodo-bodo jer lah kan?

Belajar adalah belajar. Belajar perlu usaha. Semuanya perlu belajar. Bayi yang baru lahir juga belajar menyusu dari ibunya. Belajar merangkak, berjalan, etc. Tidak ada satu pembelajaran pun yang dibuat secara bodo-bodo. Cuma budak2 sains itu bertuah, diberi sedikit kelebihan.. tapi.. adakah semua budak2 sains itu berjaya dalam hidup? Atau budak arts yang belajar bodo-bodo itu tidak ada yang berjaya?

Belajar hidup lebih susah dari belajar untuk exam, sebenarnya. Seorang Professor dalam bidang Business Management misalnya, tak semestinya bijak dalam mengendalikan business secara "reality". Seorang jurulatih bolasepak, tak semestinya pandai/pakar dalam permainan sebenarnya di padang. Dalam kes yang lain, ada yang tinggi ilmunya... tapi rendah imannya, dan sebaliknya, ada yang rendah ilmunya.. tapi tinggi imannya. Lebih jujur. Lebih ikhlas. Lebih rajin beribadah. Lebih amanah. Wallahualam.

Mungkin orang yang mengeluarkan statement itu bermaksud lain.. tapi pada saat itu... aku betul2 terasa. Bagi aku, statement itu adalah statement yang discriminate. Am i too emotional? U've pressed the wrong button, darling...!


Salam kasih.


p/s: entry ini telah diedit beberapa kali.. untuk mengurangkan rasa 'ledakan' emosi dalam tulisan aku.. dan untuk menjaga hati orang yang mengeluarkan statement ini.. see.. aku masih boleh kompromi..

Thursday, July 30, 2009

Tahukah Anda?



Semalam, jalan2 di YouTube. Pusing sana sini.. terjumpa video yang ini. Cemana aku terjumpa video ni? Sebab aku duk cari Jidur atau Kompang Jawa. Paluan kompang mengiringi pengantin yang terdiri daripada beberapa kompang hadrah (yang ada tamborin kecik kat tepi2 kompang) dan jugak satu gendang besar yang di panggil Jidur. Aku memang asyik kalo tengok diorang main Jidur tu... layan beb!!

Teringat zaman sekolah2 dulu.. rasanya dalam umur form 1. Masa tu, kenduri kawen Busu. Ada kumpulan kemplingan. Korang tau apa itu kemplingan? Kemplingan ini macam kumpulan kompang.. tapi dalam kemplingan ni ada satu gendang besar yang dipanggil Jidur. Ini terkenal sebagai muzik tradisional orang Jawa.

Biasanya Kemplingan ni dimainkan pada malam sebelum kenduri besar, selepas pengantin akad nikah dan sanding malam berinai. Masa orang tengah sibuk2 melengkapkan apa yang masih kurang. Walaupun yang kendurinya family orang Minang (family besar aku ler tu..), tapi hiburannya hiburan Jawa. Nama kampung pun Kampung Jawa, mestilah ada juga tersentuh dengan budaya orang Jawa..

Kalau siapa yang tak pernah dengar tentang kemplingan ni.. bolehlah dengar kat video ini.. Enjoy...!





Yang tak bestnya waktu itu adalah.. (remember.. i was only 13 that time.. hehe) kemplingan ni akan dimainkan sampai kul berapa pagi ntah... takleh tido.. rasa dia ketuk jidur tu tepi telinga jer... Tapi orang2 tua masa tu.. sangat terhibur.. Sambil2 buat kerja2 'rewang' mereka dihiburkan dengan Kemplingan tu.. kalau tak salah aku, nyanyian zikir kan?

Kalo sesiapa yang lebih arif tentang Kemplingan ni.. bolehlah share di sini.. mana tau, info yang aku bagi itu sesat barat entah ke mana...! Kalo salah.. bak kata Amir RajaLawak...


I'M SORRRRIIIIIIIIII!!


CikTipah, ko tau tak kemplingan ini apakah?? Sila beri tunjuk ajar..!!




Salam kasih

Wednesday, July 29, 2009

Renew.. Refreshing..


Dah renew lesen memandu? Ingat tak bila expirednya lesen memandu ittew? Haaaa.... ! Tadi kat ofis diorang sibuk cerita pasal lesen memandu.. masing2 pun check lesen memandu masing2.. Memula aku tak amik port pun... wat tak tau jer sambil baca kisah gosip dunia hiburan di HarianMetro.. sangat ilmiah bahan bacaan aku kan CikTipah?? Hahaha..

Tiba-tiba baru aku perasan yang skrang bulan Julai.. lesen aku mati bulan Julai.. tapi tak tau bila... Aku keluarkan purse.. korek lesen memandu.. tengok2... .aduhai... mati 2/7/2009...!



Bayangkan, sebenarnya masa aku jalan2 mencari pantai sampai ke KT hari tu.. ...... errrr...... (sila sambung ayat dengan perkataan sendiri...) Terlupa okay... Sangat-sangat terlupa... Jadi balik dari ofis tadi.. aku terus singgah ke PostOffice Jalan Semarak untuk renew lesen. Nasib baik tak ramai orang.. amik masa less than 15 minutes..

Hmm.. berjaya juga renew lesen memandu akhirnya...


CERITA TAMBAHAN


Hari ini.. 6.30 pagi.. hujan turun dengan lebatnya di Kuala Lumpur. Rasa dingin. Angin sejuk bersama hujan. Aku terus buka tingkap ofis, dan snap gambr hujan.. Happy!!



Bendera2 yang berkibar ditiup angin dan dibasahi hujan pagi....



Aku suka hujan... hujan sejuk.. hujan bersihkan jerubu.. dan kata kawan aku.. hujan mengundang rindu.. hehe..

Gambar jam 6.30 pagi. Malam tadi aku cuma tidur 2 1/2jam hasil dari minum kopi di sekolah.. untuk mengelak mengantuk di dalam kelas... Itu yang buat aku berjaga hingga jam 2.30am. Hujan juga buat aku rasa fresh.. kerana udara yang fresh lepas hujan..



Salam kasih.

Kantoi

Balik dari kelas malam tadi, aku pergi lepak2. Borak-borak. Sambil minum2 dan makan kudapan. Kemudian aku terdengar couple kat sebelah aku, 'berantakan'. Aku duduk terlalu rapat dengan mereka.. kalo aku hulur tangan aku.. sah2 aku boleh sentuh bahu mereka. Hmmm Cerekarama free nih..! Hiks...!


Si dara telah kantoi.. Si teruna dapat tahu, si dara telah keluar 'dating' dengan suami orang..!

"Ohh.. kamon sayang.. .you know he's merid kan...!" gittew...

Berlakulah debat dwibahasa. Kadang2 bahasa pasar, kadang2 bahasa manglish. Sambil keduanya bertanding, kepulan asap rokok sapakah yang paling berkuasa.

Kemudian bila diorang berlalu, aku toleh. Si dara masih memujuk si teruna. Sambil berjalan sebelah tapak tangannya terletak pada bahu si teruna, sambil muka mengadap sisi si teruna. Hmm.. kalo tersadung batu.. salah siapa agaknya? Hehe..

Dipeluk bahu si teruna.. si teruna wat dek je.. tapi beberapa saat lepas tu... tangan si teruna tu dah merangkul pinggang si dara...


Hmmm... macam tu agaknya nak memujuk lelaki, si kekasih hati ye?



*aku terus teringat lagu ZeeAvi ini... KANTOI. hehe..





Enjoy the video.



Salam kasih.

Tuesday, July 28, 2009

Panama... Penama...


Hari tu dalam lift, ada notis bagitau wakil dari EPF nak datang ofis untuk urusan update penama. Baru teringat yang aku belum update lagi penama. Nak letak penama ni pun.. payah jugak ek?? Kena gak fikir itu dan ini. Kalo ada suami, ada anak2 senang...


Kalau aku takda nanti, bolehlah my sis settlekan hutang2 aku yang ada.. which are not covered by insurance.. lepas tu.. gunalah duit tu seadanya.. Yang penting, kalo esok lusa dia kawen, satu je syarat aku letak; aku tak bagi dia share duit EPF peninggalan aku ni dengan hubby dia! Kalo nak share gak.. bagi je yang 14sen tu.. wat bayar tax. Ekekekeke... kejam kan?? Terima kasih.. hahahahaha

Kalo aku kawen nanti.. dan hubby jadi penama.. kalo aku dah takda... dia nak kawen ngan artis kat M'sia ni.. anytime.. bila2 masa je.... kawen free.. hahahahahaha. Bayangkan hantaran 5 angka anytime dia boleh bagi... mesti ramai yang ingin berchenta dengan dia... ekeke

Sudahkan anda mengemaskini atau memeriksa Penama untuk KWSP anda? Jika belum... sila periksa untuk kesenangan dikemudian hari. Ingatlah, bila-bila masa sahaja, kita akan dipanggil mengadap Illahi.. tak kira di mana jua kita berada.. (aku jadi insaf dan terfikir pasal penama EPF ni selepas kes arwah Yasmin Ahmad rebah semasa presentation).




Salam kasih.

Monday, July 27, 2009

Cuci Mata Dulu


Buat sementara waktu ni.. aku nak ajak korang cuci mata dulu ye... tengok gambar makanan. Seperti biasa, mungkin boleh bagi idea untuk korang nak makan apa nanti.. sila ye..

Jalannnnn jalannnn...

Jalan jalan carik makannnnnnnn
Jalannnnn jalannnnn
Jalan jalan carik makannnnnnnnn



Mee kari @Perak Kopitiam ke apa ke nama kedai ni kat BB Bangi, opposite Bangi Kopitiam. Boleh laaa....... (Markah kesian sebab kedai baru operate)


Mee rebus @Memori Corner Taman Melati R&R at MRR2. Mmm.. not bad..


Black pepper chiken @Taman Bukit Indah, Ampang. Yang ni sedap... :-)


Jus belimbing.. sedap tapi manih leting weh..!
Should have called for Jus Belimbing takmo gula..



Yang ni paling best sekali... the best ubat batuk ever.. hahaha... Longan beli kat Pasar Malam Setiwangsa... dekat ofis KRU tu... sekilo RM4. Haruslah beli sekilo.... basuh bersih2... masuk petiais... bagi sejuk... SORGAAA!!! Ada orang kata tak leh makan longan ni sebab nanti batuk. The petua is, basuh bersih2 and then jangan gigit kulit longan tu untuk kupas... sila kupas guna tangan.. insyaAllah tak batuk.



Salam kasih.


Jujur & Berani Mati



Tajuk gerun sungguh!! Kononnya. Hehe.. Mamai bagi aku tugasan. Aku ingatkan 'bintang-bintang' AF je yang ada tugasan.. rupanya blogger pun ada yek... Aku akan cuba buat tugasan ini sejujur yang mampu, tanpa prejudis. Tiada plagiat(betul ke ejaan aku nih?). Tiada copy paste.


Amaran: Ada diantara jawapan2 aku ini adalah jawapan berani mati.



1. Bekas kekasih saya adalah suami orang, anaknya lebih dari tiga

2. Saya sedang mendengar iklan KFC di AstroPrima.. rasa lapar pulak tiba2..

3. Mungkin saya patut jalan ke arah PaddlePop, berhenti dan kata "assalamualaikum.. i miss u" malam tadi.. <-- keje giler!

4. Saya suka baca statement NomanAkim dalam HarianMetro semalam. Expected babe..!<-- menaip dari pengalaman nih..

5. Sahabat-sahabat baik saya ramai yang dah kawen dan beranak-pinak

6. Saya tak faham kenapa setiap hari Jumaat, jalan2 kat KL ni lebih jem dari biasa, kan?

7. Saya kehilangan mak dan ayah, diwaktu saya masih sendiri :(

8. Ramai yang kata saya ni jovial.. kalau diorang boleh scan hati dan minda saya.. mungkin kata2 mereka akan berubah

9. Cinta itu adalah anugerah dari Allah

10. Di suatu tempat, seseorang sedang gosok gigi

11. Saya akan cuba dan sedang memberi masa kepada dia.. seperti yang dia minta

12. Ayat SELAMANYA membawa maksud FOREVER

13. Telefon bimbit saya bernama Nokia N70.. dah tua, tapi tahan lama..

14. Bila saya terjaga dari tidur saya sebut Alhamdulillah.. kemudian tekan switch lampu.. kemudian.... kemudian.. kemudian...

15. Saya paling meluat bila orang memberi alasan itu ini sedangkan semuanya tipu

16. Pesta/Parti adalah satu aktiviti yang memerlukan duit

17. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah penyu yang sedang mencari makanan di dasar laut.. setelah penat mengejar

18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah umur yang saya ada sekarang

19. Hari ini saya ada jamuan kat ofis. Ada orang sedekah pulut kuning dan rendang ayam.. yummy!

20. Malam ini saya akan prepare untuk class esok hari, InsyaAllah

21. Esok saya akan pergi class dari 6.30pm hingga 10.15pm

22. Saya betul-betul inginkan segala yang terbaik untuk saya dan dia, insyaAllah.. amin...

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini saya terfikir.. "hmm.. solution untuk lense dah habis la..."

24. Pusat Membeli belah atau arked permainan sama seperti pesta, perlukan duit.

25. Makanan barat atau Jepun tidak sama rasanya seperti nasi lemak atau roti canai

26. Bilik yang terang atau gelap, kalau dah mengantuk, terlelap jua...

27. Makanan Segera adalah mahal

28. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang : bye2

29. Siapa yang anda mahu TAG: semua yang teringin nak menjawab tag ini.. silakan....



Mamai, selesai sudah. Haha.. Aku dah passkan tugasan ni pada sesapa je yang sudi nak menjawab.




Salam kasih.

Sunday, July 26, 2009

Dia Telah Pergi


Dia telah pergi. Yasmin Ahmad.. telah pergi buat selama-lamanya.. Setelah perjuangannya berakhir jam 11.25 malam tadi. Aku tak kenal dia secara peribadi, cuma aku kenal dia dengan karya2 hebatnya. Sepet. Gubra. Mukhsin. Talentime. Iklan2 seperti Family, Funeral yang aku ceritakan di entry yang ini, iklan2 raya, iklan2 merdeka yang selalu ditunggu2 di hadapan kaca tv. Malaysia kehilangan insan seni.. Di saat2 terakhirnya juga... dia sedang membincangkan tentang seni.. kemudian rebah.. tidak sedarkan diri.. segalanya terhenti.


Yasmin, tenanglah rohmu di sana.. semoga dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Yasmin juga seorang blogger. Dan dalam entrynya terakhir, 22 Julai yang lalu.. tiada kata-kata. Hanya lagu yang syahdu dan mendayu...


Aku terbayang gambar arwah Yasmin ketika di hospital. Terbaring kaku. Aduhai.. airmata aku mengalir lagi pagi ini.. sudah terasa kehilangannya. .. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mu, Yasmin... Amin.


Alfatihah untuk Yasmin Ahmad dan mereka yang telah pergi mengadap Illahi.



Salam kasih.



p/s: Terfikir dalam hati. Lebih baik aku bagi password blog ini pada seseorang. Supaya nanti, bila aku sudah tiada.. dia boleh bantu aku untuk sampaikan berita pemergian aku. Dan kemudian blog ini ditutup secara rasminya..

Friday, July 24, 2009

Jerubu Itu

Sekarang ini Kuala Lumpur dilanda jerubu. Dah beberapa hari dah jerubu. Bukan berhari.. dah berminggu sebenarnya.. Kuala Lumpur dah hilang serinya.. Tak terlihat segala yang indah tentang Kuala Lumpur. Entah bagaimana rupa langit.. entah bila dapat menjenguk matahari lagi. Jerubu ini buatkan berair mata. Jerubu ini buatkan sesak nafas, senak dada. Jerubu buatkan hilang rasa. Hilang mood. Jerubu ini buat jadi tertanya2.. bila agaknya Kuala Lumpur ini jadi cerah semula.


Aku rindukan kau yang dulu.. Buat aku rasa tenang. Rasa happy. Rasa bahagia. Aku rindukan suasana bangun pagi dengan senyuman.. Bukak tingkap. Boleh nampak KualaLumpur waktu pagi yang tenang dan damai. Aku rindukan masa yang dulu....


Aku tarik sehelai tisu dari kotak. Aku lap mata yang pedih berair. Semuanya kerana jerubu.





Salam kasih.

Wednesday, July 22, 2009

C is for Challenge


Kelmarin, ada entry ini dalam blog mamai. Tentang kesempurnaan atau kesefahaman. Entah kenapa lepas baca entry tu.. terus keluar ayat2 ini dari hati dan kotak minta (read:perasaan?) untuk aku tulis dalam comment box entry tu..



Cinta itu adalah challenge
Sama ada kau menang
Atau kau kalah

Kalau menang dapat immuniti
Kalau kalah, kena undi keluar.



Challenge. Sebab cinta tu perlu kemenangan. Hati perlu ditawan. Hati perlu dicuri. Hati perlu ditarik. Perlu cuba. Perlu 'fight for it'. Perlu usaha.

Bila dah cuba dan usaha.. Tinggalkan gelanggang. Diam. Tunggu sahaja keputusannya. Sama ada kau menang atau kalah. Kalau menang... usahalah untuk mengekalkan immuniti hingga ke hujung dunia. Kalau kalah... berehat sebentar... cari balik semangat yang hilang.. dan hidup kembali... sebab cinta itu adalah anugerah dari Illahi.




Salam kasih.

Monday, July 20, 2009

Semalam Ku BerMIMPI



Malam ku bermimpi
Hai dengan satu bintang
Berkata-kata ku di jendela
Ku lihat kanda tersenyum memandang
Asmara bergelora
Meresap ke dada





Sudeh!!!! Itu lagu lama... !!



Sebenarnya semalam, PatungCendana dan Addyaholix ajak aku join diorang pergi nonton MIMPI. Ada puisi. Ada lagu. Ada puisi dalam lagu. Ada ekspresi hati. Ada kongsi cerita. Jumpa diorang di TheMall. Kali pertama aku jumpa Addyaholix.. hensem & tinggi..! (Addy.. lepas ni leh belanja kakDib.. haha!). PatungCendana datang ke KL, atas urusan keluarga.. bertemankan anakdaranya.. Jamee.. pun tinggi macam mama dia untuk remaja yang baru Form2.


Kami ke Laman Budaya, Shah Alam. Aloy dah bagi direction kat PatungCendana, bila dia kata dekat Tasik Shah Alam.. taulah aku mana nak dituju.. Dalam setengah jam kemudian, kami sampai.

Mencari Mimpi....




Nama pun MIMPI.. DUNIA GELAP. Dah tentu, keadaanya gelap.. hanya ditemani cahaya pelita dan 'lampu ayam'. Tengok cahaya pelita, terbau minyak gas.. teringat malam tujuh likur... hmmm.. semangat raya datang kembali..!!

Performance mereka-mereka malam itu, 'malam pertama' aku dengan MIMPI, aku rasa santai... dan menghiburkan.. Relax dan layan...! Yang paling aku ingat adalah MC yang luar dari biasa dan performance dari Angah Silotape & 2 bro. yang dalam gambar tu.. Persembahan korang berjaya lekat dalam memori aku.


Addy, PatungCendana, Jamee and I

Time rehat. Ada refreshment. Mihun dan air soya adalah sedap! hehe... siapa lah yang masak ni ye.. hehe... :-) Time rehat ni jugaklah, kitorang amik peluang pose2 tepi tasik.. Elok jer beraturnya dalam gambar tu.. Aku rasa rendah betul malam tu.. depa ni semuanya tingi2... duh!!! :-)


Gambar2 after the event. Gambar dengan orang kuat untuk event MIMPI malam tu.. Korang memang superb!

Sebelum balik.. sempat amik gambar poster.. paradoks & Aloy. Atau Aloy dan paradoksnya? Mana satu ye? hehe..


Tahniah again untuk everyone. Pengalaman pertama aku sebenarnya.. Nanti kalo ada buat event lagi.. jangan ler lupa jemput lagi ye.. Korang memang berbakat.. Tahniah..!





Salam kasih.

Kesinambungan


Kesinambungan...... ha.... aduihsss.... tiga empat kali delete nih.. salah eja.. hahaha... Gini.. kesinambungan dari enty Kursus Hujung Minggu yang lepas.. ahad lepas, sempena kelas kensel ni.. aku pergi ke WaniPesona untuk amik sijil yang dah siap dekat 2-3 minggu jugak dah...



Alhamdulillah... dapat jugak sijil ni sampai ke tangan aku... Tu lah orang kata... setiap yang berlaku itu ada rahmatnya.. Nasib baik kelas kensel minggu lepas.. kalau tak.. terbiarlah sijil ni kat sana...


Dah ada sijil ni.... hmm...... what's next??




Salam kasih.

Sunday, July 19, 2009

Marathon.. yang tidak memenatkan

Aku dah selesai, nonton movie ini.. Laskar Pelangi





dan filem ini... Perempuan Berkalung Sorban





dan sekarang ini.. sedang marathon.. Nur Kasih..






Terima kasih kepada Youtube... I love my weekend..




Salam kasih.

Saturday, July 18, 2009

Berdiri Seorang Perindu



Weekend.... kalau takda class adalah masa untuk santai2, buat kerja2 tertunggak, peluang untuk habiskan baca buku cerita dan mengemas2. Tadi, lepas Maghrib, duk dalam bilik, kemas apa yang patut. Sambil2 lipat kain tadi, dengar SinarFM, lagu permintaan. Kadang2 menarik jugak layan lagu2 lama nih... teringat zaman kanak2, zaman sekolah, zaman study dulu... dan kebetulan jugak... ada yang request lagu Berdiri Seorang Perindu dari Ibnor Riza..

Teringat kembali masa Konsert Lelaki Ini Anuar Zain baru-baru ni, AZ nyanyikan lagu ni... tangkap syahdu..!! Terus cari lagu ni di www.mixpod.com dan letak lagu kat sini..



Berdiri Seorang Perindu - Ibnor Riza


Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji

Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia

Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan

Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu




Enjoy the song ya...




Salam kasih.

Masa Sabar dan Doa


Tadi aku lepak minum2 dengan Baizura. Bercerita. Sembang orang perempuan. Tentang di mana ada SALE, tentang tempah baju raya, tentang kuih raya... owh.. dah nak raya ye... Puasa dah habis ganti? Kemudian tentang hidup. Relationship. Life. Panjang juga cerita kami.. dan akhirnya kami sampai kepada satu conclusion iaitu..

"kalau masa yang dia perlukan.. berikanlah masa kepadanya... dan berilah pada diri kau SABAR dan sabarkan hati kau dengan DOA... Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Mendengar.."

Satu kenyataan cliche yang selalu digunapakai orang... yang selalu kita dengar dan lihat....

"jika sayangkan seseorang lepaskan dia... andai dia kembali..dia milikmu selamanya...."

"Hati itu fragile... " kata dia...


Aku kata pada hati..

"Mari hati...
aku seal hati baik-baik,
lapik dengan styrofoam elok-elok..
supaya kalau hati itu jatuh..
jatuhnya tidak sakit..
tidak berkecai...
tidaklah berderai segalanya ke lantai.."


Panjang betul sembang... nasib baik balik sebelum detik 12malam.. kalau tak ada yang tercicir selipar ntah kat mana... jenuh pulak nak kena beli selipar baru.. haha



Salam kasih.

Friday, July 17, 2009

Kensel Lagi...

Termenung aku sekejap dibuatnya.... !! Aduhai....


Hati semangat nak gi class this weekend... terbantut... bila check email tadi....


1st email
Dear Students,

Please note that the Management Policy and Corporate Strategy class for 18 July 2009 is postponed to another date.


2nd email
Dear students, Please be advised that Comparative Business Ethics class is postponed. The classes will start as scheduled next week.


Perkara biasa untuk postgrad student. Kelas kensel. Huhu. Nanti ada kelas ganti.. tapi.. bulan puasa...? Aduh.. penatnya....


Kelas duk kensel semata ni, apa cer??. .. sedangkan dalam schedule dah nyatakan Mid-Term exam hanyalah 5 minggu dari sekarang! Walau cemanapun.. takpa.. life must go on... MALAYSIA BOLEH!! :-)




Salam kasih.

Ada Ong!!

Malam tadi, sebelum melelapkan mata, tengok kat blog dulu.. scroll ke bahagian bawah., tengok2 ada sesuatu.. sesuatu yang memang menjadi rebutan ramai...

No. tamu dah menjangkau ke satu lapan lapan lapan lapan (18,888). Nombor ni kalau orang Cina kata... ada ong..! Ye ke??

Walau cemana pun... its just a number... Aku tetap suka no. 7! hehe..






Salam kasih.

I Am...


C.O.N.F.U.S.E.D!!!


.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........??


Thursday, July 16, 2009

Selamat Pagi.. Kembang Pagi

Hari terakhir di Cherating, pagi tu, sebelum aku ucapkan selamat tinggal kat Cherating, aku jalan2 di tepi pantai.. Aku perhati.. bunga kembang pagi aka morning glory yang banyak tumbuh melata di pasiran pantai tu...




Cantik bunga kembang pagi ni... walaupun hidupnya 'selamba' saja tumbuh menjalar di pasiran pantai... tapi.. bila di teliti.. cantik sungguh.. Hidup sendiri dan selamba.. tak dipeduli orang pun.. tak perlu disiram, dijaga, dibaja...


Bunga kembang pagi.. SURVIVOR yang CANTIK dan SELAMBA!!





Selamat pagi. Salam kasih.

Wednesday, July 15, 2009

Kerana Name Tag Itu


Kalau aku tak turun bawah, gi tapau kueteow goreng untuk dinner tadi, mungkin semua ni tak jadi.. Ini semua kerana gara-gara teringin.. sebab tak tau nak dinner apa... Kisahnya begini...

Lepas tapau kueteow goreng tadi, aku pun jalan ke arah lift lobby, nak balik umah. Then.. lift pun terbukak.. aku masuk dengan 3 yang lain.. Pintu lift pun tutup... tapi... tiba2 terbuka balik... ada seorang budak sekolah menengah masuk.. dengan muka yang penat..

name tag.. gambar dari google image


Aku perati budak sekolah tu.. dan mata aku terhenti bila tengok NAME TAG dia... nama dia mengingatkan aku kat seseorang. Masa zaman sekolah menengah dulu.. waktu di tingkatan 6 selama 3 bulan tu..

Sepanjang perjalanan dari Ground Floor ke Tingkat 15 tadi, aku teringat kisah dulu-dulu..

Aku masuk tingkatan 6 di sekolah lain.. dan dalam tingkatan 6 tu, carca merba. Student datangnya dari macam-macam sekolah di sekitar daerah Kajang. Dari Bangi, Semenyih, Cheras dari Kajang sendiri pun... semuanya masuk dalam satu sekolah ni..

Disebabkan most of us yang masuk form 6 tu sekadar nak enjoy dan networking (ha ha ha), jadi masa bermain2 tu lebih diingati sampai sekarang daripada subjek yang dibelajar time tu.. which is aku pun dah lupa sekarang nih.. Ko tanya apa pun.. gwe udah ngak ingat lagi dong..!

Dalam enjoy2 dan networking2 tu.. aku pun 'tersuka' lah dengan mamat sorang nih... Ex-student MRSM, ensem seyyyyy!!! Comel jer.. Sepet! hehe... Duduk kat Bandar Baru Bangi..! Nampak innocent dan skema.. tapi melihatkan seluar sekolah dia yang agak fit dan gaya ala2 diskang.. aku tak caya dia ni innocent! Mesti budak nakal jugak nih...!

Biasanya aku & geng akan duk kat tepi tangga (buruk sangat la kan... anak2 dara duk melepak kat tangga) sambil bergosip pepagi.. dan setiap kali dia lalu kat tangga tu... kitorang akan diam dan memerhati.... keenseman dia.. Hiks!

Dapat phone number... rajin la aku gayut ngan dia.. dulu pakai telefon umah.. mana ada henpon segala... dalam telefon memang dia gila-gila.. tapi kat luar..skema jer.. Then, aku dapat masuk ITM Kuching.. dia ke ITM Perlis.. jauh giler tu.... Sebelum berpisah.. sebelum aku terbang gi Kuching, kami jumpa kat depan KFC Kajang.. dia bagi gambar kat aku.



Nampak tak bulatan dalam gambar nih... ekeke.. Gambar zaman dolu2.. time tu rambut gini adalah femes occay! ekekeke.. bantal ittew adalah untuk mengcover kepala lutut yang terserlah.. hahahaha. Mau selim macam dalam ini gambar semula!!! Helpppppppp!!! :-)

Gambar dia aku potong kecik.. aku letak kat notis board kat tepi katil, together with his card. Sebelum tido tu aku tengok la muka dia.. tapi sebelum tido jer la.... bila bagun tido tu.. kadang2 je aku ngadap gambar dia.. sebab kadang2 aku pusing2 ntah ke mana.. ekekeke..


Walau dalam kesamaran pun... masih nampak kehemseman dia lagi.. ekekekekeke.. Hmmm.. kat depan KFC tu la kali terakhir aku jumpa dia... lepas tu kami lost contact.. ye laaa aku balik umah pun 6 bulan sekali. Handphone takda nak contact. Rumah dia pun aku tak tau kat mana. Takkan aku nak cari dia macam orang jual surat khabar lama kan? Giler!

Dan bila keluar dari lift tadi .... aku tanya kat diri aku sendiri... "Dah anak berapa agaknya dia ye....." Hehe..


Name tag itu.. mengingatkan aku kisah zaman dulu.. zaman cinta monyet.. zaman puppy love.. oleh kerana aku bukan monyet dan bukan puppy.. cinta itu sudah tiada lagi, tak menjadi. Aku happy dengan semua memorinya.. :-)



Salam kasih.

Aku Rindu...


Aku suka kau..
Kau warna warni
Kau Manis
Walaupun
Kau sejuk
Beku
Dan
Boleh buat aku
Sakit gigi,
Aku tetap suka!

Dah dua hari
Aku tunggu kau di sini

Aku tak ke mana
Aku tetap menunggu
Sebab aku tau
Kau perlu masa
Untuk sampai ke sini

Aku tunggu kau..
Tertinjau tinjau
Tertanya-tanya

Mana aiskrim neh??.. aku rindukan Paddle Pop!




Salam kasih.

Tuesday, July 14, 2009

Beautifully Imperfect

Salah sorang kawan aku di FB, uploadkan video ni di profile page nya. Satu iklan yang bertajuk "Funeral". Tentang beautiful imperfections.

Beautiful imperfections, adalah sesuatu yang miracle. Sesuatu yang takkan dapat dicari oleh pasangan2 yang baru sedang bercinta. Yang baru kenal antara satu sama lain. Nak sendawa pun cover. Gelak pun cover. Kentut tak pernah sekali. Korek hidung.... hahahah giler?? Semuanya duk cover.. kerana cuba menjadi yang perfect. Sempurna dari pangkal tudung hingga ke hujung kaki. Takut nanti tidak diterima kerana terlihat kecacatan dan kekurangan. Takut hilang cinta.

Tapi percayalah wahai anda2 yang sedang bercinta;

  • gelak terbahak
  • tidur berdengkur
  • kentut
  • sendawa
  • korek idung
itu semuanya adalah REALITI. Tak percaya? Lihatlah mak & ayah kita... atuk&nenek kita bagaimana...? Tidak sempurna. Sebab tiada siapa pun antara kita yang sempurna.. Tapi itulah yang indahnya... Lihatlah video ini...





Aku juga inginkan seseorang yang beautifully imperfect.. yang mungkin ada kekurangan dan cacat cela di mata orang lain.. tapi indah di mata aku.. Dan seseorang yang boleh terima kenyataan.. yang aku juga tidak sempurna... ada kekurangan... Seperti kata wanita dalam video itu..

".. in the end, these small things that you remember, the imprefection... that make them perfect to you..."





Tahukah anda.. video klip dari Singapura itu adalah arahan Yasmin Ahmad?




Salam kasih.

Selamat Menjamu Mata

Dan ada plan nak makan apa tengahari nanti... Mari ler... aku kongsikan apa yang menarik yang pernah aku makan masa trip hari tu..


Gulai ikan sungai mmm.. lupa dah nama ikan tu.. Ikan Kawai kot.. makan bersama tempoyak pucuk ubi & ulam kacang botol.. dan sambal belacan+bacang. Aku makan kat R&R Temerloh... sangat sedap..!! Ikan sungai tu agak mahal sikit.. RM9 sepotong.. tapi berbaloi... Ada orang yang tak suka ataupun tak pandai makan ikan sungai.. Aku pandai makan sebab dulu2 arwah ayah rajin gi menjala kat sungai.. jadi.. mudah dapat bekalan. Kalau bukan dari hasil menjala.. ada jer orang2 kampung yang datang.. bawak ikan.. jual harga 'seikhlas hati'.





Waffle with Egg dimakan bersama dengan RutBir Float.. dengan dihiburkan dengan permandangan Pantai Batu Buruk di Terengganu... Sorga..!!


Nasi kerabu di Cherating.. warna putih pulak nasinya... Di makan bersama dengan Ayam bakar.. Sedap jugak.. tapi pelik nasinya warna putih.. Hehe..




Pais ikan yang aku beli di Teluk Mak Nek... dimakan bersama dengan Kopi Peng Hai Peng. dari Kemaman.. sambil duduk santai di balkoni tempat aku tinggal di Cherating.. Nyaman udara.. nyaman makanan dan minuman... Alhamdulillah.. rezeki Allah..


Bersyukur tinggal di Malaysia yang punya banyak pilihan makanan... Kalo takda idea nak makan apa.. boleh lah dapat bayang2 dan klu2 untuk tengahari ni...





Selamat menjamu selera.. Salam kasih..


Monday, July 13, 2009

Mengubat Rindu


Minggu lepas, aku terima text dari adik angkat aku di Kuching, katanya mak & bapak angkat aku nak ke KL. Dia tanya nak kirim apa dari sana. Aku katakan takda apa.. tak perlu susah2.. Tiba masa.. Jumaat lepas.. dalam perjalanan balik dari kursus di Bangi, aku terima text;

"Salam.. mak & bapak dah ada di KL. Diam di hotel biasa.. "

Aku tukar haluan, memandu terus ke tempat diorang tinggal, di hotel sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mereka suka tinggal kat area tu.. senang nak shopping katanya.. Nasib baik senang dapat parking. Aku call bapak, tanya lokasi.. katanya "Mak ko lagik nangga kain di Jakel" (read: ur mama tengah tengok2 kain kat Jakel). Aku jawab "Aoklah.. kamek ngagak kitak di sia ajak lah.." (read: okay.. i'm coming!!!) hiks..!

Aku cari mereka di Jakel. Jumpa. Maka bersalam dan berpelukciumlah anak & mak kat Jakel tu.. dikhalayak ramai.. haha.. terlupa yang orang duk perati.. hehe. Aku rindu kat dia maaa... last jumpa sekali bulan November lepas masa aku gi Kuching. Lepas kami tengok2 kain.. dan aku tolong2 bagi suggestion mana yang cantik.. mana yang tak cantik.. kami pun gi dinner. Sambil dinner tu berboraklah tiga beranak ni.. pelbagai cerita.. pelbagai kisah kongsi sama-sama..

Lepas siap dinner, balik semula ke hotel.. "Nait bilit lok.. ambik barang kei kitak" (read: jom naik atas amik barang..). Rupa2nya mak bawak satu SupikGelenyar (ini bahasa kelantan.. sila translate sendiri hehe) kuih cincin yang sememangnya feveret aku..


Onggon, mak mek meli kuih cincin tok arah mesjid dekat AripOtel sia.. .. di kedei jual rempah2 ya bah.. Nyaman ko!!.. Owh... i love this kuih so much.. Kat KL ni aku lum pernah jumpa lagi kedai yang ada jual kuih nih..

Bila dah dapat kuih seplastik.. aku mintak diri.. Sudah Maghrib.. Salam ngan bapak.. "Jaga diri nak.. hati2..." Aku jawab "insyaAllah.. " Wajah aku masih senyum.. hati masih boleh kawal.. belum sedih..

Tapi bila salam ngan mak.. alahai... aku memang akan peluk dia lama2... sebab aku rindu arwah mak... Sejak arwah mak dah takda.. dengan mak angkat aku ni lah aku bercerita.. bersadu.. (read: mengadu) "Jaga diri... hati2.. walaupun kitak jauh, mak selalu doa yang terbaik untuk kitak, InsyaAllah.." Dia peluk aku tambah erat.. diusap2 belakang aku.. Maka bertangisanlah dua beranak nih...

Aku jalan ke lift, dia pegang tangan aku.. dan hanya akan lepaskan tangan bila aku masuk dalam lift. Dan dia akan tunggu depan pintu lift sampai pintu lift tertutup semula. Aku kalah. Kalah dengan airmata..


Ye.. aku sentiasa terima Kuih Cincin bersama airmata seorang mak... Kuih Cincin pengubat rindu.. rindu pada arwah mak & ayah, rindu pada mak&bapak angkat, rindu pada Kuching.. pada Kuih Cincin..




Salam kasih.