FOLLOWERS

Thursday, July 16, 2009

Selamat Pagi.. Kembang Pagi

Hari terakhir di Cherating, pagi tu, sebelum aku ucapkan selamat tinggal kat Cherating, aku jalan2 di tepi pantai.. Aku perhati.. bunga kembang pagi aka morning glory yang banyak tumbuh melata di pasiran pantai tu...




Cantik bunga kembang pagi ni... walaupun hidupnya 'selamba' saja tumbuh menjalar di pasiran pantai... tapi.. bila di teliti.. cantik sungguh.. Hidup sendiri dan selamba.. tak dipeduli orang pun.. tak perlu disiram, dijaga, dibaja...


Bunga kembang pagi.. SURVIVOR yang CANTIK dan SELAMBA!!





Selamat pagi. Salam kasih.

Wednesday, July 15, 2009

Kerana Name Tag Itu


Kalau aku tak turun bawah, gi tapau kueteow goreng untuk dinner tadi, mungkin semua ni tak jadi.. Ini semua kerana gara-gara teringin.. sebab tak tau nak dinner apa... Kisahnya begini...

Lepas tapau kueteow goreng tadi, aku pun jalan ke arah lift lobby, nak balik umah. Then.. lift pun terbukak.. aku masuk dengan 3 yang lain.. Pintu lift pun tutup... tapi... tiba2 terbuka balik... ada seorang budak sekolah menengah masuk.. dengan muka yang penat..

name tag.. gambar dari google image


Aku perati budak sekolah tu.. dan mata aku terhenti bila tengok NAME TAG dia... nama dia mengingatkan aku kat seseorang. Masa zaman sekolah menengah dulu.. waktu di tingkatan 6 selama 3 bulan tu..

Sepanjang perjalanan dari Ground Floor ke Tingkat 15 tadi, aku teringat kisah dulu-dulu..

Aku masuk tingkatan 6 di sekolah lain.. dan dalam tingkatan 6 tu, carca merba. Student datangnya dari macam-macam sekolah di sekitar daerah Kajang. Dari Bangi, Semenyih, Cheras dari Kajang sendiri pun... semuanya masuk dalam satu sekolah ni..

Disebabkan most of us yang masuk form 6 tu sekadar nak enjoy dan networking (ha ha ha), jadi masa bermain2 tu lebih diingati sampai sekarang daripada subjek yang dibelajar time tu.. which is aku pun dah lupa sekarang nih.. Ko tanya apa pun.. gwe udah ngak ingat lagi dong..!

Dalam enjoy2 dan networking2 tu.. aku pun 'tersuka' lah dengan mamat sorang nih... Ex-student MRSM, ensem seyyyyy!!! Comel jer.. Sepet! hehe... Duduk kat Bandar Baru Bangi..! Nampak innocent dan skema.. tapi melihatkan seluar sekolah dia yang agak fit dan gaya ala2 diskang.. aku tak caya dia ni innocent! Mesti budak nakal jugak nih...!

Biasanya aku & geng akan duk kat tepi tangga (buruk sangat la kan... anak2 dara duk melepak kat tangga) sambil bergosip pepagi.. dan setiap kali dia lalu kat tangga tu... kitorang akan diam dan memerhati.... keenseman dia.. Hiks!

Dapat phone number... rajin la aku gayut ngan dia.. dulu pakai telefon umah.. mana ada henpon segala... dalam telefon memang dia gila-gila.. tapi kat luar..skema jer.. Then, aku dapat masuk ITM Kuching.. dia ke ITM Perlis.. jauh giler tu.... Sebelum berpisah.. sebelum aku terbang gi Kuching, kami jumpa kat depan KFC Kajang.. dia bagi gambar kat aku.



Nampak tak bulatan dalam gambar nih... ekeke.. Gambar zaman dolu2.. time tu rambut gini adalah femes occay! ekekeke.. bantal ittew adalah untuk mengcover kepala lutut yang terserlah.. hahahaha. Mau selim macam dalam ini gambar semula!!! Helpppppppp!!! :-)

Gambar dia aku potong kecik.. aku letak kat notis board kat tepi katil, together with his card. Sebelum tido tu aku tengok la muka dia.. tapi sebelum tido jer la.... bila bagun tido tu.. kadang2 je aku ngadap gambar dia.. sebab kadang2 aku pusing2 ntah ke mana.. ekekeke..


Walau dalam kesamaran pun... masih nampak kehemseman dia lagi.. ekekekekeke.. Hmmm.. kat depan KFC tu la kali terakhir aku jumpa dia... lepas tu kami lost contact.. ye laaa aku balik umah pun 6 bulan sekali. Handphone takda nak contact. Rumah dia pun aku tak tau kat mana. Takkan aku nak cari dia macam orang jual surat khabar lama kan? Giler!

Dan bila keluar dari lift tadi .... aku tanya kat diri aku sendiri... "Dah anak berapa agaknya dia ye....." Hehe..


Name tag itu.. mengingatkan aku kisah zaman dulu.. zaman cinta monyet.. zaman puppy love.. oleh kerana aku bukan monyet dan bukan puppy.. cinta itu sudah tiada lagi, tak menjadi. Aku happy dengan semua memorinya.. :-)



Salam kasih.

Aku Rindu...


Aku suka kau..
Kau warna warni
Kau Manis
Walaupun
Kau sejuk
Beku
Dan
Boleh buat aku
Sakit gigi,
Aku tetap suka!

Dah dua hari
Aku tunggu kau di sini

Aku tak ke mana
Aku tetap menunggu
Sebab aku tau
Kau perlu masa
Untuk sampai ke sini

Aku tunggu kau..
Tertinjau tinjau
Tertanya-tanya

Mana aiskrim neh??.. aku rindukan Paddle Pop!




Salam kasih.

Tuesday, July 14, 2009

Beautifully Imperfect

Salah sorang kawan aku di FB, uploadkan video ni di profile page nya. Satu iklan yang bertajuk "Funeral". Tentang beautiful imperfections.

Beautiful imperfections, adalah sesuatu yang miracle. Sesuatu yang takkan dapat dicari oleh pasangan2 yang baru sedang bercinta. Yang baru kenal antara satu sama lain. Nak sendawa pun cover. Gelak pun cover. Kentut tak pernah sekali. Korek hidung.... hahahah giler?? Semuanya duk cover.. kerana cuba menjadi yang perfect. Sempurna dari pangkal tudung hingga ke hujung kaki. Takut nanti tidak diterima kerana terlihat kecacatan dan kekurangan. Takut hilang cinta.

Tapi percayalah wahai anda2 yang sedang bercinta;

  • gelak terbahak
  • tidur berdengkur
  • kentut
  • sendawa
  • korek idung
itu semuanya adalah REALITI. Tak percaya? Lihatlah mak & ayah kita... atuk&nenek kita bagaimana...? Tidak sempurna. Sebab tiada siapa pun antara kita yang sempurna.. Tapi itulah yang indahnya... Lihatlah video ini...





Aku juga inginkan seseorang yang beautifully imperfect.. yang mungkin ada kekurangan dan cacat cela di mata orang lain.. tapi indah di mata aku.. Dan seseorang yang boleh terima kenyataan.. yang aku juga tidak sempurna... ada kekurangan... Seperti kata wanita dalam video itu..

".. in the end, these small things that you remember, the imprefection... that make them perfect to you..."





Tahukah anda.. video klip dari Singapura itu adalah arahan Yasmin Ahmad?




Salam kasih.

Selamat Menjamu Mata

Dan ada plan nak makan apa tengahari nanti... Mari ler... aku kongsikan apa yang menarik yang pernah aku makan masa trip hari tu..


Gulai ikan sungai mmm.. lupa dah nama ikan tu.. Ikan Kawai kot.. makan bersama tempoyak pucuk ubi & ulam kacang botol.. dan sambal belacan+bacang. Aku makan kat R&R Temerloh... sangat sedap..!! Ikan sungai tu agak mahal sikit.. RM9 sepotong.. tapi berbaloi... Ada orang yang tak suka ataupun tak pandai makan ikan sungai.. Aku pandai makan sebab dulu2 arwah ayah rajin gi menjala kat sungai.. jadi.. mudah dapat bekalan. Kalau bukan dari hasil menjala.. ada jer orang2 kampung yang datang.. bawak ikan.. jual harga 'seikhlas hati'.





Waffle with Egg dimakan bersama dengan RutBir Float.. dengan dihiburkan dengan permandangan Pantai Batu Buruk di Terengganu... Sorga..!!


Nasi kerabu di Cherating.. warna putih pulak nasinya... Di makan bersama dengan Ayam bakar.. Sedap jugak.. tapi pelik nasinya warna putih.. Hehe..




Pais ikan yang aku beli di Teluk Mak Nek... dimakan bersama dengan Kopi Peng Hai Peng. dari Kemaman.. sambil duduk santai di balkoni tempat aku tinggal di Cherating.. Nyaman udara.. nyaman makanan dan minuman... Alhamdulillah.. rezeki Allah..


Bersyukur tinggal di Malaysia yang punya banyak pilihan makanan... Kalo takda idea nak makan apa.. boleh lah dapat bayang2 dan klu2 untuk tengahari ni...





Selamat menjamu selera.. Salam kasih..


Monday, July 13, 2009

Mengubat Rindu


Minggu lepas, aku terima text dari adik angkat aku di Kuching, katanya mak & bapak angkat aku nak ke KL. Dia tanya nak kirim apa dari sana. Aku katakan takda apa.. tak perlu susah2.. Tiba masa.. Jumaat lepas.. dalam perjalanan balik dari kursus di Bangi, aku terima text;

"Salam.. mak & bapak dah ada di KL. Diam di hotel biasa.. "

Aku tukar haluan, memandu terus ke tempat diorang tinggal, di hotel sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mereka suka tinggal kat area tu.. senang nak shopping katanya.. Nasib baik senang dapat parking. Aku call bapak, tanya lokasi.. katanya "Mak ko lagik nangga kain di Jakel" (read: ur mama tengah tengok2 kain kat Jakel). Aku jawab "Aoklah.. kamek ngagak kitak di sia ajak lah.." (read: okay.. i'm coming!!!) hiks..!

Aku cari mereka di Jakel. Jumpa. Maka bersalam dan berpelukciumlah anak & mak kat Jakel tu.. dikhalayak ramai.. haha.. terlupa yang orang duk perati.. hehe. Aku rindu kat dia maaa... last jumpa sekali bulan November lepas masa aku gi Kuching. Lepas kami tengok2 kain.. dan aku tolong2 bagi suggestion mana yang cantik.. mana yang tak cantik.. kami pun gi dinner. Sambil dinner tu berboraklah tiga beranak ni.. pelbagai cerita.. pelbagai kisah kongsi sama-sama..

Lepas siap dinner, balik semula ke hotel.. "Nait bilit lok.. ambik barang kei kitak" (read: jom naik atas amik barang..). Rupa2nya mak bawak satu SupikGelenyar (ini bahasa kelantan.. sila translate sendiri hehe) kuih cincin yang sememangnya feveret aku..


Onggon, mak mek meli kuih cincin tok arah mesjid dekat AripOtel sia.. .. di kedei jual rempah2 ya bah.. Nyaman ko!!.. Owh... i love this kuih so much.. Kat KL ni aku lum pernah jumpa lagi kedai yang ada jual kuih nih..

Bila dah dapat kuih seplastik.. aku mintak diri.. Sudah Maghrib.. Salam ngan bapak.. "Jaga diri nak.. hati2..." Aku jawab "insyaAllah.. " Wajah aku masih senyum.. hati masih boleh kawal.. belum sedih..

Tapi bila salam ngan mak.. alahai... aku memang akan peluk dia lama2... sebab aku rindu arwah mak... Sejak arwah mak dah takda.. dengan mak angkat aku ni lah aku bercerita.. bersadu.. (read: mengadu) "Jaga diri... hati2.. walaupun kitak jauh, mak selalu doa yang terbaik untuk kitak, InsyaAllah.." Dia peluk aku tambah erat.. diusap2 belakang aku.. Maka bertangisanlah dua beranak nih...

Aku jalan ke lift, dia pegang tangan aku.. dan hanya akan lepaskan tangan bila aku masuk dalam lift. Dan dia akan tunggu depan pintu lift sampai pintu lift tertutup semula. Aku kalah. Kalah dengan airmata..


Ye.. aku sentiasa terima Kuih Cincin bersama airmata seorang mak... Kuih Cincin pengubat rindu.. rindu pada arwah mak & ayah, rindu pada mak&bapak angkat, rindu pada Kuching.. pada Kuih Cincin..




Salam kasih.

Pelik..


Satu malam tu, aku jumpa seseorang. Blogger. Tempat perjumpaan kami memang sangat menarik. Dalam kereta. Di stesen minyak Petronas. Bertemankan siaran radio SinarFM dan aircond paling slow. Bertemankan lampu neon. Dan papan iklan Bumble Bee dari famili Transformer. Borak punya borak punya borak.. tiba-tiba keluar statement dari dia.

"Blogger ni pelik-pelik.." kata dia sambil senyum..


kemudian dia geleng kepala..



kemudian dia senyum lagi..



Aku tanya dia "Huh? Pelik..? Apanyer yang pelik?? U mean... I pelik?"

"Ye.. pelik.. I kan blogger. Kan i ni pelik..?" jawab dia selamba

"Ish.. pelik!" Ayat keluar dari mulut aku hasil tindakan refleks dari statement dia tadi.



Apa yang dimaksudkan pelik itu? Aku pun tak tau.. sebab sampai sekarang aku belum dapat jawapan dari dia.. Hehe..


Mungkin pelik yang dimaksudkan oleh dia adalah seperti peliknya situasi dalam gambar ini. Gambar tandas awam di salah sebuah pantai yang aku snap tempohari . Tandas awam yang punya 'kuali' astro dan balang2 berisi gula2 dan junk food di kaunter toilet tu sendiri. untuk di jual.... Mmm... pelik...



Salam kasih.

Sunday, July 12, 2009

Hari Ini..Setahun Yang Lalu..


Pada tarikh ini, pada waktu ini...setahun yang lalu... perginya ayah untuk selama-lamanya meninggalkan kami.. Dan setahun yang lalu.. aku ceritakan tentang itu..


dalam entry yang ini...

dan luahan hati dan rasa yang ini...



Semoga arwah ayah dan mak tenang di sana.. dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, insyaAllah..



Salam kasih.