Friday, October 26, 2007

My-car-diss



Something to share with my blog readers.


Pronounced: MY-car-diss
Generic name: Telmisartan




"Micardis controls high blood pressure. It works by blocking the effects of a hormone called angiotensin II. Unopposed, this substance tends to constrict the blood vessels while promoting retention of salt and water--actions that tend to raise blood pressure. Micardis prevents these effects and thus keeps blood pressure lower. It can be prescribed alone or with other high blood pressure medications, such as diuretics that help rid the body of excess water."




"You can take Micardis with or without food. To avoid forgetting a dose, make a habit of taking it at the same time each day."

"--If you miss a dose..." (err.. I often miss it on weekend, tertinggal dalam drawer kat office)

"Take it as soon as you remember. If it is almost time for your next dose, skip the one you missed and go back to your regular schedule."(in my case, on Monday lor....).






"Side effects cannot be anticipated. If any develop or change in intensity, inform your doctor as soon as possible. Only your doctor can determine if it is safe for you to continue taking Micardis."

  • "More common side effects may include:
    Back pain, diarrhea, respiratory tract infection, sinus inflammation"



For further details, please visit www.healthsquare.com and here, for details on young adult hypertension.





Thursday, October 25, 2007

Rumah Terbuka Aidilfitri

Attended a Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri in KL last night. Ramainya tetamu.. Ada ramai familiar faces (VIP) yang aku kenal tapi for sure, depa tak kenal aku.. heheheh :-) Antaranya Jutawan Internet En. Irfan Khairi, Mr. Freddie Fernandez, Chef Ismail, Linda Onn&her 'teman rapat' (Fahrin), deejay2 Era, artis2 KRU Music Group, Farid Kamil(pelakon), Raja Farah(pelakon) and beberapa orang lagi yang aku kenal muka depa tapi tak ingat nama..

Ingat nak snap gambar banyak2, tapi segan pulak.. nanti depa confius ingatkan aku wartawan dari mana2 pula.. :-)



snapy2 gambar.. nak amik dekat2 segan..




ezlynn & her press interview




orang2 kuat industri filem sedang chit-chat




Terima kasih, tuan rumah!


To KRU, especially Yusry as the tuan rumah, thanks for the invitation. Terima kasih daun keladi.. Nanti kalau terserempak lagi dgn you on the road, I angkat tangan tinggi2 okay.. siap bagi "high beam" lagi.. :-)

Tiba-tiba:

  • terasa rindu nak tengok show KRU macam dulu2..
  • terasa rindu nak tengok konsert KRU macam dulu2.. (kalau ada 4 lokasi, semua lokasi tu kitorang pegi & selalunya ahli rombongan cik Kiah ke konsert tak kurang dari 6 orang...)
  • terasa rindu nak dengar lagu2 lama & video klip KRU (zaman dulu2 siap hafal lagu2 & steps tarian occay!! haha)
  • terasa rindu dengan kawan2 yang aku kenal melalui KRU. (Apa khabar agaknya diorang... agaknya ramai yang dah kahwin dan maybe dah ada anak2 yang minat Dafi/Adam macam mummy/daddynya minat KRU dulu.. hehe)



Anyway... life must go on....





ps: To AC, terima kasih daun keladi..

ps2: CikTipah, gambar BangLong tak dapat nak snapy2 sebab BangLong bz entertaining VIPs


Bila Terasa Rindu - Part II

I met this young&handsome guy last nite. We were at a rumah terbuka aidilfitri and I was introduced to him by AC. He's the only AF5 guy that I could still recall other than Mila (Juara AF5) because of his 'charming' single song, Bila Terasa Rindu. Maybe some of the guys sound better than him in AF5. Dia selalu menjadi 'mangsa' kritikan pengkritik and viewers when he was in AF5 but hey.. he still survive! .. and I hope he'll keep moving on.. wish u all the best Dafi!! Kepada pengunjung blog yang minat Dafi [atau anak2 uols minat Dafi ;-)] dapatkan single album Dafi di kedai2 CD ataupun pasaraya2 besar berdekatan anda..!
Check out Dafi's official website !!


cikTipah, aku terasa tua occay!!! hahahaha :-P



Amy, Ray, Lyn, Safia, Megat, Dafi and me ...
[err.. hope i got their names right ;-)]

He introduced me to his VID (Very-Important-Dafinates) who drove all the way from Kelang/Shah Alam to join him for this rumah terbuka Aidilfitri. A new circle of close friends, by just joining a fanclub. Have fun and enjoy every single moment guys! I've experienced this.. 15 years back.. dak gittew cikTipah? :-) And tiba2.. terasa rindu kat semua member2 lama....


smile....! ;-)

Enjoy his first single song "Bila Terasa Rindu". I love it. And sorry... i don't have his phone number.. :-)

Bila Terasa Rindu- Part I



"Cuba teka siapa saya..?"


Quickie From Office

This is the 1st time I write from my office. Due to network problem, everyone could xcess to the internet (selalunya hanya intranet sahaja).. Kesian kan.. kalau ada network problem... baru bleh online.



Rasa2 macam nak nyanyi lagu Dafi ni... no. 2 di Carta Era sekarang..



"Bila terasa rindu
Ku sebut namamu
Dengan harapan kau kan muncul
Dalam tidurku
Bila terasa rindu
Ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh..."






Kenapa ya?? MMM.... cerita selanjutnya.. selepas ini....

Sunday, October 21, 2007

Kenduri Kemaman


Pukul 12.30 tengahari sampai di rumah pengantin perempuan di Kemaman. Pengantin tengah bersiap2. Pengantin lelaki akan sampai at 3.00pm sbb hari ni kan hari Jumaat.. Menu untuk majlis perkahwinan itu adalah nasi minyak with gulai kawah, ayam goreng, gulai umbut (susah nak jumpa ni.. sedap juga), sambal belacan mangga muda (ye kot namanya macam ni.. yummy!!) & jelly kelapa muda sebagai pencuci mulut.




Yang pelik dan menarik... untuk kali pertama dalam seumur hidup aku.. tetamu majlis kena angkat/kemas pinggan+cawan sendiri selepas makan... Tuan rumah ada sediakan satu besen besar untuk letak pinggan+cawan dan satu lagi untuk buang all the sisa makanan. Che'Ah, Nad and I duk tengok satu sama lain.. pelik.. Oleh kerana semua tetamu buat macam tu... we joined them too..




Sedang memerhati langkah2 mengemas pinggan masing2. Belajar dari mereka yang 'berpengalaman'.. Walaupun pelik, tapi positively, memudahkan tugas2 ahli kenduri untuk mengemas meja makan and at the same time, mempraktikkan nilai2 kebersihan di kalangan tetamu. Myself and Che'Ah : teringat zaman blajar2 dulu kan... cuma takda 'Kad Makan' je.. (zaman di hostel, lepas makan kena angkat tray & cawan sendiri) :-)





It's almost 2pm and we need to rush back to Kuantan, sebab dah janji dengan Wani untuk singgah ber'open house' di rumah dia somewhere near Tj. Lumpur. Pengantin masih belum siap bersolek. Tak sempat ler nak berposing2 dengan pengantin..



mengantuk & boring.. penat menjawab soalan dia "bila nak balik...?"




Che'Ah : Aduh... kalau terlanggarlah kek ini....



Pelamin yang cantik... with fresh orchid lagi... Simple but lovely...


Seronok sungguh driving dari Kemaman ke Kuantan melalui persisiran Pantai Cherating, Balok & Pasir Hitam yang sangat indah.. Reached Wanie's place around 3.00pm, and she served soto, rendang ayam, kuah kacang and nasi impit. Sedapnya.. Bertolak balik ke KL selepas berehat2 di rumah Wanie.. Terima kasih daun keladi.. :-)




Traffic di Lebuhraya Pantai Timur berjalan lancar..




Traffic di MRR2 dilaporkan sesak tetapi bergerak perlahan... mmm.... ni yang maleh bila balik KL nih....


We reached home around 8.30pm. We had a great time together and hopefully our plan for a "All-Cousins-Holiday" will come true, InsyaAllah.







Dua Hari Satu Malam II


Had our breakfast at the hotel cafe.. tak jadi nak keluar breakfast kat town, sebab hujan.. and Dikna is still in her baju tido..


Che'Ah & Nad


Sessi beramah mesra...




Che'Ah : Aduhhh pening....!! ;-)




Kesimpulan ahli majlis ramah mesra adalah.. alam banyak2 makanan yang dihidangkan.. coffee jer yang sedap :-). Dahler macam tu.. waiternya pulak tak sabo2 nak clearkan meja.. blum abih makan pun.. abih diangkatnya pinggan. Gigih lah pulok... !!


Check-out at 12noon and straight to rumah pengantin in Kemaman..

Saturday, October 20, 2007

Dua Hari Satu Malam I

Sejak sebelum puasa lagi, Che'Ah dah ajak gi Kemaman, ada jemputan majlis perkahwinan bestfriend dia. Oleh kerana majlis kenduri pada hari Jumaat (19hb) (sebab weekend bagi pantai Timur adalah pada hari Jumaat), kami mulakan perjalanan hari Khamis (18hb), dan tido semalam di Cherating (15minutes away dari Kemaman). Singgah breakfast di Pelita, Ampang Point sebelum memulakan perjalanan ke Pantai Timur..






Che'Ah, the co-pilot sedang memandu sementara pilot & ahli rombongan yang lain sedang posing2. I let her drive bila dah masuk Lebuhraya Pantai Timur. Jalan tak sibuk dan tak bahaya sangat seperti Gombak-Karak. Lagipun.. saya suda ngantuk...




Lebuhraya Pantai Timur yang tidak sibuk dihari itu. All the drivers were driving within the speed limit of 110km/h. Skarang ni abang polis terus hulur "surat chenta".... merasa lah saman RM300. Tiada rayuan. Tiada kompromi. Titik.




Lepas exit Gambang, pilot ni pegang stereng kereta semula. Singgah di Kuantan & str8 to Cherating after lunch. Check-in di Suria Cherating Beach Resort. Sunyi. Ada privacy. Pantai yang cantik. Pool yang sesuai untuk kids. Bilik.. boleh ler.... Harga pun berpatutan.






mmm.... kalo dah jumpa pool.. selagi tak lebih dari sejam.. takmo naik!!


Malam tu bertandang ke rumah pengantin di Kemaman & tengok persiapan2 (tengok je tau!). Dikna merengek2 nak balik awal sebab nak tengok TV3 movie Senario Yamashita (lupa dah tajuk citer tu).. Aiyoo.....




Wo Xiang Nian Ni



...thinking of you...







Sunday, October 14, 2007

Aidilfitri II

Dah puas beraya seharian, duduk pula 'beraya' di Starbuck, Jusco Cheras Selatan. Waiters and waitress tu pun pelik tengok kitorang ni.. agaknya dalam hati depa duk kata "ish.. tak raya ke diorang nih??" Hehe...


Hujan yang sangat lebat..



I'm good, tq! ;-)



While waiting for our coffee..







Sessi meng'update' latest info.. Jarang berjumpa kan...



My cousin, Nad. She was in Surabaya, Indonesia doing her (Sekolah Menengah Dasar) SMD & (Sekolah Menengah Atas) SMA in one of the Maahad for the past 6 years. Kalo dengarin dia ngobrol di telefon bersama temannya, seperti nonton sinetron di Astro Aruna secara langsung!

Aidilfitri

Pagi Aidilfitri bermula dengan sessi bermaaf-maafan dengan seluruh ahli keluarga mengikut giliran dari yang paling dewasa hingga yang paling muda.



"Kalau mak dah takda nanti, kubur tak payah berbatu marmar, guna je batu sungai.. ."

Telah menjadi rutin untuk menziarahi pusara arwah Mak, yang telah kembali ke rahmatullah, pada 10 Ramadhan, 10 tahun yang lalu. Walaupun sudah 10 tahun, tapi airmata kerinduan ini tetap mengalir di setiap bacaan Yasin..




Oleh kerana pusara arwah Atuk, arwah Nenek dan 2 arwah pakcik berdekatan, kami (cousin, sister and I) berbagi2 pusara. Al-fatihah...



Saturday, October 13, 2007

Salam Aidilfitri


SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN to all readers..
Thanks to MalimKundang for 'baking' this lovely raya card.

Monday, October 8, 2007

Do-It-Yourself


Ya Allah, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi.

Ya Allah, berkatilah apa yang Engkau telah rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab neraka.

Amin.....




Untuk semua pencinta Masak Lemak Cili Api Ketam bersama Nenas.


Bahan-bahan:


2 ekor ketam
1/4 biji nenas (potong macam dalam gambar)
1 helai daun kunyit
1 batang serai
santan dari 1/2 biji kelapa
asam gelugor/asam keping

Bahan2 untuk dikisar/tumbuk:

4 ulas bawang merah
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
2cm kunyit (guna kunyit serbuk pun boleh)

Garam secukup rasa


Cara membuat:

1. Masukkan santan ke dlm periuk
2. Masukkan serai, kunyit, bahan2 yang telah dikisar dan garam secukup rasa
3. Masak dengan api perlahan. Kena kacau all the time hingga mendidih, supaya tak pecah santan.
4. Masukkan ketam
5. Masukkan nenas
6. Masukkan asam keping
7. Biarkan mendidih lagi, DONE!


Selamat menjamu selera.

Sunday, October 7, 2007

Terkam Lompat Tikam

Pada suatu petang, "perbualan" sms antara Betmen dan Kurakura (bukan nama sebenar, obviously... hehe)


Betmen : Sy kt psr rmdn. X tau nak beli apa. Am famished.

Kurakura : Cuba la cari nasi kerabu ke.. apa ke..

(Betmen, originally from Png, now in Ktn & Kurakura in KL)

Betmen : Sy x sker nasi krbu.

Kurakura : Cari la kuih2 pantai timur

Betmen : Kuih apa?

Kurakura: Kuih akok ke, Puteri Mandi ke, Lompat Tikam ke?

Betmen: Apa tu? Tak prnh dgr pun. Tapi, Lompat Tikam saya suka ;-)

Kurakura: Ha, kalo suka beli la..

Betmen: Lompat tikam?? ;-) Blh mkn ke? Cemana rupa? huhuhu..

Kurakura: Chet! Pi la tnya makcik jual kuih tu


Betmen: Malu lor.. nnt sy kena gelak sbb tnya kuih tu. Awak memainkan saya ke?

Kurakura: Malu mende? Pi tanya

Betmen: Takmo

Kurakura: Takmo sudah!




Lompat Tikam


Masa ke pasar ramadhan tadi, ternampak kuih ni.. Apa lagi.. teruslah terkam Lompat Tikam. :-)
Betmen.. ini lah dia.. LOMPAT TIKAM. Yang kaler pink itu dari pulut, kaler hijau itu dari tepung, yang putih tu santan, yang hitam tu air gula merah. Kuih tradisional yang sangat terkenal di Pantai Timur.







Yesterday

I was supposed to joint my friends for iftar at a tepanyaki restaurant@ Sg. Wang Plaza. The traffic was terrible and at the end, i have to berbuka puasa in my car, with only mineral water. And, i told CikTipah to tapau my food. Tak da mood nak makan dah.. Sabar...




Eh..eh....!!! Kaki siapakah ini???





mmmmmm kan....... kaki punnnn kena close up!






Cuba teka.....








Dapat teka?










Siapa?












Chakkk!!!!











He was at BB Plaza, for his album promo. I didn't bring along his CD, so, i can't go up on stage (kenapa orang yang beratur depan aku tu boleh pulak ek?) for signing&photo session. Sedih dah nih... tapi... memikirkan 'ketensionan' tersangkut traffic jam punya la lama.. (one and a half hours from keramat) dan kepayahan mencari parking dan kelaparan yang maksimum (hanya minum mineral water dalam kereta tadi.. skrang dah 9.45pm) dan dengan semangat Malaysia Boleh! huhuhuhu.. akhirnya.......




*en.malim, tq ya, tolong edit gambar ini.. kalau tak.. lagi pucat lesi mukaku ini!




Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!! :-)



p/s: To my beloved kazen Che'ah... please try again later! huhuhuhu

Saturday, October 6, 2007

Minta Lada Diberi Apa?

Lokasi: Pelita N.K.
Time: 5.00am (sahur time)


We were served by one 'junior' mamak. Nampak lagi muka blur dia .. lebih dari myself yang dah 24jam berjaga. So.. we ordered mihun goreng & telo mata & hot drinks.


Dialog dgn.MamakMamai

Me : Boleh kasi lada& kicap? (I dare not asked for pepper as from my past experience, they gave me serviette instead of pepper! Aiyooo)

Mamak jr. : (angguk laju style dia la.... hmmm ntah paham ke dak)


So, kitorang pun start makan tapi... kenapa laaa lama sangat mamak jr ni nak bagi kicap&lada nihh?? And... this was what we got from him..



Dada ayam masak kicap!! (gambar hiasan sahaja)


Aiyoooo!! Haruskah marah?? Atau haruskah gelak?? Eh.. salah mintak ke tadi nih?? Walaupun tengah ngantuk.. tapi rasanya dah betul dah bagitau kat dia "mintak lada&kicap" .. dia bleh bagi "dada ayam masak kicap" ! Siapa yang mamai agaknya ni eh...?? Mmm, i must catch some sleep.. later la... coz I have to wait for CikTipah. She's on her way to my place. Harap2 tak mimpi dada ayam masak kicap. Goodnite everyone!




Tuesday, October 2, 2007

Teman Terulung


Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri denganmu disisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak ingin ku undur bertamu
Bertakhta teguh ke akhir waktu




No, we are not lovers, we're good friend. Yes.. very good friend. Berkongsi cerita suka duka, gelak ketawa, menangis (aku ler tu..). Sama2 di waktu susah, diwaktu senang, diwaktu gembira, diwaktu sedih. Terima kasih atas segalanya. Harap2 selepas ini, bila masing2 terus mengorak langkah meneruskan kehidupan, persahabatan ini akan tetap kukuh hingga ke akhir hayat. Kau akan jadi kawan aku sampai bila-bila. Semoga Allah sentiasa merahmati kita. Amin...


Dan jika aku ditanya soalan : Can a man and woman ever be true friends? My answer is Yes.


Happy 35th Birthday!