Wednesday, December 28, 2011

Buat Pertama Kali

Buat pertama kali.. bercuti panjang minggu terakhir sebelum tahun baru. Dah berbelas tahun aku bekerja.. dan dah berbelas tahun jugaklah aku sentiasa bekerja hingga ke akhir tahun.. Macam gigih je kan? Macam pekerja contoh je kan...? Takda maknanya...!

Selama ni, belum habis hujung tahun, annual leave dah habis. Padan muka aku! Bila orang bercuti.. kita nganga je la ye dak?

Yang bestnya, cuti tak ke mana... duduk rumah. Layan tv la... tengok movie..! Hehe.. Sambil-sambil tu.. layan sakit gigi, sampai sekarang masih sakit lagi.. Gi klinik? Hmmm... aku phobia doktor gigi.. Camna yek? Buat masa ni tahan je la... Akan tetap bertahan selagi mampu.

Dalam menahan sakit gigi, datang pulak flu. Demam. Takpa. Tahan juga. Telan panadol soluble. Sakit sikit takpa. Mudah2an terhapus dosa-dosa kecil, insyaAllah..



Yang terbaik adalah...... TIDOOOOOOOOO! Best! Boleh bangun 2 jam lebih lewat dari kebiasaan kalau bekerja. Seronok jugak ya jadik suri rumah sekali sekala... :D



Salam kasih.

Tuesday, December 20, 2011

Bila Hujung Tahun

Bila hujung tahun
Ramai yang ambik MC
Cuti tahun dah takda lagi
Tak boleh lah nak amik cuti emergency

Bila hujung tahun
Ramai yang pergi bercuti
Bersama teman ataupun famili
Harga bilik pun melambung tinggi

Bila hujung tahun
Ramai yang mencari diari
Telefon kawan di sana sini
Kot-kot dapat kalender free

Bila hujung tahun
Ramai yang muhasabah diri
Awalnya berazam itu dan ini
Hujungnya tertanya apa sudah jadi

Bila hujung tahun
Ramai yang belek muka sendiri
Tercari-cari kalau kedut sana sini
Tahun depan umur naik lagi




Salam kasih.

Thursday, December 15, 2011

Skandal & Keberanian




Semalam dengar di HotFM waktu pagi.. Segmen "Dear Fara"... Segmen pendengar berkongsi masalah dengan kru pagi HotFM.. Teringin aku nak call berkongsi cerita.. tapi.. disebabkan beberapa perkara (read: 1. malas nak tunggu diorang angkat call 2. malas nak dengar sora aku dalam radio 3. takut gugup hingga tak terkata apa-apa), jadi aku rasa baik aku tulis dalam blog.. Lagi senang. Menulis lebih mudah dari berkata-kata. Kadangkala.






Dalam segment tu, seorang lady listener berkongsi masalah. Kisahnya secara ringkasnya begini:






  • lady listener, isteri orang, anak 2


  • suaminya, dah 6 tahun, suka bersosial dengan perempuan, secara virtual dan live. Rajin chat, FB, twitter, sms segala..


  • pernah terkantoi, dan berjanji tidak akan buat lagi


  • terkini, ada skandal dengan ofismate


  • terkantoi, isteri jumpa gambar 'mesra' antara suami dan ofismate


  • suami dah kata : saya boleh berkawan dengan siapa saja yang saya nak. saya boleh dan mampu berkahwin lebih dari satu. jangan sampai saya tamatkan perkahwinan kita.


  • isteri tak tau dah nak buat apa..

Inilah sinopis yang dibaca oleh kru pagi HotFM. Kalo depa tipu, tipulah aku.. hiks. Sangat klise kan? Suami orang, di luar rumah ada relationship dengan perempuan lain. Tapi sebenarnya di zaman skrang ni.. isteri orang pun pandai ada relationship dengan lelaki lain. Sama je. Lelaki dengan lelaki pun ada. Perempuan dengan perempuan pown aderrrr.....


Untuk cerita kat atas ni, ramai caller yang bagi komen. Kebanyakannya simpati dengan si isteri dan geram dengan si suami. Ada yang suggest pasang spy. Ada yang suggest gunakan gambar dalam handphone si suami untuk tuntut cerai. Macam-macam lagi lah. Macam skrip2 dan jalan cerita yang macam-macam sekarang.

Jadi, di blog ni, izinkan aku untuk meluahkan pendapatan pendapat aku yang tak seberapa ni...

Pada pendapat aku, si isteri tu tak perlu risau. Relaks je kak. Buat derk je. Suami akak tu, sebenarnya memang tebiat dia suka berkawan dengan perempuan. Jenis test market tu sebenarnya kak.

Sebabnya?


Sebab dia tu berkawan dengan lebih dari satu perempuan. Lepas sorang gf ke seorang lagi gf. Sebagai perempuan, biasanya kita ada seorang bf saja... kita kalau berkawan istimewa/rapat mesti menuju ke arah kawen kan? Takkan nak bercinta jeee... tapi tak kemana.


Saya rasa suami akak tu, mesti tak sorok yang dia tu dah kawen. Saya rasa gf2 dia tu sumer tau yang dia dah kawen.


Mesti dia tanya dah.. "U tak kisah ke kawan dengan i yang dah kawen ni..?"


Saya rasa jugak gf dia mesti kata "I tak kisah...".


Dan berlakulah perkawanan mereka hingga mereka menjadi teman tetapi mesra. Mulalah sayang menyayang, saling percaya, punca kasih berpanjangan.... Kemudian kan kak, lama kelamaan bila gf suami akak tu, dah mula sayang chenta watsover... mesti gf dia tanya soalan..


"Love.., kita ni macamana skrang..? Mak I dah tanya.. takkan kita nak macam ni je sampai bebila...?"


Dan akak tau tak... bila berlakunya keadaan begini, bila terluahnya soalan sebegini... secara otomatik dia terus akan teringatkan akak dan anak-anak akak yang comel2 tu... Dia akan terus buat muka kesian seperti Puss In Boots tu sambil berkata...






credit to google image


"Cinta.., I bukan tak sayangkan you.. cuma I kan dah ada isteri dan anak-anak... I tak sanggup kehilangan mereka... Mereka tu tanggungjawab I...." Begitu lah kak....



Kemudian kan kak... gf dia confirm mintak break dengan dia... dan kemudian... tinggallah suami akak tu tanpa gf... Tapi tak lama kak. Kejap je.. Dan bermulalah sessi berkenalan dia dengan perempuan lain... Refresh all over again... Asalkan ada gf untuk meneman dia sepanjang dia tiada di rumah.. Dan begitulah berlangsung... lepas sorang.. sorang.. dan sebab tulah boleh berpanjangan hingga ke 6 tahun lamanya, kak.



Dia kata dia berhak dan mampu kawen lain ye kak? Takpe kak.. takpe..

Akak cakap je kat dia.. "Kalau rasa mampu.. awak kawenlah..! Anak-anak semua ikut saya.."



Betul kak... Gerenti dia terkedu kak. Kata orang, lelaki ni dengan anak diorang kalah, kan kak? Saya rasa confirm dia tak berani nak kawen lain.. Percayalah kak. Dengan gf2 dia tu semua dia mesti kata dia tak mampu nak kawen, kewangan la.. keadilan la.. etc.. Kalau dia mampu dan nak kawen kak, sejak tahun pertama lagi dia dah kawen lain kak... Dia saja je.. sekadar nak ada gf teman chat, sms, borak telefon, teman lunch etc... Setakat tu je kak... Dia tak berani nak kawen lain tu kak.



Akak ingat tak betapa pucatnya muka dia pertama kali akak bawak dia balik jumpa mak bapak akak? Akak tengok tak betapa tunduknya dia bila bersalam dengan adik beradik lelaki akak? Akak ingat gf dia tu takda mak bapak, adik beradik? Akak ingat dia berani nak repeat balik semua tu??? I dont think so kak..!



Akak ingat tak lagi betapa menggelabah, gugup & berpeluhnya suami akak tu masa akad nikah 6 tahun dulu? Akak ingat tak betapa peningnya dia buat persiapan kawen 6 tahun dulu? Akak ingat tak betapa seronoknya dia bila akak bagitau dia akak dah pregnant anak pertama? Akak ingat tak betapa peningnya dia dulu, beli barang preparation utk baby lahir & bayaran kos perubatan akak bersalin? Akak ingat dia nak ke repeat benda2 remeh ni lagi? I dont think so kak....



Kalau dia nak, dia boleh bagi commitment, dah lama dah dia kawen untuk yang ke2 kali kak.. Dia tu takda keberanian kak..!



Akak jangan risau okay... Akak patut bersyukur, walaupun dia macam tu, dia masih balik rumah juga kak.. Akak sabar ye. Makin dia buat akak macam tu, akak jangan give up tau... makinlah akak tunjukkan kasih sayang akak kat dia ye... Biar dia pelik. Biar dia bengong termanggu sekejap kak.. hiks.!



Akak dun worry... dia kata dia mampu kawen lain tu setakat ugut akak je tu... Sabarlah kak ye.. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar..

Apa dia kak? Macamana saya tau semua ni....? Pengalaman idup kak... pengalaman.




Sekian.





Salam kasih.


Tuesday, December 13, 2011

Matematik Tolakan

Seribu

Tolak

Sembilan Ratus Lima Puluh Tiga

Sama dengan

Empat Puluh Tujuh.


Ye...! Perlu ada 47 entry lagi, untuk mencapai matlamat 1000 entry sebelum tahun baru.


Campur entry ini, jadilah berbaki 46 entry..


Malaysia Boleh! Hiks..!



Salam kasih.

Monday, December 5, 2011

Kau Kenapa Senah...?


Last weekend ke PD.. Ada rombongan Cik Kiah ke PD... Cousin yang keje di TNB.. err UNITEN to be exact, telah menyewa sebuah bungalow Kelab Kilat TNB kat area pasar malam PD tu.. Menarik tempatnya uols.. 3 bilik besar, dapur secukup rasa, 2 toilet yang bersih, ruang tamu + ruang makan yang just nice, dan pangkin tempat lepak mengadap laut... Peace uolsss!! ;)

Cuma agak jauh dari pantai, kena adventure melintas jalan raya, baru la sampai ke pantai. Menarik jugak pantainya, luas + bersih (macam ayat UPSR je aku rasa ni..). Cuma tercemar dengan satu adengan yang kurang menarik untuk aku lihat..

Aku maleh nak mandi manda, jadi melepak je kat ruang letak kereta berhampiran pantai. Yang tak menariknya, ada 2 orang avang black, seorang ahkak black, dengan dua orang perempuan warganegara kita...

Memula, aku perati je.. Mungkin diorang ni nak bawak kengkawan diorang ni, melancong ke PD agaknya.. Bersangka baik. Elok la.. bawak jalan2. Tapi, bila aku telek2, ku renung2, ku perati, lain macam je... Mereka-mereka yang tidak cerah itu, semuanya sedang meneguk bir dalam tin, dan kendian aku terlihat pulak kelibat botol arak bersaiz medium. Apa ke halnya ini...? Dan yang bestnya, ada lagi 2 tin kosong, bersepah kat tanah... Apa kejadahnya, minum di tempat ini, di waktu terang benderang sebegini?

Aku dah terbayangkan, takut2 kalo2 dua orang rakyat kita tu, terbabit jadi keldai apa kejadahnya namanya tu.. Suruh bawak itu ini, kena scam itu ini, tergadai wang ringgit segala.. kena tangkap ke.. apa ke.. ish...!

Sekarang ni, ramai sangat yang terjebak. Dah berapa kali ntah, aku baca kat paper, kena tipu ribuan ringgit dengan orang2 kaki scam ni. Mostly kenal online. Sejak zaman aku chatting IRC dulu lagi, memang dah ada.. Skarang ni dah ada FB lagilah... Kengkonon suka tengok profile aku, padahal aku dah hide dah profile segala kat FB tu.. Nak berkenalan la.. Single dad nak cari wife la.. Nak kenal budaya Malaysia la... Nak belajar Islam la... Romantik. Panggil dear. Panggil darling. Panggil sweetie. Panggil love. Cair......!!! Semuanya tu menipu je... Jangan la duk layan sangat... takut nanti lama2 cair... habis gadai segala..!!

Jangan la mudah sangat percaya... Berhati2 lah.. Aku tengok kadang2 yang terkena tu bukannya calang2 orang.. semua jenis yang ada degree ada kerjaya.. Sekali kena scam, kena goda, kena ayat, dah termakan kata-kata manis... habis terbang 40 ribu..! Terbang 50 ribu! Aduhai..!

Sebab tu lah aku ada ID & Password FB dikna... senang sikit nak monitor. Orang kata, mencegah itu lebih baik daripada menyesal kemudian hari.. ye dak? Teringin jugak aku tanya mereka2 yang dah terkena tu....


KAU KENAPA SENAH??????????




Sekian bebelan hari ni... Salam kasih. :)