Sekarang waktu paling senggang adalah sekitar jam 2 pagi hingga ke 3 pagi. Sudah hampir sebulan beginilah keadaanya.
Waktu bekerja sudah berubah. Dari jam 12 tengah malam hingga habis waktu. Pelik. Tapi benar. Inilah yang mungkin dipanggil 'korban' teknologi. Semua mahu pantas. Semua mahu segera. Entah apa yang dikejarkan entah. Dunia.
Tidak cukup tidur. Waktu biologi sudah bertukar. Siang menjadi malam. Malam menjadi siang. Kesihatan harus dijaga rapi. Apatah lagi aku ini yang pernah rapuh kesihatannya. Nantilah aku cerita.
Sekitar jam 2 hingga ke 3 pagi, waktu rehat. Bukan percuma. Cuma kerana kerja-kerja masih belum tersedia. Masih 'loading' kata orang zaman sekarang. Waktu itulah untuk rehat. Lelapkan mata. Tidur-tidur ayam kata orang. Waktu inilah aku ambil peluang untuk menulis di sini.
Bila siang, sekitar jam 10, biasanya badan akan penat. Mengantuk. Perlu tidur. Pesan doktor, perlu tidur yang aman sekurang-kurangnya 5 jam. Alhamdulillah. Terlaksana.
Memang banyak negatifnya bila bekerja di waktu ganjil sebegini.
Tapi setiap kepayahan itu ada indahnya.
Indahnya, Allah beri rezeki untuk solat tahajjud. Dikala majoritinya sedang enak diulit mimpi, Allah beri rezeki untuk beribadah.
Paginya, dapat bersarapan dengan suami.
Sebelum tidur jam 10, diberi lagi rezeki untuk solat dhuha. MasyaAllah, hebatnya aturan Allah.
Benarlah firman Allah. yang diulang sebanyak 31kali di dalam Surah Ar-Rahman:
"Maka nikmat Allah manakah yang kamu dustakan?"
Indahnya bila sesuatu yang negatif itu kau tangkaskan dan kau tumpukan pada keindahannya... Subhanallah.
Salam kasih.
No comments:
Post a Comment