Sunday, November 7, 2010

Ketemu Yang Aku Mahu


How long does it takes for someone to fall in love? Setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari? Aku pun masih tak dapat mencari jawapan ni.. Ada yang bercinta bertahun2 lamanya.. tapi cinta tu terkubur juga akhirnya.. Ada yang setelah bercinta lima tahun, barulah berani untuk meluahkan rasa hati untuk hidup bersama.. tapi kemudiannya, tak sampai sebulan.. dah berpisah. Ada yang baru seminggu berjumpa, terus meluahkan rasa hati untuk membina hidup dan keluarga, dan Alhamdulillah.. kekal hingga ke saat ini..

Bagi aku.. secara peribadi.. kalau lebih cepat tempohnya lebih baik.. Sebab, bila sudah ada ikatan yang sah.. semuanya halal. Boleh jalan berpegangan tangan, boleh duduk berdua2an, boleh jalan sambil tangan memeluk pinggang, boleh tidur sebantal, makan sepinggan, minum secawan..

Biarlah cinta itu baru bercambah, sudah ada ikatan yang sah.. dibaja dengan kasih dan sayang, disiram dengan rasa cinta pada Illahi.. beribadah bersama, solat berjemaah bersama.. dan pastinya dengan rahmat dan keberkatanNya, ikatan itu semakin kukuh, insyaAllah.

Bila sudah ada ikatan yang sah.. dapat tinggal bersama. Dari segi ekonomi.. sangat jimat.. Jimat belanja makan sebab makan di rumah bersama, jimat bil telefon; tak perlu sms/phone call bila dah sentiasa ada di depan mata, jimat minyak kereta; duduk di rumah je.. 'dating' berdua.. tak perlu keluar rumah untuk 'dating'.. kan? Tak perlu ke panggung untuk menonton wayang... golek2 sahaja di depan tv.. tekan sahaja HBO, StarMovie ataupun Cinemax.. kadang2 di Astro Warna pun movie best2 juga.. :D


Aku letakkan soalan ini di status FB pada Oktober31 yang lalu...


Antara komen yang paling aku suka untuk status ini.. dari Addyaholix:

"cukup sedetik! bila kamu tahu dia yang kamu mahu :D"


betul kata Addy.. aku setuju..! :)



Dan aku rasa aku sudah ketemu yang aku mahu.. Semoga Allah permudahkan, insyaAllah...



Salam kasih.

6 comments:

Anonymous said...

DK: Nak Nangisssss.........

adibah said...

*hulur tissue lap hingus*

Tijah said...

aku cop udang panjat nanas plissss...

mimi jazman said...

setuju sangat..

Edzlin said...

Alhamdullilah....semoga ke jinjang pelamin :)

addyaholix said...

wah, femes i satu donia camni hahahahah