Thursday, August 4, 2011

Cerita Bertulis Wordless Wednesday


Terlewat sudah..! Dah lama aku perhatikan kawan2 bloggers yang buat entry Wordless Wednesday. Aku baru laaaaa nak buat untuk kali pertamanya semalam. Hiks! Aku tak pasti pulak mana datangnya Wordless Wednesday ini... tapi.. menarik jugak idea ni.,kan? Bertambah jugak jumlah entry. Setidak2nya hari Rabu satu entry yang hanya ada gambar dan sedikit caption.. dan kalau rajin the next day tu.. bleh buat karangan bertulis berdasarkan gambar.. macam kita sekolah dulu... ;)


Kisahnya, last April aku ikut DK ke Bangkok, atas urusan kerja. Seronoklah... 1st time nak ke Bangkok.. Tapi, disebabkan urusan kerja, takda lah berjalan sakan sangat... sekadar curi2 masa untuk berjalan2.. Setelah 4 hari 3 malam berada di Bangkok, tibalah masanya untuk balik semula ke pangkal jalan... Flight tempatan.. flight dalam pukul 3 cenggitu kalo tak silap.. Seronok lah kan.. nak balik ke tanahair. Keadaan dalam flight macam biasa...

Belum sempat flight crew nak serve makanan... tiba-tiba terkeluar corong kuning ittew....!! Kata DK, corong oksigen tu dipanggil RUBBER JUNGLE. Cam lawak je kan...? Hahaha..

Seingat aku, setiap kali ada safety demo kat depan tu, diorang akan announce:

"Apabila corong oksigen seperti ini, keluar dari atas tempat duduk, tarik corong oksigen, pasangkan begini dan bernapaslah seperti biasa. Pakai kat diri sendiri dulu, baru pakai kat orang dalam jagaan kita.."..... kan...?

Tapi, yang aku tengok berdasarkan pengalaman aku hari tu, realitinya adalah sebegini:
"Apabila corong oksigen seperti ini, keluar dari atas tempat duduk, perhatikan orang disekeliling anda.. kalo diorang pasang, baru ko pasang.. kalo diorng tak pasang..ko buat bodo je la sambil perati sekeliling"...
Tak caya? Tengok je la mamat depan aku tu.. siap perati orang sambil tersenyum2 lagi...! Flight crew? Kehulu kehilir... Ntah apa yang dibuatnya. Ada sorang tu siap muka cuak... Masa kejadian ini.. ada passenger yang tanya something kat dia.. titiba dia bersuara dengan kuat "Nanti dulu ya...!! kita ada emergency ni..!!!"


Jadi.. hakikatnya... Apakah yang aku buat bila nampak corong oksigen tu?


1. Aku panik!!!! Adrenalin kencang! Jantung dug dag dug dag!
2. Dalam fikiran aku... ternampak rancangan TV.. "Air Crash Investigation". Jatuh laut? Langgar bukit/gunung? Meletop? Semuanya terbayang2 dah...
3. Aku mengucap! Serius..!! Aku siap mengucap!
4. Aku baca dalam hati segala zikir dan surah yang boleh diingat masa tu.
5. Aku baca "La illahailla anta...." di dalam hati berkali kali kali kali kali..
6. Pegang tangan DK kuat2...
7. Belek2 corong oksigen... sambil berkata dalam hati "Errr.... ni nak wat cemana ni..?"


Apa yang DK buat masa nampak corong oksigen tu?

RILEK!!! Amik camera. On camera. Snap photos!!

"I want to capture this moment... This might be a once in a lifetime experience!" katanya.... Tak terbakar ke ko masa tu?? Dalam keadaan sebetitu pun sempat jugak dia nak snap photos...! Phewww.....!

Hasilnya.. pilot buat emergency landing kat Penang International Airport & tunggu flight pukul 1am...! Walaupun diberi set Mekdi percuma oleh syarikat kapalterbang itu.... kepenatan dan kesaspenan itu... masih tak terubat lagi...! Kata DK, yang minat bab2 aviation ni, flight kitorang tu ada masalah "aircraft cabin decompression". Pintu kapal terbang pun tak boleh nak bukak. Kena reduce pressure dulu, baru boleh bukak.. Aku bukan reti sangat bab2 science ni... Masa sekolah dulu pun, time Sains aku bersembang dengan geng2, cikgu cakap sorang2.. yang dengar cikgu cakap pun budak2 baik je... haha...

Mudah2an itulah pengalaman pertama dan terakhir aku, menghadapi situasi mencemaskan macam tu... Infact, one of the crews kata, itu adalah pengalaman dia yang pertama setelah menjadi crew lebih dari 10 tahun..!

Sekian sahaja karangan bergambar saya. Hiks..!



Salam kasih.

4 comments:

zonaku said...

hahahaha.. blh x aku nk gelak.

bukan apa, siap la diajar gitu gini, kiranya segala ilmu tu x digunakan pun.....

adibah said...

betul...! aku pun gelak jugak the next day...

masalahnya yang tukang ajar pun panik! infact takda announcement apa2 pun suruh buat apa dengan Rubber Jungle tu.. :)

mamai said...

panjang la adib hehehe...hai dah pandai berjalan nampak

edzlin007 said...

maaf ya, saya pun terasa lucu pula bila tgk org tak usik pun rubber jungle itu. Apapun, syukurlah tiada perkara buruk berlaku.