Tuesday, October 18, 2011

Skandal & Durian


Bertemu kembali. Sejak semakin canggih gaya komunikasi kita sekarang ni, semakin banyak terdengar kisah skandal di sana sini. Kalau tak caya, cuba belek paper M*tro ke... K*sm* ke.. mesti ada kisah skandal sampai cerai berai, bergaduh, berbunuh, saman menyaman. Skandal di tempat kerja, skandal di rumah (tuan tanah + bibik), skandal di tempat belajar.. etc.. penuh dengan skandal uols....!!

Cara komunikasi? Senang. Initially was surat menyurat. Short notes. Guna orang ketiga untuk sampaikan pesanan. Kemudian lahir telefon. Kemudian dengan sms. Chatting di computer. Guna email. Guna instant messenger (MSN, Yahoo, ICQ, Skype). Guna FB. Guna BBM. Macam-macam lagi... uolss....!!

Yang scandal? Yang bujang + dara. Bujang + isteri orang. Dara + suami orang. Janda + duda. Tenaga pengajar + pelajar. Tenaga pengajar + kakitangan bukan akademik. Dan yang terkini, sesama jantina, sesama saudara mara... semuanya ada... uols.....!!!

Situasi:

En. A, suami orang... beberapa tahun lagi, dah boleh keluar EPF, orangnya cool... daddy cool.. cakap lembut.. kiranya "pijak semut pun semut ketawa sbb ingatkan bergurau dengan dia". Pernah berskandal semasa zaman muda... sudah terkantoi dan sudah tobat nasuha.. taknak mengulangi kesalahhannya... Tapi, kita hanya merancang, setan lagi pandai menggoda uols....!!!

Berkenalan dengan Pn. B, isteri orang.. orangnya baik.. lemah lembut.. berwajah keibuan. Entah apa kan jadi... En. A mungkin telah terkena panahan setan... memulakan langkah berkenalan. Short notes. Senyum. Hantar surat. Senyum. Hantar email. Dibalas. Senyum. Email lagi. Dibalas. Email lagi. Dibalas. Senyum. Chat. Senyum. Sms. Senyum. Call. Senyum. Begitulah berlangsungnya untuk dua tiga minggu. Ibarat kerak nasik. Memula keras hitam berdentung. Lama-lama, kena air ... lembut juga akhirnya uolsss.....!!!!

Dari "hanya kawan biasa" sekarang sudah jadi "berkawan rapat". Perkataan KAWAN menjadi kata kunci. Kawan je... apa salahnya.. takda apa pun.. Untuk bercerita. Untuk berkongsi kisah. Iya, kawan. Akhirnya berkongsi makanan. Berkongsi minuman. Berkongsi kenderaan. Sekarang ini, orang sekeliling sudah mula menghidu. Dinding dan tiang-tiang disekeliling sudah memasang telinga dan mata dan sudah pandai bersuara.. uolsss...!!

Pada yang berskandal itu... eh silap... pada yang ber'kawan' tu.. berhati-hatilah. Mungkin bagi kita takda masalah dengan apa yang kita buat. Tapi, pada hakikatnya, pada mata orang lain... nampak "SHUMBANG"... uolsss!

Skandal ini ibarat durian.


DURIAN ITU SODAPPPP...!

TAPI...

DURIAN ITU BERDURI.. TAJAM.. BAHAYA..!!
DURIAN ITU MANIS.. KANDUNGAN GULA BANYAK.. BAHAYA..!!
DURIAN ITU BERKOLESTRAL TINGGI... BAHAYA...!!



DAN DURIAN ITU KUAT BAUNYA...
MACAMANA SOROK PUN.. LAMBAT LAUN..
MEREBAK BAUNYA DIPERSEKITARAN... SEMERBAK..!!
LEBIH-LEBIH LAGI KALAU DALAM TEMPAT BER'AIRCOND'... KAN UOLSS..?



*di entry akan datang, nanti saya bagikan tips2 untuk berskandal ini ye... maklumlah.. ada pengalaman gittew... opsss....!! ;D




Salam kasih.

6 comments:

h4ni3 said...

memang kena la k.mimi punye perumpamaan!
hehe

adibah said...

drhanie,
kan...? :)

Edzlin said...

Wah nice...durian sbg kiasannya

adibah said...

edzlin,
logik juga kan..? :)

A.K.U.D.O said...

bau skandal yg aku cium ni dah tahap tempoyak..

adibah said...

A.K.U.D.O,
kes parah dah tu... tapi takpa, buat cicah dengan ulam sedap tu..! :)