Thursday, December 15, 2011

Skandal & Keberanian




Semalam dengar di HotFM waktu pagi.. Segmen "Dear Fara"... Segmen pendengar berkongsi masalah dengan kru pagi HotFM.. Teringin aku nak call berkongsi cerita.. tapi.. disebabkan beberapa perkara (read: 1. malas nak tunggu diorang angkat call 2. malas nak dengar sora aku dalam radio 3. takut gugup hingga tak terkata apa-apa), jadi aku rasa baik aku tulis dalam blog.. Lagi senang. Menulis lebih mudah dari berkata-kata. Kadangkala.






Dalam segment tu, seorang lady listener berkongsi masalah. Kisahnya secara ringkasnya begini:






  • lady listener, isteri orang, anak 2


  • suaminya, dah 6 tahun, suka bersosial dengan perempuan, secara virtual dan live. Rajin chat, FB, twitter, sms segala..


  • pernah terkantoi, dan berjanji tidak akan buat lagi


  • terkini, ada skandal dengan ofismate


  • terkantoi, isteri jumpa gambar 'mesra' antara suami dan ofismate


  • suami dah kata : saya boleh berkawan dengan siapa saja yang saya nak. saya boleh dan mampu berkahwin lebih dari satu. jangan sampai saya tamatkan perkahwinan kita.


  • isteri tak tau dah nak buat apa..

Inilah sinopis yang dibaca oleh kru pagi HotFM. Kalo depa tipu, tipulah aku.. hiks. Sangat klise kan? Suami orang, di luar rumah ada relationship dengan perempuan lain. Tapi sebenarnya di zaman skrang ni.. isteri orang pun pandai ada relationship dengan lelaki lain. Sama je. Lelaki dengan lelaki pun ada. Perempuan dengan perempuan pown aderrrr.....


Untuk cerita kat atas ni, ramai caller yang bagi komen. Kebanyakannya simpati dengan si isteri dan geram dengan si suami. Ada yang suggest pasang spy. Ada yang suggest gunakan gambar dalam handphone si suami untuk tuntut cerai. Macam-macam lagi lah. Macam skrip2 dan jalan cerita yang macam-macam sekarang.

Jadi, di blog ni, izinkan aku untuk meluahkan pendapatan pendapat aku yang tak seberapa ni...

Pada pendapat aku, si isteri tu tak perlu risau. Relaks je kak. Buat derk je. Suami akak tu, sebenarnya memang tebiat dia suka berkawan dengan perempuan. Jenis test market tu sebenarnya kak.

Sebabnya?


Sebab dia tu berkawan dengan lebih dari satu perempuan. Lepas sorang gf ke seorang lagi gf. Sebagai perempuan, biasanya kita ada seorang bf saja... kita kalau berkawan istimewa/rapat mesti menuju ke arah kawen kan? Takkan nak bercinta jeee... tapi tak kemana.


Saya rasa suami akak tu, mesti tak sorok yang dia tu dah kawen. Saya rasa gf2 dia tu sumer tau yang dia dah kawen.


Mesti dia tanya dah.. "U tak kisah ke kawan dengan i yang dah kawen ni..?"


Saya rasa jugak gf dia mesti kata "I tak kisah...".


Dan berlakulah perkawanan mereka hingga mereka menjadi teman tetapi mesra. Mulalah sayang menyayang, saling percaya, punca kasih berpanjangan.... Kemudian kan kak, lama kelamaan bila gf suami akak tu, dah mula sayang chenta watsover... mesti gf dia tanya soalan..


"Love.., kita ni macamana skrang..? Mak I dah tanya.. takkan kita nak macam ni je sampai bebila...?"


Dan akak tau tak... bila berlakunya keadaan begini, bila terluahnya soalan sebegini... secara otomatik dia terus akan teringatkan akak dan anak-anak akak yang comel2 tu... Dia akan terus buat muka kesian seperti Puss In Boots tu sambil berkata...






credit to google image


"Cinta.., I bukan tak sayangkan you.. cuma I kan dah ada isteri dan anak-anak... I tak sanggup kehilangan mereka... Mereka tu tanggungjawab I...." Begitu lah kak....



Kemudian kan kak... gf dia confirm mintak break dengan dia... dan kemudian... tinggallah suami akak tu tanpa gf... Tapi tak lama kak. Kejap je.. Dan bermulalah sessi berkenalan dia dengan perempuan lain... Refresh all over again... Asalkan ada gf untuk meneman dia sepanjang dia tiada di rumah.. Dan begitulah berlangsung... lepas sorang.. sorang.. dan sebab tulah boleh berpanjangan hingga ke 6 tahun lamanya, kak.



Dia kata dia berhak dan mampu kawen lain ye kak? Takpe kak.. takpe..

Akak cakap je kat dia.. "Kalau rasa mampu.. awak kawenlah..! Anak-anak semua ikut saya.."



Betul kak... Gerenti dia terkedu kak. Kata orang, lelaki ni dengan anak diorang kalah, kan kak? Saya rasa confirm dia tak berani nak kawen lain.. Percayalah kak. Dengan gf2 dia tu semua dia mesti kata dia tak mampu nak kawen, kewangan la.. keadilan la.. etc.. Kalau dia mampu dan nak kawen kak, sejak tahun pertama lagi dia dah kawen lain kak... Dia saja je.. sekadar nak ada gf teman chat, sms, borak telefon, teman lunch etc... Setakat tu je kak... Dia tak berani nak kawen lain tu kak.



Akak ingat tak betapa pucatnya muka dia pertama kali akak bawak dia balik jumpa mak bapak akak? Akak tengok tak betapa tunduknya dia bila bersalam dengan adik beradik lelaki akak? Akak ingat gf dia tu takda mak bapak, adik beradik? Akak ingat dia berani nak repeat balik semua tu??? I dont think so kak..!



Akak ingat tak lagi betapa menggelabah, gugup & berpeluhnya suami akak tu masa akad nikah 6 tahun dulu? Akak ingat tak betapa peningnya dia buat persiapan kawen 6 tahun dulu? Akak ingat tak betapa seronoknya dia bila akak bagitau dia akak dah pregnant anak pertama? Akak ingat tak betapa peningnya dia dulu, beli barang preparation utk baby lahir & bayaran kos perubatan akak bersalin? Akak ingat dia nak ke repeat benda2 remeh ni lagi? I dont think so kak....



Kalau dia nak, dia boleh bagi commitment, dah lama dah dia kawen untuk yang ke2 kali kak.. Dia tu takda keberanian kak..!



Akak jangan risau okay... Akak patut bersyukur, walaupun dia macam tu, dia masih balik rumah juga kak.. Akak sabar ye. Makin dia buat akak macam tu, akak jangan give up tau... makinlah akak tunjukkan kasih sayang akak kat dia ye... Biar dia pelik. Biar dia bengong termanggu sekejap kak.. hiks.!



Akak dun worry... dia kata dia mampu kawen lain tu setakat ugut akak je tu... Sabarlah kak ye.. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar..

Apa dia kak? Macamana saya tau semua ni....? Pengalaman idup kak... pengalaman.




Sekian.





Salam kasih.


6 comments:

Tijah said...

kihkihkih. dalaammmmmmmm respon ko tu nok.

apa2 pun kucen tu sangat appealing macam mintak penampar muka dia khennnnn?

adibah said...

Tijah,
dalam kan....? Hehehe...
Comel.. tapi cam ringan je tangan nak lepuk kan...? Hiks

A.K.U.D.O said...

kak, mrk bukan nak kawen sbb masing dah kawen. cuma nak bercinta forever. lebih senang kan.. msg2 tak mau terikat dgn commitment lagi dah. camne tu kak

adibah said...

a.k.u.d.o,
pendapat saya, mungkin beza dgn org lain.. kalau macam tu lah situasinya, dua2nya menipu diri sendiri.. bermain2 dgn hati, dgn perasaan masing2. Akhirnya dua2 nnt akan rasa sakitnya... Sampai bila boleh tahan rasa cinta semata2?

A.K.U.D.O said...

mrk yg dgn cara ini lebih gembira bila berskandal cinta tanpa ada ikatan perkahwinan . kalau rindu jumpa saja dan segala kemudahan melepas rindu dendam ada dihujung jari. fitrah bila berdua, syaitah ada jadi ketiga. lagi nak stop lagi seronok mungkin.
bukan utk merampas tapi tempat menumpang jika tak dapat yg lebih istimewa dr pasangan sebenarnya. kehidupan dgn pasangan sah mcm biasa, tiada yg kurang atau pincang. cuma keseronokan berskandal tu mgkin mengatasi kemuliaan sifat sbg suami/isteri sehinggalah jika langit dan bumi sudah muak..

adibah said...

a.k.u.d.o,
mereka mungkin lupa, Tuhan itu ada..