Thursday, July 5, 2012

Soalan sensasi wartawan basi

Selamat menyambut nisfu Syaban... pertengahan bulan Syaban.. maknanya, lagi 15 hari puasa lah kita semua, insyaAllah.. Dah habis ganti puasa? Aku? Belum langsai lagi.. masih ada tertunggak sehari tunggal. Adeihh...!

Ingat nak cerita yang sensasi.. tapi, disebabkan sedang nisfu Syaban, dah nak dekat bulan Ramadhan lagipun, baiklah kita banyak2 buat amalan2 yang baik.. ye dak? Kurangkan sensasi.. tingkatkan produktiviti katanya dalam Melodi.. tapi.. la ni.. aku kurang gemor nengok Melodi.. bahawasanya aku suka tengok Galaksi di tivi semilan setiap hari jemaat pukul lapan stengah malam..! Best! Aku suka Kiah Propa ittew.. sungguh tulus, takdek kaver2.. Owh.. saya feminat akak! Hiks..! ok.. habis cerita sensasi.

Ye.. disebabkan aku kawen January 2011 yang lepas.. sekarang ini, aku sentiasa dibanjiri dengan soalan 'wartawan2 basi' yang tak bertauliah.. iaitu.. "Dah ada isi ke belum?".. Hmm.. memang orang tak pernah berhenti bertanya ye? Baru je lepas habis jawab soalan "Bila lagi nak kawen?" dah masuk ke segmen kedua soalan bonus yang seterusnya. Penatnya.... Hmm

Sebenarnya, proses pengisian itu seringkali dijalankan, of kos, tapi proses pembentukan itu masih belum lagi berjaya terlaksana. Ye.. aku tau la... kita ni umur semakin lama semakin bertambah... "the clock is ticking" katanya, memang betul. Kalau the clock is not ticking anymore, kiamatlah dunia ini.

Kadang2 cara bertanya tu macamlah tak percaya pada Qada & Qadar Allah.. Macam lah kami ni tak melakukan kerja2 pengisian. Bersabarlah... Kalau selama ini boleh tunggu untuk makan nasik minyak lauk sotong sambal aku, takkan tak boleh tunggu sikit lagi untuk aku ada isi? Kan?

Tahukah anda, bila anda bertanya soalan itu pada seorang perempuan, mungkin perempuan itu akan duk fikir soalan itu, berlegar-legar di kepalanya, kemudian dia akan stress, dan bila dia sedang melakukan proses pengisian itu, akan terngiang2 soalan anda itu di dalam kepala otaknya... dan akhirnya, menggangu gugat konsentrasi semasa proses pengisian. Jadi, semakin tak berisilah perempuan itu jadinya.

Adalah lebih baik sekiranya sama2 doakan agar kawan2/sedara mara2 yang belum ada anak ini.. dikurniakan zuriat yang sehat, sempurna dan beriman... dapat jugak tumpang pahala ye dak?  Kadang2 orang ni tak perasan.. mungkin dia Allah dah kurniakan zuriat 1,2,3,4,5 orang atau seterusnya.. tapi.. zuriat dia tu nanti? Confirm ke zuriat tu nanti, akan berzuriat juga bila mereka dah berumahtangga?

Lain kali, kalau ada orang tanya aku lagi... "Dan ada isi ke?"... "Bila lagi nak beranak ni?" ... "Belum pregnant lagi?"...  aku akan cuba untuk hanya tersenyum.. selagi masih ada kesabaran... Bila hilang kesabaran, mungkin aku nak jawab, "Nanti sampai masa, I datang jumpa U ye... I nak mintak U sponsor RM20K, I buat IVF, sebab u tak sabar2 nak I beranak kan?".. Gittew..!


Salam kasih.

6 comments:

Tijah said...

soklan tu takkan stop sampai la kita mati nok.

bila nak kawen?
bila nak beranak?
bila nak tambah anak?
bila anak nak kawen?
bila nak ada cucu?

tapi kalu ko berani cuba tanya org yg tanya tu bila dia nak mampos. hahaha. (jaatnyer molot mak skrg)

adibah said...

Tijah,
Kan..!!! Tak brani plak nk tanya..!

Edzlin said...

hehe ok gak jawab macam tu kak. Banyak sangat tanya, nak sponsor ke kan hehe.

Hani Asmahani said...

hehe, terpanggil nk komen kat sini kak dib.

mulut orang2 yg mcm ni lah patut beli insurans lebih
takut ada yg tak sabar tertampar ke tertempelng dia..

macam cetek sangat pemikiran nya tu. Kan itu semua urusan Allah.

btw kita byk kali gak terserempak dgn kak dib tapi segan la nk tegur..hehe.

Love
Hanie

adibah said...

Ha... kan...!!

adibah said...

Alahai hanie... kakdib ni tak perasan sgt orang... nanti kalo terserempak takyah segan2... hanie tegur tau...!! Hehe