Monday, December 5, 2011

Kau Kenapa Senah...?


Last weekend ke PD.. Ada rombongan Cik Kiah ke PD... Cousin yang keje di TNB.. err UNITEN to be exact, telah menyewa sebuah bungalow Kelab Kilat TNB kat area pasar malam PD tu.. Menarik tempatnya uols.. 3 bilik besar, dapur secukup rasa, 2 toilet yang bersih, ruang tamu + ruang makan yang just nice, dan pangkin tempat lepak mengadap laut... Peace uolsss!! ;)

Cuma agak jauh dari pantai, kena adventure melintas jalan raya, baru la sampai ke pantai. Menarik jugak pantainya, luas + bersih (macam ayat UPSR je aku rasa ni..). Cuma tercemar dengan satu adengan yang kurang menarik untuk aku lihat..

Aku maleh nak mandi manda, jadi melepak je kat ruang letak kereta berhampiran pantai. Yang tak menariknya, ada 2 orang avang black, seorang ahkak black, dengan dua orang perempuan warganegara kita...

Memula, aku perati je.. Mungkin diorang ni nak bawak kengkawan diorang ni, melancong ke PD agaknya.. Bersangka baik. Elok la.. bawak jalan2. Tapi, bila aku telek2, ku renung2, ku perati, lain macam je... Mereka-mereka yang tidak cerah itu, semuanya sedang meneguk bir dalam tin, dan kendian aku terlihat pulak kelibat botol arak bersaiz medium. Apa ke halnya ini...? Dan yang bestnya, ada lagi 2 tin kosong, bersepah kat tanah... Apa kejadahnya, minum di tempat ini, di waktu terang benderang sebegini?

Aku dah terbayangkan, takut2 kalo2 dua orang rakyat kita tu, terbabit jadi keldai apa kejadahnya namanya tu.. Suruh bawak itu ini, kena scam itu ini, tergadai wang ringgit segala.. kena tangkap ke.. apa ke.. ish...!

Sekarang ni, ramai sangat yang terjebak. Dah berapa kali ntah, aku baca kat paper, kena tipu ribuan ringgit dengan orang2 kaki scam ni. Mostly kenal online. Sejak zaman aku chatting IRC dulu lagi, memang dah ada.. Skarang ni dah ada FB lagilah... Kengkonon suka tengok profile aku, padahal aku dah hide dah profile segala kat FB tu.. Nak berkenalan la.. Single dad nak cari wife la.. Nak kenal budaya Malaysia la... Nak belajar Islam la... Romantik. Panggil dear. Panggil darling. Panggil sweetie. Panggil love. Cair......!!! Semuanya tu menipu je... Jangan la duk layan sangat... takut nanti lama2 cair... habis gadai segala..!!

Jangan la mudah sangat percaya... Berhati2 lah.. Aku tengok kadang2 yang terkena tu bukannya calang2 orang.. semua jenis yang ada degree ada kerjaya.. Sekali kena scam, kena goda, kena ayat, dah termakan kata-kata manis... habis terbang 40 ribu..! Terbang 50 ribu! Aduhai..!

Sebab tu lah aku ada ID & Password FB dikna... senang sikit nak monitor. Orang kata, mencegah itu lebih baik daripada menyesal kemudian hari.. ye dak? Teringin jugak aku tanya mereka2 yang dah terkena tu....


KAU KENAPA SENAH??????????




Sekian bebelan hari ni... Salam kasih. :)

Tuesday, November 29, 2011

Aku Gigit Ko Karang!

Dah taip entry tadi. Edit alignment. Tukar font mana yang patut. Kasi kaler font yang perlu.
Tiba-tiba laptop jam. Dah berkali-kali jadi dah laptop ni!


Nantilah ye.. kalo rajin, aku re-type entry yang sebelum ni..

Harus post cecepat entry ni sebelum dia jam lagi. Bye.


Salam kasih.






Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday: TERBAIK

1st wedding gift.. TERBAIK..!!* Speechless*



Salam kasih.

Friday, November 11, 2011

Sebelas Sebelas Sebelas


Nice number.
Ramai yang update blog.
Ramai yang update status FB.
Ramai yang twit twit twitter.
Ramai yang berkahwin.
Ramai yang melahirkan.
Ramai yang berdating dengan yang tersayang.
Ramai yang propose pada yang dicinta.
Ramai yang makan-makan.

Ada orang yang bertanya... ADA APA DENGAN TARIKH?

Manusia
Suka pada yang mudah-mudah

11.11.11 mudah untuk diingat, bukan?

Itu saja sebenarnya...



Salam kasih.

Kesian Ko Dik...

Kisah ini berlaku di ofis. Semasa aku sedang bz.. bz membelek suratkabar HaryanMektro. Gigih kan..? Pekerja contoh sangat... Haha.. Keja dah siap.. separuh. Bila mata dah berpinar-pinar menghadap komputer berjam-jam, haruslah mengalihkan pandangan ke sesuatu yang lain. Jadi, alternatifnya, baca paper.

Tiba-tiba handphone berbunyi. Nombor alien. Maksudnya, nombor yang tak berdaftar kat Contact aku.. yang takda dalam Phonebook. Dulu2 masa tengah asyik masyuk 'berskandal' dengan si bujang tiga, aku takkan layan nombor2 alien ni.. Cuak beb...! Takut..! Mana la tau kot2 spy2 binik dia ke... binik dia ke... sedara mara dia ke yang call... Giler takut..! Takut dengan bayang2 sendiri hakikatnya...! Hiks..! Pelajaran berskandal no. 1: jangan angkat call kalo bukan registered number... bahaya beb..! :)

Okay. Sambung.

Aku tengok nombor tu, nombor local. Start dengan 03. Siapa pulak ni ye... Bank? Eh.. duit keta dah lama bayar.. Hospital? Bil spital hari tu pun dah settle masa cekaut. Takpalah.. Angkat je.


"Ello" katanya. Perempuan. Aku bajet dalam late 20s or early 30s.

"Ye" kata aku.

"Puan xxxx, saya call dari XXX Insurance bla bla bla bla bla.. kita ada kerjasama dengan AIA Insurance.. bla bla bla... pakej.. lindungan.. bla bla bla..." katanya

"Ini berkenaan apa ni..?" suara aku suda kurang mesra. Aku tau, dia mesti nak suruh aku beli insurance.

"XXX Insurance bla bla bla bla... kerjasama AIA.. lindungan.. bla bla bla bla bla..." dia repeat lagi skrip dia yang tadi.

"Takpa lah, saya dah ada. Saya memang ada AIA Insurance." nada mengawal kesabaran sebenarnya.

"Bukan puan.. Ini tak sama dengan apa yang puan ada. Kita berbeza ya.. kita ada........." katanya lagi.. try plan B nampaknya wanita ini..!

"Saya dah ada. Takpalah!" aku ulang skrip aku pulak.

"Itu tak sama puan.. kita ........."

Tet! Aku tekan butang belah kira handphone aku. Kasi diam. Sambung baca HaryanMektro. Degil betul la dia. Aku kata aku dah ada tu ada la... Hinsh..!!!!

Aku perasan jugak, kalau telemarketing ni.. bila telephone nak jugak produk, kalau gagal plan A, dia tukar plan B, kalo gagal plan B, dia pusing plan C pulak... selagi boleh. Bad day for her. Nasib dia tak baik, sebab kena call nombor aku. Kesian ko dik...! Akak bersimpati.

gambar dari googleimage

Aku bajet mesti dia angin seperti akak kita di dalam gambar dari google ini... Ye la kan.. tengah bercakap titiba orang putuskan line... Tapi, bak kata pepatah Melayu.. Alah Bisa Tegal Biasa.




Salam kasih.

Thursday, November 10, 2011

Alamak!

Mula-mula tadi, dengan confidentnya nak letak title "Wordless Wednesday" - sebab malas nak type entry.. Beberapa detik kemudian, baru sedar diri bahawa hari ini adalah hari Khamis... Kalo letak entry Wordless Thursday nanti nampak 'sumbang' pulak.. hiks..


Khapkunka......


Dah. Itu je untuk entry kali ini. Sekian.. ;)



Salam kasih.

Tuesday, October 18, 2011

Skandal & Durian


Bertemu kembali. Sejak semakin canggih gaya komunikasi kita sekarang ni, semakin banyak terdengar kisah skandal di sana sini. Kalau tak caya, cuba belek paper M*tro ke... K*sm* ke.. mesti ada kisah skandal sampai cerai berai, bergaduh, berbunuh, saman menyaman. Skandal di tempat kerja, skandal di rumah (tuan tanah + bibik), skandal di tempat belajar.. etc.. penuh dengan skandal uols....!!

Cara komunikasi? Senang. Initially was surat menyurat. Short notes. Guna orang ketiga untuk sampaikan pesanan. Kemudian lahir telefon. Kemudian dengan sms. Chatting di computer. Guna email. Guna instant messenger (MSN, Yahoo, ICQ, Skype). Guna FB. Guna BBM. Macam-macam lagi... uolss....!!

Yang scandal? Yang bujang + dara. Bujang + isteri orang. Dara + suami orang. Janda + duda. Tenaga pengajar + pelajar. Tenaga pengajar + kakitangan bukan akademik. Dan yang terkini, sesama jantina, sesama saudara mara... semuanya ada... uols.....!!!

Situasi:

En. A, suami orang... beberapa tahun lagi, dah boleh keluar EPF, orangnya cool... daddy cool.. cakap lembut.. kiranya "pijak semut pun semut ketawa sbb ingatkan bergurau dengan dia". Pernah berskandal semasa zaman muda... sudah terkantoi dan sudah tobat nasuha.. taknak mengulangi kesalahhannya... Tapi, kita hanya merancang, setan lagi pandai menggoda uols....!!!

Berkenalan dengan Pn. B, isteri orang.. orangnya baik.. lemah lembut.. berwajah keibuan. Entah apa kan jadi... En. A mungkin telah terkena panahan setan... memulakan langkah berkenalan. Short notes. Senyum. Hantar surat. Senyum. Hantar email. Dibalas. Senyum. Email lagi. Dibalas. Email lagi. Dibalas. Senyum. Chat. Senyum. Sms. Senyum. Call. Senyum. Begitulah berlangsungnya untuk dua tiga minggu. Ibarat kerak nasik. Memula keras hitam berdentung. Lama-lama, kena air ... lembut juga akhirnya uolsss.....!!!!

Dari "hanya kawan biasa" sekarang sudah jadi "berkawan rapat". Perkataan KAWAN menjadi kata kunci. Kawan je... apa salahnya.. takda apa pun.. Untuk bercerita. Untuk berkongsi kisah. Iya, kawan. Akhirnya berkongsi makanan. Berkongsi minuman. Berkongsi kenderaan. Sekarang ini, orang sekeliling sudah mula menghidu. Dinding dan tiang-tiang disekeliling sudah memasang telinga dan mata dan sudah pandai bersuara.. uolsss...!!

Pada yang berskandal itu... eh silap... pada yang ber'kawan' tu.. berhati-hatilah. Mungkin bagi kita takda masalah dengan apa yang kita buat. Tapi, pada hakikatnya, pada mata orang lain... nampak "SHUMBANG"... uolsss!

Skandal ini ibarat durian.


DURIAN ITU SODAPPPP...!

TAPI...

DURIAN ITU BERDURI.. TAJAM.. BAHAYA..!!
DURIAN ITU MANIS.. KANDUNGAN GULA BANYAK.. BAHAYA..!!
DURIAN ITU BERKOLESTRAL TINGGI... BAHAYA...!!



DAN DURIAN ITU KUAT BAUNYA...
MACAMANA SOROK PUN.. LAMBAT LAUN..
MEREBAK BAUNYA DIPERSEKITARAN... SEMERBAK..!!
LEBIH-LEBIH LAGI KALAU DALAM TEMPAT BER'AIRCOND'... KAN UOLSS..?



*di entry akan datang, nanti saya bagikan tips2 untuk berskandal ini ye... maklumlah.. ada pengalaman gittew... opsss....!! ;D




Salam kasih.

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday: SELAMBA...



Lokasi : Bukan di Malaysia...





Salam kasih.

Friday, October 7, 2011

Aktiviti Makan2 Sempena Cuti Sebulan

Cuti. Sebulan. Duduk rumah. Tak leh pegi mana-mana. Makan, tido, tengok tv, fb, makan, tido, tengok tv, fb.. Makan apa?


Sup Ikan Haruan

Sup Ayam Kampung

Sup Ikan Haruan

Ayam Kampung Masak Halia

Sup Ikan Haruan

Limpa Masak Kicap

Sup Ikan Haruan

Ayam Masak Kunyit




Itulah menu aku sejak 27/9/11....




rasa nak jerit....!!! TANAKKKKK DAHHHHHHHH!!!!



*sabar...


*sabar...


tinggal 19 hari lagi untuk bersabar.....


tapi... pagi tadi aku makan tosei untuk sarapan... Rumbenalarekek!!

errr... Tosei takpa kannn?? kan?? kan?? tak gatal kan??? Teringat pulak aku... masa zaman dulu2... nenek moyang kita kenal ke tosei?? Mungkin sebab tu tak masuk list pantang agaknya..? Hmmm....




Salam kasih.

Monday, September 5, 2011

Salam Aidilfitri

....Fair & Lovely... (hahahaha)



Assalamualaikum...

Raya sebulan kannn...!!!!? Rasanya masih belum terlewat mengucapkan Salam Aidilfitri ... hehe...

Raya tahun ni lebih meriah... Semakin besar keluarga.. semakin ramai saudara mara.. Semakin banyak rumah yang perlu di ziarah.. semakin bertambah tangan yang harus dihulurkan salam.. Semakin banyak 'duit baru' yang bertukar tangan.. hehe..

Untuk semua yang membaca.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.. Andai kata terkasar bahasa, terguris hati, terasa jiwa di entry2 dari yang pertama hingga ke hari ini, maaf dipinta..

InsyaAllah.. aku akan menulis lagi, selagi mampu.. Aku doakan yang terbaik untuk kita semuanya, insyaAllah...


Kuih raya semuanya beli
Baju raya tak jahit sendiri
Ku ucapkan untuk sekian kali
Selamat Hari Raya Aidilfitri... :)




Selamat Hari Raya!!!! :)




Salam kasih.