Monday, September 13, 2010

TIMA KASYEH


Hari ini 4 Syawal. Masih beraya di kampung? Atau dalam perjalanan balik rumah? Atau sedang bekerja? Atau sedang golek golek bersantai di rumah? Hari ni, baru sempat untuk online, menulis serba sedikit dari kampung. Rumah aku masih belum berinternet.. orang TMNet call, bagitau takda port untuk line aku. Kena tunggu bulan 11 baru ada port. Oleh itu, aku harus mencari brotben untuk sementara waktu.. chehhh!! Menci tul lah...!

2 Syawal yang lalu.. iaitu September 11, 2010 bersamaan dengan hari Sabtu, aku ber"ulang tahun" lagi.. yang keberapa? Hmm.. tahun ni aku dah pasang jawapan iaitu "33".. padahal dah berapa tahun berlalu double digit itu.. aku suka 33.. statik tak tukar-tukar. Jadi.. dari tahun ini.. hingga ke tahun seterusnya.. aku akan maintain 33 untuk usia 30an.. dan kalau panjang umur insyaAllah, bila dah umo 40an pulak.. akan statik di angka 44 pula.. dan begitulah seterusnya...

Alhamdulillah.. masih lagi hidup, masih lagi bernyawa, masih lagi sempurna walaupun ada sejenis dua penyakit yang hinggap.. Alhamdulillah.. masih mampu mengadap komputer, masih mampu memandu kereta, berjalan kaki, makan 3 kali sehari, tidur lena, mandi basah dan yang penting masih boleh sujud ke bumi mengadap Illahi bila sampai waktunya.

Alhamdulillah.. telah tamat study dan insyaAllah.. akan naik ke pentas konvo ke 26 di Universiti Islam Antarabangsa untuk menerima sehelai kertas bernama Ijazah Sarjana pada 2 Oktober, 2010 nanti. Alhamdulillah...

Untuk teman-teman yang telah memberi ucapan selamat dan doa sempena hari lahir aku di FB, email dan telefon, terima kasih banyak2 aku ucapkan atas doa kalian..! Nanti kita bersiaran lagi ye.. Akhir kata...



TIMA KASYEH.. I LAF U ALL...!!! :)



Tanpa disangka.. ini adalah entry ke 911 di SeptemberSebelas ini.. :)





Salam kasih.

6 comments:

edzlin007 said...

Tahniah!!!! bangga3...hehe

Selamat Hari Raya juga kak, maaf zahir batin

Lyn Yusoff said...

Happy belated birthday kak mimi..
semoga pjg umur & murah rezeki..
sorry lambat wish... :)

Hazey said...

Babe, happy belated birthday.. semoga sentiasa dalam kesejahteraan, diberkati allah swt selalu, bertambah-tambah rezeki, dan segala-galanya yang terbaik di masa-masa yang akan datang.... mmmuuuaaaahhh!!!!!!

Hazey said...

Babe, happy birthday, semoga bertambah2 rezeki, happiness always ya!.. Take care darling!!

h4ni3 said...

wow.. no 33 itu cantekss
no 911 itu juga cantekss
tuan empunya badan juga maintain cantekssss =)

patungcendana said...

tahniah sebab berjaya menghabiskan study....bukan senang tu....

salam aisilfitri untuk kau dibah...maaf zahir batin...:-)