Friday, December 31, 2010

Tata Dua Kosong Satu Kosong


Sudah berakhir tahun 2010.. Tahun 2010 ini.. blog aku sedikit sepi.. tidak banyak entry.. Ada sahaja aral yang melintang.. sama ada dari segi masa ataupun idea.. kadangkala ada idea.. tapi tak punya masa.. kadangkala ada masa.. tapi, ilham tak sampai.. Hanya 78 entry sahaja.. dan nawaitu untuk mencapai entry ke 1000 dalam tahun 2010 tidak kesampaian... Aduhai... Tapi tak mengapa... Sekurang2nya sudah ada satu azam untuk tahun 2011 ini...! Huhuhu..

2010 ada yang manis, pahit, tawar, masin, masam, kelat segalanya lengkap.. Penuh dengan pelbagai warna, bermacam-macam.. warna prima dan warna sekunder semuanya bergabung, bercampur aduk... Ada warna yang aku suka.. ada yang tidak.. dan ada juga warna yang aku tersalah pandang.. ye.. kan aku seorang OKU (read: rabun warna)...! Huhu..

2010 penamat bagi satu dekad, beranjak ke dekad yang baru.. dan tanpa disangka.. kuasa Yang Maha Esa, insyaAllah.. beranjak juga aku ke status yang lagi satu...! Owh.. bukan status FB ye.. tapi, status diri... Akan berlaku perubahan dari segi gelaran, akan berlaku perubahan dari segi gaya hidup dan berlaku perubahan dalam mengisi borang... Alhamdulillah...

Aku redha dengan apa sahaja dan berlaku pada 2010, mohon ampun pada Illahi atas segala kesilapan, khilaf dan dosa pada 2010, dan memanjatkan rasa syukur pada anugerah, rahmat dan rezeki yang dikurniakanNya di 2010 ini.. Yang indah dijadikan kenangan, dan yang cela itu dijadikan pengajaran..

Semoga tahun 2011 nanti penuh dengan rahmat, rezeki dan kesihatan yang sempurna... Semoga 2011 nanti lebih baik dari tahun ini.. mudah2an.. insyaAllah..

Goodbye 2010.... Tata..!


Salam kasih.


1 comment:

Mimi Jazman said...

selamat tahun baru..!! may ALLAH bless you and me..