InsyaAllah, lagi sebulan nak berjalan2 lagi.... Tapi, kali ini, ahli rombongan agak ramai... kekuatan skuad adalah seramai 7 orang. Tiket sumer dah settle, tinggal nak siapkan itinerary.. nak ke mana, makan kat mana, shopping kat mana, jalan2 mana.. semua kena siapkan ..
Sambil google mencari blog yang bercerita tentang pengalaman masing2.. sambil2 tu aku letakkan tempat2 yang diorang pernah pergi untuk makan, shopping atau jalan2 dalam 'brainstorming list'.. kemain kan.. nak buat itinerary berjalan2 pun kena brainstorming.. Ngengada..! Haha
Dalam tengah kusyuk tu, berlakulah perbualan ini..
DK: Jangan lupa iron..
Aku: Iron? Okay.. tak berat ke nak bawak iron?
( menaip perkataan IRON di listing "things-to-bring" sambil dalam hati fikir ye lah kan... kalo duk apartment mungkin tak da iron)
DK: Ha???
Aku: Tak berat ke bang..., nak bawak iron?
DK: Not that iron la... jangan lupa iron baju.. esok kan KERJA...
Aku: La.. ingatkan iron nak bawak hahaha
Apa lagi... ketawa kah kah kah la jawabnya.. Hahahahahaha...! Chesssshhhhhh!!
gambar ehsan google image
Nampak sangat kan.. semangat nak gi berjalan tu lebih hebat dari semangat nak pergi kerja.. !! Okaylah.. mau AYEN sekarang... gudnite!
Bersawang sungguh blog ni.. Kalau dulu, dua tiga entry sehari.. tapi sekarang, sebulan satu entry..! Sedih.. Orang lain pun kawen jugak.. tapi.. takda lah sampai bersawang bagai nak rak blognya.. kan...?? Sedih..!
DK bukan blogger. Kalau online pun, dia sibuk tengok 4 perkara je.. Kalau tak BBS (website pasal barang2 basikal) dia akan tengok www.mudah.com.my, sesambil tu dia tengok jugak ebay, kendian tu dia akan tengok YouTube, sesaja nak nengok gilpren lama, Keti Peri..! Benda2 lain seperti yang terlampau2 ke.. yang samar2 ke.. yang glamer sampai masuk kort ke.. dia tak minat.. Phew... sib baik..!
Jadi, dia tak berapa nak paham kalau nengok aku duk termenung, lepas tu taip taip taip.. lepas tu delete.. taip lagi.. delete lagi.. taip taip pastu delete lagi.. Lepas tu bila dah pening taip dan delete, masuk pulak menengok EfBee. Bila time tu mula la dia menjeling menjeling, memandang memandang, jadi... hilanglah konsentrasi nak menulis entry. Dia risau agaknya, mungkinl dia tertanya-tanya, aku ni waras ke tidak.. hahahaha... Hasilnya, bersawanglah blog ku ini..
Tudia.. punyalah panjang alasan.. Adakah explaination letter aku ini diterima oleh readers? Hiks..! Harap2 lah ye... :D
Sepanjang kesunyian dan kesepian blog ini, sebenarnya ada juga perkabaran gembira. Sekiranya KakRos dan konco2nya ada membaca entry ini, dengan rasa penuh sebak di dada tanda kesyukuran, aku ingin mengumumkan..
Ros, mimpimu ittew telah menjadi kenyataan bagi diriku..! Alhamdulillah...! Aku pown tak sangka Ros... bersyukur jugak setelah 5 tahun tidak ada perkabaran gumbira sebegitu... Hebat betul dirimu Ros... len kali kalo ada mimpi best2 lagi bagitau la ye.. hiks..!
Dengan adanya perkabaran gembira itu, DK dengan berbesar hati, telah mentujukan lagu ini untuk isterinya..
Oh Kekanda Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi Oh Adinda Kanda mana dengki, malah Kanda support bini
Jadi Dinda mahu mengambil masa Tapi Kanda mahu segera Dinda ingin berjaya dalam kerjaya Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia Kanda dah beria ria Jadi yang mana satu Tak perlu bertengkar Tak perlu bermasam muka
Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa Itu yang Dinda harus berwaspada Ini semua demi masa depan keluarga Dengan Dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam Dinda kerja siang Jadi bila nak bertemu Tak perlu bertengkar Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya? Apa keputusannya?
Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan Kanda polar kutub utara Dinda kutub selatan Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu Tak perlu bertengkar Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing Kanda yang Perdana Dinda yang Utama Kanda segalanya Dindalah nyawa Kita tetap bahagia bila bersama sama Bahagia bersama Bersama selamanya Bahagia selama-lamanya
Owh... so suwittttt of yewww.....!!! Kanda jangan risau.. dinda dah lama bersedia!! HIks..!! ;)