Monday, June 13, 2011

Alasan, Mimpi dan Lagu (katanya.....)

Ya Ampunnnnnnnnnnnnnnnnn!!

Bersawang sungguh blog ni.. Kalau dulu, dua tiga entry sehari.. tapi sekarang, sebulan satu entry..! Sedih.. Orang lain pun kawen jugak.. tapi.. takda lah sampai bersawang bagai nak rak blognya.. kan...?? Sedih..!

DK bukan blogger. Kalau online pun, dia sibuk tengok 4 perkara je.. Kalau tak BBS (website pasal barang2 basikal) dia akan tengok www.mudah.com.my, sesambil tu dia tengok jugak ebay, kendian tu dia akan tengok YouTube, sesaja nak nengok gilpren lama, Keti Peri..! Benda2 lain seperti yang terlampau2 ke.. yang samar2 ke.. yang glamer sampai masuk kort ke.. dia tak minat.. Phew... sib baik..!

Jadi, dia tak berapa nak paham kalau nengok aku duk termenung, lepas tu taip taip taip.. lepas tu delete.. taip lagi.. delete lagi.. taip taip pastu delete lagi.. Lepas tu bila dah pening taip dan delete, masuk pulak menengok EfBee. Bila time tu mula la dia menjeling menjeling, memandang memandang, jadi... hilanglah konsentrasi nak menulis entry. Dia risau agaknya, mungkinl dia tertanya-tanya, aku ni waras ke tidak.. hahahaha... Hasilnya, bersawanglah blog ku ini..

Tudia.. punyalah panjang alasan.. Adakah explaination letter aku ini diterima oleh readers? Hiks..! Harap2 lah ye... :D

Sepanjang kesunyian dan kesepian blog ini, sebenarnya ada juga perkabaran gembira. Sekiranya KakRos dan konco2nya ada membaca entry ini, dengan rasa penuh sebak di dada tanda kesyukuran, aku ingin mengumumkan..

Ros, mimpimu ittew telah menjadi kenyataan bagi diriku..! Alhamdulillah...! Aku pown tak sangka Ros... bersyukur jugak setelah 5 tahun tidak ada perkabaran gumbira sebegitu... Hebat betul dirimu Ros... len kali kalo ada mimpi best2 lagi bagitau la ye.. hiks..!


Dengan adanya perkabaran gembira itu, DK dengan berbesar hati, telah mentujukan lagu ini untuk isterinya..





Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya



Owh... so suwittttt of yewww.....!!! Kanda jangan risau.. dinda dah lama bersedia!! HIks..!! ;)




Salam kasih.

5 comments:

afiq said...

ouh mami. i miss you so much.

edzlin007 said...

awww sweet...

adibah said...

afiq;
i miss you to, my son... *hugs*

edzlin;
hehe... TQ.. nnt. nak buat entry untuk 3 beradik hebat tu pulak, insyaAllah.. :D

zino said...

selamat kembali berkarya hehe

adibah said...

zino; terima kasih.. :D