Sunday, May 30, 2010

The Grand Finale


The Grand Finale is just around the corner.. no.. its not American Idol, America Got Talent, British Got Talent or even Mentor.. its just that my journey in IIUM has come to the end. InsyaAllah, the final final exam for me.. Ada kawan2 yang ajak untuk sambung ke peringkat seterusnya.. tapi.. hati dah kata ... "sudah penat belajar".. belum terbuka lagi untuk sambung ke peringkat seterusnya..

Tapi.. Allah yang Maha Mengetahui.. Ketentuan itu adalah dariNya..

InsyaAllah.. satu paper on the 13th of June, dan lagi satu on the 19th.. Untuk Biz. Econ. masih belum tentu tarikh lagi.. sebab segalanya dilakukan sendiri. Independent Study. Terasa macam band indie pulak... sebab segalanya sendiri.. cuma ada 'mentor' untuk mengawasi; dan memberi dan memeriksa assignments.

Ini adalah peluang terakhir untuk dapat good grade.. Mudah2an diberi kekuatan untuk ulangkaji. Dipermudahkan menjawab soalan2.. diterangkan hati.. diberi ilham untuk menjawab soalan, insyaAllah.

Lepas final exam.. aku mau kahwin! Serius! Kahwin dengan siapa? Wallahualam. Dengan siapa saja yang berjaya mencuri hati... yang berjaya masuk meminang.. dengan jodoh aku yang ditentukan Allah.. InsyaAllah.. :)



Salam kasih.

Saturday, May 22, 2010

Kekuatan



CINTA
adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!

-dari filem Ketika Cinta Bertasbih


Salam kasih.


Wednesday, May 19, 2010

Jawapan Kuiz Hari Guru

Terharu. Ada juga yang nak menjawab soalan kuiz di blog ku ini.. Tahniah kepada LIMARATUS orang yang telah mencuba.. hehehe.. percubaan anda dihargai..



JAWAPANNYERRRR.......


ye.. yang dalam bulatan itulah aku.. gambar masa graduation day.. semangat kannnn awal2 dah pakai uniform sekolah.. nasib baik ada lagi 2 orang kawan aku yang juga bersemangat waja sepertiku..

Yang pakai gaun seksi bukan aku ye... itu adalah kawan ku.. amoi.. ntah apa ntah nama dia.. lupo dah den.. Dan, yang kepala senget tu pun.. bukan aku.. Pesanan untuk Ad: gambar sekolah takleh senget2 kepala uols..! hehe..



Cuba perati bebetul... orang lain suma duk ala2 samseng... kan... kalo silap2 tengok.. bleh nampak tettttttttttttttttttttttttt!!!!! Suma seksi.. ish ish ish.. tak senonoh kawan2 aku ni kan.. hahaha.. Tapi.. cetengok aku, lain dari diorang kan... duk bersimpuh uols... sopan gitu.. suci jer nampaknyer kan.. seperti gadis ayu duduk bersimpuh ayewww... eekekeke.. Tidak syak lagi.. aku rasa inilah salah satu petanda.. sehingga kini.. aku masih solo lagi.. hahahahahahahahahaha...




Salam kasih.


Saturday, May 15, 2010

Kuiz Hari Guru

Esok.. 16Mei.. Hari Guru Peringkat Kebangsaan.


Dulu2 kalau Hari Guru, sebulan sebelum tu.. dah sibuk dah prektis buat persembahan. Best!!! Macam2 tarian. Macam2 nyanyian koir. Tarian gamelan, tarian nyiru, persembahan erobik, tarian kipas, koir lagu melayu, lagu omputeh, semuanya aku pernah persembahkan.. Tapi zaman dulu la.. zaman kecik kecik dulu... zaman muda muda dulu.. skrang ni kalo aku buat persembahan.. haruslah cuma dalam bilik air ataupun bilik karaoke sahaja ye... Kalau di khalayak ramai.. mau gegak gempita dibuatnya!!!



Ini adalah gambar aku dengan cikgu rasmi pertama aku.. Miss Chong. Wah.. i ken still remember your name la, ticer... Masa ni tadika HolyFamily kat Kajang tu.. Ye.. tadika tu ada dalam kawasan gereja.. Masa aku kecik2 dulu, tadika kemas pun takda.. Kalo tak masuk tadika English, budak2 baya aku akan masuk tadika Cina. Tadika lain takda.. Kalo tak masuk memana.. mereka tak akan masuk tadika.. Dajah satu baru start kenal A, B, C. Bukan macam zaman sekarang. Kita (kita??) ibu bapa zaman sekarang, kalo boleh anak dah pandai merangkak jer dah nak masukan tadika..


Soalan kuiz hari guru: cuba teka... aku yang mana satu??? Hahaha...




Selamat Hari Guru. Tapi kenapa sekarang ni.. kenapa aku dengar makbapak komplen/ngomel, tiap kali Hari Guru, anak2 diorang sibuk nak beli hadiah? Hakikatnya yang paling hepi masa Hari Guru ini, adalah tokey kedai RM2..! Betul tak?



Selamat Hari Guru.




Salam kasih.

Wednesday, May 12, 2010

Amazing Song!




LOVE IT!!

Saturday, May 8, 2010

8 Mei Ini..

Hari ini, aku tengok cerita ni di HBO petang tadi. Really reminds me of MantanKekasih, where we're just like them, Shopgirl and NY152. Dan kebetulan, watak Joe Fox itu, lebih kurang sama dengan dia, si MantanKekasih dari segi cara bercakap, perangai dan cara berfikir especially dalam bisnes. Seperti watak2 tu juga, we sent email to each other everyday, without fail, day and nite. Tak pernah berjumpa, gambar pun tak pernah lihat ..ye la kan.. dulu2 mana ada FB segala.. Bezanya antara kami dan watak2 dalam You've Got Mail itu adalah, we did talked on the phone. Daily. Dan bezanya juga, kami tak bersatu. Tapi, we're still good friend. Aku pernah sayang dia, tapi tidak lagi sekarang. Dia pun sama juga. Sekarang, dalam hati cuma hanya kawan. Tiada lagi daily phone calls, tiada lagi email. Hanya sembang secara virtual jika 'bertembung' antara satu sama lain.


Dua tahun, aku takda siapa2 selepas kami breakoff. Kemudian, datang Temanku. Aku dah lama kawan dengan Temanku sebelum itu, tapi, masa tu takda rasa apa-apa. Cuma teman biasa. Cuma sejak 2007, aku mula rapat dengan dia. Mula rasa sayang. Mula pandai rindu-rindu. Bertemu setiap hari bekerja. Sebab bila hujung minggu, masing2 bz. Memang indah. Bila berdua tu hati berbunga-bunga. Bak kata orang sekarang "dalam hati ada taman".. hehe.. Aku memang rasa sayang betul dengan dia time tu.. rasa takmo hilang. Tapi, jodoh dan pertemuan itu ditangan Allah. Bila nak kepastian, tanyalah padaNya. InsyaAllah, akan diberi jawapan. Percayalah petunjuk dari Allah itu adalah betul. Jadinya.. dipendekkan cerita, kami putus hubungan.

Hari ni adalah hari lahir Temanku. If you're reading this, Temanku, Happy Birthday. Semoga Allah sentiasa merahmati, insyaAllah..




Aku teringat pada kedua2 mereka hari ini. Yang pernah singgah dihati aku. Yang pernah buat aku happy .. senyum sampai ke telinga.. senyum sampai tak nampak mata.. Dan hari ni juga, aku nak simpan cerita kedua2nya dalam Peti Kenangan kedap udara, ditutup rapat, tekan no. pin yang susah-susah, supaya kenangan itu akan tersimpan abadi di situ. Terima kasih untuk semua kenangan-kenangan itu.


Sebab sudah sampai waktu, untuk aku buka lembaran baru. Terus ke depan, dan hanya menoleh ke belakang bila perlu. It's time to move on. Aku tak nak kenangan lalu, buatkan aku takut untuk memulakan sesuatu yang baru.




Aku sedang cuba memulakan langkah, insyaAllah.. semoga diberkatiNya... Amin..





Salam kasih.




Monday, May 3, 2010

Serius!


Serius..!!


Aku rindu dia...


..tapi...



...tapi...



takpalah.. tunggu habis Final Exam nanti baru cerita..



..bulan 6 nanti..







I MISS U.... *sob.. sob..




Salam kasih.

Sunday, May 2, 2010

Ni Sapo Lak Nih?


Ada satu komen dari entry ini:

Anonymous said...

probably dis is wat they called karma...
you felt hurt becoz sumone ignore ur messages...well i did sent one to ur sis..was ignored too...many..many..many months some more...
urmmm how..arrr..
delete dis once u read it..don want to hurt people's feeling too...


ada soalan.. "urmmm how..arrr..." di situ...


soalannya... siapakah dirimu sebenarnya wahai Anonymous? Tell me larr who are yew.. no need your full name as per in MyKad, ur niknem will do. Sila menampilkan diri supaya dapat dijawab soalan how arr itu.. :D





Aku mau sudahin entry ini dengan satu ayat..

"you know.. if u dun tell me who you are.. i will be hurt more.. many many times.. becoz why.. i want to know who's message was ignored before..
Maybe ur question of how arr can be answered to "more clear the condition" (ini adalah auto translation.. hiks)"




Alamak.. dua ayat la plak..




Salam kasih.