Saturday, May 8, 2010

8 Mei Ini..

Hari ini, aku tengok cerita ni di HBO petang tadi. Really reminds me of MantanKekasih, where we're just like them, Shopgirl and NY152. Dan kebetulan, watak Joe Fox itu, lebih kurang sama dengan dia, si MantanKekasih dari segi cara bercakap, perangai dan cara berfikir especially dalam bisnes. Seperti watak2 tu juga, we sent email to each other everyday, without fail, day and nite. Tak pernah berjumpa, gambar pun tak pernah lihat ..ye la kan.. dulu2 mana ada FB segala.. Bezanya antara kami dan watak2 dalam You've Got Mail itu adalah, we did talked on the phone. Daily. Dan bezanya juga, kami tak bersatu. Tapi, we're still good friend. Aku pernah sayang dia, tapi tidak lagi sekarang. Dia pun sama juga. Sekarang, dalam hati cuma hanya kawan. Tiada lagi daily phone calls, tiada lagi email. Hanya sembang secara virtual jika 'bertembung' antara satu sama lain.


Dua tahun, aku takda siapa2 selepas kami breakoff. Kemudian, datang Temanku. Aku dah lama kawan dengan Temanku sebelum itu, tapi, masa tu takda rasa apa-apa. Cuma teman biasa. Cuma sejak 2007, aku mula rapat dengan dia. Mula rasa sayang. Mula pandai rindu-rindu. Bertemu setiap hari bekerja. Sebab bila hujung minggu, masing2 bz. Memang indah. Bila berdua tu hati berbunga-bunga. Bak kata orang sekarang "dalam hati ada taman".. hehe.. Aku memang rasa sayang betul dengan dia time tu.. rasa takmo hilang. Tapi, jodoh dan pertemuan itu ditangan Allah. Bila nak kepastian, tanyalah padaNya. InsyaAllah, akan diberi jawapan. Percayalah petunjuk dari Allah itu adalah betul. Jadinya.. dipendekkan cerita, kami putus hubungan.

Hari ni adalah hari lahir Temanku. If you're reading this, Temanku, Happy Birthday. Semoga Allah sentiasa merahmati, insyaAllah..




Aku teringat pada kedua2 mereka hari ini. Yang pernah singgah dihati aku. Yang pernah buat aku happy .. senyum sampai ke telinga.. senyum sampai tak nampak mata.. Dan hari ni juga, aku nak simpan cerita kedua2nya dalam Peti Kenangan kedap udara, ditutup rapat, tekan no. pin yang susah-susah, supaya kenangan itu akan tersimpan abadi di situ. Terima kasih untuk semua kenangan-kenangan itu.


Sebab sudah sampai waktu, untuk aku buka lembaran baru. Terus ke depan, dan hanya menoleh ke belakang bila perlu. It's time to move on. Aku tak nak kenangan lalu, buatkan aku takut untuk memulakan sesuatu yang baru.




Aku sedang cuba memulakan langkah, insyaAllah.. semoga diberkatiNya... Amin..





Salam kasih.




4 comments:

Lyn Yusoff said...

Kak Mimi,
semoga kak mimi bahagiakan & dapat ape jua yg akak impikan..
InsyaAllah.. :D

gO mi NaM said...

klik nuff dh..

Unknown said...

semoga apa yang di impikan tercapai :)

Edzlin said...

pernah tgk filem ni dulu. suka :)