Semalam, ada temujanji makan tengahari dengan kawan2 study. Aku pesan something from one of them, who went back to hometown last weekend. Jadi, sambil2 nak ambil barang, aku ajak lunch sekali.. accompanied by another two friends. We had lunch at Mango Chili, WangsaWalk. Aku order glass noodle yang sedap.. tidaklah sesedap hingga menjilat jari.. tapi.. sedap untuk mengenyangkan perut.. Bak kata orang kampung aku, jes nais (read: just nice)..!! :)
Sambil2 menunggu makanan sampai.. kami sembang-sembang. Pasal business plan, pasal peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat phD [owhh my.. aku dah penat study sebenarnya.. :( ] , pasal mau tukar kerja, pasal mengajar part time.. pasal macam-macam.................
.......... termasuklah tentang kahwin & jodoh..
Kisahnya, bila one of our classmates, bertemu jodoh. Dah nikah... tahniah.. Alhamdulillah.. Cuma receptionnya insyaAllah Ahad depan di Kuala Lumpur. Yang menariknya.. kawan aku ni (lelaki) bertemu jodoh dengan isterinya yang sebenarnya berasal dari luar negara. Tidak pernah kenal. Tidak pernah bercinta. Mak&ayah, bertukar gambar anak masing-masing. Kedua ibubapa mereka bersetuju. Tunjuk pula gambar pada anak. Kata anak "since that my parents like her.. i say yes". Senang jer kan?? As simple as that... as seen in the hindustan movie.. (mode: lagu hindustan berkumandang di fikiran.. aaaaa... aaaaa ....aaaaa khabi kushi khabi gham....) .. hehe.. kalau dah jodoh.. tak kemana.. kan?
Sambil sembang-sembang tu, tiba-tiba kawan aku kata "mmm .. Dibah ni.. boyfriend ramai.. tapi satu pun tak lekat.." Owh.... begitu menusuk kalbu statement itu.. Dan statement itu telah diulang suara sebanyak dua kali.. owh... owh.. owh.... Memang dia melawak pun sebab dia memang suka menyakat aku.. tapi. aku terus terkedu di sana ye... Tiba2 glass noodle itu terasa seperti noodle glass... owh..owh.. owh...! Tersedak I uols...!!
X-boyfriend aku bukan ramai pun.. masih boleh dikira dengan jari jemari di satu tangan sahaja Dengan umur yang sebegini angkanya, sudah pasti aku pernah ada boyfriend, lebih dari seorang..
Aku, sebagai manusia biasa, cuba untuk menjalinkan relationship, cuba untuk mencari chemistry, cuba untuk mengenal hati budi.. dan bila sudah tiada chemistry, kalau rasa ada yang tak kena.. sudah pasti relationship itu akan terhenti begitu sahaja. Kadang-kadang, relationship juga boleh terhenti kerana halangan tertentu, yang menyebabkan tidak dapat bersatu. Lebih baik berhenti dalam tempoh in a relationship, dari putus tunang atau dari kahwin dan bercerai berai.. Lagi parah rasanya kan..aku rasa aku tak cukup kuat untuk semua itu.
Dan, aku bukan jenis yang kecewa merana nangis bengkak mata berbulan bulan kerana cinta Aku bukan Kassim Selamat yang sanggup buta demi cinta.. walaupun ramai orang yang kata cinta itu buta. Aku bukan Juliet yang sanggup mati demi menunjukkan setia pada kekasih hati. Bila ada orang cuba mengetuk pintu hati, aku akan cuba mengintai dari lubang pintu. Bukak pintu dan bertanya "ye.. nak apa?" dan aku akan pastikan grill pintu masih berkunci rapi.
Bagi aku, mereka itu semua tidak 'lekat' kerana mereka itu bukan jodoh aku. Ada pertemuan, tapi tiada jodoh. Kerana aku percaya Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya.
Dan, aku bukan jenis yang kecewa merana nangis bengkak mata berbulan bulan kerana cinta Aku bukan Kassim Selamat yang sanggup buta demi cinta.. walaupun ramai orang yang kata cinta itu buta. Aku bukan Juliet yang sanggup mati demi menunjukkan setia pada kekasih hati. Bila ada orang cuba mengetuk pintu hati, aku akan cuba mengintai dari lubang pintu. Bukak pintu dan bertanya "ye.. nak apa?" dan aku akan pastikan grill pintu masih berkunci rapi.
Bagi aku, mereka itu semua tidak 'lekat' kerana mereka itu bukan jodoh aku. Ada pertemuan, tapi tiada jodoh. Kerana aku percaya Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya.
Currently, i think.. i like someone. No.. not that i think i like him. The truth is, I like him... and i hope that he could read the sign. Berterus terang? Aku belum berani.
Salam kasih.
4 comments:
masih blm cakap lagi? haihhh ko nihhhh kannnn...geget kang
mm..ngaku je ..kalau org tu x suka..xpyh nak tertanya2 lagi..
mr.mussel
hakkkkkkkkkktuiii kat anonymous.. jeles la sebenarnya tu.. aduh..
Post a Comment