Wednesday, June 30, 2010

Prektis Menjelang Ramadhan


Sekarang ni sudah 18Rejab1431. Lepas Rejab, muncul Syaaban. Selepas Syaaban, datangnya Ramadhan. Lepas Ramadhan, muncul Syawal.. dan begitulah seterusnya sehingga munculnya Muharram kembali..

Bila muncul Rejab, dah ada dah rasa bahang Syawal. Ibarat, kalau masak air guna cerek letrik, sudah ada bunyi desir air dari dalam cerek tu.

Bila muncul Rejab, yang berniaga kuih raya dah mula berkira kira, nak jual kuih apa tahun ni. Kira bajet. Buat kosting. Dah mula menghitung, berapa ringgit harga kuih tahun ni.

Bila muncul Rejab, kaum hawa sibuk ke kedai-kedai kain, beli kain untuk dijadikan baju, beli kain untuk dijadikan sarung kusyen, sarung bantal, cadar tilam, langsir dan segala.. Semua bergegas ke tailor, untuk buat tempahan.. kalau lambat, nanti tailor dah taknak terima tempahan, takut tak menang tangan katanya..

Bila Rejab, kaum hawa sibuk melihat dan menelek2 kalender.. nak tengok.. bila time suci dan time angkat bendera.. sebab nak bajet time untuk ganti puasa.. kalau tak nanti.. salah bajet, takut tak sempat ganti.

Dan bila mula Rejab, ramai yang rajin berpuasa sunat. Dan berpuasa ganti. Prektis untuk puasa wajib di bulan Ramadhan nanti.. Kalau ada sesiapa yang uzur, bolehlah cuba2 puasa.. tengok ketahanan diri..

Dan untungnya Ramadhan tahun ini.. umat Islam.. terutamanya kaum Adam, juga sudah mula prektis seawal Rejab ini.. Kenapa aku katakan begitu? Sebab, sekarang ini.. seawal Rejab ini, kaum Adam terutamanya, sudah mula prektis bangun diwaktu dinihari, seawal jam 3 pagi. Dan berjaga setidak2nya dalam masa 100 minit.

Jadi, nanti bila tibanya Ramadhan, disebabkan sudah prektis seawal Rejab, lebih mudahlah kaum Adam untuk bangun dinihari, untuk menghidupkan malam2 Ramadhan, bersama keluarga atau teman2. Dan tolong isteri/mak/kakak/adik untuk siapkan juadah bersahur..



Jadi, takda alasan kalau malas 'bangkit' untuk sahur, kan? Sahur tak sampai pun 100minit.. :)




Salam kasih.

7 comments:

zino said...

kalau nak kejut sahur cakap je bola nak start hehe lompat la bangun..

AngahSayang2314 said...

ye adibah angah setuju sangat....

Ad said...

tudiaaaaaaaaaa meMETIRRRRRR..

*menusuk kalbu ok!

adibah said...

zino,
kan??? dah ada trick baru.. takyah siram2 hehe


angah,
kan...? singgah lagi ye angah..



ad,
shekali shekala jer dindaku.. huhu :)

mamai said...

adib aku nak praktis sepanjang tahun la

Edzlin said...

haha nice one.

Aloy Paradoks said...

i tahu lepas punya ada 7 lagi,, U?