Sunday, January 30, 2011

22Januari2011


Alhamdulillah.. 22Januari2011 telah berlalu dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.. Pada tarikh itu telah bertukar status diri menjadi seorang isteri.. Bermula dengan akad nikah pada jam 10.30 paginya.. kemudian majlis resepsi pada sebelah tengahari hingga ke petang..

Dalam masa sebulan sahaja persiapannya.. ke sana ke sini setiap hari.. mencari dari sekecil2 riben hingga sebesar2 katering, gamelan, pelamin dan segala.. macam2 dugaan yang ditempuh.. Memang banyak dugaan dan ujian yang ditempuh sepanjang waktu pra-pernikahan dan pra-majlis .. Ternyata benarlah kata2 mereka yang berpengalaman..!

Hati penuh debaran.. berdebar menanti saat akad nikah.. Risau takut cuaca tidak menyebelahi dan risau sekiranya berlakunya masalah2 teknikal (read: tak cukup food.. hujan.. etc) Alhamdulillah... cuacanya indah.. tidak terlalu panas.. tidak hujan.. Makanannya berbaki sedikit untuk dijamu pada waktu malamnya..

Terima kasih yang tak terhingga untuk ahli keluarga yang banyak membantu dari awal persiapan hingga ke saat ini.. dari segi tenaga kerja, dari segi 'sponsorhip', semangat dan keprihatinan.. terima kasih banyak2.. Semoga Allah memberkati.. Semoga majlis ini.. merapatkan lagi hubungan silaturahim dan mengeratkan lagi tali persaudaraan kita, insyaAllah..

Terima kasih untuk para tamu yang hadir.. yang mendoakan.. yang mengucapkan tahniah.. Maaf sekiranya aku terlepas pandang untuk mengundang.. Semoga pertemuan dua hati ini diberkatiNya dan semoga berkekalan hingga hujung nyawa.. insyaAllah..


Bila jodoh sudah bertemu
bila sudah sampai seru
bila hati sudah setuju
bila sudah tiba waktu...

Terima kasih dari kami.. Adibah & Deni@'DK' :D



Salam kasih..

11 comments:

Lyn Yusoff said...

Kak Mimi,
Selamat Pengantin baru Kakak & Suami.
Semoga kekal hingga ke akhir hayat.
Lyn tak dpt dtg due health factor...

Mimi Jazman said...

salam.. MAY ALLAH BLESS U BOTH.. hehehe.. patutlah sejak kebelakangan ni senyap je.. rupe2nye nak khwin.. hehehe.. ALHAMDULILLAH.. setelah sekian lama mengikuti kisah cinta KAK ADIBAH..akhirnya berjaya jugak tengok rupa kekasih hatinya.. hehehe..

org ni dh baca yg KAK ADIBAH dah kahwin dr blog drhanie.. tmptnya menarik!! hehehe..

patungcendana said...

yey!!!! nice pic...tahniah dib. sorry aku tak dapat hadir...aku sibuk dengan persiapan anak aku nak bertunang. honeymoon kat mana?...hehe

kakngah said...

harap tak terlambat nak ucapkan selamat pengantin baru. semoga berkekalan hingga selamanya....

zino said...

tahniah, semuga berbahagia..

Ad said...

terkilan x dapat dtg..apapun, syukur kerana semua nya selamat

tahniah sekali lagi...Semoga bahagia dan kekal ke akhir usia...

zonaku said...

salam...
tahniah.. semoga sentiasa berbahagia

Hazey said...

Tahniah.. kami tumpang gembira dan bahagian..!

h4ni3 said...

mummy : kenapa keyya taknak salam auntie bride tu?

khayra : keyya malu

mummy : next time kalau keyya jumpa auntie tu, kena salam tau!

khayra : ok


hehe

tahniah kak mimi!

psst.. best tak honeymoon? ;)

PUTUBAMBU said...

tahniah kak dib..!
sorry tak dapat hadir haritu..
ada hal lain le yg tak dapat dielakkan..

cantik gambar kahwin yg ni.. i likee

edzlin007 said...

Tahniah Kak!