Tuesday, March 15, 2011

Tekan Keyboard Tanya Hati

Pagi tadi. Lokasinya di pejabat. Suasana mengantuk. Hasil dari sarapan pagi.. usai pekena roti canai banjir.. kuah kari ikan + dal + terung 2 potong + sambal tumis mamak yang pada tekak dan lidah aku hanya rasa cili boh semata-mata. Air suam utk menghilang dahaga.

Bila mata sudah mengantuk, mulalah bergebang dengan mereka-mereka di persekitaran. Topic hari ini.. tentang FB. Aku bersembang dengan teman di sebelah.. kisah FB status kawan aku.. berkenaan dengan isu Tsunami dan letupan nuklear di Jepun.. Owh.. takziah untuk mereka.. semoga kita mengambil iktibar dan semoga peristiwa itu mendekatkan lagi kita dengan yang Maha Esa, insyaAllah..

Tiba-tiba, salah seorang yang ada di persekitaran, menyampuk. Menyatakan tentang ketidak setujuan dia dengan dunia internet. Dengan FB, blog, yahoo, google, YM, Skype segala.. Katanya, banyak yang tak elok. Yang terlihat di mata pemikiran dia hanyalah yang negatif sahaja.. Macamlah segalanya yang di internet ini buruk2 belaka.. macam mereka2 yang menggunakan internet ini jahat2 belaka.. terutamanya FB.

Kata aku pada dia simple sahaja:

FB ini ibarat kereta. Untuk pandu kereta, kita kena belajar dulu.. kena faham dulu macamana nak kendali kereta.. cara memandu, cara parking, cara break, cara bagi signal, cara isi minyak, cara jaga tayar etc... Kalau dah faham, barulah dapat kendali dengan baik.

Kereta ni.. kalau baik niat pemandu, boleh ke tempat kerja, boleh pandu anak ke sekolah, boleh bawa ke masjid.. etc.. Kalau jahat niatnya, boleh guna untuk pergi merompak, boleh lumba haram etc...

Sama macam FB atau apa2 sahaja di internet sekalipun, perlu ada ilmu pengendaliannya, barulah tidak timbul masalah.. Kalau niat jahat, jadi jahatlah dia... Kalau niat baik, jadi baiklah dia...

Dan akhirnya dia diam. Mungkin tanda setuju. Ataupun mungkin tanda tidak. Tapi, aku tak salahkan dia, sebab dia bukan mahir IT.. kerana email account pun dia tak ada.. Ibarat si buta memberi pendapat tentang gajah dalam cerita orang tua-tua dulu..
Yang pentingnya... tekan keyboard.. tanya hati..

Salam kasih.

4 comments:

h4ni3 said...

ye betul!
dengan ini, saya amatlah bersetuju dgn apa yang puan mimi perkatakan itu..
hehe

kalau FB/blog/twitter dsbnya digunakan pada jalan yg betul.. insyaAllah, takkan jadi apa2 yg buruk kan..

tapi kalau digunakan pada jalan yg salah, cthnya dijadikan medan utk si isteri mencari kekasih gelap yg lain, maka buruklah juga kesudahannya..



eh, apesal wa cakap begitu skema nih?! ;)

White Hooder said...

I agree. Sometimes, I too, saw insensitivity in FB statuses, making me wonder why they haven't banned FB yet. :p

But because of the freedom that everyone have, I reckon all we can do is really "Tekan Keyboard Tanya Hati". ^_^

Mimi Jazman said...

tp kn..org ni sllu benar sebal bile tgk FB tu.. hm.. sebab..biasenye golongan mude yg menggunekn FB tu gune dengan care ntah ape2.. geram betul..

tp..btulla.. ape2 bende sklipun ttp ade baik dan buruknye..

Edzlin said...

hi kak adibah. saje, lama tak jenguk blog mu