Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang Rin. Rin adalah antara kawan baik aku. Dah 10 tahun Rin jadi kawan aku. Aku tengah risaukan Rin, dia nampak murung sekarang.. Kesian bila aku kenangkan tentang Rin.
Rin pernah ada kisah gelapnya. Dia dipaksa ‘melakukannya’, on her date. Mungkin ada yang berkata dalam hati.. Hmmm.. bodoh! Korbankan diri on her date! Aku terdiam bila dia buat pengakuan beberapa hari selepas kejadian tu. Tapi aku dapat lihat wajah Rin ‘lega’ setelah dia bercerita tentang peristiwa hitam itu. Apa yang aku patut buat? Marah? Buang dia dari senarai nama kawan-kawan aku? Biarkan dia? Mungkin tidak! Aku tak patut buat macam tu. Orang macam Rin, perlu seseorang untuk berkongsi cerita. Untuk menghela nafas puas dan lega dari dibungkam rasa bersalah.
Rin selalu menyalahkan diri dia sendiri, menangis bila dia kenangkan saat hitam itu. “Aku takkan maafkan dia! Biar anak-anak perempuan dia rasa apa yang aku rasa ni!”katanya. Sejak dari itu dia hilang punca. Hilang arah. Seperti tidak peduli tentang diri sendiri. Ahli keluarga langsung tak tahu menahu tentang perkara ini. Akulah yang menjadi tempat dia meluahkan perasaan.
Sejak dari hari itu, Rin mula berubah. “Kau ni tukar boyfriend macam orang tukar baju!” kata aku, sinis. Aku hairan kenapa orang macam Rin boleh jadi begitu. Dia hilang pertimbangan. Hilang rasa kasihan pada diri sendiri. Aku selalu rasa sedih dan kecewa bila dapat sms dari dia “Aku berdosa lagi…” Rin seperti menghukum dirinya sendiri tanpa pengetahuan orang lain. Kenapa Rin?
“Kau tak takut dosa ke Rin? Kau tak takut penyakit?” aku tanya dia berkali-kali.
“Kau fikir aku tak menyesal? Kau fikir aku tak malu untuk menghadap Tuhan setiap hari?” jawab Rin. Mata hitam Rin merenung tepat ke dalam mata aku. Aku tau dia serius.
“Dah berapa orang yang kau layan, Rin?” Berani kan aku, tanya soalan cepumas ini?
“Lima! Kau percaya tak? One of the guys, isterinya classmate abang aku masa dia di UM dulu!” jawab Rin, selamba.
Muka Rin selamba. Keras hati. Degil. Tapi airmatanya bergenang. Mukanya merah padam menahan marah. Menahan dendam. Sebagai seorang kawan, aku tahu dia sedang menghukum dirinya sendiri. Rin seorang yang unpredictable. Rin selalu serang aku dengan SMS yang buatkan aku panik. Gelabah. Risau.
- “Aku rasa nak bunuh diri!”
- “Weh, kalau orang ajak aku *toot* berapa aku nak mintak diorang bayar ya? Aku tengah pokai nih”
- “Weh, ko rasa aku solat ni Allah terima tak?”
- “Kau rasa ada tak lelaki yang nak amik aku jadi binik dia weh?”
Aku jarang dapat berjumpa dengan Rin. Masing-masing sibuk dengan kerja. Semalam, aku jumpa dia. Aku tanya dia, dalam nada bergurau.
“Beb, when was your last date? You know what I mean..haha”.
“Weh.. gila kau! Kan aku dah berhenti.. since August 2005! Harap-harap Allah terima taubat aku” jawab dia.
“InsyaAllah… apa yang buat kau berhenti terus ni ya?” aku tanya lagi.
Kata Rin, dia dah banyak dosa, sebab tu dia berhenti. Takut solat dan puasa sia-sia, katanya. Alhamdulillah… Kata Rin lagi, dia nak siapkan diri untuk berumahtangga. “I wanna do it with my husband, not other woman’s husband la weh..” katanya lagi dalam nada bergurau.
“Abih tu kau tak dating ke?” aku tanya dia.
“Ada gak aku dating. Kau ingat tak abang pilot tu? Aku dah jadi bisu dah. Ada ke dia ajak aku ‘lepak-lepak’ kat hotel. Terus aku tak angkat call dia, tak reply sms, email dia pun aku delete je, malas la nak baca” Rin ketawa lagi. Aku pun ketawa jugak.. lawak sungguh mamat tu. Aku terbayang muka abang pilot tu.. nampak innocent je..
Aku teringat Rin pernah cerita tentang Andi, dari Penang. Rasanya dah 3 tahun Rin kenal Andi. Semalam, aku tanya Rin tentang Andi.
“Andi? he’s not the same anymore. Ala beb, aku ni kan his Kekasih Gelap, Kekasih Separuh Masa” jawab Rin selamba.
“Huh? Ye ke? You two were very close before kan?” aku tanya dia.
“Ye la… masa tu dia he was away from his family, sekarang tak lagi. He’s bz now. Tadi aku tanya dia, dia sayang aku lagi ke tidak?. Dia jawab yang dia dah tak boleh treat aku macam dulu-dulu sebab he has many responsibilities now. Kerja, isteri, anak-anak. But he still care for me katanya..”. Riak muka Rin berubah. Sedih. Termenung.
Rin sambung lagi.. “Dulu aku temankan dia tiap hari. Dia pun sama, temankan aku tiap hari. Sekarang ni aku kena terima perubahan, terima keadaan. Kata Andi, dia pun susah nak terima perubahan ni. Tapi terpaksa. Beb.. aku rasa kosong!” Kali ini air mata Rin mengalir.
“Andi banyak ubah hidup aku. Andi banyak bantu aku. Aku rasa kuat bila dia ada. Kalau kau nak tau, aku stopped, since August 2005, because of him. Dialah semangat aku untuk hidup semula. Sekarang ni aku tak ada sesiapa lagi, beb. I’m all alone” kata Rin. Aku simpati.
Rin, I know you read my blog. Aku sebenarnya tak tahu nak kata macamana, Rin. You have to draw a line, Rin. Kau tak boleh melebihi garisan tu, Rin. Kau kena ingat, sayang macamana pun kau kat dia, ada batasnya. Kau kena kuat Rin! Life must go on, dear. Jangan berhenti berdoa. Kita sama-sama berdoa agar semuanya akan lebih baik. Cheer up, dear. Aku nak tengok kau senyum balik. Kau jangan cuba buat benda-benda mengarut okay! Jangan fikir pun nak buat benda-benda mengarut. Kau masih muda, Rin. Perjalanan hidup kau masih jauh lagi. Be strong! Aku, kawan-kawan kau, family kau masih sayangkan kau. Kau kena bangkit! Ini semua dugaan Allah. Bersabarlah Rin. Take care, dear.
p/s : CikTipah, aku kesian tengok Rin!
4 comments:
ad bukanla org yg sesuai tuk ckp hal ni,tp rasanya k.adib kene selalu contact rin to make sure her not alone...
tq for sharing this story...
to rin: wish u happy always
ad- betul ad. harap2 dia dapat mencari kebahagiaan.
hmm yelah...aku pun sian dgr cite rin ni. eloklah dia dah berubah. ko pun kena tolong2 dia selalu.
CikTipah - ye betul..
Post a Comment