Wednesday, April 16, 2008

Menunggu Hujan Reda

Alhamdulillah, ayah dibenarkan balik petang tadi. Sementara menunggu urusan bil & ubat, aku kemas2kan barang2 letak dalam satu beg beroda. Aku turun dahulu ke lobi, niat di hati nak letak barang2 ke dalam kereta. Senang nanti. Tapi, sampai di bawah, hujan lebat pulak.. siap dengan guruh & kilatnya. Aku pun berdiri dekat dgn pintu keluar hospital. Menunggu hujan reda. Dan bila dah takda apa nak dibuat, mata ni mula lah memerhati keadaan sekeliling. Ada 3 situasi menarik berlaku dalam masa aku menunggu tu.


Situasi 1 - Do I Care?

Ada sorang lelaki. Berjalan masuk ke lobi IJN. Mungkin awal 20an usianya. Aku jadi sangat terpegun?terperanjat?tergamam? bila lihat tulisan di t-shirt hitam tanpa kolar nya. Tertulis perkataan "I SEE DEAD PEOLE". Aku tak pasti dia faham ke tidak apa yang tertulis pada t-shirt tu. Aku juga tak faham, apakah alasan dia memakai t-shirt yang tertulis sedemikian ke IJN. Imagine.. if he walks in ICU or CCU or PICU? Apakah perasaan ahli keluarga pesakit-pesakit yang sedang menanti dengan penuh harapan supaya pesakit yang ada di sana kembali pulih? Mungkin dia tak perasan agaknya kan? Atau mungkinkah dia jenis manusia yang tidak ada perasaan?


Situasi 2 - Poyo in d house.. haha..

Dua lelaki. Awal 50an. Sedang berbual. Betul-betul di sebelah tempat aku berdiri. Aku rasa yang sorang tu berpangkat Datuk sebab yang sorang lagi tu memanggil dia Datuk. Kawan Datuk tu mungkin 'somebody' juga dalam dunia koporat. Slanga Pantai Timur. Aku nampak perbualan tu didominasi oleh Datuk. Kawannya sekadar mengiyakan sahaja dan menyampuk sekali sekala.
Antara dialognya :


"I dah beli rumah semiD di Puchong, and it cost me dalam 660K, i bayar 300K cash."

"Patutnya I nak buat rumah di XXX atas tanah 14 ekar, 800K, tapi tak jadi, sebab jauh dari KL"

"I kecik hati dengan Datuk WWW sebab tak fikir hati kawan"

"Datuk ABC dah arwah. Datuk XYZ pun dah arwah."

" I buat operation dulu di UH. Nasib baik kita ni government staff, kalau tidak, mahal bil tu"

"I pun tak faham apa sebenarnya their perjuangan.. bla.. bla.. bla.. politik.. datuk.. tansri.. bn.. umno.. adil.. pas.. bla.. bla.. bla... business.. politik.."

Lagi dia perasan aku memerhati, lagi lantang suaranya mengalahkan guruh dan kilat. Dan aku terus angkat kaki! Tak sanggup ler..!



Situasi 3 - Shoulder to cry on

Seorang wanita. Umur lewat 30an@awal 40an. Aku berdiri disebelahnya. Dia sibuk bercakap di telefon sambil 2 anak dara suntinya (aku rasa baru darjah 5 & 6) sibuk bergurau sesama sendiri. Mula-mula suaranya okay, tapi lama kelamaan aku dengar dia sebak. Menangis. Aku perhatikan matanya bengkak. Seperti orang tak cukup tidur. Seperti orang yang tak berhenti (dah penat?) menangis.

Dalam perbualannya, dia minta orang tu doakan anaknya yang masih kecil selamat menjalani pembedahan. Patutlah ada tandanama "OT" tergantung dilehernya. Aku rasa sebak bila dengar dia berbual hiba. Aku pusing ke arah bertentangan dan lap airmata yang mengalir. Bayangkan kerunsingan dan kerisauan dia. Kasih seorang ibu, kan? Dia menangis dipertengahan setiap perbualan telefon. Meminta mereka berdoa supaya semuanya selamat. Aku rasa dia berbual di telefon sebenarnya untuk menenangkan hati dia yang resah. Aku simpati. I wish i have the gut to offer her a shoulder to cry on, but i can't. Mesti aku akan nangis juga. Takpalah.


Sampai waktu Asar, aku ke surau. Rezeki aku, nampak kakak tu sedang berwudhu. Selesai solat, aku dengar dia baca yasin. Bacaannya tersekat-sekat sebab menangis. Sebaknya.. Aku beranikan diri, aku duduk di sebelah dia & peluk bahunya. Dia pandang aku. Aku kata "Bacalah kak, teruskan". Aku teman dia, hingga ke ayat terakhir bacaan surah yasin. Selesai bacaan, aku peluk dia dan kata "sabarlah kak, doa dan tawakal ya". Itulah kali terakhir aku terserempak dengan dia. And I don't even know her name...



Manusia ni pelbagai ragam kan? Dalam masa yang singkat, aku dapat melihat pelbagai ragam manusia. Macam-macam ada...


Take care everyone. Gudnite.

2 comments:

KayMin said...

been there, done that

adibah said...

hi kaymin,

apa khabar? lama tak nampak.