Friday, July 18, 2008
Be Strong Darling
I was on my way to HKL with Dikna on that Saturday evening when I received the sad news. I just didn't know how to convey the sad news to her.
Aku pegang tangan dia & kata "Dik, ayah dah meninggal" .. and as expected, she started to cry.
"Adik peluk bantal tu ya.. Adik jangan nangis sangat ya.. nanti ayah sakit.. lap air mata, stop crying and adik baca fatihah banyak-banyak ya.." ...and both of us were crying.
Aku tak dapat peluk dia, sebab aku perlu teruskan memandu ke HKL. Sambil memandu, aku contact beberapa orang, (bateri HP pulak tinggal satu bar) untuk sampaikan perkhabaran sedih. Kalau ditahan polis pun tak apa. Aku redha. Aku genggam tangan Dikna erat. Dia termenung memandang ke luar. Mulut dia terkumat kamit membaca al-fatihah untuk arwah. Airmata aku memang tak berhenti2. Biarlah orang memandang masa berhenti di traffic light. Biarkan mereka buat andaian sendiri.
"Janganlah nangis lagi.. nanti Dikna pun nangis jugak.." katanya. "Okay.." aku angguk. Aku lap air mata.
Sambungnya,
"Biarlah ayah pergi.. dah ajal dia kan... Allah lebih sayangkan ayah.." airmata aku makin deras mengalir. Aku tak sangka perkataan tu keluar dari mulut dia. She's only 8. Bagi aku dia terlalu muda untuk hadapi semua ni. Aku pandang ke luar, lap airmata, biar tak nampak dek dia. Senyap seketika. Dikna pandang ke luar. Sedu-sedan tanpa airmata.
Sambungnya lagi,
"Ayah mesti masuk syurga kan.. sebab masa Dikna sayang ayah tadi, dia sejuk je.." Aku angguk. Mengiyakan sahaja.
Rasanya itulah perjalanan ke HKL yang paling lambat dan jauh sekali dalam hidup aku. Syukur pada Allah, kerana memberi kekuatan pada Dikna untuk menghadapi saat tu. Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment