Monday, July 28, 2008

Soalan Bonus


Sejak dah jadi yatim piatu ni, ramai jugak lah paman2 dan tanter2 yang mula bertanya semula soalan bonus kat aku. Soalan yang kadang-kadang aku jawab secara serius, kadang2 lawak dan adakalanya sinis. Itu semua bergantung kepada mood aku semasa ditanya soalan. Sinis bila aku rasa soalan itu sangat merimaskan dan menjengkelkan. Soalan bonus yang kadang2 malas nak dijawab.



BILA NAK KAHWIN?


Jawapan aku :

Kalau time serious : "InsyaAllah, ada jodoh nanti saya kawin"

Jawapan lawak : "Weekend pertama cuti sekolah. Pagi akad nikah, tengahari sanding, petang dah mula ngantuk!"

Secara sinis : "Kalau kawin tak sampai setaun, pastu cerai.. tak guna jugak. Buang duit je.." (Oh.. yes.. orang yang tanya aku tu, ada ahli keluarga dia yang ber"marriage problem" anyway. Bila datang bosan & jengkel, jawapan yang keluar pun, accidentally menyakitkan hati yang bertanya. Raya nanti mintak maaf ye, pakcik)

Ada kalanya soalan tu bersambung pulak lagi... semakin banyak bonusnya.. dan kadangkala semakin panas telinga.


"TAKDA BOYFREN KE?"

"NAK YANG MACAMANA?"


Biasanya soalan2 macam ni aku jawab dengan senyuman. Kalau melawak, aku kata "Ramai.. tak tau nak pilih mana satu". Dan soalan ini akan buatkan aku angkat kaki kalau aku moody. Malas nak layan. Kalau difikirkan kadang2 bukan senang nak hadapi semua ni. Bukan senang situasi masih single dalam 30an ni. Orang nak kata andartu ke, andalusia ke, biaq pi lah.. Asalkan aku tak da ganggu hidup diorang. As long as I'm happy with my life. I think.


Biasanya lelaki/perempuan yang berumur 30an ni dah berkeluarga. Jadi untuk mencari pasangan yang sebaya atau lebih berusia (late 30's and above) dan masih single itu agak payah sikit. Eligible bachelors yang umur 30s ni selalunya akan pilih ladies yang umur 20an. Mana tidaknya, pakcik umoq 50an pun ada yang carik isteri@isteri baru umur early 20s kan? Abih tu camno? Hehe. Ada orang kata, aku memilih. Then aku jawab, adakah aku yang memilih atau the other party yang memilih? Ada jugak kawan aku yang komen "Kau ni susahlah, ada orang nak kat ko, ko tak nak pulak, orang tak nak kat ko, ko nak pulak kat orang tu.." Ahaks! Bukankah itu maknanya, ada pertemuan, tetapi takda jodoh?


Nak cari yang lebih muda, ada juga rintangannya. Terutamanya tentangan dari family yang tak boleh terima menantu perempuan lebih berusia dari anak mereka sendiri. Negatif. Mulalah berfikir pasal nak rebut harta etc. Keluarga mungkin tak mengerti, kasih kedua mereka tu bak lirik lagu Nubhan "Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya.." For some people, age does matter in a relationship. And some just don't care. Aku pernah in a relationship with someone who is 5 yrs younger than me, but, when I'm with him, rasa macam dia lagi tua dari aku. Dan sampai sekarang, kami masih berkawan. As I said, pertemuan ada, jodoh yang takda.


Dalam umur macam ni, ada jugak kebarangkalian untuk berkawan dengan married man . Itu lebih hebat cabarannya. Kena berhadapan dengan family dari both side, his own family (wife & anak2), sedara mara, jiran tetangga, kawan pejabat. Mesti lebih pening kepala kan? Tapi, bukankah lelaki itu diizinkan berkahwin 4, asalkan berlaku adil, zahir dan batin? Tapi, masih adakah lelaki yang boleh berlaku adil, zahir dan batin zaman sekarang ini? Kenapakah isteri itu lebih rela suaminya bergirlfriend baru, daripada beristeri baru? Kalau aku yang jadi isteri, sanggupkah aku merelakan suami aku berkahwin lagi? I have a friend, ditakdirkan menjadi 2nd wife. Alhamdulillah, bahagia hingga ke hari ini. Siap pergi holiday sekeluarga (termasuk isteri pertama).


Teringat doa Dikna selepas solat hari tu; "Ya Allah, kahwinkanlah kakak Dikna, biar cepat Dikna jadi Maksu". Hehe.. Dikna.. Dikna...


Salam kasih.

6 comments:

Ad said...

ayyo..sensitip sesangat soklan tu..

teringat jwpn abg beruang madu..'lepas raya nnt..raya tahun ni ker, tahun depan ker, idakklerr hamba tau'

adibah said...

ad,

memang sangat sensitip.

rasa macam nak masuk dalam washing machine je.. nyorok tak nak jawab soalan.

nasib baik tak muat.. hehehe.

best jugak jawapan abg. beruang madu tu :-)

Unknown said...

dikna tanak doa utk mek sekals kah uols?

nangesss...

adibah said...

ciktipah,

uols harus berada di tempat kejadian occay.. baru la dia ingat nak doakan.

takpalah uols, on behalf of dikna, iols doakan untuk uols dan iols sekals! :-)

:: NbC :: said...

Dibah, lama2 diorg penat tanya..

adibah said...

Pinky beb,

Itulah pasal.. diorang baru warm-up untuk Beijing 2008 ni kan.. lepas Olympic nanti diorang berhenti ler bertanya tu....