Wednesday, July 30, 2008

Pedas & Sedap

Ada satu kedai@gerai Mee/Mihun Sup Kedah yang famous kat area belakang Grand Season, dekat2 dengan bangunan Hospital Sentosa & AM Assurance. Gerai tepi jalan je.. tapi.. sentiasa ada customer. Kalau pergi sini, aku akan order mihun sup special. Sebabnya.. sebab orang yang pergi makan dengan aku tu order "Mihun Sup Special". Bila akak tu tanya, order apa? Aku pun jawab "Sama". Senang. Ahaks! Nasib baiklah special tu bukan bermaksud letak kangkung bebanyak ciktipah!!! Harus aku membuang masa untuk mengalihkan kangkung dari dalam mangkuk sup ittew. Bukan pantang.. bukan sebab sakit watsoever.. nantilah.. one fine day, aku buat entry pasal pantang kangkung ya...





Bihun Sup ni datang dalam portion yang sedang-sedang saja. Tak besar sangat atau kecik sangat mangkuknya. Bak kata orang kampung aku.. "Just nice". Hehe. Air boleh order lain-lain ya. Tak semestinya teh ais. Model dalam gambar ni memang suka minum teh ais 24-7. Pergi mana2 pun kalau ada teh ais dalam menu, mesti dia order teh ais.





Yang dalam bekas tu adalah 'paste' ataupun sambal untuk Mihun Sup tu. Memang sedap...! Kalau tak suka pedas, letak dikit aja. Kalau suka pedas, letaklah dalam satu sudu teh. Kalau nak pedas lagi, letak lah banyak mana pun.. sesedap rasa, sesuka hati.





Memang enak sekali. Model ni makan hingga berpeluh-peluh menahan kepedasan gittew.. Pedas pedas sedap. Nasib baik ada teh ais untuk hilangkan/kurangkan kepedasan. Siapa nak merasa keenakan Mihun Sup Kedah ni, bolehlah mencuba. Gerai ni kat belakang Grand Season, dekat2 dengan Bangunan Am Assurance & Hospital Sentosa.


Salam kasih.

4 comments:

:: NbC :: said...

Dibah, errrr ni org Kedah pon tatau ni mcmana ni..? hehehe

CikTipah said...

motiff makan sup ada kangkung kah??

one fine day gak uols buat laa entry avang model bervaju vireww itteww. asik nampak tangan dan baju sajork. kan? kan?

Sept_11 said...

Pinky,

Beb, nanti balik Mesia, duk lama sikit kat KL okay. I belanja u makan kat sana.

Sept_11 said...

Ciktipah,

kalau mee celup ala2 siam tu depa buh kangkung occay!!

entry avang model bervaju vireww yang sekamfung ittew kah???

*koma!